Followers

06/03/2017

Kit Siang Dipilih Secara Demokrasi, Bukannya Mahathir

Image result for mahathir

Sejak bila Mahathir jadi ketua pembangkang? Yang ketuanya sekarang adalah DAP. Kit Siang yang ketuai pakatan pembangkang bukannya Mahathir. Itu harus diingat oleh rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri kerana mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat. Beliau juga menang pilihan raya dalam kawasannya di Parlimen Pekan.

Apabila majoriti rakyat memilih parti pimpinannya Barisan Nasional (BN) ini bermakna sebahagian besar pengundi masih meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada beliau untuk terus memimpin negara dan tidak ada sebab untuk Najib meletakkan jawatan.

Jadi, kenyataan bekas Menteri Penerangan (kini Komunikasi dan Multimedia), Tan Sri Zainuddin Maidin di blognya menyatakan bahawa Najib wajar meletakkan jawatan seperti bekas Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lakukan pada 1970 adalah tidak relevan dan hanya tinggal dakwaan mengarut sahaja.

Ini kerana, Zainuddin secara teknikal atau sengaja nampaknya terlupa di pihak pembangkang, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang sebenarnya dipilih secara demokrasi mengetuai Pakatan Harapan pembangkang bukannya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pakatan pembangkang, DAP memiliki 38 kerusi dalam Dewan Rakyat. Sebab itulah DAP jadi parti dominan dalam pembangkang dan meletakkan Kit Siang sebagai ketua.

Parti PPBM yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir hanya ada satu kerusi sahaja iaitu di Pagoh, di Johor dengan diwakili Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sejak bila pula parti yang ada satu kerusi menguasai parti yang ada 38 kerusi? Demokrasi apa yang sedang berlaku dalam pembangkang?

Dalam parti Dr Mahathir sendiri pun, beliau tidak dipilih secara demokrasi kerana dilantik sebagai Pengerusi yang sepatutnya hanya menjadi Penaung kepada parti sahaja.

Yang berkuasa sepatutnya Muhyiddin kerana beliau adalah Presiden parti menurut perlembagaan parti mereka. Tetapi hari ini yang lebih sudu dari kuah adalah Pengerusi bukannya Presiden.

Yang berucap lama Pengerusi, yang buat keputusan Pengerusi. Jadi apa gunanya jawatan Presiden? Inilah amalan demokrasi pelik dalam parti bunga.

Dalam PPBM, sudah beberapa kali diadakan konvensyen atau perhimpunan parti itu tetapi belum ada lagi satu sesi pemilihan atau undian yang memilih Dr Mahathir secara demokrasi di dalam parti itu.

Tidak ada. Mahathir pun tidak berani buat undian dalam parti yang dia baru tubuh itu. Malah undian sulit pun Mahathir takut hendak buat.

Apa salahnya jika pakatan pembangkang yang disertai oleh PKR, DAP, PAN dan PPBM sekarang buat satu Majlis Pemilihan untuk memilih siapa Ketua, Timbalan Ketua dan MT pakatan pembangkang.

Malah dalam majlis itu juga pakatan pembangkang boleh memutusakan secara konsensus siapa bakal PM, TPM dan Menteri bayangan mereka. Kenapa takut untuk buat?

Pembangkang tidak akan buat seperti itu kerana niat mereka hanya hendak merampas kuasa. Selepas berjaya rampas kuasa, mereka akan berebut pula kuasa sesama mereka. Rakyat kena ketahui perkara itu.

Zam Maidin tidak akan tulis cadangan ini kerana dia tahu Mahathir tidak akan buat begitu. Mahathir dan Kit Siang ada misi yang sama untuk rampas Putrajaya, tetapi selepas itu agenda mereka adalah berlainan. Mereka akan gaduh lepas itu.

Najib dipilih sebagai Pengerusi BN melalui konsensus dan sokongan kerana UMNO mendominasi parti majoriti di dalam BN.

Demokrasi ada dalam BN, tiada dalam pembangkang. Yang ada adalah "democrazy" dalam pakatan pembangkang.

05/07/2016

Info Pengeboman Di Majidil Haram

Jurucakap rasmi Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menyatakan kejadian pengeboman berhampiran Masjid Nabawi berlaku sebaik sahaja pihak keselamatan meragui beberapa individu yang yang ingin bergerak menuju ke kawasan Masjid melalui kawasan tanah lapang tempat letak kereta.

Berlaku pergelutan antara pihak keselamatan dan individu terbabit sehingga suspek meletupkan dirinya dengan menggunakan tali pinggang yang dililit bahan letupan sehingga membunuh dirinya sendiri, manakala 4 orang anggota keselamatan terkorban dan 5 lagi mengalami kecederaan.

Pihak pengurusan Masjidil Haram (dan Masjid Nabawi) melalui Naib Pengerusinya Dr Muhammad bin Naasir Al-Khaziim mengutuk sekeras-kerasnya tindakan terorisme yang dilakukan pengganas tidak kira apa sahaja latar belakang kewarganegaraan dan ideologi mereka dalam kejadian letupan yang berlaku di Jeddah, Qatif dan Madinah.

Tindakan yang jelas tidak menghormati kesucian tempat, waktu dan jiwa ini adalah sesuatu yang wajib diingkari. Pihak Pengurusan Masjidil Haram juga menyeru agar masyarakat berganding bahu dalam menghadapi puak pelampau dan perosak yang mengancam agama dan negara.

Komentar: Semoga Allah merahmati anggota keselamatan yang terkorban. Semoga Allah menjaga kedua Tanah Haram dan semua negara kaum muslimin daripada ancaman pengganas Khawarij ISIS.

Dipetik dari FB Ustaz Muhammad Fashan:


Sumber berita:


14/01/2016

Guru Melayu Diserang di SRJK

Cukup cukup lah... harap kes ini dapa diselesaikan dengan cara baik.







02/01/2016

Sedikit Cerita Ketua Pengarah Biro Tatanegara Yang Baru



Kenali KP BTN 2016

Tahun baharu 2016 bermula dengan perlantikan Ketua Pengarah, Biro Tatanegara (BTN) yang baharu iaitu Datuk Ibrahim Saad. Walaupun saya berada nun jauh di USA, saya memberi ucapan tahniah kerana perlantikan beliau merupakan satu sejarah yang sangat besar ertinya kepada masyarakat pendidik, kakitangan kerajaan dan parti-parti politik yang cintakan keamanan, keharmonian dan perpaduan.


Saya mula mengenali Datuk Ibrahim Saad pada tahun 2001 di Kota Kinabalu High School. Apabila saya berhijrah ke Labuan pada tahun 2002, beliau telah dilantik sebagai Pengarah BTN Sabah sehinggalah tahun 2015. Ianya rekod iaitu 13 tahun.


Maka, perlantikan beliau sebagai KP BTN yang baharu oleh YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Azalina Othman Said sangat-sangat tepat.


Dari segi keluarga, beliau berkahwin dengan orang Sabah yang mempunyai susurgalur yang menarik kerana mempunyai keluarga dari sebelah Kadazan, Dusun, Arab, Cina dan Melayu. Satu perkara yang amat membanggakan, anak-anak beliau semuanya berjaya dalam pendidikan. Tiga orang daripadanya di dalam bidang perubatan di mana yang tua sudah pun menjadi doktor di salah sebuah hospital di Kota Kinabalu. Seorang pula dalam bidang kejuruteraan. Kesemua anak-anak beliau melanjutkan pelajaran di luar negara iaitu di England, India, Mesir dan German.


Secara peribadi, amat membanggakan kerana walaupun beliau sangat sibuk siang dan malam memenuhi jemputan sebagai penceramah patriotik di seluruh Sabah malahan di Semenanjung Malaysia, tetapi beliau masih berkesempatan mengatur pendidikan anaknya. Beberapa tahun dahulu saya pernah bertanya, apa rahsia Datuk? Katanya, "kita mesti menggunakan masa dengan berkualiti walaupun sekejap ketika bersama keluarga".


Ketika saya di Kuala Lumpur, saya berkesempatan membantunya melawat anak-anaknya yang belajar di beberapa institusi pendidikan. Beliau berusaha menjenguk anaknya walaupun dalam 10 minit. Kadangkala sudah malam hari.


Terdapat beberapa insiden yang menyedihkan sepanjang saya bersama Datuk Ibrahim.  Oleh kerana anak pertama beliau tidak mendapat pinjaman pelajaran ketika hendak memulakan pelajaran perubatannya di England, beliau terpaksa membuat pinjaman bank dengan mencagarkan rumah beliau sendiri. Inilah nasib pegawai kerajaan yang tidak diketahui oleh orang di luar sana,  janganlah berfikiran bahawa semua pegawai kerajaan mudah mendapat apa yang diingini.


Terdapat kes jua di mana beliau baharu mendarat di KLIA dan mendapat jemputan ceramah ke satu majlis. Oleh kerana beliau tidak membawa kelengkapan baju, saya berkata jika Datuk sudi, saya boleh pinjamkan baju saya. Ternyata Datuk Ibrahim Saad bukan seorang yang memilih. Walaupun baju saya agak besar, itu tidak penting kepadanya, yang utama kepadanya adalah beliau boleh menjalankan tugas untuk negara.


Datuk Ibrahim Saad bukan seorang yang suka duduk di pejabat berkerusikan empuk pun. Pada tahun 2008 jika saya tidak silap, BTN melakukan aktiviti berakit di sepanjang sungai perak yang sangat panjang dan deras itu. Namun, Datuk Ibrahim Saad merendahkan dirinya dengan turut sama mendayung rakit, berpanas dan mengikuti aktiviti spiritual seperti solat berjemaah, memberi kuliah Subuh dan menjadi imam.


