Followers

22/05/2013

Ingatan Buat Pengundi Cina


Pengundi Cina terperangkap dengan wayang kulit yang dimainkan Anwar tanpa menoleh ke belakang melihat kepada sejarah pembohongan politik yang dilakukan oleh Anwar sejurus selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada Julai 2008.

Pengundi Cina juga gagal menilai ikatan setiakawan yang sudah terjalin antara UMNO, MCA dan MIC sejak sebelum merdeka lagi dan kerjasama politik yang berlandaskan kepada konsep menang-menang inilah yang melahirkan sebuah negara yang berdaulat, maju, progresif dan membangun ke hari ini.

Generasi muda pengundi Cina seolah-olah terpisah daripada kesinambungan sejarah perjuangan kemerdekaan negara sehingga mempercayai segala segala dakwaan dan fitnah yang direkacipta oleh pemimpin Dap dan pembangkang terhadap BN dalam usaha mereka mengejar kuasa politik.

Akibat fitnah melampau yang dicanai oleh gerombolan pembangkang yang hanya mementingkan kuasa politik mengatasi kepentingan negara daripada segalanya, pengundi Cina hilang pertimbangan yang rasional dan logik untuk menyokong pembangkang secara muktamad.

Mereka hilang pedoman dan pertimbangan politik sehingga mengenepikan asas-asas kenegaraan dan politik negara ini yang tunjangnya adalah ketuanan Melayu.

Jiwa rasis Dap telah berjaya diresapkan ke dalam pemikiran dan sanubari pengundi-pengundi Cina tidak kira tua atau muda, matang atau kememeh. Dap mungkin menang besar pada PRU kali ini tapi mangsanya adalah masyarakat Cina yang kini dipandang seorang oleh orang Melayu.

Pengkhianatan yang dilakukan oleh pengundi Cina terhadap UMNO dan BN tidak mungkin dapat dilupakan oleh orang Melayu. Mungkin tsunami Cina telah berlaku dengan mengukuhkan kedudukan kerusi parlimen bagi Dap tetapi tsunami politik yang lebih besar dan dahsyat kini menanti mereka yang melakukan pengkhianatan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...