30/01/2014

DUN Kajang Sukar Buat PKR

Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim akhirnya terpaksa mengakui tiada sebarang kepastian untuknya terus kekal menerajui kepimpinan negeri sekiranya Anwar Ibrahim berjaya memenangi kerusi Dun Kajang kelak. Dia yang berkata ketika diwawancara oleh salah sebuah portal pembangkang hanya mampu mengatakan 50-50.

"Dia (Anwar) boleh cakap 'Saya perlukan awak' atau 'saya tak perlukan awak," katanya seperti yang dilaporkan oleh portal tersebut.

Walau bagaimanapun menurut Khalid ia bergantung pada keputusan Sultan Selangor sama ada berkenan untuk menerima sebarang cadangan untuk menukar Menteri Besar atau mengekalkan yang lama. Ini kerana perlembagaan Selangor menyatakan Sultan mempunyai kuasa istimewa untuk memilih calon sendiri walaupun calon yang dicadangkan mendapat sokongan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam erti kata sebenarnya memang wujud cadangan untuk melantik Anwar sebagai Menteri Besar yang baru sekiranya PKR berjaya mempertahankan kerusi Dun Kajang. Namun sama ada Anwar mampu merealisasikan impian tersebut atau tidak bergantung pada perkenan Sultan.

Persoalannya ialah sampai bila rakyat ingin terus diperbodohkan dan ditipu oleh makhluk yang bernama Anwar Ibrahim ini?

Ini kerana dia yang juga merupakan Ketua Umum PKR sebelum ini menafikan akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Menurutnya, segala dakwaan mengenainya adalah spekulasi semata-mata.

"Ianya spekulasi semata-mata dan perkara ini telah berlarutan semenjak tahun 2008," katanya sebelum ini.

Persoalannya ialah, sekiranya benar ia hanyalah spekulasi semata-mata, apa rasionalnya bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan? Untuk apa Anwar dipilih untuk bertanding sebagai Adun di kawasan tersebut? Dan yang paling penting, mengapakah Khalid sendiri seperti tidak pasti sama ada meneruskan tugasnya sebagai MB atau sebaliknya?

Kesimpulannya, Anwar sudah berada di satu tahap yang selesa sehingga menyebabkan dia mula merasakan rakyat adalah bodoh dan mudah terpedaya dengan segala kata yang keluar dari mulutnya. Apa sahaja yang dilakukan olehnya tidak menjadi hal, kerana yang penting sebaik sahaja dia membuka mulut semua akan ternganga dan memilih untuk mempercayainya secara bulat-bulat.

Walaupun dengan menjadikan sistem demokrasi negara ini seperti 'sarkis' Anwar yakin rakyat akan tetap memilih untuk percaya atau dalam bahasa mudah dikenali sebagai MACAI (Mempercayai Apasaja Cakap Anwar Ibrahim). Namun apa yang mereka tidak tahu ialah, Anwar sebenarnya layak di angkat sebagai haiwan politik (political animal) kerana sering berubah-ubah demi cita-citanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa di negara ini. Seperti kata orang, tak dapat jadi Perdana Menteri, tapi dapat jadi Menteri Besar pun jadilah.

Berikut adalah di antara penipuan demi penipuan yang pernah dilakukan oleh makhluk yang bernama Anwar Ibrahim ini:

18.08.2012 – Saya akan bersara sekiranya Pakatan Rakyat kalah dalam pilihanraya umum dan menumpukan perhatian untuk menjadi profesor.

07.05.13 – Saya tidak bersara. Pakatan Rakyat kalah hanya disebabkan oleh bangla (pengundi hantu) dan blackouts.

20.11.2013 – Saya tidak sebut adanya pengundi dari Bangladesh, itu semua adalah fitnah jahat Umno

27.01.2014 – Saya tidak akan menjadi calon untuk kerusi Dun Kajang

28.01.2014 – Khalid akan kekal sebagai Menteri Besar. Saya tidak akan ambil alih jawatan MB.

x.x.2014 – (rasanya ramai yang sudah dapat meneka ungkapan yang bakal Anwar sebutkan nanti, selepas berjaya menang di Dun Kajang)
Sent from my BlackBerry® smartphone

29/01/2014

Tiga Kali @anwaribrahim Menipu Rakyat Melalui PRK

 
Pilihanraya bukanlah sesuatu yang boleh dibuat sesuka hati dan pada bila-bila masa.  Pilihanraya adalah simbol 'kepercayaan rakyat', 'integriti' dan 'keadilan'. 
 
Justeru, sesebuah pilihanraya memakan kos yang begitu tinggi untuk memastikan perjalanannya lancar dan tepat.  Bagi sesebuah pilihanraya kecil juga, SPR dan PDRM memerlukan jumlah jutaan ringgit.   Contohnya, bagi PRK Kuala Besut yang lalu, perbelanjaan dari SPR sahaja memakan jumlah RM750,000 dan PDRM pula sebanyak RM10.4 juta.  Jumlah ini sudah cukup untuk menunjukkan yang ia bukan sesuatu yang boleh dipermudahkan. 
 
Berdasarkan hakikat ini, seseorang wakil rakyat tidak boleh berundur diri dan meletak jawtan sesuka hati, tanpa sebab musabab yang konkrit walaupun atas nama kepentingan parti. Ini kerana tugas utama seorang wakil rakyat adalah untuk mewakili rakyat, bukan parti. 
 
Bagaimanapun, pembangkang nampaknya tidak mampu memahami perkara ini.  Bagi pembangkang, tugas wakil rakyat adalah untuk memastikan kemenangan parti atau kepentingan pemimpin tertentu semata-mata. Manakala, berkhidmat kepada rakyat merupakan tugas tetap kerajaan pusat atau wakil rakyat Barisan Nasional. 
 
Justeru itu, Ketua Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim langsung tidak merasa bersalah mempermainkan rakyat dengan 'menukar' wakil rakyat dari partinya sesuka hati beberapa kali demi keuntungan politik kepada partinya, atau lebih tepat, dirinya. 
 
Perletakan jawatan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh baru-baru ini, bukanlah kes pertama di mana seorang wakil rakyat PKR perlu berkorban bagi memenuhi serakah Ketua Pembangkang. 
 
Sebelum ini, perkara yang sama berlaku di Penanti di mana bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Muhammad Fairus Khairuddin telah dikaitkan dengan skandal rasuah seubah kuari dan terpaksa meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Bekas Setiausaha Politik Anwar, iaitu Dr. Mansor Othman mengambil-alih jawatannya. 
 
Dalam isu Penanti, Anwar dilaporkan berulang kali menafikan yang Fairus akan meletak jawatan sehinggalah ke saat akhir.  Fairus, dalam kenyataan mengenai perletakan jawatannya kepada Nanyang Siang Pau, mengesahkan andaian 'ada yang tidak kena' dengan pertuduhan rasuah ke atasnya.  Malah, beliau memberi tempoh dua minggu kepada PKR untuk membersihkan namanya serta mengugut akan mendedahkan skandal kerajaan negeri dan PKR. 
 
Nama beliau kemudiannya dibersihkan, namun jawatan beliau juga telah digantikan oleh Dr. Mansor melalui PRK Penanti, sepertimana yang dirancang oleh kepimpinan PKR. 
 
Dalam Pilihanraya 2008, Anwar menyuruh Wan Azizah meletak jawatan sebagai wakil rakyat Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada dirinya.   Ia dilihat berpunca dari ketidakyakinan Anwar untuk bertanding di kawasan lain lalu memilih kawasan paling selamat bagi memastikan kesinambungan hayat politiknya.  
 
Nampaknya, Anwar menyifatkan pilihanraya sebagai padang permainan dengan beliau perlu terus menjadi pemenang.  Anwar tidak melihat pilihan rakyat sebagai sesuatu yang serius.  Dalam fikiran Anwar, rakyat bukan memilih  calon, tetapi memilih dirinya dan partinya.  Oleh itu, beliau boleh bertanding di mana-mana saja dan menyuruh mana-mana calon meletak jawatan bila-bila masa, bagi menjayakan agendanya. 
 
Ini membuktikan bahawa Anwar bukan sahaja tidak menghormati rakyat, tetapi juga tidak menghormati pemimpin PKR termasuk Presiden parti yang juga isterinya sendiri.   Keadilan, integriti dan kepercayaan rakyat adalah sesuatu yang tidak ada kena mengena dalam perjuangannya.  Bagi Anwar, pembaziran yang berlaku bagi memenuhi agendanya bukanlah isu, walaupun beliau sering menghentam kerajaan atas tuduhan membazir. 
 
Pengundi Kajang wajar mengambil pengajaran dari siri PRK ciptaan Anwar ini.  Jika Anwar mampu mempermainkan kepercayaan dan membazir wang rakyat untuk mengadakan PRK yang tidak perlu, maka apakah Anwar seorang pemimpin yang baik?   Pemimpin jenis apa yang mengadakan pilihanraya 'sesuka-hati-mak-bapaknya'? 
Sent from my BlackBerry® smartphone

Pakatan Rakyat Mengkhinati Amanah Rakyat

Tindakan pimpinan PKR yang mempermainkan sistem demokrasi mendapat bantahan dan kecaman ramai pihak. Ramai yang melihat, tindakan Adun Kajang yang sengaja meletakkan jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding sebagai satu pembaziran dan cuba memperbodoh-bodohkan rakyat.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi, terkejut dengan 'perancangan' untuk mengadakan pilihan raya kecil yang bukan disebabkan kematian atau keuzuran . Menurutnya keputusan meletakkan jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain disifatkan sebagai main-main.

"Pilihanraya ni sebahagian dari perjuangan. Bukan untuk melampias agenda peribadi atau kelompok tertentu. Bukan juga tempat untuk test power atau test market dan bukan juga untuk test drive. Jauh sekali menjadi papan catur untuk kick out rakan seperjuangan.

"Pilihanraya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan. Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar . Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda," katanya menerusi laman Facebook sebentar tadi.

Nasrudin turut mengatakan tindakan bekas Adun Kajang yang meletakkan jawatan itu telah mengabaikan amanah dan mensia-siakan kepercayaan rakyat.

"Lebih malang kerana game ini dilihat cuba untuk mengkangkungkan rakyat. Sudahlah rakyat berhempas pulas mengharungi musim buka sekolah dengan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang yang melambung, kini wang, masa dan tenaga mereka mahu dihabiskan pula untuk pilihanraya kecil yang malang di Kajang.

"Roadshow GST, mobilisasi TURUN seperti tiada makna bagi mereka. Saat rakyat marah isu kos hidup dan derita dengan isu barang naik, mereka alih tumpuan yang menambah perit dan jerih rakyat. Momentum hilang. Akhirnya rakyat berkata, kami bertarung untuk hidup. Kamu bertarung sesama sendiri untuk merebut jawatan.

Bekas Ketua Pemuda Pas itu turut mempertikaikan tindakan tersebut kerana mengetepikan prinsip muafakat yang kononnya wujud di dalam pakatan pembangkang. Tambah parah apabila PKR langsung tidak berunding dan berbincang dengan Pas dan Dap.

"Ia satu tindakan memudaratkan rakyat dan mengkhianati amanah rakyat. Hukumnya haram bertindak begini.

Di dalam perkembangan yang sama, Pemuda Pas Selangor juga mengambil pendirian yang sama dengan mengecam tindakan PKR yang sengaja meletakan jawatan untuk memberi laluan kepada satu pilihan raya kecil.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim menegaskan jika PKR gagal memberikan penjelasan yang munasabah secara bertulis, mereka akan memboikot PRK DUN Kajang.