Datuk Ibrahim Saad telah melalui lebih 30 tahun perkhidmatan dengan kerajaan khususnya di Sabah. Beliau telah bercampur dengan lebih 30 suku kaum di Sabah. Maka, jika anda bertanya adakah Datuk Ibrahim akan membawa BTN ke arah yang sempit, anda perlu mengubah tanggapan itu. Beliau telah menjadi Pengarah BTN Sabah kepada 3 orang Perdana Menteri, 4 Ketua Menteri Sabah dan 4 Ketua Pengarah BTN.

Datuk Ibrahim Saad adalah satu-satunya ketua jabatan kerajaan di Sabah yang telah memulakan Jelajah Kemerdekaan merentasi Borneo (Sabah-Sarawak) menggunakan jalan darat. Tujuannya satu sahaja, untuk meniupkan semangat cintakan negara dan patriotisme kepada rakyat di sepanjang perjalanan. Saya mengetahuinya dan mencatatnya ketika saya menjadi ketua editor majalah Gemilang dahulu. Banyak pengisian dalam program tersebut seperti ceramah kenegaraan, aktiviti mengibar Jalur Gemilang dan sebagainya. Inilah yang sepatutnya diberi keutamaan oleh BTN dan inilah yang telah dilakukannya sejak sekian lama.


Pengalaman-pengalaman di atas cukup untuk membawa wadah baharu kepada rakyat Malaysia dalam konteks national identity, Patriotisme dan usaha nation building di Malaysia. Oleh yang demikian, saya menyarankan NGO dan parti-parti politik supaya bersama-sama dengan KP BTN yang baharu dalam membentuk rakyat Malaysia yang bersatupadu dan patriotik.


Salam dari perantauan,


University City,

Philadelphia, PA, USA.

1 Januari 2016.

31/10/2015

Arul Kanda Bikin Panas! Tony Pua Kecut Telor


Jika sebelum ini Tony Pua memberikan pelbagai alasan untuk mengelak daripada berdebat dengan Presiden 1MDB, Arul Kanda, pagi ini Arul telah membuat pengumuman yang mengakibatkan Tony Pua tidak bisa mengelak lagi.

Jika sebelum ini Arul menyahut cabaran Tony dengan meletakkan syarat Tony mesti meletakkan jawatan sebagai ahli PAC bagi menjaga intigriti badan itu. Namun setelah Tony memberikan pelbagai alasan untuk mengagalkan debat tersebut, Arul Kanda dalam sidang media pagi ini telah mengumumkan kesediaan beliau untuk berdebat dengan Tony tanpa sebarang syarat.

Tony mungkin tidak sedar bahawa orang yang beliau cabar itu sebenarnya bukan hanya pakar memulihkan syarikat, tetapi Arul juga merupakan bekas pemidato yang digeruni oleh kawan dan lawan semasa di Maktab Tentera DiRaja dan ketika menuntut di United Kingdom.  Itu sebabnya sehingga kini kita tidak pernah dengar pemimpin pembangkang seperti Rafizi yang mengenali reputasi Arul sebagai pembahas, berani untuk mencabar Arul untuk berdebat.

Malangnya, mungkin setelah dimaklumkan oleh teman-teman beliau, Tony hari ini telah membuat helah baru bagi menghalang debat tersebut.  Ketika dihubungi oleh wartawan dan dimaklumkan tentang kesediaan Arul berdebat dengan beliau tanpa syarat,  Tony telah memberikan jawapan yang cukup mengaibkan. 

Semua terkejut apabila Tony pula yang meletakkan syarat kepada Arul sebelum menyahut cabaran debat tersebut.  Pasti ramai tergelak sehingga terguling-guling bila mendengar syarat jantan dayus bernama Tony Pua ini.  Tony meletakkan syarat, dia hanya akan bersetuju berdebat dengan Arul sekiranya majlis debat itu berbentuk "live talk show dan bukan debat. 

Lebih melucukan, syarat kedua yang Tony letak, hanya beliau boleh menyoal Arul, tetapi Arul tidak boleh menyoal Tony. Ha ha ha, debat kejadahnya ini.  Belum pernah saya jumpa pemimpin pembangkang sebacul Tony Phua. Mungkin dah tiba masanya Tony pakai skirt ke Parlimen.

BAJET 2016: TONY PUA KATA GST TAK BAGUS TAPI RUPANYA GST PENYELAMAT EKONOMI NEGARA. PATUTLAH DIA TIDAK BERANI BERDEBAT DENGAN ARUL KANDA.

Dia cabar Arul Kanda berdebat sebab dia ingat Arul penakut. Tetapi apabila Arul sahut cabaran, Tony pula yg penakut. Maka macam macamlah alasan yang dia bagi. Itu satu lagi contoh, Tony Pua dan DAP hanya berani di media sosial. Itu juga bukti kerja mereka hanyalah berbohong dan memfitnah. Contohnya Tony Pua suka memfitnah mengenai GST. Hakikatnya GST adalah penyelamat ekonomi negara di saat kejatuhan harga minyak dunia.

2. Pada tahun 2015, kesan kejatuhan harga Petroleum iaitu AS$50 setong menyebabkan hasil Petronas merosot kepada RM44 bilion berbanding RM62 bilion sebelumnya.

3. Harga minyak ini dijangka akan kekal rendah pada tahun 2016 dan kutipan hasil daripada sumber berkaitan minyak dianggarkan RM31.7 bilion atau penyusutan pendapatan kerajaan lebih RM30 bilion.

3. Justeru GST adalah penyelamat. Untuk tahun 2016 jika GST tidak dilaksanakan hasil negara akan berkurangan sebanyak RM21 bilion. Kalau SST kekal digunakan hasil kutipan hanya sebanyak RM18 bilion sahaja berbanding GST sebanyak RM39 bilion. Akibatnya defisit negara akan meningkat kepada 4.8% tersasar daripada jangkaan 3.1% tahun 2016.

4. Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan TS Irwan Serigar Abdullah hasil kutipan GST dalam tempoh sembilan bulan ialah RM27 bilion. Dan hingga kini hampir 400,000 syarikat telah bersaftar dengan GST.

5. GST sifar akan dikenakan kepada semua jenis ubat terkawal serta tambahan kepada jenama ubat bagi 30 jenis penyakit seperti ubat kanser, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Ini membabitkan peningkatan dua kali ganda daripada 4,215 kepada 8,630 jenama ubat.

6. GST sifar juga dikenakan terhadap beberapa barangan makanan seperti susu bayi dan kanak kanak berasaskan kacang soya dan susu organik, dhal termasuk sengkuang air dan gula merah. Manakala golongan petani berskala kecil kerajaan mencadangkan supaya threshold jualan tahunan untuk tujuan pendaftaran di bawah Skim Kadar Rata GST diturunkan daripada RM100,000 kepada RM50,000.

7. Dan yg paling dinantikan oleh pengguna handphone pra bayar ialah rakyat Malaysia akan mendapat kembali rebat bersamaan dengan amaun GST yang dibayar yg akan dikreditkan terus ke dalam akaun perkhidmatan pra bayar mereka mulai Januari 2016.

23/10/2015

Ketua Pembangkang Wan Azizah Bantu DAP Jatuhkan Pemimpin Melayu



1. Semalam DS Wan Azizah mengemukakan kepada Dewan Rakyat usul undi tidak percaya terhadap Najib. Ia satu lagi usaha terdesak Pembangkang untuk menumbangkan BN kerana tidak yakin melakukannya melalui proses demokrasi pilihanraya. Usul itu berlandaskan Perkara 43(1) dan 43(4) Perlembagaan Persekutuan serta Peraturan 26 & 27 Mesyuarat Dewan Rakyat. DAP pula menarik balik usul persendirian yg dibawa oleh MP PJ Selatan. Kenapa? Mereka baru sedar pembangkang dilihat tidak bersatu apabila DAP membawa usul tersebut di bawah usul persendirian. Ia terdedah apabila PAS mendakwa mereka tidak pernah dirundingkan mengenai usul tersebut. Begitu juga mereka rasa malu kerana menggunakan peraturan Dewan Rakyat yg salah. Sebenarnya pihak pembangkang tahu strategi itu tidak akan berjaya. Apa yang mereka harapkan melalui usul itu ialah persepsi negatif terhadap Najib dan momentum serangan terhadap Najib berterusan bagi melemahkan pertahanan UMNO. Selain itu perhimpunan BERSIH juga akan diadakan bagi menyokong usul tersebut. Apa perlunya BERSIH 5?Sedangkan sudah 4 kali BERSIH diadakan tetapi semuanya gagal mencapai objektif.

2. Usul undi tidak percaya ini bukan perkara baru. 2008 PKR cuba menubuhkan kerajaan 16 September. Anwar Ibrahim berbohong kononnya sudah ada 30 orang MP dari BN yang akan melompat parti. Dia memaklumkan MPs tersebut sudah menandatangani surat "Akuan Bersumpah" dan akan membawanya kepada YDP Agung sebagai bukti undi tidak percaya kepada Najib. Sebaliknya 7 MPs PKR yg lari meninggalkan PKR termasuk Zulkifli Nordin, Gobala dan Datuk Zahrin.

3. Dalam usul terbaru ini, Wan Azizah menyatakan dia yakin selain 88 MP Pembangkang ada beberapa MP BN akan turut menyokongnya. Ini membuktikan usul itu hanya gimik kerana dia sendiri membuat andaian ada MP BN akan menyokongnya sedangkan semalam hanya 77 MP Pakatan yg menolak usul di Dewan Rakyat untuk menggantung Lim Kit Siang selama 6 bulan. Mana 11 MP Pembangkang yg lain? Apakah MP dari PAS tidak sokong usul itu?


