Followers

Showing posts with label anwar ibrahim. Show all posts
Showing posts with label anwar ibrahim. Show all posts

01/11/2013

Macam Biasa Anwar Buat Provokasi Wujukan Suasana Kecoh

Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) malam tadi dimaklumkan akan kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ke Sungai Limau bagi membantu jentera kempen Pas. Tambah menarik dia turut dijadualkan akan bersolat di salah sebuah masjid sekali gus memberikan ceramah politik dengan menggunakan alasan tazkirah. Nama masjid sengaja tidak dimasukkan bagi mengelakkan promosi percuma diberikan.


Menurut unit risikan dan gerak saraf program tersebut sengaja diada-adakan bagi mencetuskan provokasi sehingga mencetuskan kekecohan. Ini kerana Anwar dan jentera Pas ingin menggunakan alasan tersebut bagi menggambarkan kononnya penyokong BN/Umno ganas dalam berkempen.


Sedangkan sehingga pagi ini, jawatankuasa masjid tersebut dikatakan masih lagi tidak dimaklumkan mengenai program ceramah tersebut. Inilah antara taktik Anwar setiap kali tiba pilihan raya sama, hadir untuk solat berjemaah di masjid atau surau. Sejurus selepas solat tersebut, beliau akan meminta ‘agennya’ untuk menyediakan tempat untuk membolehkannya menyampaikan ceramah.


Tindakan tersebut sudah tentu akan menimbulkan kemarahan penduduk setempat yang marah dengan perbuatan Anwar kepada negara selama ini. Sudah tentu mereka yang tidak bersetuju dan menghalang Anwar dari berceramah sekali gus menimbulkan suasana kecoh.


Apabila berlaku kekecohan, Anwar dan jentera Pas akan segera menggunakan isu tersebut, kononnya dia dihalang oleh penyokong Umno untuk bersolat di masjid. Mereka yang taasub dengan Anwar akan segera percaya dengan fitnah tersebut dan segera menyebarkannya untuk pengetahuan umum.


Inilah taktik sebenar Anwar, dia tahu masyarakat Melayu mudah percaya dengan cerita-cerita rekaannya dan kesempatan tersebut akan digunakan sebaik mungkin untuk menanamkan sentimen kebencian rakyat. Secara mata kasar, Anwar mungkin nama lemah dan tidak berdaya, namun mereka yang mengenalinya secara dekat tahu, siapa sebenarnya makhluk yang bernama Anwar Ibrahim ini.


Lihat sahaja kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh mereka yang pernah rapat dengan Anwar. Antaranya Datuk Zulkifli Nordin yang sebelum ini mendedahkan dia pernah diarahkan oleh Anwar untuk menyediakan bom ‘molotof cocktail’ bagi mencetuskan suasana huru-hara ketika zaman reformasi.

Malah sehingga hari ini, Anwar masih lagi tidak berani untuk menyaman bekas peguamnya itu sekali gus membuktikan semua yang dinyatakan itu ada kebenarannya.

16/08/2013

Kenyataan Akhbar Pejabat PM Berkaitan Kerajaan Perpaduan Anwar Ibrahim


KENYATAAN AKHBAR


1. Kebelakangan ini beberapa portal berita online telah menyiarkan laporan bahawa  YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sedang berusaha mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan  bersama  Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2. Laporan portal berita tersebut yang memetik “sumber yang boleh dipercayai dan rapat dengan kem” Dato’ Sri Mohd Najib adalah merupakan “daya imaginasi” penulis tersebut kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.

3. Perbincangan mengenai sebuah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan Pakatan Rakyat sehingga kini masih tidak dapat menerima keputusan Pilihanraya Umum ke-13 dan mempertikai keputusan tersebut.

4. Laporan yang memetik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha yang dilakukan oleh Dato’ Sri Mohd Najib ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu “kenyataan politik  yang berniat nakal”.

5. Usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi  mendapat persetujuan  Dato’ Sri Mohd Najib dan Datuk Seri Anwar agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihanraya merupakan satu-satunya perjanjian politik yang ada.

6. Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU13 bagi mendapatkan perjanjian politik tersebut dari Dato’ Sri Mohd Najib agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui oleh Perdana Menteri. Namun, Datuk Seri Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU13.

7. Oleh itu,  kenyataan Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha baru ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu “ciptaan dan rekaan”  bagi kepentingan politik  pembangkang khususnya ketuanya.



