Followers

Showing posts with label sungai limau. Show all posts
Showing posts with label sungai limau. Show all posts

01/11/2013

Macam Biasa Anwar Buat Provokasi Wujukan Suasana Kecoh

Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) malam tadi dimaklumkan akan kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ke Sungai Limau bagi membantu jentera kempen Pas. Tambah menarik dia turut dijadualkan akan bersolat di salah sebuah masjid sekali gus memberikan ceramah politik dengan menggunakan alasan tazkirah. Nama masjid sengaja tidak dimasukkan bagi mengelakkan promosi percuma diberikan.


Menurut unit risikan dan gerak saraf program tersebut sengaja diada-adakan bagi mencetuskan provokasi sehingga mencetuskan kekecohan. Ini kerana Anwar dan jentera Pas ingin menggunakan alasan tersebut bagi menggambarkan kononnya penyokong BN/Umno ganas dalam berkempen.


Sedangkan sehingga pagi ini, jawatankuasa masjid tersebut dikatakan masih lagi tidak dimaklumkan mengenai program ceramah tersebut. Inilah antara taktik Anwar setiap kali tiba pilihan raya sama, hadir untuk solat berjemaah di masjid atau surau. Sejurus selepas solat tersebut, beliau akan meminta ‘agennya’ untuk menyediakan tempat untuk membolehkannya menyampaikan ceramah.


Tindakan tersebut sudah tentu akan menimbulkan kemarahan penduduk setempat yang marah dengan perbuatan Anwar kepada negara selama ini. Sudah tentu mereka yang tidak bersetuju dan menghalang Anwar dari berceramah sekali gus menimbulkan suasana kecoh.


Apabila berlaku kekecohan, Anwar dan jentera Pas akan segera menggunakan isu tersebut, kononnya dia dihalang oleh penyokong Umno untuk bersolat di masjid. Mereka yang taasub dengan Anwar akan segera percaya dengan fitnah tersebut dan segera menyebarkannya untuk pengetahuan umum.


Inilah taktik sebenar Anwar, dia tahu masyarakat Melayu mudah percaya dengan cerita-cerita rekaannya dan kesempatan tersebut akan digunakan sebaik mungkin untuk menanamkan sentimen kebencian rakyat. Secara mata kasar, Anwar mungkin nama lemah dan tidak berdaya, namun mereka yang mengenalinya secara dekat tahu, siapa sebenarnya makhluk yang bernama Anwar Ibrahim ini.


Lihat sahaja kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh mereka yang pernah rapat dengan Anwar. Antaranya Datuk Zulkifli Nordin yang sebelum ini mendedahkan dia pernah diarahkan oleh Anwar untuk menyediakan bom ‘molotof cocktail’ bagi mencetuskan suasana huru-hara ketika zaman reformasi.

Malah sehingga hari ini, Anwar masih lagi tidak berani untuk menyaman bekas peguamnya itu sekali gus membuktikan semua yang dinyatakan itu ada kebenarannya.

30/10/2013

Amanat Ustaz Azizan



Pendedahan surat yang dikatakan ‘Amanat Ustaz Azizan’ benar-benar merisaukan jentera Pas di Sungai Limau apabila dilihat semakin mendapat perhatian pengundi yang rata-rata merupakan sanak saudara kepada mantan Menteri besar Kedah itu.

Surat yang ditulis oleh saudara ustaz Azizan, Haji Syukri Haji Ismail agar para penyokongnya untuk tidak mengundi Pas, PKR dan DAP kerana boleh di ibarat sebagai mengkhianati Islam. Ini kerana menurut Haji Syukri amanat tersebut diberikan kepadanya 3 minggu sebelum ini Ustaz Azizan menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Walaupun ada di kalangan pengikut Pas tegar yang mengatakan ia adalah merupakan propaganda kempen Bn/Umno, namun rata-rata mereka yang rapat dengan Ustaz Azizan pasti mengetahui sama ada surat tersebut benar atau palsu.

Ini kerana sebelum ini, Ustaz Azizan pernah berulang kali menyuarakan hasrat hatinya yang dikatakan terkilan dengan perjuangan Pas. Ini kerana sejak bergabung dengan PKR dan DAP, Pas dilihat mula menyimpang dari landasan Islam yang sebenar.