4. Seperkara lagi hujah hujah dalam usul tersebut terlalu dangkal dan cetek. Menurut Wan Azizah usul undi tidak percaya itu hanya ditujukan kepada Najib bukan Kerajaan. Itu membuktikan muslihat mereka selama ini hanya mahu melakukan "Damage Berterusan" terhadap Najib sebagai strategi jangka panjang untuk menghakis keyakinan rakyat terhadap BN menjelang PRU Ke 14.  Isu kejatuhan Ringgit dikaitkan dgn usul tersebut sdgkan semua pihak tahu ia bukan kerana Najib tetapi isu global di mana banyak negara lain mengalami nasib sama.

5. Sebenarnya Pembangkang mempunyai pilihan lain iaitu menolak  "Bajet 2016" sebagai simbolik undi tidak pecaya kepada Najib seperti yg dicabar oleh Datuk Nazri Aziz. Tetapi mereka tidak berani melakukannya takut "backfire" iaitu dituduh anti pembangunan, anti rakyat dan mensabotaj ekonomi negara. Selain itu tindakan pembangkang membawa usul tersebut semata mata untuk mengalih perhatian rakyat kepada Bajet 2016 kerana mereka bimbang Bajet itu akan membantu menaikkan imej Najib dan Kerajaan yang mahu mereka musnahkan.

6. Wan Azizah boleh dibodohkan menjadi boneka DAP untuk memecat TS Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor tetapi dia tidak sepatutnya menjadi alat DAP untuk menjatuhkan Najib. Ahli UMNO tidak akan sebodoh itu apatah lagi apabila DAP turut terlibat.

22/10/2015

TSUNAMI CINA Berjaya! DAP Mahu TSUNAMI MELAYU Pula.


Pada 5 Mei 2013, setelah diumumkan keputusan pru13, hampir 90% pengundi kaum Cina memberi undi kepada DAP. Satu keputusan yang menunjukkan kejayaan PROPAGANDA DAP sehingga tercetus TSUNAMI CINA yang amat dahsyat. Metod propaganda yang diamalkan oleh DAP pada pru13 adalah hampir sama ketika pru tahun 69, akan tetapi pendekatan kali ini ditukar agar tidak kelihatan terlalu ekstrim. Pada 1969, slogan "Malaysian Malaysia" yang dicipta oleh LKY sebelum Singapura berpisah dari Malaysia, telah berjaya menyerapi jiwa pengundi kaum Cina sehingga menyebabkan parti MCA mengalami kekalahan teruk waktu itu. 

Pada pru13 baru baru ini, penentangan terhadap hak bumiputra Melayu telah dieksploitasi semula, walaubagaimanapun kali ini bukan DAP yang menjuarai isu ini. DAP telah memilih Anwar Ibrahim untuk "diperkuda" dan menjadi wakil lidah DAP. Pemilihan ini dibuat untuk menjaga kedudukan DAP agar tidak dilihat terlalu ekstrim dan anti Melayu. Dalam ceramah yang diketuai oleh Anwar Ibrahim, beliau dengan amat bangga mengatakan bahawa selepas kemenangan pru13 nanti, maka tiada lagi bentuk penindasan kaum akan tetapi semua kaum dilayan adil dan yang tinggal hanya la "KETUANAN RAKYAT". Propaganda ini dicipta bertujuan untuk menunjukkan bahwa "KETUANAN MELAYU dan ISLAM agama Persekutuan" telah menyebabkan kaum dan agama lain dizalimi dengan begitu teruk dan kehidupan kaum lain amat dhaif dan terseksa. Walaupun pada hakikatnya ianya tidak berlaku. Slogan ini amat selari dengan slogan "Malaysian Malaysia" ciptaan LKY dan sekarang ini diperjuang oleh DAP. 

Fahami Maksud Kenyataan MP DAP. 

Seorang MP DAP bagi parlimen Kluang iaitu YB Liew Chin Tong telah ditemubual dan direkod oleh wartawan akhbar Sichew Daily selepas pru13 baru baru ini. Kita semua wajar meneliti maksud disebalik kenyataan beliau. 

Beliau berkata "TSUNAMI MELAYU" amat penting dan menjadi keutamaan kepada DAP kerana tsunami ini akan menjadi penentu kepada peralihan kuasa kerajaan pada pru14 nanti. Chin Tong berkata lagi cukup sekadar 10% pengundi tetap BN beralih arah dan ditambah kekuatan sokongan pengundi kali pertama pada pru 14, maka UMNO pasti dapat dikalahkan. 

Dan beliau mengukuhkan hujah beliau dengan berkata yang membawa maksud, TSUNAMI MELAYU menjadi keutamaan tertinggi untuk DIREALISASIKAN kerana banyak kawasan parlimen dikuasai majoriti pengundi bangsa MELAYU. 

Propaganda DAP Untuk Mencipta Tsunami Melayu.

DAP mengetahui dengan jelas bahawa undi MELAYU perlu dipecahkan. Oleh itu DAP menumpukan 3 fasa utama bagi menjayakan TSUNAMI MELAYU. 

1) Bagi pemimpin dan pengundi MELAYU dalam parti DAP dan PKR. DAP telah berjaya kuasai 100%.

2) Pengundi dan Pemimpin MELAYU dalam PAS. DAP melakukan PROPAGANDA dengan menyerang pemimpin teratas PAS dengan cara menggambarkan TGHA merupakan seorang KUNO, KOLOT, TIDAK MEMPUNYAI SEMANGAT UNTUK MENANG dan terlalu EKSTRIM. Kejayaan propaganda ini dapat dilihat apabila ramai mantan pemimpin dan "FIGHTER" termasuk ahli bawahan PAS telah berjaya "dibeli", lalu mereka keluar PAS dan menubuhkan PAN. Oleh itu DAP telah berjaya "DIVIDE" PAS dan "RULE" PAN. Akhirnya yang tinggal dalam PAS adalah "pemimpin play safe, bukannya PENCETUS semangat dan tiada semangat FIGHTER". 

3) Pengundi dan Pemimpin MELAYU dalam UMNO. DAP amat menyedari bahawa UMNO sebuah parti yang amat kuat terutama selepas kejayaan PM DSN dalam pru13 dengan meningkatkan sokongan pengundi MELAYU dan menambahkan bilangan kerusi parlimen yang dimenangi UMNO. 

Bagi tujuan melemahkan UMNO, DAP telah mengorak langkah dengan melakukan beberapa fasa PROPAGANDA bagi tujuan merosakkan UMNO secara luaran dan dalaman. (Pengundi MELAYU yang bukan ahli UMNO dan pengundi UMNO ahli UMNO). 

Fasa Pertama: DAP menyedari anak muda bakal penentu kemenangan pada pru14 nanti. Lalu DAP mengambil langkah dengan mengangkat martabat anak muda MELAYU yang Berkalibar, Bermotivasi, Bersemangat dan Mempunyai Hala Tuju dengan memberi jawatan kepada mereka supaya mereka dapat berkhidmat dengan pemimpin DAP dan kebajikan mereka dijaga sepenuhnya. Sebagai contoh seorang anak muda wanita, Azira Aziz, 29 tahun berlelulusan undang undang dari UITM, telah dilantik sebagai pegawai penyelidik kanan kepada Speaker Dun Selangor, YB Hannah Yeoh dari Feb 2014. Seorang mantan pemimpin mahasiswa pula, iaitu saudara Zainol Fahmi telah diberi saguhati rm11k dari kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikuasai DAP. 

Malah ramai anak muda MELAYU dilantik dalam organisasi DAP diberi imbuhan tetap dan dijaga kebajikkan mereka. Ianya merupakan satu PELABURAN yang AMAT BERBALOI untuk jangka masa panjang. Tindakan ini sebenarnya dilihat amat teratur, penuh kesedaran dan bersungguh oleh DAP dalam memenangi hati anak muda MELAYU di luar sana melalui anak muda MELAYU yang berkhidmat untuk DAP. Ianya juga bertujuan menunjukkan perbezaan DAP dalam melayani dan menghargai anak muda berbanding layanan UMNO terhadap anak muda yang berpontensi.

Fasa Kedua: DAP cukup fokus dalam usaha memindahkan pengundi. Kejayaan yang diperoleh malalui KAJIAN dan PERLAKSANAAN perancangan telah berjaya menyemarakkan semangat DAP. Sebagai contoh, untuk parlimen Gelang Patah pada tahun 2004, seramai 70, 023 pengundi direkod. Berlaku sedikit penambahan pada tahun 2008 apabila 78, 676 layak mengundi. Akan tetapi penambahan amat ketara berlaku pada 2013, sebanyak 106, 726 telah direkod layak mengundi. Penambahan pengundi baru begitu mendadak. 

Saya dikhabarkan oleh sahabat saya dari kaum Cina bahawa sekarang ini DAP amat amat amat amat amat sibuk mendaftar pengundi kali pertama dan di Selangor sahaja mereka telah berjaya mendaftarkan lebih 120, 000 pengundi baru. Disamping iu juga DAP aktif melakukan penukaran tempat mengundi dengan memberi tumpuan kepada kawasan parlimen yang dimenangi BN dibawah majoriti 5 ribu. 

Fasa Ketiga: DAP perlu dilihat sebagai mesra ISLAM, selain mereka berjaya "mempopularkan" Melati, seorang muslimah yang berniqab. DAP juga melakukan perjumpaan dengan palajar yang belajar di Timur Tengah. Apa yang lebih dahsyat, DAP berjaya menonjolkan diri dengan berjumpa pemimpin parti ISLAM di Turki dan Tunisia melalui "sahabat baik" mereka, pemimpin dalam PAS dan beberapa pemimpin PAN. Perjumpaan dibuat diatas alasan untuk belajar dan memahami secara serious bagaimana sebenarnya perlaksaan ISLAM. Propaganda yang dibuat ini sebagai langkah awal untuk menghantar mesej kepada pengundi MELAYU bahawa DAP bukannya parti anti ISLAM. 

