Followers

Showing posts with label kalimah allah. Show all posts
Showing posts with label kalimah allah. Show all posts

30/10/2013

Media Pembangkang Tidak Bertanggungjawab

Nampaknya, media pro-pembangkang terus cuba menghangatkan isu Kalimah Allah walaupun ia telah dibawa ke mahkamah. Keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada The Herald telah membuka ruang kepada pembangkang untuk terus mempolitikkan isu tersebut. Mungkin bimbang yang isu ini bakal tenggelam, maka pembangkang menggunakan strategi yang lebih kasar, iaitu melaga-lagakan pemimpin BN sesama sendiri.


Untuk itu, laman Free Malaysia Today, Malaysian Insider dan beberapa portal, blog termasuklah laman-laman sosial peribadi pihak pro-pembangkang telah memainkan berita kononnya Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud, telah menempelak Perdana Menteri, Najib Razak mengenai isu Kalimah Allah. Menurut laporan mereka, Taib Mahmud telah ‘mengajar’ Najib mengenai politik secara matang di dalam Kongres PBB semalam. Kononnya, Taib Mahmud juga merujuk kepada rakyat di Semenanjung sebagai ‘bodoh’ sambil menunjuk ajar Najib mengenai hidup bertoleransi.


Kata Taib, “Kita di Sarawak, tidak ada isu. Kita hidup di kalangan berbagai bangsa dan agama selama berdekad-dekad, sebelum tertubuhnya Malaysia lagi.” Nampaknya, pembangkang cuba membunuh dua ekor burung dengan sebiji batu. Pembangkang yang tidak pernah menyebelahi Taib Mahmud, dilihat cuba mengenakan Najib dan Taib Mahmud sekali gus melalui laporan yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Mereka yang ‘bodoh’ yang dimaksudkan oleh Taib Mahmud ialah mereka yang tidak faham akan fakta kes Kalimah Allah di mahkamah. Hakikatnya, kes tersebut adalah bersifat terhad atau terpencil iaitu mengenai pengedaran The Herald di Semenanjung.


Kes itu langsung tidak melibatkan Sabah dan Sarawak di mana segala amalan pihak Kristian di kedua negeri ini sejak berdekad-dekad lalu, boleh diteruskan seperti biasa. Malah, semua risalah dan kitab Kristian di kedua negeri itu juga tidak terlibat dalam keputusan tersebut. Justeru, tidak ada sebab bagi mana-mana pihak di Sabah atau Sarawak untuk melompat atau meroyan mengenainya. Taib Mahmud cukup memahami perkara ini sepertimana yang ditekankannya mengenai toleransi yang telah wujud sekian lama. Namun, media pro-pembangkang telah dengan sengaja tidak mengambilkira fakta kes, membesarkan isu, memanipulasi dan mengalih makna kata-kata Taib Mahmud sebagai berbentuk ‘serangan’ atau ‘sindiran’ terhadap Dato’ Seri Najib.


Tindakan ini membuktikan betapa media pro-pembangkang sangat tidak bertanggungjawab serta tidak professional dalam menjalankan tugas. Ia juga membuktikan bahawa pembangkang sememangnya berniat jahat dan tidak jemu-jemu mencuba untuk mencetuskan ketegangan dan huru-hara di dalam negara.

Atas dasar ini, rakyat Sabah dan Sarawak wajar menolak pembangkang mentah-mentah kerana apa yang dilakukan mereka bukanlah perkara kecil. Dengan bermain dengan isu agama, pembangkang sebenarnya bermain dengan kehidupan dan nyawa kita semua. Jangan kita sekali-kali lupa bahawa pembangkang telah pun membuktikan sejauh mana mereka sanggup lakukan demi kuasa, antaranya ialah insiden Lahad Datu.

Kita boleh menolak terjadinya ketegangan kaum dan agama di dalam negara hanya dengan mengambil sikap tidak menghiraukan pembangkang. Jangan pedulikan hasutan mereka dan jangan terpengaruh dengan laporan media mereka yang penuh dengan agenda tersirat yang jahat.