"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sent from my BlackBerry® smartphone

28/01/2014

Nurul Izzah Jatuh Kerana Moral

Pergolakan di dalam PKR menjelang pemilihan beberapa bulan lagi bakal menyaksikan paling sengit dalam sejarah parti itu.

Kumpulan Azmin Ali yang marah kepada Khalid Ibrahim kerana memecat bos mereka dari PKNS akan menggunakan kesempatan itu untuk memastikan grup yang bersekutu dengan menteri besar itu akan ditamatkan riwayat politik mereka.

Tekanan ke atas untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dari kalangan pemimpin pusat PKR semakin kiat kedengaran.

Semua ini didalangi oleh Azmin yang sekian lama sudah menyimpan dendam terhadap Khalid yang menjadi batu penghalang kepada agenda politik beliau di Selangor.

Apatah lagi kmungkinan besar penaung Khalid, Dr Wan Azizah Ismail tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai presiden pada pemilihan parti akan datang bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar Ibrahim.

Tanpa perlindungan politik dari presiden parti, Khalid akan mudah terdedah dengan serangan dalaman yang lebih hebat bagi memaksa beliau mengundur.

Azmin pandai menggunakan isu pemecatannya sebagai anggota lembaga pengarah PKNS sebagai batu api untuk meniup api kemarahan penyokongnya.

Mungkin buat pada masa ini kelebihan adalah pada kumpulan Azmin menerajui gerakan menumbangkan Khalid.

Bagaimanapun Khalid juga tidak boleh dipandang kecil kemampuannya untuk mengharungi duri ranjau politik PKR sejak menjadi menteri besar pada 2008.

Berbagai usaha sebelum ini dilakukan untuk melemahkan kedudukan beliau namun Khalid mampu bertahan kerana populariti di kalangan rakyat walaupun dibenci oleh sesetengah pemimpin PKR Selangor khususnya tim Azmin.

Jika Khalid mendedahkan sebab musabab sebenar Azmin digugurkan dari PKNS ini akan menjadi liabiliti besar bagi timbalan presiden parti itu.

Ini kerana jika pemecatan beliau bersabit dengan elemen rasuah atau penyalahgunaan kuasa, ini akan menyulitkan usaha Azmin untuk meraih sokongan padu dari ahli parti.

PKR selama ini melaung-laungkan slogan rakyat, keadilan dan ketelusan bagi mendapat sokongan politik untuk berkuasa.

Jika ia tidak mengambil tindakan sekiranya benar Azmin terbabit dalam sebarang penyelewengan dalam PKNS, sudah tentu maruah dan integriti PKR akan terjejas teruk.

Seperkara lagi yang igauan kepada Dr Wan Azizah sebelum beliau mengundur diri ialah perkembangan terbaru berhubung perkahwinan anaknya, Nurul Izzah yang baru-baru ini membuat permohonan fasakh terhadap suaminya.

Nurul sebagai naib presiden dilihat sebagai pemimpin muda yang mempunyai harapan cerah untuk menerajui parti suatu hari kelak.

Walaupun perceraian cuba ditutup sebagai masalah peribadi tetapi sebagai seorang ahli parlimen wanita dan juga pemimpin hirarki ketiga dalam parti.

Ini menyulitkan posisi Nurul terutamanya di kalangan ahli parti Melayu dan juga pengundi Melayu yang sensitif mengenai perkara sedemikian.

Bukan sahaja penting mempunyai moral yang tinggi tetapi juga perlu dilihat menjunjung nilai-nilai akhlak yang murni juga.

Masalah perceraian Nurul bukan berpunca tidak lagi sehaluan dengan suami tetapi alasan yang diberi di dalam permohonan fasakh ialah kehadiran pihak ketiga di dalam kehidupannya.

Ini tidak boleh diterima sama sekali kerana sebagai wanita Islam yang memakai tudung dan mempunyai suami dan dua orang anak, Nurul dilihat sebagai mempunyai satu model dan contoh keluarga bahagia.

Apabila Nurul sendiri mengaku bahawa beliau telah bermain kau tiga di belakang suaminya, bukan sahaja tindakan itu terlarang dari segi syariat agama, tetapi imej dan integriti beliau sebagai pemimpin muslimah juga turut hancur dan ranap.

Bak kata pepatah Inggeris, 'one man's loss is another man's gain'.

Inilah yang sedang dilakukan oleh kumpulan Azmin yang tidak menyenangi Nurul kerana beliau dan Khalid adalah kumpulan yang bersekutu dengan Dr Wan Azizah.

Perceraian Nurul dengan suaminya akan dijadikan isu untuk menjatuhkan beliau pada pemilihan akan datang.

Samada ini akan berjaya atau tidak bergantung kepada ahli-ahli akar umbi PKR.

Sekiranya mereka termakan dengan propaganda Azmin, kedudukan Nurul sebagai naib presiden akan terjejas.

Tetapi jika Nurul mendapat simpati dari perwakilan yang mengundi kelak, posisi beliau di dalam PKR adalah agak terjamin.
Sent from my BlackBerry® smartphone

27/01/2014

Azmin Pilihan Anwar, Khalid Pilihan Wan Azizah, Siapa Yang Lebih Kuat?

 
Perpecahan di dalam PKR di antara 'kem Azmin' dan 'kem Wan Azizah' bukanlah satu rahsia lagi.  Seluruh rakyat tahu bahawa Azmin dan Kak Wan tidak mampu bertentang mata berikutan hubungan akrab Azmin dengan Anwar dan juga hubungan sulit isteri Azmin, Shamsidar dengan Anwar.  Sesungguhnya, hubungan kedua-dua keluarga ini amatlah 'kompleks' sehingga ke tahap tidak masuk akal untuk digambarkan.  Sekali gus, menjadikannya sukar untuk dipercayai. 
 
Bagaimanapun, hubungan yang tidak masuk akal ini adalah fakta dan buktinya sehingga kini sama ada Azmin, Anwar, Kak Wan atau Shamsidar sendiri sentiasa mengelak untuk menyentuh secara terperinci berkenaan hubungan keluarga mereka.  Malah, Anwar juga enggan menyaman sesiapa yang memperkatakan soal hubungannya dengan Shamsidar walaupun pemimpin PKR itu cukup terkenal dengan saman-menyaman sehingga bertanyakan soalan juga boleh disamannya. 
 
Seperti mana-mana politikus lain, kedua-dua Azmin dan Kak Wan juga mempunyai pengikut setia masing-masing dan turut bersaing bukan sahaja untuk mengambil hati Anwar, tetapi juga untuk berkuasa.  Setakat ini, kem Kak Wan dilihat berjaya mengatasi Azmin apabila Khalid Ibrahim dari kem Kak Wan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. 
 
Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna Azmin tersisih terus.  Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR terus menjadi orang yang paling dipercayai Anwar. 
 
Pun begitu, sifat tamak para pemimpin PKR ini tidak mampu membuatkan mereka berpuas hati dengan jawatan yang disandang.   Cubaan menyingkirkan masing-masing terus berjalan dan semakin hebat sejak akhir-akhir ini.  Di samping itu juga, kedua-dua pihak cuba mengukuhkan kedudukan masing-masing dengan cara tersendiri. 
 
Bertitik tolak dari itu, Khalid Ibrahim melancarkan strategi mengukuhkan kedudukan dengan menaikkan elaun exco bagi menjamin sokongan mereka terhadapnya.  Azmin pantas mengkritik tindakan Khalid itu dan disokong oleh Anwar Ibrahim.  Kritikan kedua pemimpin tertinggi PKR ini menjadikan kerusi Khalid Ibrahim semakin panas. 
 
Tidak cukup dengan itu, pada 8 Januari lalu, Khalid Ibrahim kemudian melancarkan satu lagi serangan terhadap Azmin dengan memecat beliau dari Lembaga Pengarah PKNS.  Beliau bagaimanapun menafikan mengarahkan pemecatan tersebut dan kemudian memberi masa dua minggu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Mohammed Khusrin Munawi untuk membuat siasatan terhadap Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif perbadanan itu, Norita Mohd Sidek berkenaan penamatan kontrak Azmin. 
 
Berikutan itu, Malaysian Insider melaporkan yang Anwar secara terbuka di dalam Mesyuarat PKR menyatakannya bahawa beliau tidak lagi dapat menyokong Khalid Ibrahim.  Anwar dikatakan merungut kerana Khalid langsung tidak berbincang dengan kepimpinan tertinggi parti dalam membuat keputusan mengenai Selangor.  Sebelum ini juga Anwar telah mengkritik Khalid mengenai kegagalannya membelanjakan peruntukan RM2.8 billion untuk pembangunan di Selangor. 
 
Melalui mesyuarat yang sama, beberapa pemimpin PKR lain juga mula mendesak agar Khalid Ibrahim disingkirkan. 
Bagi menambah kekusutan, akhbar Sin Chew Daily pula menyiarkan berita bahawa Khalid Ibrahim telah meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dan diganti dengan Azmin Ali.  Khalid dikatakan berang dengan laporan tidak benar itu dan menuntut agar akhbar tersebut membuat penjelasan mengenainya. 
 
Walaupun Khalid mendapat sokongan padu dari Presiden Parti, tetapi Azmin mendapt sokongan padu dari Ketua Umum.  Justeru, secara tidak langsung, ramai yang melihat perbalahan antara Azmin-Khalid adalah sebenarnya adalah pertembungan antara pengaruh Wan Azizah-Anwar.  Jika ini benar, maka tentu sekali kem Kak Wan tidak punya harapan. 
 
Walaubagaimanapun, politik itu tidak mempunyai peraturan.  Rakan boleh menjadi musuh dan musuh boleh menjadi sahabat dalam sekelip mata.  Apa yang kita mungkin terlepas pandang ialah kemungkinan semua ini hanyalah lakonan semata-mata. 
 
Khabar menyatakan bahawa Azmin dan Khalid kini mengatur strategi bersama untuk menyingkirkan Wan Azizah.   Dengan kedudukan Anwar yang semakin tidak relevan dan Kak Wan pula bagaikan tidak wujud lagi, maka teori konspirasi ini tidaklah mengejutkan. 
 
Sekiranya Wan Azizah disingkirkan, maka Azmin boleh saja mengambil tempat beliau sekali gus meletakkan Azmin selangkah lebih dekat dengan jawatan Anwar sendiri. 
 
Mungkin teori ini agak 'keterlaluan' dan tidak masuk akal.  Namun, jangan lupa bahawa apa sahaja tentang Anwar, Azmin, Azizah dan kuncu-kuncu mereka adalah tidak tertakluk kepada logik akal.  Mereka mampu hidup secara songsang, tunggang terbalik dan tungging ke belakang, dan mereka mampu berbuat apa saja demi kuasa. 
Sent from my BlackBerry® smartphone

24/01/2014

AZMIN DIPECAT DARI PKNS SEBAB SELEWENG KUASA?

Pertelingkahan antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sudah tidak boleh dibendung lagi dan kini sudah menjadi perang mulut secara terbuka.

Malangnya ketua umum PKR, Anwar Ibrahim gagal menunjukkan kepimpinan yang berkesan untuk menyelesaikan masalah dalaman partinya sehingga membarah ke peringkat sekarang.

Jika Anwar tidak mampu memimpin sebuah parti yang kecil, bagaimana hendak menjadi nakhoda kepada pakatan pembangkang apatah lagi memimpin negara sebagai perdana menteri?

