Followers

Showing posts with label gereja. Show all posts
Showing posts with label gereja. Show all posts

23/06/2014

Mahkamah Tolak Permohonan Rayuan Gereja Katolik Dalam


Pertikaian kalimah Allah dalam The Herald selesai, mahkamah tolak permohonan Gereja Katolik
Pertikaian dan perebutan pengunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Katolik, The Herald sejak tahun 2009 berakhir apabila Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Geraja Katolik untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober tahun lalu yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya, The Herald hari ini.
Dalam penghakiman 7 panel yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria itu empat hakim menolak permohonan rayuan Geraja Katolik sementara tiga lagi menyokong.

Keputusan dibuat selepas mendengar penghujahan pihak Gereja Katolik dan kerajaan serta majlis agama Islam pada 5 Mac lalu.

Empat hakim yang menolak permohonan Gereja Katolik adalah Arifin, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Suriyadi Halim Omar

Sementara hakim yang menyokong rayuan adalah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zainun Ali dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha. 

Peguam yang mewakili pihak kerajaan, Datuk Zainol Rijal Abu Bakar berkata, keputusan dibuat selepas panel hakim meneliti 28 persoalan yang dikemukakan kepada Mahkamah Pesekutuan untuk dijawab.
"Selepas penelitian dibuat terhadap 28 persoalan itu, majoriti hakim berpendapat permohonan Gereja Katolik untuk merayu tidak memenuhi Seksyen 96 untuk permohonan mereka didengar," jelas Zainol Rijal yang ditemui selepas prosiding mahkamah selesai. 

Keputusan yang diumumkan pada kira-kira 10.15 pagi itu disambut dengan penuh syukur kira-kira 300 penganut Islam yang berhimpun di perkarangan Istana Kehakiman di sini sejak seawal tujuh pagi tadi.

Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada 16 Februari 2009 apabila pihak Gereja Katolik diketuai Archbishop Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Gereja Katolik menuntut, antara lain satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan Katolik, The Herald adalah tidak sah dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.
Akhbar mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Melayu namun pihak kerajaan dan majlis agama Islam berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.

Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan akhbar mingguan The Herald itu daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Melayu, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Herald.

Pada Julai 2013, Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan majlis agama Islam dan pihak kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Herald

Pada 22 Ogos 2013 Mahkamah Rayuan menolak permohonan berkenaan sekaligus membenarkan pihak majlis agama Islam dan kerajaan meneruskan rayuan.

Pada 14 Oktober 2013 panel hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh membuat keputusan menghalang The Herald daripada menggunakan kalimah Allah selepas mendengar hujah rayuan pihak kerajaan dan beberapa majlis agama Islam negeri pada 10 September 2013.-UTUSAN ONLINE

20/02/2014

Depan Penganut Kristian Anwar Cakap Lain

Anwar Ibrahim cuba menggambarkan diri beliau sebagai pemimpin yang diterima oleh pelbagai kaum dan agama di negara ini tetapi realiti adalah sebaliknya. Di hadapan hadirian beragama Kristian yang memenuhi dewan sebuah sebuah gereja di Kajang baru-baru ini, Anwar bernada lain ketika berdepan dengan pengundi Melayu.

Di depan penganut Kristian, Anwar memetik beberapa ayat Al Qur'an mempertahankan dasar pakatan pembangkang yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katholik. Beliau juga menghafal beberapa ayat lagi untuk menunjukkan betapa Islam boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan agama-agama lain di negara lain. Dalam erta kata lain Anwar memainkan sentimen pluralisme untuk menarik golongan bukan Islam menyokongnya.