Contohnya isu kalimah Allah yang jelas membuktikan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu terpaksa tunduk dan akur dengan kehendak DAP dan PKR demi kerana sokongan masyarakat bukan Islam. Malah hanya kerana itu juga Pas sebelum ini terpaksa menggadaikan asas dan dasar perjuangan yang selama ini menjadi tonggak perjuangan semenjak parti itu ditubuhkan.


Kesimpulannya, perjuangan Pas tidak lagi seperti awal penubuhannya yang mahu mengangkat Islam ke tahap yang tertinggi.­­­­ Berikut adalah kenyataan penuh ‘Amanat Ustaz Azizan untuk renungan bersama.

25/10/2013

Makna 'Berani Hijrah' Buat Pengundi Sungai Limau

Kempen BN di Sungai Limau di bawah pimpinan Dato’ Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi BN Kedah memperkenalkan slogan ‘Berani Hijrah’ dalam strategi mendekati masyarakat kawasan tersebut. Slogan tersebut dilihat selaras dengan slogan ‘Berani Berubah’ yang dibawanya dalam kempen pemilihan UMNO sebelum ini.


Hijrah dan berubah yang dimaksudkan pastilah merujuk kepada sesuatu yang lebih baik. Namun, tanpa sebarang kupasan, tentu sukar bagi masyarakat Sungai Limau untuk memahaminya secara mendalam. Mungkin ramai yang melihat perkataan ‘ubah’, ‘perubahan’, ‘transformasi’, ‘reformasi’ atau ‘hijrah’ adalah sekadar bermakna bertukar dari satu parti ke parti lain atau satu individu ke individu lain. Mungkin ada yang berfikir lebih sedikit dan melihatnya sebagai satu usaha untuk menambahbaik atau menukar sistem atau cara pentadbiran.


Namun, ‘hijrah’ yang dimaksudkan oleh Dato’ Mukhriz adalah melangkaui apa yang dapat dilihat dengan mata kasar. Bagi memahaminya, kita perlu melihat dari keperibadian Dato’ Mukhriz sendiri yang terkenal sebagai lelaki budiman. Ini satu hakikat yang tidak dapat dinafikan walaupun oleh musuh-musuhnya sepertimana musuh-musuh bapanya tidak boleh menafikan kebijaksanaan Negarawan Ulung itu.


Dato’ Mukhriz tidak pernah ‘terlepas laku’ sepertimana beberapa pemimpin kita hari ini. Kita tidak dapat membayangkan beliau berkasar, apatah lagi memaki hamun atau menjerit melompat dalam apa jua keadaan atas alasan ‘berjuang’. Beliau pernah diherdik secara berhadapan oleh ahli PAS, tetapi beliau hanya tersenyum. Beliau sering menjawab sindiran dengan lembut. Apabila beliau menyerang, beliau menyerang dengan fakta, itu pun dengan lembut juga iaitu kualiti yang pastinya diwarisi dari Tun Mahathir yang dikasihi.

Namun, dalam kelembutan Tun Mahathir terdapat senjata yang tajam untuk membalas serangan manakala Mukhriz belum ada keperluan untuk berbuat demikian ataupun belum masanya lagi. Oleh itu, sifat itu belum dapat dilihat dalam dirinya atau kemungkinannya tidak ada. Tidak mungkin beliau mewarisi bapanya seratus peratus.


Dalam masyarakat British, lelaki budiman seringkali dirujuk kepada golongan bangsawan iaitu yang lahir dari keturunan yang dihormati, selalunya berdarah diRaja. Golongan ini perlu menjaga tuturkata dan adab sopan serta tidak akan sekali-kali menggunakan kata-kata kesat kerana ia akan menjatuhkan maruah mereka. Mungkin kerana sifat Dato’ Mukhriz yang budiman, maka beliau turut dirujuk sebagai golongan bangsawan. Masyarakat kita seringkali tersalah mentafsirkan perkataan ‘bangsawan’ atau ada juga yang merujuknya sebagai ‘elit’. Ada yang menyangka ia merujuk kepada ‘orang-orang kaya’ tak kira apa latarbelakangnya dan bagaimanapun sikapnya. Hakikatnya, seorang bangsawan sebenar pastinya seorang yang budiman. Manakala, seorang kaya tidak semestinya seorang budiman dan seorang budiman tidak semestinya seorang bangsawan dan tidak semestinya kaya.