Isu berlaga angin antara Menteri Besar dan Azmin bukannys perkara baru.

Ia bermula sejak pasca Pilihan Raya Umum 2008 apabila Khalid di angkat oleh Anwar sendiri sebagai menteri besar.

Jawatan itu sememangnya menjadi idaman Azmin tetapi beliau dikecewakan oleh bos kesayangannya sendiri apabila tidak menjadi pilihan.

Perasaan dendam yang membuku di hati Azmin akhirnya terkeluar juga apabila tekanan demi tekanan dipaksa ke atas Khalid sehingga beliau terpaksa melepaskan jawatan Pengerusi PKR Selangor.

Jadi berlakulah senario di mana Selangor mempunyai dua 'menteri besar' - satu yang dilantik secara rasmi dan satu lagi berlagak seperti menteri besar.

Namun cara mana sekali pun Azmin cuba memalukan Khalid dengan apa jua cara pun, menteri besar tetap berdiri teguh.

Jawatan Azmin menerajui PKR Selangor tidak lebih daripada posisi politik yang kosong tanpa kuasa ekonomi yang dipegang erat oleh Khalid.

Jadi Azmin dan kuncu-kuncunya bolehlah menyalak sekuat hati mengkritik sehebat mana terhadap menteri besar tetapi sedikit pun ia tidak menggugat atau menggoncang kedudukan Khalid.

Yang menjadi masalah apabila ahli politik bergaduh, penjawat awam yang menjadi mangsa.

Apabila timbalan presiden PKR itu digugurkan sebagai anggota lembaga pengarah PKNS semua jari menuding kepada Khalid tetapi ini dinafikan beliau.

Khalid menjelaskan itu bukan kerja beliau dan merujuk perkara ini kepada pengurus besar dan penasihat undang-undang PKNS.

Anwar pun masuk campur dan berkata tidak bersetuju dengan tindakan terhadap Azmin tetapi setakat itu saja lah yasng termampu oleh penasihat ekonomi Selangor itu seperti melepaskan batuk di tangga.

Apa pun Setiausaha Kerajaan Negeri telah berkata keputusan memecat Azmin dari PKNS adalah muktamad dan tidak boleh dipertimbangkan lagi.

Akhirnya dua pegawai tinggi PKNS tersebut menjadi mangsa kemelut politik Khalid-Azmin dan mereka ditukarkan serta merta ke SUK.

Persoalan utama yang patut ditanya oleh semua pihak bukannya tindakan PKNS menggugurkan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah tetapi mengapa tindakan drastik dan mengejut itu diambil.

Pernah satu ketika Azmin merajuk dalam pertikaiannya dengan Khalid sehingga memaksa beliau menghantar surat perletakan jawatan dari PKNS namun setelah dipujuk Anwar surat itu ditarik balik.

Jadi sebenarnya Azmin tidak kisah pun samada beliau berada di dalam PKNS kerana pernah berhasrat untuk berhenti.

Jadi kenapa pula kali ini apabila benar-benar hasrat beliau termakbul mahu buat bising pula?

Apa sebenarnya yang berlaku di belakang tabir dan juga di dalam bilik mesyuarat lembaga pengarah PKNS sehingga tindakan tersebut diambil.

Khalid dikenali ramai sebagai seorang yang kedekut dan mentadbir Selangor seperti badan korporat kerana pernah menjadi CEO Guthrie sebelum menceburi politik dahulu.

Azmin pula dikenali sebagai ahli politik yang licik, rakus dan bercita-cita besar dan dengarnya makan pun besar.

PKNS merupakan sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang terbabit secara aktif dalam pembangunan hartanah di Selangor sejak ia ditubuhkan.

Jawatan ahli lembaga pengarah PKNS adalah bagai bulan jatuh ke riba kerana sesiapa pun menjadi ahli lembaga pengarah akan terbuka kepadanya banyak peluang untuk menggaut kekayaan.

Adalah ini puncanya Azmin di pecat apabila menteri besar yang 'telus' dan 'transparen' itu telah menghidu Azmin telah melakukan sesuatu bagi kepentingan dirinya di belakang beliau?

Mungkin maklumat telah sampai kepada Khalid daripada orang kuatnya, Faekah Husin yang kini diletakkan sebagai bos nombor satu di MBI bagi mengawal semua anak-anak syarikat termasuk PKNS?

Adalah Azmin telah melakukan penyelewengan kuasa di dalam PKNS sehingga informasi ini dijadikan senjata untuk menyahkan beliau dari organisasi itu?

Seharusnya menteri besar, Faekah dan PKNS bersikap telus dan transparen di dalam isu pemecatan Azmin.

Ketiga-tiga pihak itu harus memberitahu rakyat mengapa Azmin dipecat.

Sebagai sebuah kerajaan negeri yang sentiasa mewar-warkan nilai-nilai keadilan dan ketelusan dan segala tindak tanduknya inilah masa untuk berbuat demikian.
Sent from my BlackBerry® smartphone

23/01/2014

Pemimpin Negara Yang Hebat Di Malukan Negara Luar

Penyokong pembangkang beriya-iya benar hendak memalukan perdana menteri dan kerajaan dengan mempermain-mainkan isu kenaikan harga sayuran termasuk kangkung tetapi kini pemimpin utama mereka pula yang dimalukan di mata dunia.

Ahad lalu, ketua pembangkang, Anwar Ibrahim dihalang daripada memasuki Jepun setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo oleh pihak imigresen negara itu.

Menurut Anwar tujuan beliau ke Jepun adalah bagi memenuhi jemputan Pengerusi Yayasan Nippon, Tan Sri Yohei Sasakawa dan juga untuk membentangkan satu kerja kerja.

Kerajaan Jepun menjelaskan tindakan jabatan imigresen negara itu berhubungkait dengan hukuman jenayah liwat terhadap bekas timbalan perdana menteri itu pada tahun 1999.

Sebenarnya sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat, Jepun tidak perlu pun memberi sebarang sebab musabab atas tindakannya.

Tetapi Anwar memikirkan sebagai ketua pembangkang dan juga penasihat ekonomi negeri Selangor bergaji RM1, beliau merasakan begitu hebat, amat popular dan seluruh dunia menyanjunginya.

Mungkin juga ini benar tetapi ada juga pihak yang tahu tembelang pemimpin ketagih seks dwi-alam ini dan mereka tidak sesekali akan tunduk kepada kerenah pemimpin yang berfantasi besar untuk menjadi perdana menteri ini.

Yang pelik lagi ganjil, kerajaan Jepun yang tidak mahu bagi masuk Anwar, kerajaan Malaysia pula yang dipersalahkan kononnya ada tangan ghaib yang mempengaruhi dari negara ini ke atas negara matahari terbit itu.

Wah! begitu hebat dan berkuasa sekali kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga boleh arah atau 'dictate' kepada kerajaan Jepun untuk mengikut kehendaknya!

Tapi hakikatnya setiap negara mempunyai undang-undang imigresen mereka tersendiri yang menentukan siapa yang boleh masuk dan siapa pula yang tidak boleh.

Pada pandangan Jepun Anwar adalah seorang individu yang tidak dihendaki oleh Jepun untuk memijak bumi negara itu.

Mengapa Anwar menjadi 'undesirable element' kepada Jepun hanya kerajaan negara itu sahaja yang arif.

Namun mungkin satu dua perkara yang dilakukan oleh Anwar dan pakatan pembangkang yang dipimpinnya dilihat oleh Jepun sebagai memalu atau memfitnah negara itu.

Pembangkang negara ini semenangnya tidak bertanggungjawab kerana bukan sahaja gemar menabur fitnah terhadap pemimpin negara sendiri malah negara luar dan pemimpin luar juga akan dikritik hebat jika tidak mengikut nafsu dan kehendak mereka.

Umpamanya pembangkang pernah menimbulkan isu pampasan RM207 bilion yang kononnya dibayar oleh kerajaan Jepun untuk diagih-agihkan kepada keluarga mangsa buruh paksa 'Death Railway' di Myanmar ketika Perang Dunia Kedua.

Pembangkang mendakwa sejumlah wang tersebut telahpun dibayar oleh Jepun pada tahun 1990an tetapi sehingga kini tidak diketahui ke mana wang itu dibelanjakan.

Begitu hebat fitnah pembangkang sehingga boleh membangkitkan perasaan marah kepada kerajaan yang dituduh mencuri wang pampasan tersebut tanpa secebis mengemukakan secebis bukti pun.

Kementerian Kewangan Malaysia menafikan dakwaan menerima pampasan tersebut kerana memo yang digunakan oleh pembangkang berhubung perkara itu sebenarnya adalah palsu.

Jepun juga terkejut dan meminta penjelasan daripada kerajaan dan akhirnya juga menafi dan menolak cerita rekaan pembangkang setelah mendapat gambaran yang jelas dari Malaysia.

Inilah perangai dan sikap buruk pembangkang yang sanggup memburuk dan merosakkan hubungan dua hala Malaysia-Jepun yang terjalin selama ini.

Pembangkang telah melakukan pelbagai propaganda dan kempen untuk mencalar imej negara di luar negara sejak 1998 dan isu pampasan tersebut hanyalah sebahagian daripada perancangan licik mereka untuk menjatuhkan kerajaan.

Kini Anwar dan kuncu-kuncu mencari jalan untuk menutup aib begitu besar yang terpalit kepada muka mereka.

Tindakan mendesak kerajaan Malaysia dan Jepun meminta maaf kepada maaf kepada Anwar menunjukkan kebodohan pembangkang yang begitu jahil dan taksub kepada pemimpinnya.

Persoalannya siapa Anwar? Layakkah beliau untuk dianggap oleh kerajaan Jepun sebagai pemimpin negara yang perlu diberi penghormatan karpet merah atau sekadar pelancung biasa sahaja?

Dua tahun lalu pihak imigresen Malaysia menahan anggota parlimen Australia Nick Xenophon di Bandara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), setibanya dari Melbourne, Australia.

Beliau kemudian dihantar pulang walaupun katanya kehadirannya adalah atas jemputan Anwar.

Kerajaan bukanlah sebodoh itu untuk tidak mengetahui niat sebenar ahli politik bebas Australia itu adalah untuk mecampuri urusan dalam negara berhubung isu proses pilihan raya yang didokong oleh Bersih.

kerajaan Australia juga menghormati keputusan Malaysia tidak membenarkan Xenophon memasuki negara ini dan ia pun tidak mengambil sebarang langkah untuk masuk campur.

Pernah terjadi beberapa kali di mana pemerintah Anerika Syarikat tidak memberikan visa kepada pemimpin sesetengah negara dan anggota rombongan mereka untuk menghadiri persidangan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan tidak ada apa-apa juga yang boleh dilakukan oleh mereka kerana PBB terletak dalam wilayah Amerika Syarikat.

Begitu juga apabila Sabah dan Sarawak menghalang beberapa pemimpin pembangkang memasuki wilayah kedua negeri itu tidak ada apa yang boleh dlakukan oleh kerajaan pusat kerana itu adalah hak negeri tersebut.
Sent from my BlackBerry® smartphone

22/01/2014

Laungan 13 Mei:  DAP Terjerat Dalam Provokasi Sendiri

 
Penulis ingin menarik perhatian pembaca terhadap surat terbuka Lim Kit Siang kepada Dato' Seri Najib dan Menteri Kabinet sepertimana yang dipaparkan dalam blognya hari ini.  Menurut beliau, ini adalah surat terbuka yang ke-dua untuk pihak yang sama, dalam masa lebih kurang dua minggu. 
 