Fasa Terakhir dan Paling Berkesan: Dalam merosakkan UMNO secara keseluruhan. DAP memahami mereka tidak boleh kehadapan untuk mendapatkan kepercayaan pengundi MELAYU terutama dalam UMNO. oleh itu DAP amat memerlukan kalangan ahli UMNO dan mantan pemimpin UMNO untuk menjadi "LIDAH MEREKA" tanpa mereka sedari bagi menjayakan propaganda yang dicipta DAP. 

Melalui hasil kajian yang dibuat oleh DAP, mereka maklum bahawa pengundi MELAYU begitu mudah TERPERANGKAP dalam permainan PERSEPSI dan begitu mudah DIEKSPLOITASI. 

DAP telah melancarkan PROPAGANDA terhadap kepimpinan tertinggi UMNO. Melalui fasa ini DAP sekali lagi menguasahakan "Devide and Rule", kali ini terhadap pemimpin dan ahli UMNO pula dan UMNO telah berpecah kepada 2 golongan. 1 golongan yang mengamalkan sunnah dan mengikut saranan agama dalam mentaati pemimpin (dalam konteks Malaysia, pemimpin ialah PM DSN). Satu golongan lagi yang terpengaruh dengan propaganda DAP lalu mereka berusaha menjatuhkan pemimpin dan merasakan tindakan mereka adalah benar walaupun tindakan itu amat berlawanan dengan suruhan ALLAH melalui dalilnya yang kemudian dihuraikan secara lebih lanjut melalui ulama terkenal. 

Setelah PROPAGANDA DAP terhadap PM DS Najib disambut oleh mantan PM Malaysia, pemimpin UMNO (Kemaruk Kuasa Politik), dan ahli UMNO. Tindakan ini mengakibatkan wujudnya "VAKUM" dalam UMNO. Vakum ini telah menyebabkan ramai pengundi MELAYU baik ahli UMNO dan bukan ahli memilih menjadi golongan atas pagar. Satu kerugian y
ang amat besar apabila PROPAGANDA yang dicipta oleh DAP telah diraikan oleh mantan PM Malaysia dan ahli UMNO lain. Secara tidak langsung tindakan mantan PM, Pemimpin UMNO dan ahli UMNO ini telah menjadikan diri mereka menjadi "WAKIL DAP Paling Efektif dan berkesan" dan tanpa mereka sedar boleh membangkitkan TSUNAMI MELAYU dan kehancuran UMNO pada pru14 nanti. 

Akibat Dari Tindakan Golongan Yang Terpengaruh Dengan Propaganda DAP Dan Melibatkan Diri Dalam Usaha Menjatuhkan PM DSN.

Bagi menjayakan impian dan perancangan DAP menguasai kerajaan dalam pru 14 nanti, mereka sekadar memerlukan majoriti mudah sejumlah112 kerusi parlimen. (Jika jumlah 222 kerusi parlimen tidak berubah). 

Dari jumlah 112 ini, sahabat saya dari kaum cina maklumkan bahawa DAP mensasarkan kemenangan di 55 kerusi parlimen, PKR di 39 kerusi dan selebihnya parti PAN. 

Ramai pengundi Melayu termasuk ahli UMNO telah dipengaruhi oleh PROPAGANDA DAP untuk membenci PM DSN dan mempercayai fakta palsu yang berjaya dieksploitasi oleh DAP. Lalu mereka berfikiran bahawa "Apa salahnya kita beri sepenggal kepada DAP untuk perintah Malaysia sebagai mengajar PM DSN dan pada pru15 nanti kita berikan kemenangan kepada UMNO semula"

Anggapan ini amat berbahaya sama sekali, tahukah kita semua bahawa melalui Perkara 159 dan 161E, Perlembagaan Persekutuan membenarkan hanya melalui majoriti mudah di parlimen yang boleh dibuat melalui sidang tergempar. Negara Singapura boleh dijemput kembali menyertai Malaysia. 

Jika usaha yang diketuai oleh DAP berjaya dan parlimen Singapura menyokong penyertaan ini. Maka pembangkang akan mendapat tambahan 83 kerusi parlimen dimiliki PAP. Siapakah yang akan menjadi pemimpin tertinggi di Malaysia yang dilihat "LUBUK EMAS" jika bukan pemimpin dari PAP. Dan adakah kita mampu memenangi kembali Malaysia dari DAP dan PAP pada pru15 nanti?

Maka jika ini berlaku, situasi ini akan menjadi "EPISODE PALING MALANG" buat kaum MELAYU dan amalan ISLAM kerana kita sebagai kaum Melayu akan menjadi seperti kaum Melayu di Singapura yang dihina dan sukar mengamalkan syiar ISLAM. Inilah akibat paling buruk jika kita berterusan termakan PROPAGANDA DAP dan berterusan berusaha menjatuhkan PM DSN sehingga menyebabkan berlakunya TSUNAMI MELAYU pada pru14 nanti. 

Berbaloikah tindakan kita hari ini yang melanggar suruhan ALLAH dalam mentaati pemimpin dan akhirnya mendapat mudharat besar pada pru14 nanti setelah ALLAH tidak membantu kita kerana kita melanggar suruhanNYA.

16/10/2015

Mahathir Mohamed VS Jamal Yunos


ANTARA MAHATHIR KATA DAN JAMAL KATA (Siri Pertama)

MAHATHIR KATA :
SOSMA ini menakutkan rakyat.

JAMAL KATA :
Yang dapat gelaran "Draconian Act" ialah ISA yang digunakan oleh Mahathir untuk memenjarakan lawan politiknya.  Tempoh ditahan di bawah seksyen 73(1) ISA ialah 60 hari, dua kali ganda lebih lama dari SOSMA. Lepas tu Mahathir boleh arah Menteri Dalam Negeri tahan OKT dibawah seksyen 8 ISA selama 2 tahun tanpa bicara.  Lepas 2 tahun boleh lanjut lagi 2 tahun dan seterusnya lagi 2 tahun selagi Menteri Dalam Negeri mahu.  Di bawah SOSMA, tahanan akan didakwa di Mahkamah dan diberikan peluang membela diri.  Jadi yang mana lebih menakutkan? ISA atau Sosma?

MAHATHIR KATA :
Mengapa bila rakyat bersuara dan membuat laporan berkaitan kelemahan kerajaan, mereka ditangkap? Khairuddin dan Mathias bukan penganas.

JAMAL KATA :
Masihkah kita ingat Mahathir menutup mulut dan menindas semua pihak yang bersuara menentangnya selama ini :

1. Operasi Lalang (1987) - 106 ditahan tanpa bicara dan akhbar The Star, Sin Chew Jit Poh dan akhbar Watan digantung lesen.

2. Lim Guang Eng dipenjara menggunakan Akta Mesin Cetak kerana membangkitkan isu cucu Pendek Binti Ahmad yang dirogol RTC, blue eye boy Mahathir (1998).

3. Naib Presiden Keadilan, Marina Yusof didakwa dibawah OSA (1999).

4. Reformasi - TPM dan MB Perak serta puluhan lain ditahan dibawah ISA (1998).

5. Ezam Mohd Noor, bekas Ketua Pemuda Keadilan dipenjarakan selama 18 bulan di bawah OSA kerana membuat laporan polis berhubung pemberian AP oleh Rafidah Aziz kepada menantunya Fazrin Azwa (2002).

6. Ezam Md Nor, Lokman Nor Adam, Shaari Sungip, Dr Badrul Amin, Hishammuddin Rais dan Tian Chua ditahan di bawah ISA selama 2 tahun kerana dituduh sebagai penganas, sedangkan keputusan mahkamah selepas itu mengatakan mereka bukan penganas? (2001)

Siapa sebenarnya yang menyalahguna kuasa untuk membenamkan rakyat yang bersuara?

MAHATHIR KATA :
Najib menggunakan mahkamah untuk mengekalkan kuasanya.

JAMAL KATA :
Rakyat Malaysia dan dunia tahu yang Mahathir masuk campur dalam memutuskan kes berikut:

1. Kes Anwar Ibrahim 
2. Kes Tun Salleh Abbas
3. Kes Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam di New Zealand.
4. Kes tape V.K. Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasat kes ini telah mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Malangnya kes ini akhirnya ditutup.
5.Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.
6.Penghapusan bukti dalam kes seks D. P. Vijandran.
7.Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara.
8.Perlantikan Ariffin Jaka dan Augustine Paul sebagai Hakim Mahkamah Agung.

Saya yakin dunia tahu bahawa selama 22 tahun pemerintahan Mahathir, beliaulah Perdana Menteri yang jelas terbukti telah menggunakan semua kuasa yang ada pada diri beliau untuk melindungi orang-orang kanannya dan membenam semua musuh politiknya. Habis dirogol semua institusi asas negara demi memastikan beliau terus berkuasa.  Buruk-buruk Dato Seri Najib, saya belum pernah dengar beliau digelar sebagai Maha Firaun, Maha Zalim atau Maha Thir.

Dato' Jamal Yunos
Ketua UMNO
Bahagian Sungai Besar

02/10/2015

Ucapan Penuh Perdana Menteri @NajibRazak di PBB Sesi ke-70



KUALA LUMPURBerikut teks penuh kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada debat umum sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Khamis (1 Okt).
1

Tuan Presiden,

1.  Tahniah atas pelantikan tuan sebagai Presiden sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu. Pengalaman dan kebijaksanaan tuan amat berharga  untuk membimbing kami.

