Followers

Showing posts with label ambiga. Show all posts
Showing posts with label ambiga. Show all posts

24/09/2013

CEC DAP, Tidak Percaya Ambica

Pemilihan CEC DAP yang penuh dengan kontroversi menyebabkan kredibiliti parti itu hancur sama sekali. Kini, ahli-ahlinya menumpukan sepenuh perhatian kepada pemilihan semula yang bakal diadakan pada 29 September ini.
Bagaimanapun, umum terus merasa ragu-ragu yang pemilihan semula tersebut akan berjalan dengan telus. Keraguan ini adalah berpunca dari perkembangan semasa yang menyaksikan tindakan pemimpin DAP yang agak meragukan.
Kesangsian semakin meningkat apabila beberapa perwakilan mendedahkan bahawa mereka telah dipinggirkan dari perjumpaan khas yang khabarnya diadakan sempena pemilihan semula. Perjumpaan seperti ini tidak pernah diadakan sebelum ini dan memandangkan pemimpin DAP hanya memilih orang tertentu untuk ditemui, benar-benar mencabar kesabaran yang lain.
Apa yang menghairankan ialah walaupun setelah isu ini menjadi besar sehingga memaksa DAP mengadakan pemilihan semula, parti itu langsung tidak melakukan siasatan dalaman tentang kenapa 753 perwakilan tidak menerima notis mesyuarat sebelum ini. Malah, pemimpin DAP terus mencari jalan untuk menjustifikasi peminggiran 753 perwakilan dalam pemilihan awal. Dalam kata lain, pemimpin DAP tidak mengaku salah.
Tetapi, mereka cuba menipu dengan membuat kenyataan kononnya 500 dari perwakilan tersebut telah menghantar surat pemberitahuan bahawa mereka tidak dapat hadir ke mesyuarat pemilihan tersebut. Kita menyatakan ini satu penipuan kerana DAP tidak dapat mengemukakan surat-surat tersebut sehingga ke hari ini.
Oleh kerana tidak berpuas hati dengan sikap dan penjelasan pemimpin DAP, Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass, telah memohon injunksi mahkamah agar menghalang mesyuarat pemilihan semula diadakan semula.
Jelas di sini, bahawa ahli-ahli DAP tidak lagi percaya yang DAP mampu menjalankan pemilihan secara adil.
Justeru, ramai yang mencadangkan agar DAP mengambil khidmat BERSIH untuk memantau pemilihan kali ini. Ambiga Sreevanesan yang ‘obses’ dengan pilihanraya bersih tentunya bersedia untuk mengetuai unit pemantauan, apatah lagi dengan hakikat majoriti para perwakilan yang terpinggir atau didiskriminasi adalah dari kaumnya sendiri, iaitu India.
Maka, sewajarnyalah Ambiga prihatin dalam hal ini bagi memastikan tiada unsur-unsur rasis dalam proses pemilihan semula CEC DAP.
Namun, mungkin atas dasar ‘rasis’ juga, maka DAP tidak berani menaruh kepercayaan kepada Ambiga. Untuk itu, DAP sanggup mengupah sebuah syarikat audit antarabangsa iaitu PKF Accountants and Business Advisers untuk memantau pemilihan semula CEC. Syarikat tersebut bertanggungjawab memastikan ketepatan kiraan
keputusan undian oleh 2,576 perwakilan yang layak mengundi. Kiraan akan dibuat melalui dua cara iaitu manual dan juga semakan silang melalui komputer.
Tindakan menggunakan syarikat audit merupakan satu langkah drastik yang mungkin mampu mengembalikan keyakinan ahli-ahli kepada kepimpinan. Bagaimanapun, ia dilihat sebagai langkah terdesak dan amat memalukan sekali gus membuktikan betapa kredibiliti DAP sudah hancur sama sekali.
Bayangkan, untuk mengira 2,576 undi sahaja, parti DAP perlu dipantau oleh syarikat audit antarabangsa. Itupun masih tidak malu menuduh pilihanraya Malaysia sebagai tidak adil.
Dan lebih ironi lagi, pemimpin DAP juga tidak percaya kepada badan yang dijulangnya untuk memantau pilihanraya Malaysia iaitu BERSIH.
Nampaknya, sesama sendiri juga sudah saling tidak mempercayai walaupun sering bekerjasama dan senada. Maka, benarlah kata orang iaitu penipu lebih kenal siapa penipu dan tidak mungkin mengambil khidmat si penipu.