Seperti kata Taib Mahmud, kita telah hidup dalam harmoni selama berdekad-dekad. Hanya orang-orang bodoh sahaja yang akan terpedaya dan bangkit melakukan kemusnahan seperti yang diinginkan pembangkang. Dan kita percaya, rakyat Sabah dan Sarawak tidak sebodoh penyokong pembangkang di Semenanjung yang sanggup berdemo, merusuh, mengganas serta berguling di jalanraya semata-mata untuk memusnahkan negara.

Amanat Ustaz Azizan



Pendedahan surat yang dikatakan ‘Amanat Ustaz Azizan’ benar-benar merisaukan jentera Pas di Sungai Limau apabila dilihat semakin mendapat perhatian pengundi yang rata-rata merupakan sanak saudara kepada mantan Menteri besar Kedah itu.

Surat yang ditulis oleh saudara ustaz Azizan, Haji Syukri Haji Ismail agar para penyokongnya untuk tidak mengundi Pas, PKR dan DAP kerana boleh di ibarat sebagai mengkhianati Islam. Ini kerana menurut Haji Syukri amanat tersebut diberikan kepadanya 3 minggu sebelum ini Ustaz Azizan menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Walaupun ada di kalangan pengikut Pas tegar yang mengatakan ia adalah merupakan propaganda kempen Bn/Umno, namun rata-rata mereka yang rapat dengan Ustaz Azizan pasti mengetahui sama ada surat tersebut benar atau palsu.

Ini kerana sebelum ini, Ustaz Azizan pernah berulang kali menyuarakan hasrat hatinya yang dikatakan terkilan dengan perjuangan Pas. Ini kerana sejak bergabung dengan PKR dan DAP, Pas dilihat mula menyimpang dari landasan Islam yang sebenar.

Contohnya isu kalimah Allah yang jelas membuktikan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu terpaksa tunduk dan akur dengan kehendak DAP dan PKR demi kerana sokongan masyarakat bukan Islam. Malah hanya kerana itu juga Pas sebelum ini terpaksa menggadaikan asas dan dasar perjuangan yang selama ini menjadi tonggak perjuangan semenjak parti itu ditubuhkan.


Kesimpulannya, perjuangan Pas tidak lagi seperti awal penubuhannya yang mahu mengangkat Islam ke tahap yang tertinggi.­­­­ Berikut adalah kenyataan penuh ‘Amanat Ustaz Azizan untuk renungan bersama.

22/10/2013

PAS Setuju Kit Siang Jelaskan Keristian Guna Kalimah Allah Kepada Pengundi Sungai Limau

Di dalam keghairahan pengundi Sungai Limau untuk menghadapi pilihan raya kecil Sungai Limau, mereka dikejutkan dengan kehadiran penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika malam pengumuman calon Pas semalam. Tambah mengejutkan ahli parlimen Gelang Patah itu, turut dibenarkan untuk berucap di hadapan ahli dan penyokong Pas yang rata-rata terdiri daripada penduduk kampung.


Sudahlah rata-rata di kalangan mereka dipaksa hadir untuk mendengar ceramah dalam keadaan hujan. Tetapi mereka juga turut diminta duduk di atas tanah yang masih bertakung air kerana pihak penganjur tidak menyediakan kerusi berbanding para pemimpin pakatan pembangkang yang selesa di kerusi empuk di atas pentas.


Tambah menarik, Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar turut menjadikan isu tersebut sebagai modal lawak ketika berceramah dengan meminta para hadirin duduk di atas tanah supaya air yang banyak bertakung di kawasan tersebut cepat kering. Namun ‘lawak bodoh’ itu hanya mendapat sambutan hambar penyokong Pas.


Ini kerana, mereka bukan sahaja geram kerana dipaksa hadir dalam keadaan yag tidak selesa, namun paling menyakitkan hati apabila melihat kelibat Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berkongsi pentas dengan Presiden Pas, Hadi Awang dan pimpinan parti yang lain.