Surat ini diberi tajuk "Apakah Pemimpin BN Bersedia untuk Bekerjasama dengan Pemimpin PR bagi Memastikan Rusuhan 13 Mei Tidak Berulang di Malaysia?" 
 
Sebenarnya, surat ini merupakan antara salah satu dari beberapa artikel di blog Lim Kit Siang yang membawa topik 13 Mei.   
 
Walaupun kebanyakan artikel berkenaan 13 Mei di blog Kit Siang panjang-panjang belaka dan mempunyai tajuk yang panjang juga, namun, kesemuanya boleh disimpulkan dalam tajuk salah satunya sahaja, iaitu 'Tutup Mulut Mereka yang Mengancam 13 Mei" tulisan Khee Thuan Chye. 
 
Nampaknya, Kit Siang ingin mengarahkan kerajaan agar menutup mulut orang-orang Melayu yang mengingatkannya tentang kemungkinan berulangnya tragedi rusuhan kaum itu. 
 
Tajuk tersebut sudah cukup untuk membuktikan bahawa Kit Siang amat terkesan dengan laungan 13 Mei oleh orang-orang Melayu dalam demonstrasi bantahan penghinaan ADUN PKR terhadap Perdana Menteri baru-baru ini.   
 
Bertitik tolak dari kejadian itu, Kit Siang dilihat semakin galak bercakap mengenai patriotisme dan juga keamanan.  Kit Siang sedaya upaya cuba menggambarkan pihaknya, iaitu DAP atau kaum Cina, sebagai patriotik manakala orang-orang Melayu yang melaungkan ancaman berulangnya 13 Mei sebagai pengkhianat. 
 
Kit Siang berhujah bahawa perbuatan menyuap kangkung ke dalam mulut patung Dato' Seri Najib bukan satu perbuatan rasis dan tidak perlu disambut dengan ancaman 13 Mei.  Justeru, melalui surat terbuka itu, Kit Siang secara terbuka mengajak BN bekerjasama dengannya untuk memastikan 13 Mei tidak berulang. 
 
Manusia yang bijak pasti akan dapat belajar dari kesilapan terdahulu.  Dan ternyatalah sudah bahawa Kit Siang bukanlah manusia yang bijak. 
 
Seharusnya Kit Siang sudah belajar dari sejarah yang beliau terlibat sendiri bahawa orang Melayu itu sabar dan pemurah, sanggup berkongsi apa saja dengan bangsa lain asalkan dapat memastikan keamanan.  Namun, sabar orang Melayu itu ada hadnya. 
 
Malangnya, walaupun sudah tua dan sudah melalui berbagai peristiwa, Kit Siang tidak mampu belajar apa-apa. 
 
Untuk pengetahuan Kit Siang Laungan 13 Mei oleh orang-orang Melayu dalam demonstrasi tersebut bukanlah berpunca dari isu kangkung semata-mata, tetapi ia adalah cetusan dari perbuatan Namewee, Alvivi, Paderi Lawrence Andrew, Peguam Edmund Bon, COMANGO, Nga Kor Ming dan berpuluh atau beratus lagi 'tentera Red Bean Army' yang saban hari kerjanya mengutuk dan menghina agama Islam, orang Melayu, pemimpin Melayu dan Raja-raja.  
 
Laungan 13 Mei dari orang-orang Melayu juga merupakan ledakan dari isu membuang tulisan jawi dari papan tanda, rampasan tanah dan tapak perniagaan orang-orang Melayu, penutupan Giat MARA, desakan untuk membuka UiTM pada semua bangsa dan juga penentangan terhadap Hak Bumiputera. 
 
Hakikatnya, kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib merupakan yang paling 'longgar' sekali dalam memperkatakan perihal hak orang Melayu.  Seperti yang diketahui umum, pada hari ini, jawatan-jawatan tinggi di syarikat berkaitan kerajaan telah pun 'ditembusi' oleh bukan Melayu sedangkan jawatan-jawatan tinggi di syarikat swasta masih terus 'dibekukan' kepada orang Melayu. 
 
Dalam pada itu pula, hak kaum Cina untuk meneruskan Sekolah Vernakular dan mencetak akhbar berbahasa Cina tidak pernah disekat.  Malah, kaum Cina juga mempunyai stesen radio dan TV yang menggunakan bahasa ibunda mereka.  Semua keistimewaan minoriti Cina ini tidak pernah disekat walaupun ia menghalang perpaduan masyarakat dan tidak menepati aspirasi negara. 
 
Pun begitu, kerajaan pimpinan UMNO terus dicabar, diherdik dan dihina semahu-mahunya oleh DAP sebagai rasis. 
 
Oleh itu, Kit Siang seharusnya sedar bahawa DAPlah sebenarnya yang sedang mengulangi sejarah 13 Mei. 
 
Dalam kejadian 13 Mei, DAP telah mencabar, mengherdik dan menghina orang-orang Melayu kerana ketinggalan dari segi ekonomi.  Cina DAP mendabik dada sebagai bangsa yang lebih hebat dan mencemuh orang Melayu pula bangsa yang rendah dan hina. 
 
Perkara yang sama sedang berlaku hari ini di mana orang-orang Cina secara terbuka mendabik dada sebagai pembayar cukai tertinggi dan memperlekeh orang-orang Melayu.  Kononnya, orang-orang Cinalah yang memajukan ekonomi negara dan orang-orang Melayu langsung tidak berguna. 
 
Tanpa disedari, kenyataan orang-orang Cina ini dengan sendirinya membuktikan bahawa yang rasis itu bukan orang Melayu, tetapi Cina. 
 
Logiknya, orang-orang Cina tidak mungkin akan dapat menguasai ekonomi negara ini jika orang Melayu itu rasis.  Oleh kerana orang Melayu tidak rasis dan sanggup membeli dan membuka peluang kepada peniaga Cinalah, maka orang-orang Cina boleh menjadi kaya. 
 
Hanya akhir-akhir ini sahaja, kempen memboikot barangan peniaga Cina berbangkit.  Semuanya bertitik tolak dari keangkuhan orang-orang Cina, sama seperti yang dipamerkan ketika 13 Mei. 
 
Berdasarkan fakta di atas, Kit Siang sepatutnya menyuarakan kebimbangan mengenai 13 Mei kepada dirinya sendiri, bukan kerajaan dan bukan orang-orang Melayu.  Setelah begitu lantang menghasut dan menghina segala-galanya tentang Melayu dan Islam maka Kit Siang seharusnya sudah dapat mengagak apa akan terjadi. 
 
Kesimpulannya di sini ialah, kangkung bukanlah punca masalah, tetapi Kit Sianglah masalahnya. 
Sent from my BlackBerry® smartphone

21/01/2014

Ingkar Titah Yang Dipertuan Agong Adalah Sikap Penderhaka

'Ibarat Cacing Naik Ke Mata'. Mungkin itu antara perumpamaan yang sesuai diberikan kepada tindakan dan kenyataan berbaur perkauman yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak kerana ingin mengeruhkan keharmonian dan perpaduan yang wujud di negara ini.

Hari demi hari, pasti ada sahaja laporan mengenai isu yang menyentuh sensitiviti kaum yang mana sekiranya tidak dibendung atau langkah pencegahan dilakukan dikhuatiri bakal mewujudkan suasana tegang antara kaum.

Terbaru kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang peguam, Edmund Bon yang mengatakan orang bukan Melayu tidak perlu patuh dengan titah Yang Dipertuan Agong kerana ia melanggar hak perundangan dan beragama mereka.

"Bukan Islam tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah. Jadi mana-mana fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan tidak terpakai kepada bukan Islam," katanya.

Tidak cukup dengan itu, portal pro pembangkang turut melaporkan kenyataan seorang yang kononnya pakar perlembagaan yang mengatakan Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan bukan Islam. Oleh itu, negara ini tidak perlu mematuhi mana-mana titah dikeluarkan pemerintah negeri atau fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pengasas Lawyers for Liberty Eric Paulsen juga mengatakan tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh penguatkuasa agama terhadap bukan Islam.

"Apa-apa titah dikeluarkan, sama ada daripada Sultan atau Yang di-Pertuan Agong, tidak terpakai kepada bukan Islam," kata Paulsen.

"Walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan perintah, ia tidak memberi kesan kepada bukan Islam."

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam titah baginda sempena istiadat menyembah tahniah dan pengurniaan darjah serta bintang kebesaran pada Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-86 di Istana Anak Bukit sebelum ini menegaskan, kalimah Allah adalah merupakan hak eksklusif umat Islam dan penggunaannya dilarang dalam kalangan penganut agama lain.

Seri Paduka Baginda turut menitahkan, ketetapan tersebut sudah jelas dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 dan ia perlu dihormati.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengulas mengenainya berkata titah tersebut perlu dipatuhi oleh rakyat bagi menjamin keharmonian serta sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Sudah berulang kali dijelaskan bahawa kalimah Allah dan takrifan 'God' atau tuhan bagi Kristian adalah berbeza. Paling ketara adalah konsep ketauhidan dan keesaan tuhan yang kita baca dalam surah al-Ikhlas iaitu pengakuan kita terhadap tuhan yang satu.

"Kalau sudah ada konsep 'God' yang bersifat triniti, maka sudah tentu akan berlaku kecelaruan. Pada saya semua kita sudah faham tetap masih ada segelintir yang ekstrem menyebabkan kelompok masyarakat jadi keliru," katanya.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad ketika mengulas mnegenainya berkata, setiap rakyat negara ini tanpa mengira kaum dan agama mesti menjunjung titah Seri Paduka.

Mana-mana pihak yang mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong, yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain boleh dianggap sebagai penderhaka. Menurut beliau, sesiapa sahaja yang mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong tidak layak untuk menjadi warganegara Malaysia.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Ibrahim Mohd. Hassan berkata, tindakan tegas hendaklah diambil ke atas mana-mana pihak yang mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong.

Jika masih tidak mahu tunduk dan meminta maaf, mereka boleh dianggap sebagai ingkar serta derhaka," jelasnya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula ketika diminta mengulas mengenainya enggan memberikan sebarang komen.

"Saya tak naklah bagi komen apa-apa, takut nanti disalah tafsir. Biarlah mereka yang dalam bidang guaman dan undang-undang yang berikan pendapat. Walaupun saya ada maklumat mengenainya" katanya.

Sent from my BlackBerry® smartphone

16/01/2014

MB Dan PAS Selangor Biarkan DAP Tekan JAIS

Kemelut isu kalimah Allah membuktikan kepada rakyat pembangkang tidak boleh diharapkan untuk menjaga kedaulatan dan martabat Islam di negara ini.

Bukan sahaja parti seperti Pas yang sepatutnya memperjuangkan Islam secara jujur dan ikhlas malah pemimpin mereka bersekongkol dengam parti anti Islam, anti Melayu dan rasis seperti Dap untuk menekan dan menentang Islam.

Ketika majlis angkat sumpah jawatan menteri besar di hadapan Sultan Selangor, Khalid Ibrahim berpakaian lengkap sambil memegang tombak diraja.

Antara lain dalam sumpah terima jawatan, Khalid membuat akujanji di hadapan baginda dengan disaksikan semua pembesar negeri, pegawai tinggi kerajaan dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri bahawa beliau akan mempertahankan kedudukan Islam dan tidak melakukan apa-apa perbuatan yang boleh mencemarkan agama.