Hari ini, sukar sekali untuk kita mencari lelaki budiman tidak kira dari golongan bawahan mahupun atasan. Hari ini kita melihat anak-anak pemimpin yang kaya raya juga terjerit-jerit, menyombong atau mengherdik orang sesuka hati. Di kalangan remaja biasa juga, adab sopan sudah semakin terhakis terus. Malah, pemandu teksi di Malaysia telah ‘dinobatkan’ oleh majalah antarabangsa sebagai paling biadab di dunia!


Di dalam politik juga sama saja, yang samseng, yang ‘taiko’ dihormati manakala yang dedikasi, bijak dan kurang bercakap dipandang sepi. Maki hamun dan cakap-cakap lucah sudah menjadi perkara biasa di mana-mana saja. Mungkin ada yang menganggap ini sesuatu yang elok kerana tiada lagi ‘kasta’ antara bangsawan dengan tidak.

Justeru, Malaysia semakin hari semakin hilang kehormatannya. Sedikit demi sedikit kita mengundur ke belakang dari segi ketamadunan dan kemanusiaan. Sedangkan di dalam Islam, manusia yang tinggi darjatnya adalah manusia yang beradab.


Maka inilah ‘Hijrah’ yang perlu dilakukan iaitu ke arah menjadi manusia yang lebih baik. Tidak guna ‘berebut’ perkataan Islam atau mempertahankan Kalimah Allah jika diri sendiri bersikap bagai manusia di zaman jahiliah. Apa ada pada jubah, serban dan tudung kepala jika tutur kata bersalut najis?


Kita percaya, masyarakat Sungai Limau mampu melakukan hijrah ini bersama Dato’ Mukhriz. Tolaklah mereka-mereka yang gemar memaki-hamun. Ingatlah bagaimana mereka memaki Almarhum Tan Sri Azizan ketika sihat sehinggalah ketika beliau terlantar sakit dan seterusnya tenat, hanya kerana mereka tidak dapat merebut jawatannya.


Walaupun beliau merupakan musuh politik, tetapi Dato’ Mukhriz tidak sanggup membiarkan nama beliau diaibkan, dan Dato’ Mukhrizlah yang tampil membela beliau di dalam Dewan. Ini boleh dirujuk sendiri dalam hansard DUN Kedah.


Inilah keperibadian pemimpin Islam sebenar iaitu menolak mengaibkan musuh, menolak kempen dengan cara memfitnah dan maki hamun serta enggan menjawab serangan peribadi kerana ia tidak membawa kebaikan kepada sesiapa pun jua.


InsyaAllah, Allah SWT akan memberkati masyarakat yang beradab. Ingatlah bahawa adab adalah dakwah yang pertama dan paling terkesan kepada manusia berbanding ceramah.

23/10/2013

Calon PAS PRK Sungai Limau Tidak Di Restui Nik Aziz


Seperti ada yang tidak kena, suasana kempen pilihan raya kecil Sungai Limau tidak berjalan seperti kebiasaannya. Ini kerana sejak semalam, Pas telah mula menurunkan jentera kempennya dan memasang bendera dan poster di kawasan-kawasan yang dianggap strategik untuk menarik perhatian pengundi.

Namun sehingga ke pagi ini, tiada satu pun gambar mahupun poster Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang kelihatan di sepanjang kawasan Sungai Limau. Tidak seperti kempen pilihanraya sebelum ini, jentera Pas sentiasa menjadikan Nik Aziz sebagai umpan untuk memancing pengundi.

Contohnya poster yang paling popular, Nik Aziz Menangis yang sering dijaja bagi menagih simpati pengundi. Tidak cukup dengan itu, DAP yang terkenal dengan sikap anti-Islam dan chauvinist, turut menggunakan Nik Aziz sebagai model pilihan raya.

Inilah pendekatan pembangkang yang dinamakan ‘matlamat menghalalkan cara’. Pada mereka di dalam politik tidak ada istilah haram yang mutlak kerana jika haram sekalipun ia boleh dihalalkan dengan mengubah packaging(bungkusan), jenama atau label. Untuk lebih meyakinkan ditampal dengan label halal walaupun kandungannya haram.

Mereka yang menentang Islam pun boleh memakai sarung, kulit atau jersi parti Islam janji menang pilihan raya, apabila beroleh kuasa kelak golongan inilah yang akan meratah Islam sehingga ke tulang belulang.

Berbalik kepada isu tadi, yang paling menarik, ada pihak di dalam kem pembangkang mengatakan ini adalah merupakan satu konspirasi terancang antara Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob untuk menyingkirkan Nik Aziz.

