Followers

Showing posts with label adam adli. Show all posts
Showing posts with label adam adli. Show all posts

25/05/2013

Adam Adli Tidak Mewakili Mahasiswa


Adam Adli sebenarnya membohongi rakyat kononnya membawa perjuangan golongan mahasiswa yang maju jatuhkan kerajaan dan negara. Mejoriti mahasiswa tidak menyokong apa yang dilakukan oleh Adam Adli. 

Perjuangan adam adli tidak sewajarnya dikaitkan dengan gerakan mahasiswa kerana perjuangan dia atas landasan politik tertentu. Adam Adli telah digunakan oleh pihak tertentu terutama sekali parti politik pembangkan untuk kepentingan tertentu.

Malah Adam Adli sendiri di gantung dalam pembelajarannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

TOLAK PENGKHIANAT NEGARA!
TOLAK PEMBULI RAKYAT!

22/05/2013

Balai Polis Jinjang Diserang Lagi

Tak habis habis lagi puak puak ni sibuk minta lepaskan si Adam Adli. Kali ni puak cina pula yang ramai datang menyerang, jangan paksa pihak keselamatan bertindak.

Gambar ini dirakamkan semalam di mana tempat adam adli ditahan.
Sudah sudah lah tu, balik la... Rakyat dah muak dengan permainan engkau orang. Biarkan pihak keselamatan buat kerja, balik lah....
Sent from my BlackBerry® smartphone

20/05/2013

Kenyataan Akhbar Polis Penahanan Adam Adli



Hormatilah Undang-undang

Polis Menasihati orang ramai 
supaya tidak meneruskan aktiviti yang boleh menimbulkan kekecohan dan kemudaratan kepada kestabilan negara. 

19/05/2013

Aktivis Mahasiswa Protes Penahanan Adam Adli

Adam Adli Abdul Halim


SHAH ALAM - Beberapa kumpulan aktivis pelajar merancang untuk mengadakan himpunan di hadapan Balai Polis Jinjang malam ini sebagai tanda protes terhadap penahanan, Adam Adli Abdul Halim.


Adam Adli ditahan di bawah Seksyen 124 Akta Hasutan.



Dipetik laman mikro Twitter salah seorang ahli kumpulan aktivis, Mandeep Singh, mereka akan mula berkumpul di hadapan balai polis tersebut pada jam 8 malam dengan memakai pakaian bewarna hitam.



Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh turut mengesahkan Adam Adli ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di bawah sekesyen 4 (1) Akta hasutan 1948, pada jam 3.15 petang tadi.



Mohmad juga menasihatkan orang ramai supaya tidak meneruskan aktiviti yang boleh menimbulkan kekecohan dan kemudaratan kepada negara.



"Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang cuba menimbulkan pecah keamanan dan mencetuskan insiden-insiden yang tidak diingini," katanya pada satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 6.30 petang, hari ini.



Sebelum itu, beberapa pemimpin pembangkang turut melahirkan reaksi tidak puas hati dengan tindakan yang dikenankan terhadap aktivis tersebut.



"... aktivis pelajar Adam Adli ditahan bawah Akta Hasutan di Bangsar sebentar tadi. Zahid tunjuk taring?," kata Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dipetik di laman Twitternya.



Rakan seperjuangannya N.surendran turut melahirkan perasaan sama ekoran penahanan Adli.



"Kejam," katanya apabila mengetahui perkara itu yang disebarkan melalui media.


SUMBER

18/05/2013

Aktivis Mahasiswa Ditahan

Siapa tak kenal dengan Adam Adli, nama yang cukup terkenal dikalangan mahasiswa yang pro pakatan pembangkang yang pernah menurunkan bendera  gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Disember tahun lepas. 

Adam Adli  hari ini ditahan polis di bawah Seksyen 4(1) di bawah Akta Hasutan 1948.Adam Adli di tangkap polis di sekitar kawasan Bangsar pada pukul 3.15petang tadi dan dibawa ke Balai Polis Jinjang dan disahkan oleh Ketua Polis KL, Datuk Mohmad Salleh

Adam Adli yang digantung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya yang dianjurkan Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei lepas.

Dalam forum itu , Adam Adli menyertai beberapa NGO Anti-Kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihanraya umum ke 13.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...