Followers

13/05/2013

Anwar Terlupa Sistem Pengundian di Malaysia



Atas dasar jumlah undi popular yang diperolehi oleh pembangkang sebanyak 5,623,984 atau 50.87 peratus daripada keseluruhan undi berbanding 5,237,699 atau 47.38 peratus yang dimenangi oleh BN, maka Anwar mendakwa pembangkang telah dinafikan kemenangan oleh SPR.

Hakikatnya jelas Datuk Seri Najib, undi popular adalah sistem pengundian yang diamalkan oleh negara seperti Amerika Syarikat yang mempunyai sistem presiden.

Sistem pengundian bagi memilih presiden dijalankan mengikut amalan 'electoral college' dan bukannya undian terus oleh rakyat.

Sebaliknya sistem undi popular tidak terpakai di Malaysia kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan sistem pengundian adalah berdasarkan kepada kawasan parlimen dengan kaedah 'first-past-the-post' bagi menentukan pemenang bagi mana-mana kawasan yang ditandingi.

Ini bermakna mana-mana calon yang mendahului pencabarnya walaupun mendapat kelebihan satu undi sekalipun akan dikira sebagai pemenang.

Anwar sengaja menimbulkan isu undi popular bagi mengeksploitasi emosi penyokong pembangkang yang kecewa kerana impian mereka ke Putrajaya hancur.

Mereka perlu ingat taktik Anwar menggunakan helah undi popular adalah bagi mengalih pandangan penyokong-penyokong pembangkang daripada mempersoal serta meletakkan kegagalan ke Putrajaya ke atas bahu Anwar.

Seperti juga pembohongan 16 September 2008 di mana Anwar berjanji akan menumbangkan kerajaan Tun Abdullah Ahmad Badawi melalui jalan belakang, kali ini bekas Ketua Pembangkang itu mengulangi pembohongannya.

Perdana Menteri menyanggah hujah Anwar dengan berkata mengapa pembangkang mengiktirafkan keputusan PRU13 pada peringkat negeri tetapi menolaknya pula di peringkat parlimen?

Ini adalah sikap hipokrit Anwar yang sengaja mahu mencetuskan demonstrasi jalanan bagi mewujudkan keadaan ketidakstabilan politik.

Hakikatnya rakyat memilih BN dan bukannya Pakatan Rakyat, mahukan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan bukannya Anwar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...