2.  Tema sesi ini  'Pertubuhan Bangsa Bersatu pada 70: Jalan Ke Arah Keamanan, Keselamatan dan Hak Asasi Manusia'  tepat pada masanya. Ini kerana kita perlu segera mencari pendekatan baharu, mengatasi jurang politik dan mendahulukan rakyat, dalam era yang cara lama terbukti tidak memadai untuk berdepan dengan cabaran masa kini.

3.  Kita terdiri daripada negara-negara dunia. Tetapi konflik dan ancaman baharu yang membahayakan keamanan dan keselamatan kita tidak mengenal sempadan. Pelaku bukan negara, seperti kumpulan yang dikenali sebagai Negara Islam, mengancam untuk memusnahkan kedaulatan negara-negara.

4.  Mereka tidak membataskan tindakan kejam mereka dalam kawasan sempadan rasmi. Pakar menggunakan media sosial untuk merekrut pengikut di negara-negara yang jauh, mereka menggoda mereka dengan janji-janji palsu, memujuk ramai anak muda bahawa tindakan ganas mereka itu akan lebih mendekatkan mereka dengan Tuhan.

5.  Ia amat menjelekkan, dan ia tidak lebih daripada satu penghinaan terhadap Islam - agama yang mementingkan keamanan, kesederhanaan dan keadilan. Tetapi kumpulan ekstremis ini tidak dapat dikalahkan semata-mata menerusi kaedah ketenteraan tradisional.

Tuan Presiden,

6.  Lima tahun lepas saya berdiri di perhimpunan ini dan menggesa bagi Pergerakan Global  Kesederhanaan bagi semua agama, bagi semua negara  untuk meminggirkan ekstremis, menuntut semula pusat dan merumuskan agenda ke arah keamanan dan pragmatisme. Kami di Malaysia telah mengambil langkah susulan, baik dari segi tindakan praktikal dan dengan membina kapasiti intelektual.

7.  Teras usaha ini adalah mengesahkan semula fitrah sebenar agama Islam, dan kita mesti mengakui yang kita tidak memenangi propaganda perang terhadap kumpulan yang dikenali Negara Islam. Naratif mereka yang diputar-belit tidak ditangani secukupnya untuk mencegah banyak orang yang keliru daripada menyertai atau menyokong mereka dari jauh.

8.  Jadi kini amat penting untuk kita menyebarkan kesedaran tentang ajaran Islam yang tulen. Paling utama apabila konflik berterusan dan rakyat putus harapan. Kerana keadaan itu akan membolehkan ekstremis bertapak. Dan mereka yang berjuang bagi ekstremisme  yang memutarbelitkan ajaran Islam tulen - merupakan satu daripada pencetus utama krisis penghijrahan dari Timur Tengah ketika ini.

9.  Islam melarang pembunuhan orang awam dalam perang. Ia jelas melindungi golongan minoriti dan menghormati penganut agama lain. Ia menggalakkan untuk mencari ilmu, dan memberi penekanan terhadap keadilan dan belas kasihan. Seperti sabda Nabi Muhammad: "Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman; tidak sempurna iman kamu sehingga kamu menyayangi saudara kamu sebagaimana kamu menyayangi diri kamu sendiri."

10.  Ini bermakna tidak sepatutnya ada persengketaan sesama Islam. Tidak antara puak Syiah dan Sunni, yang mungkin berbeza fahaman tetapi mencari hala tuju yang sama.

11.  Islam mengutuk tindakan memusnahkan tapak-tapak bersejarah yang menjadi sebahagian warisan kebudayaan dunia. Pembohongan IS termasuk mendakwa adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memusnahkan tapak-tapak bersejarah, kerana Nabi Muhammad memusnahkan patung-patung yang diperkenalkan di Kaabah di Makkah.

12.  Ini berdasarkan analogi palsu. Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim untuk menyembah Tuhan Yang Esa, dan generasi-generasi kemudiannya menambah patung-patung itu. Nabi Muhammad diperintahkan untuk membersihkan Kaabah daripada patung-patung itu untuk kegunaan pengikutnya, untuk mengembalikan keadaannya kepada asal.

13.  Tapak-tapak bersejarah yang telah dimusnahkan oleh IS tidak pernah digunakan untuk menyembah Tuhan Yang Esa dan kemudianya dicemarkan; supaya hujahan yang mempertikaikan tindakan memusnahkannya tidak akan dan tidak dapat diguna pakai. Lagipun Tuhan berfirman kepada kita bahawa tapak-tapak berkenaan yang kita lawati, yang melambangkan tamadun lepas  sesetengahnya merupakan kuasa besar dunia pada zamannya, tetapi kini tidak lagi  adalah petunjuk-petunjuk sebagai peringatan kepada kita agar tidak bersikap sombong, tetapi melata di muka bumi ini dengan sikap rendah diri.

14.  Kita perlu memerangi ideologi IS yang menyeleweng: menjelaskan kenapa jalan mereka tidak Islamik; kenapa tindakan mereka jahat, tidak masuk akal dari segi teologi dan bercanggah dengan Islam  yang memerintahkan kita untuk menimba ilmu, berbelas kasihan dan merendah diri.

Tuan Presiden,

15.  Kerajaan Malaysia telah membantu membangunkan badan biasiswa penting yang telah berbuat demikian. Satu kumpulan cendekiawan Sunni dan Syiah yang mewakili pelbagai sektor komuniti Islam global telah berhimpun di Kuala Lumpur. Misinya adalah untuk mendefinisikan Negara Islam, berdasarkan kesinambungan agama Islam sejak 14 abad lepas.

16.  Ia tiada persamaan dengan entiti di Syria dan Iraq yang telah menyalahgunakan nama itu. Para cendekiawan sebulat suara menekankan bahawa sebuah Negara Islam perlu memberikan keadilan dalam semua bentuk  politik, ekonomi dan dalam mahkamah  terhadap warganegaranya. Ia perlu berasaskan kepada objektif Syariah, atau Maqasid Syariah, iaitu untuk melindungi dan meningkatkan kehidupan, agama, intelek, harta benda, keluarga dan maruah.

17.  Sebuah Negara Islam perlu mempertahankan orang berbeza di bawah pemerintahannya dan memulihara agama, bahasa dan tapak-tapak bersejarah mereka - kerana Tuhan perintahkan kita: "Sesungguhnya kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal mengenali."

18.  Tuhan boleh mencipta kita sebagai komuniti dengan satu agama, tetapi Tuhan tidak berbuat demikian  untuk menguji kita  dan perintahkan kita bersaing antara satu sama lain untuk bersikap baik dan terpuji. Sebuah Negara Islam sebenar dengan itu perlu membantu Niat Suci Tuhan untuk menguji manusia dan menggesa kita untuk bersaing dalam berbuat kebaikan, dalam mencari ilmu, berbelas kasihan, penyayang dan rendah diri  tetapi, yang penting tidak mendorong kita ke arah itu.

19.  Inilah prinsip Islam yang sebenar. Kumpulan yang dikenali Negara Islam tidak tahu ajaran Islam yang sebenar, sifat penyayang atau tanggungjawab asas untuk menjaga dan ambil tahu tentang sesama manusia. Mereka mengingkari  perintah Tuhan. Mereka mencemarkan nama agama kita dengan mengakui diri mereka sebagai khalifah  yang tiada orang Islam yang taat akan membuat pengakuan itu.

20.  Inilah mesej yang kita mesti sebarkan, kepada umat Islam dan bukan Islam. Dan saya menggesa ummah untuk bangkit sebagai satu suara, dan biar dunia bergema apabila kita berkata kepada IS:

21.Anda tidak mewakli kami.

Tuan Presiden,

22.Jangan biarkan sesiapa meragui betapa seriusnya Malaysia dalam menangani   masalah militan: bagi mereka yang berhasrat menggunakan Kuala Lumpur sebagai pusat transit, dan mereka yang berhasrat untuk menanamkan benih keganasan dan kemusnahan di tanah air.

23. Banyak daripada langkah itu tidak boleh didedahkan atas sebab keselamatan. Ini mungkin akan menyebabkan sesetengah pihak fikir bahawa oleh kerana Malaysia tidak menanggung akibat teruk daripada kejayaan serangan pengganas, kami tidak berdepan cabaran keselamatan negara. Ia tidak begitu.

24.  Usaha tanpa mengenal penat lelah dan kesiapsiagaan pasukan keselamatan kami telah berjaya menyekat banyak bakal pengikut IS daripada menggunakan Kuala Lumpur sebagai transit. Ini disebabkan usaha kami tidak sia-sia, tidak seperti kerosakan yang berlaku di Syria dan Iraq.

25.  Tetapi ada juga yang terpengaruh. Kami telah mengenal pasti 39 rakyat Malaysia yang telah pergi untuk menyertai IS. Dan kami telah menahan lebih 100 warganegara kami yang disyaki ada kaitan dengan IS. Ancaman ini adalah benar.

26.  Terdapat orang yang mahu membawa keganasan ke jalan-jalan raya kami.

27.  Kami tidak akan benarkannya, dan mereka tidak akan berjaya. Bagi  Malaysia selama ini dan akan begitu selamanya, negara yang rakyatnya menganut pelbagai agama dan pelbagai kaum bebas untuk hidup makmur dan maju.

28.  Tetapi kami perlu berusaha lebih keras bersama-sama untuk memerangi ancaman ini. Tentera dan khidmat risikan perlu berkongsi maklumat, dan negara-negara perlu meningkatkan kerjasama, mesti berani melakukan penangkapan lebih awal jika perlu.