Pejabat Perdana Menteri

16 Ogos 2013

Sent from my BlackBerry® smartphone

06/06/2013

Blogger Papa Gomo Mahu Besara

Papa Gomo bersara

SHAH ALAM - Blogger terkenal, Papa Gomo yang 'memeriahkan' alam maya dengan entri-entri kontroversi mengumumkan mahu bersara daripada dunia blogging.

Menulis dalam laman mikro Twitter menggunakan nama @PapaGomo, blogger berkenaan memaklumkan perjuangannya dalam dunia blogging sudah berakhir.

"I'm done (saya selesai). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini," tulisnya pada Isnin lalu.

Papa Gomo merupakan blogger yang tidak asing lagi dengan hasil tulisan dan pendedahan mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal.

Terbaru, blogger berkenaan berhadapan dengan kes saman oleh ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang akan didengar awal tahun depan.

Saman fitnah RM100 juta itu difailkan Anwar 21 Mac lalu dengan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog berkenaan.

Ia ekoran penayangan video lucah yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang itu.

Wan Muhammad Azri bagaimanapun menafikan bahawa beliau adalah pemilik blog berkenaan.

Papa Gomo yang identitinya masih menjadi teka-teki dalam laman mikro Twitternya turut menulis, beliau yakin ramai lagi blogger berbakat dapat diketengahkan untuk memeriahkan PRU14 kelak.

Blog Papa Gomo juga kini tidak boleh diakses lagi.

"Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya.

"Gomo yakin PRU14 akan ada ramai blogger pro BN yang hebat.

"Semoga perjuangan rakan rakan blogger lain akan terus hebat dan menguasai arus blogger yang ada pada PRU14. Pakatan mesti dihancurkan," tambahnya lagi dalam posting berlainan.

10/05/2013

Pengundi Hantu Punca Pembangkang Kalah

Anwar memang terkenal dengan suka bermain dengan angka.  Sebagai seorang graduan cukup makan pengajian Melayu, kebolehan memetik angka mampu menaikkan imejnya sebagai seorang yang bijak.  

Namun, Anwar tidak sedar bahawa angka tidak boleh dipetik sesuka hati kerana ia adalah fakta yang tidak boleh dimanipulasi sesuka hati.   Kesilapan memetik angka, akan memperlihatkan bahawa Anwar sebenarnya tidaklah bijak.  Antara angka yang pernah dipetik Anwar ialah, “2 bulan sahaja masalah Kampung Buah Pala akan selesai”,  dan “2 minggu sahaja masalah flat di Padang Kota akan selesai”, atau “16 September saya akan jadi Perdana Menteri”.  

Semuanya ternyata auta belaka bukan fakta.  

Dan sebelum pilihanraya umum ke-13 Anwar memetik angka berikut pula: 45,000 pendatang asing dibawa dari Sabah Sarawak untuk mengundi BN.  

Malah, lebih spesifik lagi, beliau juga turut ‘menunjuk bukti’ berbentuk dokumen yang dihitamkan di sana sini, yang kononnya menunjukkan bahawa 4,500 pendatang asing masuk melalui KLIA setiap hari.   Dan 40,500 dari mereka sudah pun berada di Malaysia melalui 16 penerbangan sehari bermula dari 25 April 2013.

Malangnya, selepas pilihanraya, Anwar tidak lagi bermain dengan angka spesifik.  Sebaliknya menuduh secara rambang dan rawak bahawa kononnya berlaku gangguan elektrik di beberapa tempat sewaktu proses pengiraan undi.  Tetapi beliau gagal memberitahu di tempat mana dan berapa lama.  Kononnya, selepas gangguan elektrik kotak undi bertambah.  Tetapi beliau juga tidak pula boleh menyatakan berapa kotakkah pertambahan itu.  

Beliau menuduh ramai warga Bangladesh telah didaftarkan sebagai pengundi dengan menggunakan kad pengenalan palsu.   Tetapi, beliau tidak menyatakan berapa ramai secara tepat mahupun pecahan-pecahan tempat di mana mereka mengundi.  Malah, mereka yang kononnya menangkap warga Bangladesh dengan kad pengenalan palsu itu juga gagal membawa walaupun satu bukti dan seorang saksi bagi menguatkan tuduhan.  