Malah ketika Kit Siang berucap, ada di kalangan ahli Pas yang melahirkan rasa kurang senang dan tidak bersetuju dengan pendekatan parti itu menggunakan Kit Siang. Ini kerana umum mengetahui DAP dan Kit Siang adalah merupakan antara mereka yang sangat kuat menentang Islam.


Paling menjengkelkan apabila, di dalam ceramahnya Kit Siang cuba menafikan kononnya dia anti-Islam. Salah seorang pengunjung yang enggan mendedahkan identitinya, mengatakan dia langsung tidak bersetuju dengan keputusan Pas pusat untuk mendapatkan sokongan Kit Siang. Paling mengecewakan katanya, Pas buka setakat menagih sokongan DAP, malah turut membawanya hadir sebagai penceramah di Sungai Limau.

Ini kerana mereka tahu, Kit Siang adalah antara ‘Mastermind’ yang mahu memastikan kalimah Allah dapat digunakan oleh mereka yang beragama Kristian di dalam kitab Bible.


Menurutnya, dengan kehadiran Kit Siang di Sungai Limau ini, ia seolah-olah memberikan gambaran kepada mereka, Pas secara dasarnya telah bersetuju dengan gerakan musuh Islam itu. Pada mereka, kehadiran Kit Siang di Sungai Limau ini bukan sekadar ingin meraih undi tetapi agenda utamanya ialah untuk menerangkan rasional penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam. Paling malang, gerakan tersebut turut disokong oleh mereka yang bergelar ulama.

10/09/2013

Keputusan Rayuan Kes Kalimah Allah

Keputusan rayuan kalimah Allah pada Oktober

PUTRAJAYA 10 Sept - Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan keputusan rayuan pihak kerajaan terhadap penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly seawalnya pada Oktober.

Keputusan itu diambil oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh yang mendengar rayuan pihak kerajaan hari ini.

"Keputusan tidak akan memakan masa ini mengambil kira keprihatinan rakyat terhadap isu ini. Keputusan dijangka diumum seawalnya pada Oktober. Tarikh akan diberitahu kelak," kata Mohamed Apandi sebaik mendengar hujah pihak kerajaan dan Herald.

Pihak kerajaan merayu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan Herald – The Catholic Weekly.

Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada pada 16 Februari 2009 apabila pihak Herald memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja itu serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Herald menuntut, antara lain satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam mingguan Katolik itu adalah tidak sah dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.

Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan akhbar mingguan The Herald itu daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan Herald – The Catholic Weekly.

Pada Julai 2013 Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan majlis agama Islam dan pihak kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik The Herald 

Pada 22 Ogos lalu Mahkamah Rayuan menolak permohonan berkenaan sekaligus membenarkan pihak majlis agama Islam dan kerajaan meneruskan rayuan.– UTUSAN ONLINE

Oleh BORHAN ABU SAMAH dan KHAIRULANUAR YAHAYA 

22/08/2013

Makamah Menolak Rayuan Gereja Roman Katolik Dalam Menggunakan Kalimah Allah

Barisan peguam yang mewakili majlis agama Islam, pertubuhan Islam dan kerajaan hari ini.

Kalimah Allah: Mahkamah menolak rayuan Gereja Roman Katolik

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

PUTRAJAYA 22 Ogos - Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan untuk menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan majlis agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald

Keputusan berkenaan diputuskan oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Wira Abu Samah Nordin mula yang bersidang pada pukul 9.30 pagi dan berhenti rehad pada pukul 12.55 tengah hari kemudian bersambung semula 3.30 petang.

Dengan keputusan itu bermakna 
prosiding rayuan penuh dijangka akan diadakan pada 10 September 2013.

Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada pada 16 Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah, dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja. 

Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan akhbar mingguan The Herald itu daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.
Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah.

Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly. 

Pada Julai 2013 Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik The Herald.-UTUSAN ONLINE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...