Ini kerana, sultan adalah ketua agama negeri dan jika imej Islam dibiarkan tercalar, maruah sultan dan umat Islam di negeri itu juga terjejas.

Apa yang berlaku di dalam isu perampasan lebih 300 naskah Alkitab milik Bible Society of Malaysia ialah menteri besar sendiri yang menentang dan mempersalahkan Jabatan Agama Islam Selangor atas tindakan itu.

Beliau sepatutnya mempertahankan agensi kerajaan tersebut kerana ia menjalankan tugas selaras dengan fungsi yang termaktub di dalam piagam penubuhannya.

Bukan sahaja tanggungjawab JAIS menjalankann operasi membanteras penyebaran ajaran sesat yang bertentangan Islam mazhab Sunnah wal Jamaah, tetapi juga memastikan juga tidak ada campur tangan agama lain dalam urusan Islam.

Di dalam hal ini, pihak mahkamah sehingga ke peringkat mahkamah rayuan telah memutuskan majalah Herald tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah di dalam mana-mana penerbitannya.

Malangnya pengarang Herald, Father Lawrence Andrew menunjukkan sikap angkuh dan sombong dengan mencabar ketetapan undang-undang dan mahu terus menggunakan kalimah Allah di dalam Alkitab.

Perbuatan biadapnya itu sudah tentu tidak akan diterima pihak Jais mahupun umat Islam dengan berdiam diri.

Atas prinsip itu maka pihak Jais menguatkuasakan kuasa merampas yang dibekalkan kepadanya.

Tiba-tiba Jais pula yang dipersalahkan oleh menteri besar dan mengarahkan agensi itu merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung tatacara penguatkuasaan.

Peliknya pihak gereja yang keras kepala dan tidak menunjukkan hormat kepada sultan selaku ketua agama, Jais pula yang terpaksa menerima bahana.

Pujian patut diberi kepada pihak yang kini menyiasat pengarang bongkak tersebut di bawah Akta Hasutan.

Tindakan tegas hars diambil kepada mana-mana pihak yang berfikir mereka boleh melakukan apa sahaja sehingga menghina Islam dengan menyorok di belakang prinsip kebebasan.

Sebenarnya sikap tidak mempertahankan Islam yang ditunjukkan oleh Khalid adalah beliau ditekan hebat oleh Dap yang memainkan peranan sebagai dalang di dalam isu ini.

Khalid hanyalah boneka bernyawa yang tidak boleh mengambil apa-apa sebagai menteri besar tanpa arahan atau kebenaran Dap.

Dap lah yang sebenarnya berkuasa di Selangor, bukan PKR atau Pas.

Dap lah menteri besar de facto kerana semua dasar dan program mesti mendapat restu parti perkauman itu.

Menteri Besar berbangsa Melayu hanya digunakan sebagai rubber stamp untuk menghalalkan segala perancangan licik Dap yang merugikan orang Islam dan Melayu.

Pas juga berkerjasama dengan Dap untuk menekan Islam kerana tamakkan kuasa dan pangkat.

Pas juga dianggap sebagai tunggul oleh Dap kerana itu ia amnat takut sekali bersuara lebih daripada yang dibenarkan oleh bosnya.

Sekadar melepaskan batuk di tangga Pas dilihat tidak langsung mempertahankan kesucian Islam apabila diserang bertubi-tubi oleh Dap, gereja dan orang kafir.

Ia lebih sibuk menganjurkan demonstrasi anti Israel dan menyertai himpunan gulingkan kerajaan daripada benar-benar mempertahankan isu kalimah.

Melihat keadaan ini tidak sukar untuk difahami jika pembangkang berkuasa, Islam dan Melayu adakan menjadi sasaran pertama dan utama mereka.
Sent from my BlackBerry® smartphone

15/01/2014

Gobind Singh Patut Saman DAP Bukan ROS

Bagaimana sebuah parti yang tidak mempunyai ahli jawatankuasa pusat yang sah boleh terus beroperasi dan berfungsi seperti biasa?  Bagaimana ahli jawatankuasa haram ini boleh bertindak sebagai pentadbir dan pengurus kepada parti dan berbuat sesuka hati?

Namun, itulah yang berlaku dalam parti DAP. Sehingga ke hari ini, masalah pengundian dan perlantikan CEC DAP masih lagi tidak selesai. 

Sebagai sebuah parti samseng, para pemimpin DAP cuba mengenepikan undang-undang pertubuhan dan ingin terus berlagak seolah-olah mereka tidak bersalah.  Mereka juga cuba menyalahkan kerajaan, ROS, UMNO, 'cuaca' dan mungkin juga 'harga pasaran kangkung semasa', atas apa yang berlaku dalam parti mereka. 

Kononnya, semua masalah yang melanda DAP adalah permainan UMNO melalui ROS. 

Hakikatnya, tugas menghantar notis kepada perwakilan DAP bukan tugas UMNO.  Tugas mengira undi CEC juga bukan tugas UMNO.  Justeru, bagaimana pula UMNO boleh menjadi punca kemelut dalam DAP? 

Bagi menyelamatkan air muka DAP, Pengerusi Biro Undang-undangnya, Gobind Singh Deo, telah mewar-warkan yang beliau telah menghantar 'surat guaman' kepada ROS.  Harapannya agar dapatlah DAP memperlihatkan kepada rakyat bahawa masalah notis mesyuarat CEC tidak diterima dan juga kehilangan perwakilan dalam proses pengundian CEC adalah salah ROS. 

Bagaimanapun, rakyat tahu bahawa tugas menghantar notis dan menjemput perwakilan DAP bukan tugas ROS.  Oleh itu, kedudukan ahli jawatankuasa DAP menjadi tidak sah pada hari ini bukanlah salah ROS.

Sebaliknya, ROS hanya menjadi tempat mengadu oleh para perwakilan DAP yang merasakan diri mereka telah teraniaya, terpinggir atau dipermainkan oleh pemimpin sendiri. 

Apa yang lebih menarik ialah ROS menafikan ada menerima apa-apa surat guaman, surat saman atau surat cinta dari DAP. 

Kebetulan, ROS sememangnya ada menunggu 'surat' dari DAP iaitu surat-surat notis mesyuarat yang dikatakan telah dihantar tetapi tidak diterima oleh lebih 700 perwakilan dalam pemilihan awal.  ROS juga sedang menunggu surat penjelasan yang terperinci dari pihak pemimpin DAP mengenai aduan ahli-ahli mereka sendiri. 

Namun, satu-satunya surat yang diterima oleh ROS dari DAP ialah berkenaan memohon penjelasan mengenai pengesahan jawatankuasa CEC yang ditandatangani sendiri oleh Lim Guan Eng - itu saja. 

Jika Guan Eng sendiri sedar bahawa kedudukan sendiri tidak sah, apa hal pula Gobind Singh ingin menyaman ROS?   

Nampaknya, ROS akan terus menunggu penjelasan DAP dan DAP pula akan terus menipu. Sementara itu, parti DAP akan terus diterajui oleh jawatankuasa yang tidak sah. 

Inikah parti yang kononnya melaungkan 'cekap, amanah dan telus' serta keadilan untuk semua?

Sent from my BlackBerry® smartphone

14/01/2014

Khalid Di Desak Beri Penjelasan Berhubung Rasional Pemecatan Azmin

Isu pemecatan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) adalah merupakan antara isu penting yang dibincangkan melalui Mesyuarat Pimpinan PKR Negeri Selangor malam tadi.

Menurut Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mesyuarat yang diadakan malam tadi memutuskan untuk mendesak Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim  supaya menyatakan rasional di sebalik keputusan yang dilakukan untuk meyakinkan pimpinan parti itu.

"Itu isu yang kita bincangkan sebab kita tak dapat maklumat langsung tentang 'u-turn' itu. Itu yang kita nak penjelasan. Saya harap mereka (Khalid) beri penjelasan nanti," katanya.

Ini kerana, melalui Kongres PKR yang berlangsung Oktober lalu telah menetapkan sebarang urusan politik yang ditetapkan negeri perlu mendapat pengesahan parti, sekaligus dimaklumkan kepada Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang pengesahan sama ada kontrak perkhidmatan Azmin sebagai ahli Lembaga Pengarah ditamatkan, tidak diperbaharui atau dipecat oleh PKNS atas arahan Khalid.

Azmin yang juga merupakan Ketua PKR Selangor semalam, mengesahkan telah menerima surat makluman berhubung perkara itu. Dia walau bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu, sebaliknya menyatakan akan membuat pengumuman mengenainya pada mesyuarat lembaga pengarah PKNS yang akan dipengerusikan oleh Khalid, 20 Januari ini.

Isu mengenai pemecatan Azmin ini, telah menimbulkan kemarahan di kalangan para penyokongnya yang menyifatkan ia sebagai satu tindakan membalas dendam. Ia ekoran dari kritikan-kritikan yang dilemparkan oleh Azmin terhadap pelbagai keputusan yang dibuat oleh pentadbiran Khalid sebelum ini.

Antaranya berhubung keputusan kerajaan negeri untuk memberikan kenaikan mendadak terhadap gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor sehingga 373 peratus. Selain daripada itu, Azmin juga dilaporkan telah bertindak untuk mengemukakan memorandum kepada Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri pada 7 Oktober lalu.

Mengulas lanjut, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang memberitahu Khalid tidak hadir ke mesyuarat yang diadakan malam tadi walaupun sudah diberitahu. Malah, wakil daripada pihak Khalid juga tidak hadir.

"Dia (Khalid) tak datang. Dalam (mesyuarat) Majlis PKR Negeri, semua ketua-ketua cabang adalah anggota majlis negeri. Beliau (Khalid) sebagai Ketua Cabang Kuala Selangor dijemput untuk hadir," katanya lagi.

Sebelum ini, pelbagai gesaan sudah disuarakan kepada Khalid untuk menilai kembali komitmennya terhadap perjuangan PKR. Ia ekoran Khalid sering tidak hadir ke mesyuarat parti dan hanya menghantar wakilnya sahaja.
Sent from my BlackBerry® smartphone

13/01/2014

Azmin Ali Disingkir

Laporan penyingkiran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjadi antara topik hangat yang diperkatakan ketika ini. Ada yang mengatakan keretakan hubungan antara Azmin dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim adalah merupakan punca kepada pemecatan itu.

Malah tidak kurang juga yang mengatakan, ia adalah merupakan antara usaha Khalid untuk memastikan pengaruh politik Azmin dapat dikurangkan. Azmin ketika dihubungi bagi mendapatkan kepastian berhubung perkara itu, mengesahkan telah pun menerima surat mengenainya.

Walau bagaimanapun dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, sebaliknya menyatakan akan membuat pengumuman mengenainya pada mesyuarat lembaga pengarah PKNS yang akan dipengerusikan oleh Khalid, 20 Januari ini.

Polemik perebutan kuasa antara Azmin dan Khalid bukanlah perkara yang asing khususnya di kalangan penyokong kedua-dua belah pihak. Malah Azmin sebelum ini dilaporkan sering mengkritik pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melibatkan beberapa isu tertentu.

Kali terakhir Azmin mengkritik pentadbiran Abdul Khalid ialah pada 28 November lalu apabila beliau menyelar keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor antara 80 hingga 373 peratus berkuat kuasa Januari 2014, selain menganggapnya itu terlalu tinggi dan perlu ditangguhkan.