Secara tiba-tiba selepas PRU-13, ‘angka’ atau ‘fakta’ sudah tidak memainkan peranan lagi dalam ceramah dan ucapan Anwar.  Sedangkan, jika Anwar ingin membuat bantahan, beliau perlu terlebih dahulu mengemukakan fakta dan angka ke atas semua tuduhan konon berlaku penipuan SPR itu.    

Dan inilah yang penyokongnya ingin dengar dalam Himpunan Bantah PRU-13 di Kelana Jaya semalam.  

Namun, walaupun Anwar ‘berjaya’ menipu penyokongnya sebelum pilihanraya ternyata Anwar telah gagal menjelaskan kenapa beliau masih gagal membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.   ini kerana, selain menuduh SPR menipu, bersekongkol dengan BN dan PR patut menang berdasarkan undi popular, Anwar tidak dapat membina satu ‘kes’ yang tulen ke atas semua tuduhannya.  

Apa yang beliau mampu lakukan hanyalah mengajak penyokongnya terus berdemonstrasi di Ipoh dan Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad ini bagi meneruskan bantahan.  

Rungutan di kalangan hadirin terdengar berbunyi “bantahan atas dasar apa?” “Apakah asasnya?”  Tetapi, soalan hanya tinggal soalan di celah-celah keriuhan jeritan semangat mereka-mereka yang belum tersedar.    

Justeru, pulanglah hadirin himpunan itu dalam keadaan keliru, hampa dan marah.   Perlahan-lahan yang belum sedar tadi juga mula menyedari yang mereka telah diperbodohkan atau sememangnya bodoh selama ini.  


20/04/2013

P.125 Putrajaya Husam Guna Bomoh Untuk Menang Pilihanraya!

Pilihanraya Umum ke13, P.125 Putrajaya, sah Tengku Adnan bin Tengku Mansor akan ditentang oleh Husam.

Perkh! percaya atau tidak Husam beria-ia sangat nak menawan Putrajaya. Pagi tadi semasa penamaan calan di Dewan Komunit Presint 9, Putrajaya. penuh dengan para penyokongnya. Rata-rata penyokongnya entah dari mana datangnya pun tak tahu tapi yang sudah pastinya ada  di import dari Kelantan, sekitar Wilayah Persekutuan Kula Lumpur dan tidak kurang juga pasukan Mahasiswa yang amat kecewa, semuanya nak free.

Sementara menunggu pengumuman pertandingan calon yang dari SPR  kelihatan seorang bomoh yang begitu asyik dengan mulut terkumat kamit tampa menghirau orang di sekelilingnya.

Sumber dalaman PAS.
Dipercaya Bomoh yang digunakan Husam untuk menang dalam Pilihanraya Umum ke13 di Putrajaya


*Ingat PAKATAN PAS DAP PKR Bukan Pejuang Bangsa, Agama & Negara .
Pakatan Mereka Adalah Pakatan Kehancuran Negara!!!
Undi PAS = Menyokong Juala Kalimah ALLAH

Gambar Menarik sekitar Penamaan Calon P.125 Putrajaya Pilihanraya UMUM Ke13

Berikut antara gambar menarik semasa penamaan calon di 
P.125 Putrajaya:
Sumber dalaman PAS.

Keisahan Anak ni, alamat jadi mangsa la. Harap Anak ni tak jadi macam pemimpin pas yang lain.




Awal awal jer semangat


Tak dok semangat weh! tak cukup motivasi
Orang Mudah pun namapak gayanya tak cukup motivasi juga


Import dari Kota Raja. Masyukkkkkk.....

Import dari Bandar Tun Razak. Masyukkkkk....


Letak dalam semak pun ok lah. Asalkan Masyukkk.....

Pasukan Mahasiswa kecewa, menyorok dalam semak,
tak cukup motivasi

Kereta ala-ala samseng, menghalang lalu lintas,
belum jadi MP lagi tu. Parking ikut suka dia.


Alooo.... Baso Kelate sajo dengar, dok sini!


Busybody betulah mamat pakai baju hitam ni.
Bodyguard husam sibuk tok bagi bersalam dengan tuan dia. Gilalah! belum jadi MP lagi dah ada bodyguard.


Lori dari Cheras. kata berok ken marah!

*Ingat PAKATAN PAS DAP PKR Bukan Pejuang Bangsa, Agama & Negara .
Pakatan Mereka Adalah Pakatan Kehancuran Negara!!!
Undi PAS = Menyokong Juala Kalimah ALLAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...