Pelik juga di hadapan penganut Kristian beliau boleh menjual ayat-ayat Al Qur'an demi mendapat undi pada pilihan raya kecil Kajang kelak tetapi apabila Lim Kit Siang mempertikaikan ayat Al Qur'an yang di gunakan oleh Jakim untuk pengisian khutbah baru-baru, Anwar sedikit pun tidak membangkang atau membantah. Mungkin bagi Anwar halal menjadikan ayat-ayat suci sebagai alat politik tetapi apabila pemimpin bukan Islam menghina Islam, dihalalkan juga supaya tidak mempertahan kan kesucian agama. Begitulah politik agama yang dimainkan oleh Anwar dan pembangkang.

Pemimpin-pemimpin Melayu pembangkang terutamanya Pas dan Anwar tidak segan silu keluar masuk gereja dan pusat-pusat agama lain kerana hendak mengambil hati demi peti undi. Mereka sanggup mengenepikan fatwa para ulama yang melarang perbuatan tersebut kecuali jika keadaan mendesak. Bagi Anwar dan pemimpin Pas cukup bagi 'ulama' mereka mengeluarkan fatwa menghalalkan segala tindakan mereka selagi ia boleh membawa undi.

Itulah yang dilakukan oleh Anwar di gereja di Kajang tersebut. Beliau boleh mengutuk dan menghina bangsa sendiri di hadapan orang kafir kerana menganggap undi orang kafir tersebut lebih tinggi nikainya daripada perpaduan dengan saudara sebangsa dan seagama. Begitu juga yang beliau lakukan sebelum ini di hadapan khalayak penyokong pembangkang Cina dengan memperlecehkan kredibiliti pemimpin-pemimpin dari UMNO.

Seolah-olah beliaulah manusia paling maksum dan suci daripada sebarang dosa. Mungkin mereka yang terpegun dengan retorik Anwar terlupa siapa beliau semasa berkuasa di dalam satu ketika dahulu. Anwarlah antara menteri kabinet paling korup dengan mengumpul dan mengalihkan harta dan wang tunai perpuluh bilion ringgit ke luar negara. Kini di depan penganut Kristian beliau cuba menonjolkan imej kesengsaraan seperti mana yang pernah dilalui oleh Jesus.

Ini semua adalah permainan politik sesumpah yang memang menjadi darah daging Anwar. Apa sahaja akan dikorbankan oleh Anwar untuk kepentingan politiknya - agama, bangsa malah negara sekali pun. Kajang adalah korban percintaan Anwar kerana memenuhi nafsu serakahnya untuk menduduki kerusi menteri besar setelah gagal menjadi perdana menteri. Setakat yang diketahui tidak ada perdana menteri atau menteri besar yang menjawat mana-mana jawatan tersebut pada usia lanjut 67 tahun.

Tetapi berlainan bagi Anwar kerana beliau penuh dengan sikap keakuaan yang menjadi belenggu dirinya. Hanya kepentingan diri dan agenda politiknya sahaja yang diutamakan. Yang lain seperti sahabat handai dalam perjuangan politik yang jatuh bangun bersamanya adalah 'expendable' atau boleh dikorbankan bila-bila masa sekira keadaan memerlukan.


22/08/2013

Makamah Menolak Rayuan Gereja Roman Katolik Dalam Menggunakan Kalimah Allah

Barisan peguam yang mewakili majlis agama Islam, pertubuhan Islam dan kerajaan hari ini.

Kalimah Allah: Mahkamah menolak rayuan Gereja Roman Katolik

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

PUTRAJAYA 22 Ogos - Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan untuk menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan majlis agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald

Keputusan berkenaan diputuskan oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Wira Abu Samah Nordin mula yang bersidang pada pukul 9.30 pagi dan berhenti rehad pada pukul 12.55 tengah hari kemudian bersambung semula 3.30 petang.

Dengan keputusan itu bermakna 
prosiding rayuan penuh dijangka akan diadakan pada 10 September 2013.

Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada pada 16 Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah, dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja. 

Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan akhbar mingguan The Herald itu daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.
Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah.

Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly. 

Pada Julai 2013 Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik The Herald.-UTUSAN ONLINE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...