Malah, sebelum itu, Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor dilaporkan bertindak melalui kelab itu mengemukakan memorandum kepada Abdul Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri pada 7 Oktober lalu.

Bagaimanapun, difahamkan pergeseran antara Azmin dan Abdul Khalid telah bermula sejak 2010 lagi apabila Timbalan Presiden PKR itu mengambil alih jawatan Pengerusi PKR Selangor daripada Abdul Khalid.

Di kalangan penyokong Azmin, mereka merasakan Menteri Besar Selangor itu dilihat sebagai lemah dan tidak layak untuk menerajui kerajaan negeri. Manakala di pihak Khalid pula, mereka melihat Azmin sebagai pengacau kerana cuba memonopoli kepimpinan PKR.

Mungkin disebabkan faktor itu juga, Khalid baru-baru ini ada membayangkan akan turut bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden parti itu dalam pemilihan PKR Mei ini. Sekiranya tiada calon lain yang berminat untuk menawarkan diri, pertandingan itu bakal menjadi medan penentu bagi mengukur kekuatan antara mereka. 

Walaupun ada yang mengatakan Azmin tidak akan berdepan dengan sebarang masalah untuk kekal sebagai Timbalan Presiden, namun faktor sokongan Wan Azizah tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana Wan Azizah juga mempunyai ramai penyokong setia yang jelas tidak berkenan dengan watak dan peribadi Azmin.

Malah ketika PKR berdepan dengan kemelut untuk melantik Menteri Besar Selangor, 'suara' Azizah ternyata berjaya untuk menyingkirkan Azmin. Walaupun menurut sumber, Anwar sebelum ini telah bersetuju dan berjanji untuk melantik 'anak emasnya' itu bagi menggantikan Khalid.

Persoalannya apakah pemecatan ini disebabkan Azmin memang tidak layak atau sememangnya wujud campur tangan pihak tertentu untuk menyingkirkannya?
Sent from my BlackBerry® smartphone

10/01/2014

Nalla Tunggu Anwar Datang

Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakaruppan semalam menggesa agar kes saman fitnah yang dikemukakan terhadapnya dapat diteruskan dengan segera. Menurut ahli dewan negara itu, kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang perlu disegerakan dan tidak ditangguhkan lagi.

Nala di dalam satu sidang media yang diadakan sebelum ini berkata, sepanjang persahabatan mereka selama 30 tahun banyak rahsia Anwar yang cukup diketahuinya termasuk yang berbentuk peribadi.

"Mahkamah adalah landasan terbaik untuk saya mendedahkan segala perilaku dan rahsia Anwar. Sebab itu dalam perkara ini, saya tidak mahu bertindak terburu-buru. Nalla berkata beliau hairan mengapa Pakatan Rakyat melantik Anwar  untuk menjadi pemimpin pembangkang. Beliau juga menggesa pemimpin PAS, Datuk Nik Aziz, untuk mengeluarkan fatwa untuk membenarkan biseksual untuk menjadi pemimpin islam

"Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual, Orang menganggap beliau adalah seorang Muslim yang baik, tetapi saya tidak. Saya mencabar beliau (untuk kemukakan saman), jika dia adalah orang yang di pihak benar. "

"Dia boleh menipu orang ramai, tetapi hakikatnya ialah beliau mahu merosakkan negara. Saya akan mendedahkan di mahkamah. Saya mencabar Anwar mengenai perkara ini," katanya. 

Ekoran kenyataan itu, pada 26 Mac 2012, Anwar selaku plaintif telah mengemukakan saman fitnah terhadap Nalla dan Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung petikan ringkas yang disiarkan oleh akhbar itu pada 20 Mac 2012.

Menurut Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) itu juga, beliau tidak gentar dengan saman Anwar itu dan akan bersedia dengan pelbagai bukti.

Saya tunggu, biarkan beliau heret saya ke mahkamah dan saya tak akan lari. Saya akan bawa bukti, sudah 30 tahun saya berkawan dengannya," katanya dalam sidang akhbar semalam.

Dalam pada itu beliau menyatakan rasa hairan dengan tindakan Anwar yang kebelakangan ini mengambil tindakan menarik balik atau menyelesaikan saman fitnah mengikut terma-terma tertentu melibatkan beberapa individu.

Paling menarik apabila banyak pihak sebelum ini mengatakan saman fitnah Anwar ini hanyalah merupakan gimik dan sandiwara murah untuk menarik simpati rakyat. Mereka juga turut melahirkan keyakinan bahawa ia akan ditarik balik di saat-saat akhir.

Malah apabila diteliti semua tindakan yang dilakukan sebelum ini, ternyata ia menepati seperti yang diramalkan itu. Contohnya kes saman fitnah Anwar terhadap tokoh akademik, Dr. Chandra Muzaffar yang berjumlah RM10 juta sebelum ini telah ditarik balik dan direkodkan untuk penyelesaian di luar mahkamah.

Begitu juga dengan dua saman fitnah yang difailkan olehnya sebelum ini terhadap Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut diselesaikan di luar mahkamah.

Persoalannya apakah Anwar berani untuk meneruskan saman terhadap Nalla ini atau ia juga akan ditarik kembali pada saat-saat akhir. Bak kata pepatah 'Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah'.
Sent from my BlackBerry® smartphone

09/01/2014

Comango Pertubuhan Haram

 
Akhir-akhir ini, Malaysia diasak dengan begitu hebat oleh berbagai pertubuhan (NGO) yang mewakili fahaman liberal.  Selain memakai nama NGO, mereka juga turut berjuang melalui politik secara tidak langsung.  Kita dapat melihat sendiri bagaimana parti seperti PKR dan DAP turut memberi sokongan kepada perjuangan liberal NGO-NGO ini. 
 
Bagi memberi 'impak' kepada perjuangan mereka, golongan berfahaman liberal ini telah memilih untuk menubuhkan kerjasama yang diberi nama COMANGO.  Kononnya, dengan menunjukkan yang begitu banyak NGO yang turut membawa suara yang sama maka ia bermakna mereka mewakili jumlah rakyat Malaysia yang ramai. 
 
Hakikatnya, hampir kesemua NGO yang disenaraikan diwakili oleh muka-muka yang sama.  Malah, muka-muka yang sama juga turut berada dalam parti politik pembangkang tadi.  Ini menunjukkan yang mereka sebenarnya tidak mewakili seramai mana rakyat Malaysia, tetapi hanya segelintir sahaja yang sama ada benar-benar berpegang kepada fahaman liberal, ataupun sekadar membenci Islam dengan sepenuh hati. 
 
Oleh kerana COMANGO turut menjulang demokrasi, maka COMANGO seharusnya faham bahawa  kerajaan tidak boleh mengutamakan tuntutan mereka yang hanya mewakili segelintir rakyat sedangkan ianya bertentangan dengan pegangan majoriti. 
 
Namun, jelas COMANGO gagal memahami konsep demokrasi yang dilaung-laungkan mereka sendiri. 
 
Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh COMANGO adalah haram menurut Islam.  Contohnya, hak LGBT dan hak umat Islam untuk murtad. 
 
Mungkin kerana COMANGO gemar memperjuangkan perkara haram, maka pertubuhan itu juga lebih selesa untuk wujud secara haram.  COMANGO tidak berdaftar dengan ROS atas alasan ia sebuah kerjasama dan tidak perlu berdaftar.  
 
Bukan sahaja COMANGO itu haram tetapi rakan sekutu mereka seperti SUARAM juga haram.  Malah, Pakatan Rakyat yang 'mesra' COMANGO juga terbentuk secara haram iaitu tidak pernah berdaftar.  Tidak cukup dengan itu, salah satu parti sekutu pakatan itu, iaitu DAP juga ditadbir oleh jawatankuasa haram!
 
Sebuah perjuangan haram, yang diterajui oleh kerjasama haram di kalangan kumpulan yang juga haram atau separa haram tentulah tidak layak untuk mempertikaikan undang-undang yang sah, apatah lagi agama. 
 
COMANGO kononnya memperjuangkan hak asasi manusia tetapi di masa yang sama ia mempertikai hak Islam dan umat Islam ke atas agamanya dan negaranya.  COMANGO seolah-olah ingin semua manusia mengikut 'kepala-otak' mereka dalam menentukan peraturan hidup di dunia. 
 
Sedangkan dunia ini telah pun dijadikan dengan peraturan.  Kitaran planet di atas paksi masing-masing, kejadian malam dan siang malah aliran darah di dalam tubuh manusia juga mengikut peraturan yang tepat dan sempurna.  Sekiranya ditukar atau berubah, maka bencanalah jawabnya.  Ini adalah logik akal yang turut ditekankan dalam agama Islam. 
 
Oleh itu, Islam menetapkan hukum yang tepat dan sempurna juga untuk kehidupan manusia di mana lelaki pasangannya perempuan bukan lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan.  Sekiranya hukum ini diabaikan maka ia bakal membawa bencana dalam masyarakat iaitu keruntuhan moral dan penyakit yang mampu berjangkit dan berterusan dalam susur galur keturunan. 
 
Dalam COMANGO mendabik dada sebagai berfikiran terbuka, fikiran mereka sebenarnya tertutup kerana enggan menerima pendapat dan pandangan orang lain.  Otak mereka langsung tidak mampu menerima sebarang maklumat berbeza dari pendapat mereka kerana merasakan mereka telah tahu segala-galanya. Akhirnya, tinggallah mereka di alam yang sempit kononnya mencapai puncak tamadun walhal, apa yang diperjuangkan mereka adalah bertentangan dengan tamadun. 
 
COMANGO terus berdiri megah konon diperakui oleh pertubuhan hak asasi antarabangsa dan atas sebab itu mereka tidak perlu berdaftar.   Bagaimanapun, kenyataan COMANGO ini hanya menguatkan lagi bukti bahawa mereka membawa agenda asing yang bertentangan dengan aspirasi negara. 
 
Tindakan memaksa ajaran dan fahaman asing ke atas Malaysia membuktikan hipokrasi COMANGO.  Ini kerana jika benar berpegang kepada hak asasi dan kebebasan, kenapakah Malaysia tidak boleh dibiarkan bebas membentuk negara mengikut acuan Islam? 
 
Apakah Malaysia dan umat Islam tidak  mempunyai hak asasi? 

Sent from my BlackBerry® smartphone

Demi  Menjaga Hati Pemimpin DAP, Khalid Ibrahim Beri ‘Tamparan’ Hebat Kepada JAIS

Pertama sekali, ada baiknya kita ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan negeri Selangor yang begitu prihatin dan peka dengan sensitiviti para pemimpin DAP yang marah dengan tindakan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Ia ekoran dari tindakan JAIS pada 2 Januari lalu, yang melakukan serbuan dan merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah di serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing.

Atas sebab itu, kerajaan PKR Selangor, pimpinan Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan JAIS agarmemulangkan kembali 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah yang dirampas sebelum ini sekiranya kitab tersebut telah mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Dalam negeri (KDN).

Ini bermaksud, Khalid cuba mengelak dari membuatkan keputusan yang bakal merugikan kerajaan pimpinan pakatan rakyat itu. Ini kerana sekiranya beliau memilih untuk menyokong tindakan JAIS, maka beliau bakal berdepan dengan 'amukan' dari pimpinan DAP.