16/08/2013

Ambiga BERSIHkan Pemilihan Semula CEC DAP

Akhirnya DAP terpaksa mengadakan pemilihan semula bagi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sepertimana yang diarahkan oleh ROS.  Keputusan ini agak mengejutkan memandangkan Mesyuarat Tergempar parti itu Isnin lalu baru sahaja memutuskan bahawa pemilihan semula bukanlah satu opsyen.   Dalam kenyataan media selepas mesyuarat tersebut, Lim Guan Eng telah mempamerkan sikap kiasu-bodoh dengan memberi syarat pula kepada ROS agar mengemukakan fakta tentang kenapa pemilihan semula perlu diadakan. 

Akibatnya, tindakan Guan Eng untuk terus menerus berdolak dalih menyebabkan kredibiliti beliau dan juga DAP hancur lebur.  Beliau yang sebelum ini dikecam kerana tidak tahu mengira, diejek pula sebagai pengecut.  Keengganan beliau mengadakan pemilihan semula membuktikan bahawa Guan Eng seorang rasis dan penipu apabila dengan sengaja menafikan hak wakil India untuk memilih. 

Mungkin menyedari keadaan semakin buruk bagi DAP, maka parti itu bermesyuarat sekali lagi semalam dan memutuskan untuk akur dengan arahan ROS. 

Memandangkan DAP telah pun mempunyai rekod menipu yang cukup ‘mengagumkan’, maka kita wajar menerima keputusan DAP dengan dengan penuh hati-hati.   

Justeru, kita menunggu Ambiga yang amat ‘obses’ dengan ‘kebersihan sistem pengundian’, untuk menggerakkan BERSIH sebagai pemantau bagi pemilihan semula CEC DAP.   Kita tidak mahu DAP sekali lagi membelakangkan wakil-wakil dari kaum Ambiga sendiri dalam menjalankan hak mereka sebagai ahli parti.   

Malangnya, Ambiga nampaknya langsung tidak prihatin dengan nasib kaumnya yang dipinggirkan oleh DAP melalui pemilihan parti paling kotor dalam sejarah.   Mungkin Ambiga tidak lagi mempunyai semangat keIndiaan yang tinggi kerana turut percaya kepada kesamarataan total yang membawa erti Ketuanan Cina di Malaysia.   

Jelaslah Ambiga sendiri begitu kotor kerana hanya berminat untuk ‘mencari fasal’ dengan kerajaan, dan bukannya berminat untuk membersihkan apa-apa. 

Kaum India dan juga Melayu di dalam DAP tidak wajar memberi peluang kepada pemimpin mereka memijak dan memperbodohkan mereka sekali lagi.  Mereka perlu memikirkan sesuatu bagi memastikan pemilihan semula ini dijalankan dengan bersih dan supaya tiada siapapun yang dinafikan hak untuk memilih. 

Selain itu, mereka juga perlu memastikan komputer berada dalam keadaan baik dan para pengendalinya benar-benar tahu menggunakannya.  Kita tidak mahu ada lagi alasan komputer tersalah kira atau petugas tidak tahu mengira. 

Namun, kita sedia maklum bahawa untuk memastikan semuanya berjalan lancar dan adil, kaum India dan Melayu di dalam DAP memerlukan lebih daripada pemantau dan sistem pemantau.   Apabila berhadapan dengan kepimpinan yang samseng seperti Guan Eng, ahli-ahli DAP memerlukan kekuatan untuk menahan ‘kilasan tangan’ dan juga kekuatan untuk ‘menolak tawaran’.   

Ingatlah bahawa Guan Eng telah terkenal sebagai seorang penipu dan seorang penipu yang tidak pernah mengaku menipu hanya akan membesarkan lagi penipuannya.    Ertinya, bagi menutup penipuan dalam pemilihan CEC yang lalu, Guan Eng perlu memastikan keputusan pengundian semula tidak jauh berbeza dengan sebelumnya. 

Oleh itu, jika Guan Eng boleh menetapkan keputusan bagi pemilihan lalu, apakah jaminan yang beliau tidak menetapkan keputusan bagi pemilihan semula juga?   Bayangkan sajalah apa yang seorang samseng merangkap penipu sanggup lakukan untuk menjustifikasi penipuannya…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...