29.  Kami telah menggubal undang-undang untuk membolehkan ini. Apabila bukti tidak dapat disangkal, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan. Jika kehidupan warganegara kami diancam dengan pengeboman di pusat beli-belah atau stesen, kami alpa dan cuai terhadap kepercayaan mereka sekiranya tidak mencegahnya sebelum terlambat.

Tuan Presiden,

30. 2015 memberikan kami contoh-contoh pendekatan baharu yang amat memberi inspirasi. Contohnya, Amerika Syarikat memulihkan hubungan diplomatik dengan Cuba. Ini merupakan pencapaian bersejarah, contoh cemerlang tindakan kesederhanaan. Ia memerlukan keberanian. Ia tidak mungkin terjadi sekiranya mereka masih mahu berpegang kepada cara politik lama.

31. Pemimpin berpandangan jauh akan mengutamakan kepentingan rakyat mereka. Keberanian serupa, Tuan Presiden, diperlukan untuk menyelesaikan ketidakadilan yang dideritai penduduk Palestin sejak 1948.

32.  Berdekad-dekad bebas tanpa hukuman dan penyahmanusiaan secara sistematik terhadap penduduk Palestin telah mendorong kepada peningkatan kenganasan, memperluas penempatan haram dan peningkatan pencabulan hak asasi. Kekecewaan dan kemarahan dirasai rakyat Palestin turut dirasai umat Islam di seluruh dunia.

33.  Jika dunia terus tidak ambil peduli tentang penderitaan mereka, kita berisiko berdepan satu lagi malapetaka di Kawasan Palestin Yang Diduduki. Kita juga gagal mendukung hak untuk menentukan nasib sendiri, yang menjadi asas  Pertubuhan Bangsa Bersatu semasa ia diwujudkan 70 tahun lepas.

34.  Oleh itu, susulan tindakan Rosh Hashanah mencerobohi Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis dan serangan terhadap jemaah masjid itu tiga minggu lepas, saya menggesa kerajaan Israel agar mendukung prinsip tertinggi Judaisme, dan mesej penting dalam kitab Taurat seperti dinyatakan secara ringkas dan padat oleh pendeta Hillel pada abad pertama BC. Apabila diminta menjelaskan petikan Taurat itu, pendeta itu berkata: "Apa yang kamu benci, jangan lakukan pada orang lain."

35.  Petikan ini, dikenali dalam semua agama sejagat sebagai Peraturan Penting, boleh digunakan untuk memulihkan hubungan antara orang Islam dan Yahudi.

36.  Ketika ini Israel secara paksa menguasai Tempat Ketiga Paling Suci dalam Islam -- sebagai bantahan terhadap bidang kuasa Raja Abdullah dari Jordan, sebagai penjaga sah. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab Israel untuk memudahkan umat Islam dari seluruh dunia untuk melawatnya. Kerana adalah menjadi impian dan doa setiap umat Islam untuk mengunjunginya sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.

Tuan Presiden,

37.  Mendahulukan rakyat tidak selalunya mudah. Tetapi masalah pada hari ini memerlukan penyelesaian baharu dan peringkat global.

38.  Malaysia akan membangkitan isu-isu ini sebagai anggota Majlis Keselamatan PBB  dan melakukan pembaharuan terhadap Majlis Keselamatan bagi mencerminkan realiti 2015 dengan lebih baik, bukan 1945-an, mewakili permulaan baik ke arah membina seni bina global yang baharu dan responsif.

39.  Kami di Malaysia tahu berapa banyak yang diperlukan. Kami benar-benar kecewa apabila cadangan untuk penubuhan tribunal antarabangsa berhubung insiden pesawat Penerbangan MH17 ditembak jatuh tidak dapat dilaksanakan susulan kuasa veto digunakan. Kami akan terus berusaha untuk mendapatkan keadilan menerusi opsyen undang-undang yang lain, kerana kami bertanggungjawab terhadap keluarga mangsa yang terkorban dalam jenayah kejam ini.

40.  Tetapi sama ada pembaharuan terhadap PBB, menangani ekstremisme atau berdepan dengan migrasi, usaha bersama lebih padu adalah perlu. Kita perlu melihat ke dalam diri sendiri dan tradisi kita untuk mewujudkan mekanisme-mekanisme baharu. Kami percaya kesederhanaan adalah kuncinya.
41.  Kesederhanaan bukan bermaksud lemah. Sebaliknya ia satu keberanian dan menunjukkan kekuatan. Kekuatan untuk mendesak bagi keamanan dan mendahulukan rakyat.

42.  Ia adalah prinsip yang terdapat dalam semua tamadun dan pegangan agama. Islam mendukung konsep 'wasatiyyah', dalam ajaran Confucius dikenali sebagai 'chung yung'  kedua-duanya bermaksud 'jalan tengah' atau 'Kaedah Penting'. Tetapi ini merupakan prinsip yang perlu kita ikuti, dan pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26 di  Malaysia pada April lepas, kami mengulangi komitmen kami terhadap pendekatan ini yang kami terima pakai dalam Deklarasi Langkawi mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global.

43.  Malaysia bersedia untuk berkongsi pengalamannya; mendukung Islam dan meminggirkan ekstremisme; melaksanakan objektif Syariah dan pada masa sama mengamalkan demokrasi; mengekalkan masyarakat pelbagai etnik dan penganut pelbagai agama hidup bersama dengan harmoni dan makmur; dan menunjukkan bahawa Islam bukan sahaja boleh berjaya, tetapi memacu kemajuan dan berjaya membangunkan ekonomi.

Tuan Presiden,

44.  Ketika kami berkerjasama untuk menyelesaikan masalah kemiskinan, kebencian, perang dan perlakuan manusia dan bencana alam yang menyebabkan kami berdepan dengan krisis pelarian ketika ini, kami perlu mengambil semangat  tradisi kami  bahawa semangat bermurah hati jauh mengatasi keperluan undang-undang.

45.  Surah Abasa, surah ke-80 al-Quran, bermula dengan ayat Allah menegur   Nabi Muhammad  yang kita orang Islam anggap baginda sebagai Kekasih Allah - kerana baginda bermasam muka dan memalingkan wajah baginda apabila seorang pengikut baginda, lelaki buta dan miskin, mencelah untuk bertanya kepada baginda satu soalan semasa baginda sedang sibuk berdakwah kepada golongan kaya dan berkuasa yang masih belum memeluk agama Islam.

46.  Jika Allah boleh menegur Nabi Muhammad, apatah lagi kita, terutamanya pemimpin-pemimpin masyarakat Islam dunia, akan dicela oleh Pencipta kita jika kita "bermuka masam dan memalingkan wajah kita" daripada saudara sesama Islam yang miskin dan dipinggirkan, yang sedang melarikan diri dari Syria dalam jumlah yang banyak - menyebabkan tekanan sosial dan ekonomi di Eropah? Tidakkah kita turut bertanggungjawab bagi sebarang permusuhan oleh penduduk Eropah terhadap Islam, agama yang kita cintai, dan terhadap saudara sesama Islam?

47.  Sebab itu kenapa Malaysia telah menerima, sejak bertahun-tahun lamanya, banyak orang yang lari daripada perang, kebuluran dan penganiayaan. Kami ketika ini mempunyai ratusan ribu pendatang tanpa izin, dan kami menerima lebih banyak pelarian awal tahun ini apabila berlaku krisis kemanusiaan di Laut Andaman.

48.  Saya berbesar hati untuk mengumumkan hari ini bahawa, untuk membantu mengurangkan krisis pelarian ketika ini, Malaysia akan melakukan tanggungjawabnya, dan membuka pintu kami kepada lebih 3,000 lagi pelarian Syria untuk tiga tahun akan datang.

49.  Penyelesaian baharu peringkat antarabangsa diperlukan untuk mengendalikan krisis migrasi. Berjuta-juta yang melarikan diri ini ialah manusia - sama seperti kita. Mereka patut mendapat perhatian kita semua. Kita perlu menghormati nilai kemanusiaan bersama kita.

50.  Ini hanya berlaku apabila kita melangkaui batas bangsa dan anutan;

51.  Hanya apabila kita melihat gambar-gambar pelarian yang terdesak ini, mangsa ekstremis, dan mereka yang hidup diselubungi kebuluran dan kemiskinan - dan melihat mereka bukan sebagai orang asing, tetapi sebagai saudara kita.

52.  Dan apabila kita melihat gambar menyayat hati jasad Aylan Kurdi berumur tiga tahun yang dihanyutkan air laut dan terdampar di pantai  dan merasakan seolah-olah anak kita sendiri dalam wajah kanak-kanak lelaki tidak berdosa yang mati penuh tragik itu  bahawa kita akan mengambil tindakan untuk berbuat lebih baik.

53.  Orang di seluruh dunia merayu bantuan kita. Kita tidak boleh  tidak akan  membiarkannya sahaja.

Terima kasih.

Apabila Bendera Palestin Berkibar


Bendera Palestin berkibar buat kali pertama di hadapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 30 September 2015 di New York. President Mahmoud Abbas menyifatkan pengibaran bendera tersebut sebagai satu harapan untuk mencapai sebuah negara yang bebas.

Mahmoud Abbas juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk bersama sama menukmati detik bersejarah itu apabila Bendera Palestin dinaikkan dan mencari plan strategik bagi menamatkan penjajahan israel, mendukung dasar hak asasi dan mencapai keadilan.

SUDAH TIBA MASANYA UNTUK MENCAPAI STATUS NEGARA BEBAS BUAT PALESTIN

25/09/2015

Insiden Rempuh Di Mina, Mekah

Kejadian berlaku di pintu masuk jambatan ke jamrah berhampiran Jalan 204, bukannya di dalam kawasan melontar.