Manakala sekiranya beliau memilih untuk tidak menyokong tindakan JAIS, kerajaan pimpinannya sudah pasti akan menerima kecaman dari masyarakat Islam yang telah menyokong pakatan rakyat selama ini. Oleh yang demikian, beliau cuba mengambil jalan selamat dengan meletakkan tekanan tersebut kepada kerajaan persekutuan walaupun pada hakikatnya, JAIS adalah merupakan jabatan yang diuruskan oleh kerajaan negeri.

Tidak cukup dengan arahan tersebut itu, kerajaan negeri juga memutuskan, JAIS diWAJIBkan untukmengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Exco kerajaan negeri sebelum sebarang tindakan JAIS yang menyentuh sensitiviti penganut agama lain dilakukan.

Dalam erti kata mudah, kerajaan negeri Selangor telah mengetatkan syarat-syarat operasi yang digunakan sebelum ini. Arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu itu adalah merupakan hasil dari keputusan yang dicapai di dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri semalam.

Persoalannya apa perlunya SOP ini diperketatkan, sedangkan menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi sebelum ini, JAIS telah mematuhi SOP yang ditetapkan sebelum melakukan operasi tersebut.

Malah Khalid sendiri sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan, untuk mengambil tindakan terhadap para pegawai JAIS.

"Semakan bagi memastikan pegawai penguatkuasa Jais mematuhi (prosedur) operasi standard yang telah ditetapkan dan tindakan sewajarnya akan diambil jika terdapat pelanggaran peraturan atau kecuaian semasa melakukan rampasan dan serbuan tersebut," katanya.

Kesimpulannya mudah, kedua-dua keputusan yang dibuat itu, apabila diteliti semula adalah merupakan tindakan bagi menjaga hati pimpinan DAP yang hampir 80 peratus adalah merupakan penganut agama Kristian.
Sent from my BlackBerry® smartphone

08/01/2014

Menteri Wilayah Di Kecam Sebab Hard Rock Cafe

Seperti yang telah di duga, portal pembangkang Malaysiakini begitu berminat untuk melaporkan isu yang boleh menimbulkan sentimen, kebencian dan kemarahan masyarakat berbanding laporan yang bersifat telus dan adil.

Terbaru mereka cuba mewujudkan sentimen kebencian masyarakat khususnya mereka yang bukan beragama Islam dengan laporan jahat yang bertajuk, 'Menteri OK Dengan Hard Rock, Tetapi Versi Nasyid'.

Mereka cuba menggambarkan, kononnya Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengatakan sekiranya pusat hiburan terkenal itu berminat untuk membuka cawangan di Putrajaya ia WAJIB Bercirikan Islam dengan membawa elemen Nasyid.

Sedangkan pada hakikatnya, ketika Tengku Adnan memberikan penjelasan berhubung isu tersebut, beliau menegaskan tiada sebarang penjualan minuman keras dan tiada sebarang persembahan hiburan yang menghairahkan akan dibenarkan sekiranya penguasa pusat hiburan itu ingin membuka cawangan di Putrajaya.

"Pendirian kita mudah, Hard Rock Cafe boleh dibuka tetapi kena ikut syarat iaitu penjualan arak tidak dibenarkan. Tetapi kalau mereka masih hendak jual dan buat perkara yang tidak mengikut syarat, kita tidak akan luluskan seperti telah disebut oleh Presiden PPj, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat semalam," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya semalam.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata, pihaknya mengalu-alukan sekiranya pelabur pusat hiburan terkemuka dunia itu hanya mahu membuka hotel dan menjual barangan cenderahati jenama tersebut di sini.

Menurut beliau, pihaknya juga tidak menghalang persembahan hiburan dibuat tetapi perlu mematuhi garis panduan selain tidak menghidangkan persembahan keterlaluan.

"Persembahan yang dibenarkan ialah jenis bersih, kita tidak benarkan persembahan menjolok mata atau memberahikan orang ramai dan kalau boleh hiburkan pengunjung dengan persembahan nasyid atau berlandaskan Islam, ini akan menjadi yang pertama di dunia," katanya.

Seperti yang kita tahu, masyarakat Melayu kaya dengan adat sopan yang tinggi terutama dalam penggunaan bahasa kiasan bagi menjaga hati semua pihak. Contohnya, cuba kita lihat dalam adat merisik / bertunang yang sering dijalankan oleh masyarakat Melayu.

Apabila pihak perempuan ingin menolak permintaan keluarga pihak lelaki, pelbagai ayat-ayat kiasan akan digunakan bagi menjaga hati dan maruah pihak yang datang menyampaikan hajat.

Kenyataan yang disampaikan itu lebih bersifat penolakan secara halus bagi menjaga  'kesucian'  bandar Putrajaya sebagai kota pentadbiran kerajaan Malaysia. Dalam bahasa mudah, Tengku Adnan ingin menekankan bahawa Perbadanan Putrajaya lebih mengalu-alukan pembangunan lain seperti hotel dan barangan cenderahati dan membina pusat hiburan seperti yang sedia ada.

Ini kerana umum mengetahui Hard Rock Café adalah merupakan premis hiburan jenama antarabangsa yang menawarkan minuman keras khusus untuk pengunjung yang bukan beragama Islam. Oleh yang demikian kenyataan untuk tidak membenarkan Hard Rock menjual minuman keras adalah merupakan kenyataan tersurat / kiasan bagi menolak permohonan tersebut (sekiranya ada).

Namun untuk bersangka baik, mungkin kita boleh katakan kerana wartawan yang menulis laporan tersebut tidak faham kiasan, maka sudah tentu dia tidak dapat menangkap maksud yang cuba disampaikan itu.

Apa yang boleh dikatakan ialah, isu ini sengaja dipolitikkan oleh segelintir pihak, kerana pada hakikatnya tiada sebarang permohonan yang telah dikemukakan bagi membuka premis hiburan itu

Sent from my BlackBerry® smartphone

07/01/2014

Johor Bakal Berperang

Kenyataan anak emas kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bersedia untuk menjadi pengerusi yang baru untuk parti itu di Johor bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Anggota Parlimen Kluang, Liew Chin Tong semalam mengatakan bersedia menjadi pengerusi DAP Johor yang baru andai memenangi pemilihan jawatankuasa DAP negeri pada 12 Januari ini.

Kenyataan Chin Tong itu memang telah dijangka oleh ramai pihak khususnya dari kumpulan penyokong Kit Siang. Malah bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik Johor, 'perang dalaman' yang sedang melanda parti itu memang telah lama dihidu oleh pemerhati politik dan pihak media.

Seperti yang pernah didedahkan oleh pihak media sebelum ini, DAP Johor sedang berdepan dengan perebutan kuasa yang hebat antara kumpulan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau dengan kumpulan Dinasti Lim. Kumpulan Cheng Hau sedang berdepan dengan delima antara meneruskan penguasaan terhadap masyarakat Cina di Johor atau berdepan dengan tentangan dan kemaraan kumpulan 'Dinasti Lim'.

Bekas pimpinan DAP, Shen Yee Aun sebelum ini mendedahkan walaupun dari segi luaran DAP nampak tenang namun pada hakikatnya ia penuh dengan pergolakan dan krisis dalaman. Parti ultra kiasu itu,  dikatakan mempunyai dua kem yang saling cuba 'bunuh-membunuh' antara satu sama lain.

Satu kem dikatakan pro kepada Kit Siang dan satu lagi dikatakan cuba menentang penguasaannya yang cuba mengekalkan kuasa dan pengaruh 'Dinasti Lim' di dalam parti tersebut. Malah dengan faktor umur yang semakin meningkat, Kit Siang sudah tentu khuatir sekiranya dia tidak sempat menyediakan tapak yang kuat bagi mengekalkan kuasa politik anaknya bagi meneruskan penguasaan legasi Lim.

Ini kerana ramai pemimpin DAP sebenarnya dikatakan menolak kepimpinan Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung yang dikatakan tidak mesra, bersikap kuku besi dan biadap khususnya terhadap para pemimpin senior di dalam DAP. Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikatakan telah bersikap kurang ajar dengan mencantas pemimpin lama DAP dengan meletakkan 'orang-orang baru' di kawasan mereka yang tidak sebulu dengannya.

Contohnya penyokong dan ahli DAP sebelum ini dikejutkan dengan gesaan yang dibuat oleh Naib Pengerusi DAP Johor, Ong Kow Meng dan bekas Adun Bentayan, Gwee Tong Hiang yang mendesak agar pimpinan DAP negeri yang diterajui oleh Cheng Hau ditukarkan kepada pemimpin yang lain.

Mereka juga turut menamakan ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching diangkat sebagai pemimpin yang baru. Ini kerana selain masih muda, mereka juga mendakwa Chin Tong dan Nie Ching mampu dan lebih layak memimpin berbanding Cheng Hau.

Walaupun secara dasarnya kenyataan tersebut adalah merupakan perkara biasa dalam proses demokrasi, namun ramai yang merasakan ia dilakukan ekoran dari arahan pemimpin 'atasan' yang mahu menyingkirkan Cheng Hau ekoran tindakannya sebelum ini yang dilihat jelas menentang Kit Siang.

Rupa-rupanya di sebalik slogan demokrasi yang dilaungkan, wujud satu usaha untuk mewujudkan satu corak pemerintahan ala 'Dinasti Cina' di dalam DAP. Namun persoalannya mampukah Kit Siang menyingkirkan Cheng Hau, sekali gus mengukuhkan penguasaannya di Johor atau sebaliknya? Bersamalah kita saksikan episod drama perang yang akan berlangsung ini.

Perang Besar Bakal Tercetus Di Johor

Kenyataan anak emas kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bersedia untuk menjadi pengerusi yang baru untuk parti itu di Johor bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Anggota Parlimen Kluang, Liew Chin Tong semalam mengatakan bersedia menjadi pengerusi DAP Johor yang baru andai memenangi pemilihan jawatankuasa DAP negeri pada 12 Januari ini.

Kenyataan Chin Tong itu memang telah dijangka oleh ramai pihak khususnya dari kumpulan penyokong Kit Siang. Malah bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik Johor, 'perang dalaman' yang sedang melanda parti itu memang telah lama dihidu oleh pemerhati politik dan pihak media.

Seperti yang pernah didedahkan oleh pihak media sebelum ini, DAP Johor sedang berdepan dengan perebutan kuasa yang hebat antara kumpulan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau dengan kumpulan Dinasti Lim. Kumpulan Cheng Hau sedang berdepan dengan delima antara meneruskan penguasaan terhadap masyarakat Cina di Johor atau berdepan dengan tentangan dan kemaraan kumpulan 'Dinasti Lim'.

Bekas pimpinan DAP, Shen Yee Aun sebelum ini mendedahkan walaupun dari segi luaran DAP nampak tenang namun pada hakikatnya ia penuh dengan pergolakan dan krisis dalaman. Parti ultra kiasu itu,  dikatakan mempunyai dua kem yang saling cuba 'bunuh-membunuh' antara satu sama lain.

Satu kem dikatakan pro kepada Kit Siang dan satu lagi dikatakan cuba menentang penguasaannya yang cuba mengekalkan kuasa dan pengaruh 'Dinasti Lim' di dalam parti tersebut. Malah dengan faktor umur yang semakin meningkat, Kit Siang sudah tentu khuatir sekiranya dia tidak sempat menyediakan tapak yang kuat bagi mengekalkan kuasa politik anaknya bagi meneruskan penguasaan legasi Lim.

