Followers

Showing posts with label haji. Show all posts
Showing posts with label haji. Show all posts

25/09/2015

Insiden Rempuh Di Mina, Mekah

Kejadian berlaku di pintu masuk jambatan ke jamrah berhampiran Jalan 204, bukannya di dalam kawasan melontar.

Kali terakhir tragedi rempuhan berlaku di Mina adalah pada 2006 yang menyaksikan 346 jemaah haji maut manakala 289 cedera.

12/09/2015

Kren Masjidil Haram Tumbang








MEKAH 11 Sept. - Sekurang-kurangnya 107 jemaah terbunuh, manakala 238 cedera apabila sebuah kren tumbang dan menimpa bumbung Masjidil Haram sebelum menghempap mangsa yang berada di dalamnya, hari ini.

Enam jemaah Malaysia yang berada di dalam masjid itu turut cedera.
Pihak berkuasa Pertahanan Awam Arab Saudi mengesahkan kejadian itu.

Menurut jemaah yang berada di tempat kejadian, nahas itu dipercayai berpunca daripada ribut.
Beberapa keping gambar kejadian itu yang disebarkan di media sosial menunjukkan mayat-mayat berlumuran darah bergelimpangan di lantai masjid.

Koresponden Al Jazeera, Hasan patel yang berada di Mekah berkata, saksi memaklumkan, kren tersebut tumbang di tingkat tiga Masjidil Haram kira-kira pukul 5.45 petang waktu tempatan (10.45 malam waktu Malaysia).
“Berpuluh-puluh ambulans berkejar ke lokasi nahas bagi membawa jemaah yang cedera ke hospital.
“Pihak berkuasa Arab Saudi kemudian menutup tempat kejadian kepada jemaah.

11/10/2013

Pertahankan Kemuliaan Islam

Perbuatan menyokong ideologi-ideologi asing atau isme-isme seperti kapitalisme, komunisme, sosialisme, libralisme dan menganggap ideologi tersebut lebih baik daripada ajaran Islam boleh membawa kepada syirik. Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa jua bentuk samada perkataan, pegangan, perbuatan atau iktiqad iaitu dengan menjadikan sesuatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sebagai sekutu Allah. Allah SWT berfirman dalam surah Luqman ayat 13:
Maksudnya: “Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”

Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa isu kalimah Allah akan didengar sekali lagi di Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober ini. Sebagai umat Islam yang patuh kepada agamanya, marilah sama-sama kita bersatu padu demi menolak apa jua usaha yang menafikan hak-hak kita sebagai umat Islam. Percayalah bahawa Allah SWT menyatukan umat Islam pada hari ini di dalam ibadah haji dengan berpakaian ihram yang sama, dengan niat yang sama dan dengan perbuatan yang sama. Ingatlah bahawa kesatuan umat Islam di atas satu akidah tanpa mengira latar belakang dan kedudukan. Justeru, mempertahankan kalimah Allah daripada disalahgunakan oleh mana-mana pihak yang tidak dibenarkan oleh syarak hendaklah dipertahankan.
Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Percayalah mempertahankan kesucian Islam dengan tidak membenarkan pihak lain menghinanya adalah sesuatu yang dituntut. Firman Allah SWT dalam surah al-Ma’idah ayat 72:
Maksudnya: “Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang yang berlaku zalim.”

Percubaan menggunakan Kalimah Allah di dalam kitab lain selain al-Quran, akan menimbulkan kecelaruan di dalam sistem kepercayaan uamt Islam. Islam menafikan dan menolak kepercayaan yang berteraskan kepada Trinity iaitu God Father (Bapa Tuhan), God the Son (Anak Tuhan) dan Holy Spirit (Roh Kudus). Persoalan besar timbul di sini, mengapa Kalimah Allah hendak digunakan di dalam Bible, kerana apabila digunakan Kalimah Allah secara langsung akan membatalkan konsep Triniti yang diamalkan oleh mereka. Penggunaannya jelas menjadikan umat Islam keliru, ragu-ragu dan tersilap mengenal identiti Allah SWT serta meruntuhkan akidah ummah.
marilah sama-sama kita mempertahankan dan memantap akidah kita, keluarga dan masyarakat kita demi masa depan agama, ummah dan negara dengan menolak segala usaha untuk meruntuhkan akidah, menanam rasa cinta dan kasih sayang kepada Allah SWT dan rasul-Nya.
Di tangan kitalah letaknya tanggungjawab dan kuasa untuk mempertahankan kesucian agama Islam Dalam hal ini, umat Islam memerlukan penghayatan Islam secara yang menyeluruh. Berdasarkan maqasid syariah maka menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk menjaga lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Salah satu prinsip penting yang mesti dilaksanakan oleh umat Islam bagi memastikan kedaulatan agama kekal terpelihara ialah dengan menyeru kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Hajj ayat 41:
Bermaksud: “Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan perkara yang mungkar. Dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”


Bersempena dengan ibadah haji yang sedang dilaksanakan oleh umat Islam pada ketika ini di kota Mekkah, marilah sama sama kita menjana peningkatan dalam penghayatan dan ketaatan dalam melaksanakan ajaran yang di bawa oleh Rasulullah SAW. Marilah sama sama kita mempertahankan dengan segala upaya kemuliaan agama Islam dari sebarang penghinaan, dicerobohi oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...