Followers

Showing posts with label pru. Show all posts
Showing posts with label pru. Show all posts

26/11/2013

Video Anwar Jumpa Pengundi Banglades


Anwar Ibrahim dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat pernah mendakwa terdapat rombongan warga Bangladesh berjumpa dengan beliau sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13. Video ceramah Anwar itu dipaparkan menerusi Facebook We Are NOT Malaysian Zombies dan dimuat naik pada 20 November lalu sebagai bukti beliau pernah mengeluarkan kenyataan berhubung pengundi warga asing dalam kalangan rakyat Bangladesh.

Video ini membuktikan usaha Anwar yang baru-baru ini dilihat cuba membuat pusingan U dengan menafikan pernah membuat kenyataan berhubung penglibatan 40,000 warga Bangladesh dalam pilihan raya umum lalu.

Anwar dalam ceramah yang dipaparkan menerusi video ini mendakwa, rombongan warga Bangladesh berkenaan datang berjumpa dengannya untuk merayu supaya mereka tidak dihukum kerana menjadi pengundi dalam pilihan raya umum lalu.

"Pagi tadi sebelum saya datang (ceramah) ada rombongan dari Bangladesh...yang ini yang kubu UMNO, kubu Najib. Dia mari datang dia kata Datuk Seri, kami mari sini, ada dapat kad (MyKad), ada tak dapat kad, janganlah hukum kami.

"Saya kata apa pasal? Kami surrender...kami tahu Datuk dan pakatan rakyat sudah mahu menang," 

Anwar kemudian  memberitahu warga Bangladesh itu beliau tidak mempersoalkan mereka yang sudah tinggal lama di negara ini dan mendapat kad pengenalan.

"Tapi kalau dia baru dapat kad, tipu, saya nasihatkan duduk di rumah tengok movie Shah Rukh Khan, My Name Is Khan And I Am Not A Terrorist.

"I'm serious (Saya serius). I'm not joking (saya tidak bergurau). It is a fact (Ini adalah fakta). One of them flew in from Dhaka (Salah seorang daripada mereka terbang dari Dhaka), seorang peniaga kerana dia tak mahu nanti dia ada masalah dengan kerajaan baharu pakatan rakyat," katanya.

Anwar berkata, beliau memberitahu warga Bangladesh itu pakatan pembangkang tidak menghina rakyat negara tersebut yang datang mencari rezeki di negara ini tetapi menasihatkan mereka tidak merosakkan dan merampas hak rakyat Malaysia dengan menjadi pengundi.

"Saya beritahu dia, kalau dia undi, dia langgar undang-undang...kita menang, kita dakwa dia masuk penjara bersama SPR (pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya) yang bertanggungjawab," katanya.



16/05/2013

Anwar Terus Membuli Rakyat


Sudah dua minggu PRU-13 berlalu dan dalam tempoh ini semua Kerajaan Negeri sudah selesai upacara angkat sumpah MB dan KM masing-masing, namun sepanjang dua minggu ini jugalah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim masih meroyan sakan menghasut rakyat supaya menolak keputusan PRU-13.

Dalam jelajah propagandanya yang terbaru di Johor, Anwar turut menggunakan alasan undi popular 51% gabungan tidak berdaftar itu sebagai asas utama dalam penegasannya untuk tidak bersara dari dunia politik. 

Kenyataan itu adalah reaksi Anwar bagi menjawab desakan pelbagai pihak mengenai janjinya untuk menjadi pensyarah sekiranya gagal dalam PRU-13. Gempak yang dilakukan dulu kini memakan diri, mahu tak mahu kenalah ada alasan untuk mengalih perhatian khalayak.

Hakikatnya Anwar lupa untuk menjelaskan soal undi popular untuknya tidak wujud pun kerana PKR yang diketuainya hanya memperolehi 20% sahaja berbanding BN yang mendapat 49% daripada keseluruhan undi popular. 

Anwar juga tidak menyatakan hakikatnya sebahagian besar undi popular PR datangnya dari 5 buah negeri sahaja iaitu Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Perak dan Kelantan, sedangkan BN pula menguasai majoriti undi popular di 9 negeri yang lain.

Satu persatu negeri dijelajahnya semata-mata untuk menyebarkan propagandanya memburukkan SPR sambil menuduh BN melakukan penipuan, tapi di ketika yang sama boleh pula Anwar berbangga dengan undi popular yang diperolehi gabungan rapuh parti pembangkang yang dikenali sebagai PR.

Kini Ketua Umum PKR itu sedang dalam keadaan tersepit, bukan sahaja kerana gagal menunaikan janji tapi juga kerana sukar menerima ketentuan Illahi yang menetapkan BN kekal mendapat sokongan dan terus berjaya memerintah negara ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...