Kali terakhir tragedi rempuhan berlaku di Mina adalah pada 2006 yang menyaksikan 346 jemaah haji maut manakala 289 cedera.

17/09/2015

14 RESOLUSI HIMPUNAN RAKYAT BERSATU (MERAH 169)


14 RESOLUSI HIMPUNAN RAKYAT BERSATU (MERAH 169)

1. Mempertahankan demokrasi yang luhur.

2. Memupuk perasaan hormat bangsa Malaysia.

3. Rakyat bersatu mempertahankan kestabilan agama.

4. Rakyat bersatu menolak cauvinism ala DAP.

5. Menolak campur tangan asing dalam hal ehwal negara.

6. Rakyat Bersatu menolak Bersih 1 hingga 4.

7. Rakyat bersatu menolak penghinaan terhadap Islam iaitu agama persekutuan.

8. Mendukung kerajaan dalam menghadapi krisis ekonomi.

9. Mempertahankan hak Bumiputera dan rakyat Malaysia serta hak semua kaum di Malaysia.

10. Mempertahankan kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.

11. Mempertahankan prinsip Rukun Negara.

12. Rakyat bersatu menolak politik fitnah terancang terhadap kepimpinan negara.

13. Menolak usaha gulingkan kerajaan.

14. Mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

12/09/2015

Kren Masjidil Haram Tumbang








MEKAH 11 Sept. - Sekurang-kurangnya 107 jemaah terbunuh, manakala 238 cedera apabila sebuah kren tumbang dan menimpa bumbung Masjidil Haram sebelum menghempap mangsa yang berada di dalamnya, hari ini.

Enam jemaah Malaysia yang berada di dalam masjid itu turut cedera.
Pihak berkuasa Pertahanan Awam Arab Saudi mengesahkan kejadian itu.

Menurut jemaah yang berada di tempat kejadian, nahas itu dipercayai berpunca daripada ribut.
Beberapa keping gambar kejadian itu yang disebarkan di media sosial menunjukkan mayat-mayat berlumuran darah bergelimpangan di lantai masjid.

Koresponden Al Jazeera, Hasan patel yang berada di Mekah berkata, saksi memaklumkan, kren tersebut tumbang di tingkat tiga Masjidil Haram kira-kira pukul 5.45 petang waktu tempatan (10.45 malam waktu Malaysia).
“Berpuluh-puluh ambulans berkejar ke lokasi nahas bagi membawa jemaah yang cedera ke hospital.
“Pihak berkuasa Arab Saudi kemudian menutup tempat kejadian kepada jemaah.

30/08/2015

Tun Mahathir Hadir Himpunan Bersih


Sewaktu menjadi Perdana Menteri, sebagai Ketua Kerajaan, beliau Tun Mahathir Bin Mohamed menyekat semua salauran demokrasi.
Sejak tahun 1998 hingga beliau bersara, baik dari sudut kebebasan media, kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun atau apa jua hak yang dijamin oleh Perlembagaan, semuanya beliau nafikan.
Mana mana individu yang cuba menentang beliau, individu tersebut akan di ugut dan akan disumbat dalam tahanan ISA.

Malangnya, sejak Anwar terpenjara kali kedua, kita bukan hanya berhadapan dengan PKR, DAP dan PAS yang berusaha menjatuhkan Barisan Nasional, tetapi termasuklah Tun Mahathir. Ini menyebabkan kita terpaksa menjawab segala kecaman dan fitnah dari Mahathir. Seperti biasa, bila kita menjawab Mahathir, semua juak dan kuncu Mahathir akan menyerang kita bertubi-tubi kerana mereka menganggap Mahathir ini terlalu maksum dan sempurna.

Namun hari ini diucapkan jutaan terima kasih kepada Mahathir. Kenyataan beliau di Pasir Gudang menyokong demonstrasi bagi menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak membuka mata dan pemikiran pentaksub beliau yang mula sedar bertapa terdesaknya Mahathir hingga menyeru rakyat bangkit mengulingkan PM Najib sepertimana Marcos digulingkan di Filipina. Lebih mengembirakan lagi hari ini bila Tun Mahathir buat satu tindakan yang paling bodoh dalam hidupnya iaitu dengan menyertai perhimpunan Bersih 4, Maghrib tadi (29 Ogos) Segala apa yang beliau ludah selama ini telah beliau jilat balik.

Sedarkah Mahathir bahawa perhimpuan tersebut kini ditunjangi DAP dan bertujuan untuk mengulingkan kerajaan Melayu?
Bersih 1, yang hadir 80% Melayu, 20% Cina. Bersih 2, 60% Melayu dan Cina 40%.
Bersih 3, 50% Melayu dan 50% Cina.

Perhimpunan Bersih 4 hari ini cuma tinggal 10% Melayu dan India, manakala 90% lagi Cina. Apakah tujuan Mahathir memberikan nyawa kepada Cina DAP untuk mengulingkan kerajaan Barisan Nasional?

Yakinlah apa yang berlaku hari ini akan membuka otak pentaksub Tun Mahathir untuk menjadi lebih rasional dan sedar sikap sebenar Tun Mahathir. Kalian mempunyai 2 pilihan sekarang, terus diperbodohkan dan menjayakan agenda Mahathir untuk mengulingkan Najib. Atau, berhenti membiarkan diri anda diperalat oleh Mahathir yang akhirnya menguntungkan DAP.
Buatlah keputusan sebelum nasi menjadi bubur. Takkan nak biarkan diri kita jadi alat menjayakan agenda Cina DAP?

25/08/2015

Cerita Sebenar Unit Amal PAS Di Minta Berkawal Untuk Kerja Maksiat

Cerita pasal BERSIH 4.0. sedang kami berkursus dalam Kursus Emergency dan Trauma anjuran Kor Medik dan Penyelamat Jabatan Amal Malaysia di Sg. Congkak Hulu Langat. Kehadiran Ust. Nasaruddin Tantawi amat mengejutkan kami, beliau telah diberikan kesempatan untuk memberikan sepatah dua kata.

Beliau menceritakan cerita sebenar disebalik BERSIH 4.0. Dlm BERSIH 1~3, PAS merupakan penganjur bersama. Semua syarat PAS dituruti iaitu perhimpunan aman dan bertatasusila Islamik dan tidak menggalakkan campuran lelaki dan perempuan namun penganjur tetap mengingkari segala syarat tersebut.

Pada BERSIH 4 yang akan diadakan kali ini PAS telah ditolak awal-awal drp menjadi penganjur bersama kerana mereka telah ada GHB iaitu golongan yg kecewa selepas kalah dlm Muktamar PAS yg lalu. Selain drp itu dasar PAS yang Islamik dan berpendirian tegas utk tidak mengheret rakyat kepada aktiviti mengharu-birukan keselamatan dan keamanan negara.

PAS yg telah ditolak sebagai penganjur bersama namun diminta utk mengerahkan ahlinya dan Sayap Utama iaitu Unit Amal utk turun seramai mungkin. Tindakan ini seolah2 menghina PAS kerana sikap mereka AJK BERSIH 4.0 ini hanya mahu meletakkan para pimpinan PAS dan UNIT AMAL sebagai budak suruhan mereka. Cukup2lah selama ini mereka memperkudakan PAS dlm siri demonstrasi haram BERSIH 1~3!

Islam yg sepatutnya memerintah tetapi mereka penganjur BERSIH pula nak memerintah.Mana mungkin.. Pengalaman Unit Amal menjaga program/aktiviti mereka sebelum ini yg berkhemah di Dataran Merdeka menghasilkan ketidakpuasan hati ahli Amal yg bertugas kerana mereka mengadakan aktiviti hiburan, minum arak dan berdua-duaan di dalam khemah masing2, sehingga ada terdpt kondom bertebaran di kawasan mereka berkhemah.

Bayangkan jika aktiviti yg lebih kurang sama ini nak dibuat drp 29 hingga 30 Ogos ini melibatkan ribuan yg hadir selama 36 jam.. Tiada aktiviti khusus dirancang hanya nak duduk atau occupy padang dataran tersebut selama 36 jam.. Jika berlaku kes yg sama seperti yg lepas dimana tiada kawasan khas utk perempuan dan lelaki (semua campur sekali) ini akan mendtgkan maksiat..Sudah tentu mereka yg hadir lebih berseronok kpd perkara2 yg maksiat dan melalaikan. Program tersebut juga akan disertai oleh pelbagai NGO termasuk LGBT (NGO lesbian dan gay) sanggupkah UNIT AMAL menjaga keselamatan mereka?

Ust. Nasaruddin Tantawi menegaskan tak sanggup melihat unit Amal menjadi budak suruhan lagi untuk kerja-kerja maksiat mereka..Beliau mengingatkan seluruh ahli dan keluarga agar menjauhi perhimpunan BERSIH 4 itu kerana penganjur mempunyai agenda yg amat tidak baik disebaliknya.

Ayuh jauhi BERSIH 4!!!!!

22/08/2015

Kisah Benar Dana Politik Kepada Malaysia


Image result for dana politik rmBismillahirohmanirohim, segala pujian bagi Allah S.W.T, Selawat dan Salam ke atas Rasulnya Muhammad S.A.W.

Setiap orang akan diuji oleh Allah, tidak kira kedudukan atau darjat, ujian tetap akan diberi, Nabi Adam yakni Nabi pertama dan Hawa yang berada di syurga juga diuji Allah apatah lagi manusia yang berada dibumi Allah ini.

Ulasan ini amat berat dan sensitif untuk diceritakan, malah akan menyentuh soal rahsia dan imej negara. Tetapi kita harus istiqamah dan kebenaran harus diceritakan, insyallah umat Islam dan Melayu di Malaysia boleh menerima dengan hati terbuka, yang diminta adalah supaya mereka faham, soal sokong atau tidak pula hak individu.