Ini kerana mereka dikatakan mula tidak selesa dengan pendekatan Nik Aziz yang sering campur tangan dalam urusan parti dan kerajaan. Malah walaupun tidak lagi menjawat jawatan MB, Nik Aziz dikatakan masih cukup berkuasa berbanding Ahmad Yakob. Atas sebab itu, satu gerakan terpaksa dilakukan untuk mengubah keadaan tersebut.

Paling memeranjatkan Nik Aziz juga dikatakan tidak beberapa bersetuju dengan calon yang diturunkan untuk mewakili parti itu di dalam PRK kali ini. Ini kerana calon yang diketengahkan bukan dari kumpulan ulamak dan yang paling penting dia dikatakan turut menganuti fahaman sesat Syiah.

Sebagai tanda protes, Nik Aziz dikatakan enggan hadir di sepanjang tempoh berkempen ini sebagai salah cara untuk beliau menzahirkan rasa tidak puas atas kerakusan mereka mengejar kuasa.

Malah tindakan Pas Jerai untuk tidak menggunakan gambar poster Nik Aziz, juga dikatakan sebagai tindak balas atas sikap yang ditunjukkan oleh mantan MB Kelantan itu. Tidak cukup dengan itu, mereka juga dikatakan mula menyebarkan cerita, kononnya mantan MB Kelantan itu sedang berada dalam keadaan yang uzur dan nazak.

Mereka turut mengatakan Nik Aziz juga sudah mula ‘dipakaikan pampers’ bagi menunjukkan kononnya Nik Aziz sedang benar-benar uzur. Nampaknya gayanya, semakin hari politik Pas semakin kotor dan menjijikkan.

Tahniah kepada puak Endorgan Pas, ANDA SEMUA TELAH BERJAYA MENJADIKAN PAS SEBUAH PARTI YANG LIBERAL SEPERTI FAHAMAN KOMUNIS.


22/10/2013

PAS Setuju Kit Siang Jelaskan Keristian Guna Kalimah Allah Kepada Pengundi Sungai Limau

Di dalam keghairahan pengundi Sungai Limau untuk menghadapi pilihan raya kecil Sungai Limau, mereka dikejutkan dengan kehadiran penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika malam pengumuman calon Pas semalam. Tambah mengejutkan ahli parlimen Gelang Patah itu, turut dibenarkan untuk berucap di hadapan ahli dan penyokong Pas yang rata-rata terdiri daripada penduduk kampung.


Sudahlah rata-rata di kalangan mereka dipaksa hadir untuk mendengar ceramah dalam keadaan hujan. Tetapi mereka juga turut diminta duduk di atas tanah yang masih bertakung air kerana pihak penganjur tidak menyediakan kerusi berbanding para pemimpin pakatan pembangkang yang selesa di kerusi empuk di atas pentas.


Tambah menarik, Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar turut menjadikan isu tersebut sebagai modal lawak ketika berceramah dengan meminta para hadirin duduk di atas tanah supaya air yang banyak bertakung di kawasan tersebut cepat kering. Namun ‘lawak bodoh’ itu hanya mendapat sambutan hambar penyokong Pas.


Ini kerana, mereka bukan sahaja geram kerana dipaksa hadir dalam keadaan yag tidak selesa, namun paling menyakitkan hati apabila melihat kelibat Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berkongsi pentas dengan Presiden Pas, Hadi Awang dan pimpinan parti yang lain.


Malah ketika Kit Siang berucap, ada di kalangan ahli Pas yang melahirkan rasa kurang senang dan tidak bersetuju dengan pendekatan parti itu menggunakan Kit Siang. Ini kerana umum mengetahui DAP dan Kit Siang adalah merupakan antara mereka yang sangat kuat menentang Islam.


Paling menjengkelkan apabila, di dalam ceramahnya Kit Siang cuba menafikan kononnya dia anti-Islam. Salah seorang pengunjung yang enggan mendedahkan identitinya, mengatakan dia langsung tidak bersetuju dengan keputusan Pas pusat untuk mendapatkan sokongan Kit Siang. Paling mengecewakan katanya, Pas buka setakat menagih sokongan DAP, malah turut membawanya hadir sebagai penceramah di Sungai Limau.

Ini kerana mereka tahu, Kit Siang adalah antara ‘Mastermind’ yang mahu memastikan kalimah Allah dapat digunakan oleh mereka yang beragama Kristian di dalam kitab Bible.