Memang benar $633 juta diberi kepada Perdana Menteri Malaysia oleh pihak Arab Saudi, nilai ini agak kecil bagi mereka kerana setiap hari mereka mengeluarkan 12 juta tong minyak berbanding Malaysia yang hanya 600 ribu tong sehari. Kerajaan Arab Saudi dari dulu lagi memberi dana sumbangan kepada beberapa pemimpin dan negara islam untuk 1) Memerangi perkembangan Syiah 2) Benteras kumpulan 'penganas' yang memerangi mereka 3) sumbangan kemanusian 4) sumbangan sulit kepada negara islam yang teranaiya 5) Umat Islam yang berada dalam negara yang majoritinya bukan Islam yang ditindas 6) bantuan politik 7) biasiswa bagi perkembangan ajaran Islam ala Wahabi 8) Pertahankan Sunnah wal jamaah Sunni sebagai pegangan utama umat Islam dunia

Pemberian dana seperti ini dilihat pelik malah akan dikritik oleh mereka yang bukan Islam. Perspektif orang Islam dan bukan Islam berbeza dalam konteks mempertahankan kesucian Islam dengan pegangan kita sebagai Sunnah wal jamaah. Kerajaan Arab Saudi dan Iran walau dilihat oleh kaca mata orang bukan Islam sebagai negara Islam tetapi ideologi mereka amat berbeza dan Orang Islam cukup faham akan perbezaan ini.

Malaysia dilihat sebagai rakan strategik bagi kerajaan Arab Saudi, kita perlu faham hubungan dengan Arab Saudi bukan hanya untuk menentukan jumlah jemaaah Haji atau pembelian minyak malah perbincangan tentang kebimbangan ancaman terhadap Islam di rantau Asia dan perkembangan Syiah merupakan antara agenda utama perbincangan tanpa diketahui oleh rakyat umum.

Memang ada pihak terkejut, marah dan tertanya-tanya tentang dana $633 juta yang diberi oleh pihak Arab Saudi kepada Najib Razak dan bukan terus disalurkan kepada akaun UMNO, sudah pasti bukan semua pihak boleh menerima ulasan ini tetapi apa yang diminta supaya orang Islam dan Melayu berbuka hati untuk menilai realiti ini. Pihak Arab Saudi telah menggenakan beberapa syarat kepada beliau untuk kegunaan Dana tersebut.

1) Benteras pengaruh Syiah dirantau Asia -

Secara sulit pihak Iran sedang bergerak aktif dalam mengembangkan pengajaran Syiah di Indonesia, Malaysia, Selatan Thailand, Singapura, Selatan Filipina dan Brunei. Mereka menggunakan beberapa pendakwah secara sulit dan pelajar untuk memasuki institusi seperti jabatan kerajaan, kolej dan Universiti. Kita dapat melihat beberapa kes di Selangor dan beberapa negeri lain dimana jabatan agama telah mengenal pasti cuma atas arahan pihak berkuasa media kurang mewawarkan sahaja.

2) Selesaikan isu penindasan umat islam di Selatan Filipina dan Selatan Thailand -

Pada tahun 2014 Najib Razak telahpun mengadakan proses pendamaian antara pihak kerajaan Filipina dan Selatan Filipina yang majoriti penduduknya adalah orang Islam sama juga dengan keadaan dengan kerajaan Thailand dan Selatan Thailand yang majoritinya penduduknya orang Islam. Proses pendamaian ini dapat diadakan bukan kerana Najib Razak begitu pintar untuk berunding tetapi realitinya sebahagian $633juta yang diberi oleh pihak Arab Saudi diamanahkan untuk memastikan pihak Muslim di Selatan Filipina dan Selatan Thailand bersedia dengan kuasa autonomi yang bakal diberi. Umat Islam tahu penindasan dari pihak kerajaan yang bukan Islam kepada penduduk Islam sememangnya berlaku. Malaysia ditugaskan untuk memastikan barangan kesihatan, bantuan kemanusiaan dan kelengkapan sekolah diberi dan bukan melatih dalam aspek peperangan.

Kenapa Pihak Arab Saudi begitu Kisah tentang pendamaian dirantau ini? Ini kerana Iran telahpun mengambil kesempatan dengan keadaan konflik dengan memberi sumbangan kepada mereka dengan syarat ajaran Syiah dibiarkan berkembang di rantau Asia. Peperangan antara pihak Arab Saudi dan Iran ini memang payah untuk orang bukan islam memahami tetapi hingga kini di Timur Tengah juga peperangan di Yemen merupakan peperangan proksi dan ada yang katakan Malaysia terlibat secara sulit dalam hal ini atas nama kesetian Islam Sunnah wal Jamaah Sunni.

Selain dari ideologi agama, pihak Arab Saudi juga tahu di kawasan konflik ini terdapat hasil minyak dan gas yang banyak, perjanjian eksploitasi minyak antara Malaysia dan Thailand juga berlaku diperairan kawasan konflik begitu juga di Selatan Filipina.

Malaysia juga tidak terkecuali dari jenayah penculikan di Selatan Filipina oleh segelintir kumpulan yang mahu merosakkan usaha Malaysia mencapai proses pendamaian. Kisah Lahad Datu mengingatkan kita bahawa proses pendamaian rantau amat penting dan Malaysia mengambil inisiatif untuk memastikan keadaan disitu diketatkan. Ada pelbagai pihak yang ingin mengagalkan proses ini dengan membuat aktiviti penculikan.

3) Memerangi kumpulan IS dan kumpulan yang tidak menyokong kerajaan Arab Saudi -

Pihak Arab Saudi dan Malaysia sering membincangkan masalah ini dan mereka tahu kumpulan IS telahpun mendapat sambutan oleh sesetengah pihak walau rakyat tidak tahu. Konflik di rantau ini juga merupakan resepi bagi IS mendapat rekruit untuk terlibat dalam ideologi ekstrem mereka.

Oleh itu pihak Arab Saudi mahu kepimpinan Malaysia untuk memerangi IS dengan pelbagai cara dan antaranya mengadakan proses pendamaian dan memberi kelengkapan keselamatan dan melatih pendakwah-pendakwah yang boleh digunakan untuk memberitahu ummah tentang bahayanya kumpulan tersebut. Ini adalah realiti sebenar keadaan.

4) Pastikan UMNO memerintah Malaysia -

Ini adalah yang diwawarkan oleh pihak media sebagai alasan utama  dana diberi hakikatnya jika mereka mahu Najib Razak melaksanakan amanah tersebut maka dana ini seharusnya digunakan untuk memastikan UMNO menang di PRU-13.

Inilah persoalan yang sering ditanya kenapa bukan terus ke akaun UMNO, ini kerana amanah sebagai pemimpin Islam kini bukan hanya tertakluk kepada wilayah dipertanggungjawabkan tetapi ke rantau. Malaysia sebagai negara Islam yang maju dan dihormati di rantau Asia pasti dapat menjalankan proses pendamaian ini.

Ada yang tanya apa habuan disebalik pemberian ini, jawabnya pelaksanaan atas permintaan syarat tersebut kerana Pihak Arab Saudi lebih kaya dari segi hasil bumi dari Malaysia. Oleh itu logiknya tiada apa yang Malaysia boleh beri Pihak Arab Saudi tidak boleh beli sebelum dana diberi.

Ada yang tertanya juga kenapa dana sebegini tidak diberi kepada pemimpin terdahulu. Ada diberikan namun konflik kini makin terjadi-jadi dan pengaruh pihak Iran dan barat makin tersebar. Kali ini tugas spesifik diberi untuk memastikan keamanan rautau Asia dijamin.

Apabila cerita mengenai dana ini disebarkan di Wall Street Journal iaitu sebuah akhbar dari New York, kita agak janggal tetapi sebenarnya pihak barat tahu dimana selebih dana itu disalurkan dan mereka menunggu sahaja pemimpin disoal untuk beri penjelasan. Mereka tahu penjelasan ini bakal memalukan Malaysia kerana kita dianggap menyokong pihak Muslim di Selatan Thailand dan Filipina yang negara jiran anggap sebagai musuh dalaman.

Sekarang ini pihak pembangkang ingin mengadakan demonstrasi, adakah kita pernah tertanya bagaimana sesetengah NGO dan parti politik mendapat dana mereka?  hak mereka untuk berdemonstrasi harus dihormati tetapi sebagai umat Islam kita harus waras dan istiqamah samada semua yang dilakukan oleh mereka benar ikhlas dan tidak ada agenda yang atau tangan luar yang masuk campur

Najib Razak sudah menjadi menteri begitu lama, beliau dan keluarga tidak memerlukan dana sebanyak ini untuk hidup bahagia tetapi apa yang beliau lakukan adalah amat berat dan sukar untuk orang bukan islam bahkan orang Islam memahaminya. Sokong atau tidak itu hak individu tetapi apa yan
[23:13, 21/08/2015] Lokman Nor Adam: g mahu disampaikan adalah kebenaran yang ditidak disebut-sebut.

Semua pihak terbabit akan membantah dan tidak akan mengaku ada saluran dana ini, kerana sememangnya rahsia. Seharusnya dana seperti ini dijadikan rahsia tanpa umum tahu, tapi demi kebenaran dan sangka fitnah ia terpaksa diluahkan walau pahit.

Penulis berdoa agar Allah S.W.T membuka hati kepada para pembaca dan menilai secara rasional dan logik tentang kegunaan dana tersebut. Akhirnya Allah S.W.T akan menilai segala yang dilakukan. Walllahwalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...