Menurutnya, dengan kehadiran Kit Siang di Sungai Limau ini, ia seolah-olah memberikan gambaran kepada mereka, Pas secara dasarnya telah bersetuju dengan gerakan musuh Islam itu. Pada mereka, kehadiran Kit Siang di Sungai Limau ini bukan sekadar ingin meraih undi tetapi agenda utamanya ialah untuk menerangkan rasional penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam. Paling malang, gerakan tersebut turut disokong oleh mereka yang bergelar ulama.

03/10/2013

Tarikh PRK Sungai Limau ditetapkan pada 4 November

Tarikh PRK Sungai Limau ditetapkan pada 4 November

email
comments
Tarikh PRK Sungai Limau ditetapkan pada 4 November
PLAYClick to Expand & Play
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau akan diadakan pada 4 Nov manakala hari penamaan calon ditetapkan 23 Okt.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata daftar pemilih itu mengandungi 27,222 pemilih berdaftar dan dua pengundi tidak hadir luar negara.

"Untuk pilihan raya kecil Sungai Limau, tidak ada pengundi-pengundi dalam kategori pengundi awal iaitu anggota tentera dan polis dalam senarai Daftar Pemilih," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini, hari ini.

Katanya, daftar pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk 2012 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar-Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2013 dan Suku Tahun Kedua 2013 yang dikemas kini sehingga 26 Sept lepas.

Sebelum itu, Abdul Aziz mempengerusikan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Sungai Limau.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Azizan meninggal dunia pada 11.05 pagi Khamis lepas di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar selepas hampir lima bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), pada 5 Mei lepas, Azizan mengekalkan DUN Sungai Limau selepas menang dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru termasuk sepupu beliau, Mohd Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional.

Ini merupakan pilihan raya kecil kedua selepas PRU-13 dengan yang pertama pilihan raya kecil DUN Kuala Besut diadakan pada 24 Julai lepas.

Abdul Aziz berkata bagi menjalankan pilihan raya kecil DUN Sungai Limau, sebanyak 17 Pusat Mengundi akan dibuka untuk tujuan pengundian yang mengandungi 58 Saluran Tempat Mengundi.

Beliau berkata seramai 492 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini.
"Anggaran kos perbelanjaan bagi menjalankan pilihan raya kecil ini adalah sebanyak RM1,336,987," katanya.

Abdul Aziz berkata SPR yang bermesyuarat hari ini bersetuju untuk melantik Pegawai Daerah Yan sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan tiga orang Penolong Pegawai Pengurus bagi menjalankan pilihan raya kecil berkenaan.

Bagi tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, beliau berkata SPR juga bersetuju untuk menubuhkan tiga Pasukan Penguat kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).

Sementara itu, beliau berkata Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi bahagian pilihan raya berkenaan akan mula dijual pada 10 Okt.

Beliau berkata para pengundi dalam bahagian pilihan raya berkenaan boleh membuat semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi melalui laman sesawang SPR, www.spr.gov <http://www.spr.gov>. my dan melalui SMS dengan menaip SPR <jarak> SEMAK <jarak> No Kad Pengenalan dan hantar kepada 15888 mulai 10 Okt ini.

"Para Pengundi boleh menelefon Ibu Pejabat SPR di Putrajaya 03-88856565 dan Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah 04-700 1313," katanya.

Bagi maksud permohonan undi pos pada pilihan raya kecil ini, Abdul Aziz berkata warganegara Malaysia yang berada di luar negara, pegawai dan petugas pilihan raya serta petugas media boleh membuat permohonan undi pos mulai 3 Okt dengan memuat turun borang permohonan dari laman sesawang SPR.

"Tarikh tutup permohonan undi pos bagi warganegara Malaysia di luar negara ialah pada Hari Penamaan Calon.

"Bagi petugas pilihan raya dan petugas media, tarikh tutup permohonan undi pos ialah dua hari selepas Hari Penamaan Calon," katanya.

Mengenai penggunaan dakwat kekal, Abdul Aziz berkata jenis dakwat dan cara penggunaan adalah sama seperti pada pilihan raya kecil Kuala Besut.

"Pengalaman penggunaan dakwat kekal di sana begitu baik dan kita tidak menerima sebarang aduan. Jadi cara dan dakwat yang sama akan digunakan pada pilihan raya kecil itu nanti," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...