Ini kerana ramai pemimpin DAP sebenarnya dikatakan menolak kepimpinan Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung yang dikatakan tidak mesra, bersikap kuku besi dan biadap khususnya terhadap para pemimpin senior di dalam DAP. Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikatakan telah bersikap kurang ajar dengan mencantas pemimpin lama DAP dengan meletakkan 'orang-orang baru' di kawasan mereka yang tidak sebulu dengannya.

Contohnya penyokong dan ahli DAP sebelum ini dikejutkan dengan gesaan yang dibuat oleh Naib Pengerusi DAP Johor, Ong Kow Meng dan bekas Adun Bentayan, Gwee Tong Hiang yang mendesak agar pimpinan DAP negeri yang diterajui oleh Cheng Hau ditukarkan kepada pemimpin yang lain.

Mereka juga turut menamakan ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching diangkat sebagai pemimpin yang baru. Ini kerana selain masih muda, mereka juga mendakwa Chin Tong dan Nie Ching mampu dan lebih layak memimpin berbanding Cheng Hau.

Walaupun secara dasarnya kenyataan tersebut adalah merupakan perkara biasa dalam proses demokrasi, namun ramai yang merasakan ia dilakukan ekoran dari arahan pemimpin 'atasan' yang mahu menyingkirkan Cheng Hau ekoran tindakannya sebelum ini yang dilihat jelas menentang Kit Siang.

Rupa-rupanya di sebalik slogan demokrasi yang dilaungkan, wujud satu usaha untuk mewujudkan satu corak pemerintahan ala 'Dinasti Cina' di dalam DAP. Namun persoalannya mampukah Kit Siang menyingkirkan Cheng Hau, sekali gus mengukuhkan penguasaannya di Johor atau sebaliknya? Bersamalah kita saksikan episod drama perang yang akan berlangsung ini.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Pengarang The Star Jemput Campurtangan Asing Dalam Isu Kalimah Allah

Akhbar The Star nampaknya telah mengambil pendirian memihak kepada Kristian dalam isu kalimah 'Allah'.  Menurut June Wong iaitu seorang pengarang di akhbar tersebut,  halangan terhadap orang-orang Kristian di Malaysia untuk menggunakan kalimah tersebut bagi merujuk kepada Tuhan 'Bapa' adalah bertentangan dengan konsep moderat yang dipromosikan oleh Perdana Menteri. 

Justeru, katanya, sekiranya masalah ini berlarutan maka beliau menyarankan agar pihak Kristian meminta bantuan asing untuk menjadi pengantara bagi menyelesaikannya. 

Fakta yang sengaja tidak disebut oleh June Wong ialah isu ini bukanlah satu isu kerana telah termaktub di dalam Enakmen 1998 bahawa Kalimah Allah merupakan antara perkataan Arab yang tidak dibenarkan diguna oleh bukan Islam di Malaysia. 

Selain itu, perkara ini diperkuatkan lagi melalui kes The Herald, apabila mahkamah memutuskan yang sama, dengan pengecualian terhadap Sabah dan Sarawak.

Sewajarnya sebagai pengarang akhbar dan manusia yang bertamadun, June Wong harus akur dengan undang-undang dan keputusan mahkamah.  Namun, June Wong memilih untuk bersikap degil dan samseng dengan sengaja memberi tekanan kepada kerajaan kononnya atas nama kebebasan beragama.

Persoalannya, kebebasan yang manakah dalam amalan agama Kristian yang dihalang oleh kerajaan? Sejak bila amalan Kristian wajib menggunakan nama Allah?

Kita pasti yagn June Wong tidak akan dapat menjawab soalan ini.  Pun begitu, beliau akan terus menyalak melolong-lolong sengaja berbuat bising, kononnya untuk menakut-nakutkan kerajaan

Hakikatnya, June Wong, DAP, Marina Mahathir, COMANGO dan mana-mana pihak yang sewaktu dengan mereka ini bukannya memperjuangkan kebebasan beragama, hak asasi manusia mahupun keadilan.  Mereka sebenarnya hanya ingin menentang Islam.  

Mereka tidak senang melihat negara ini aman damai dengan semua agama mengamalkan ibadah masing-masing tanpa pertelagahan.  Mereka tidak senang selagi Islam menjadi agama rasmi negara dan menjadi penghalang kepada cara hidup mereka yang tanpa batasan. 

Oleh itu, biarpun kerajaan tidak pernah mengganggu amalan agama lain, tetapi itu belum cukup bagi mereka. Mereka ingin mendesak fahaman liberal mereka ke atas kerajaan dan seluruh umat Islam. 

Sesiapa yang tidak bersetuju dengan fahaman liberal mereka akan dikecam sebagai kolot, sampah dan bodoh. Sikap yang mereka tonjolkan ini tentulah amat bertentangan dengan perjuangan yang mereka laungkan. 

Jika benar mereka memperjuangkan kebebasan beragama, maka kenapa mereka memperlekeh pegangan Umat Islam? 

Jika benar mereka berpegang bahawa semua orang punya hak, maka kenapa setiap kali Umat Islam mempertahankan haknya akan dituduh sebagai sampah, kolot dan bodoh pula?   Apakah umat Islam tidak punya hak apa-apa?  Kenapa Islam perlu didiskriminasi?  Bukankah mereka juga yang menentang sebarang bentuk diskriminasi?

Sekiranya June Wong mengkaji sejarah kitab Injil, maka beliau pasti tahu bahawa walaupun Kristian turut mengiktiraf Tuhan sekalian alam yang dipanggil Triune, Tuhan yang dimaksudkan itu adalah berbeza dengan yang disembah oleh Umat Islam kerana sifatnya yang terbentuk dari 3 entiti iaitu Bapa, Anak dan Holy Spirit.   

Sedangkan 'Allah' yang disembah oleh umat Islam adalah Esa, tidak punya anak atau bapa atau bersangkutan dengan sebarang entiti asing. 

Maka tidak hairanlah apabila tidak pernah sama sekali dalam sejarah Injil yang merujuk kepada Tuhan Triune yang terdiri dari 3 entiti itu, sebagai Allah. 

Antara nama-nama lain bagi Tuhan Kristian mengikut zaman dan daerah ialah Jehovah, Eloihim, El Shadai, Adonai, Emmanuel dan lain-lain yang semuanya berakar dari Bahasa Arab dan Hebrew, TETAPI nama 'Allah' BUKAN serta TIDAK PERNAH merupakan salah satu daripadanya. 

Bagi membantu June Wong memahami hujah ilmiah ini, maka inilah diringkaskan seperti berikut: 

1.      Memandangkan nama 'Allah' tidak pernah ada kena mengena dalam kitab Injil agama Kristian, maka tidak ada sebab konkrit bagi Kristian untuk bermati-matian memperjuangkan penggunaan nama itu dalam aktiviti dan kitab agama mereka di Malaysia.

2.      Amalan Kristian tidak akan terjejas jika mereka tidak menggunakan nama Allah. 

Maka, kita pinta June Wong menjelaskan kenapa beliau sanggup menjejaskan keharmonian serta memperjudikan kedaulatan negara semata-mata untuk memperjuangkan sesuatu yang tidak signifikan? 

Dengan tidak mengetahui sejarah kitab Injil yang diperjuangkannya, maka tidak salah jika kita menuduh June Wong sebagai bukan seorang Kristian yang alim atau bukan seorang Kristian pun.  Sekali gus, ini bermakna, perjuangan June Wong dalam isu ini bukanlah kerana agama demi alam abadi selepas mati, tetapi sekadar memenuhi kebenciannya terhadap Islam dalam usaha meruntuhkan kerajaan Islam. 

Untuk  itu, June Wong amat mengharapkan campurtangan asing agar agenda untuk meruntuhkan kerajaan Islam lebih cepat tercapai.

Setiap manusia yang rasional pasti dapat melihat bahawa membenarkan Kristian menggunakan kalimah Allah di Semenanjung Malaysia hanya akan membawa keburukan dan langsung tiada kebaikan – termasuklah kepada para penganut Kristian sendiri. 

Malangnya, June Wong, Marina Mahathir, DAP dan yang seangkatan dengan mereka...bukanlah manusia yang rasional.    
Sent from my BlackBerry® smartphone

06/01/2014

Kerajaan Selangor Mahu Hapuskan Sistem Raja

Tindakan tiga Ahli Dewan Negeri Selangor mencadangkan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 dipinda untuk memastikan hak bukan Islam terjaga merupakan bukti jelas fahaman liberalisme yang dibawa oleh pakatan pembangkang sudah menular di negara ini.

Kononnya enakmen tersebut adalah bertentangan dengan Fasal 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama bagi orang bukan Islam sebenarnya mempunyai agenda jahat yang lebih halus dan licik.

Bunyinya macam menjaga hak asasi beragama bagi orang bukan Islam tetapoi hakikatnya adalah untuk melemahkan perundangan Islam di negeri Selangor.

Sub-seksyen 9 kepada enakmen 1988 itu menyatakan, seseorang didapati bersalah jika dia (a) dalam mana-mana penerbitan; atau (b) dalam ucapan awam atau kenyataan; (c) dalam ucapan atau kenyataan dalam mana-mana majlis atau kepada orang ramai; atau (c) dalam ucapan atau kenyataan yang diterbitkan atau disebarkan dan ketika ia dibuat dia sedar atau tahu akan diterbitkan atau disebarkan, menggunakan perkataan "Allah" atau 34 perkataan Arab termasuk Hadith, Syariah, Kalifah, Fatwa, Alhamdulillah, Insyaallah dsb untuk menyatakan atau menceritakan fakta, kepercayaan, idea, konsep, tindakan, kegiatan, perkara yang berkaitan dengan agama bukan Islam.

Apa makna jika subseksyen ini berjaya dipinda pada persidangan DUN akan datang?

Ini bermakna orang bukan Islam akan bebas menggunakan apa sahaja istilah-istilah yang berkait rapat dengan Islam seperti kalimah Allah.

Sememangnya sasaran tersebut adalah kepada kalimah Allah yang diperjuangkan bermati-matian oleh gereja Kristian Katolik di negara ini dengan mendapat sokongan pakatan pembangkang.

Yang akan membawa cadangan itupun terdiri daripada tiga Adun kafir daripada Dap dan PKR dan ini jelas membuktikan persekongkolan pakatan pembangkang dan pihak gereja untuk menyerang Islam menjelang Pilihan Raya Umum ke 14.

Pelan mereka ialah untuk mengasak perundangan Islam di seluruh negara dengan cuna mempertikaikan enakmen-enakmen Islam tertentu.

Mereka juga cuba menimbulkan rasa curiga dikalangan rakyat bukan Islam bahawa orang Melayu dan undang-undang Islam menindas mereka.

Persoalannya apabila cadangan ini dikemukakan kelak apakah tindakan dan respon exco Selangor dari Pas yang menjaga hal ehwal agama Islam dan juga semua Adun dari parti itu dan juga PKR?

Jika mereka menentangnya ia akan menyebabkan pergolakan baru di kalangan tiga parti pembangkang itu.

Jika semuanya bersetuju sahlah pakatan pembangkang adalah anti-Islam dan anti-Melayu.

Adalah mereka sanggup dilabel demikian dan rela mengorbankan undi orang Melayu pada PRU14 nanti.

Ini adalah satu risiko politik yang maha besar yang dihadapi oleh pembangkang jika ia mahu terus relevan dalam arena politik di negara ini.

Apa yang menarik, apakah pandangan tokoh-tokoh besar Pas seperti Nik Aziz Nik Mat yang seringkali menyebelahi fahaman liberalisme dan pluralisme yang disebarkan oleh ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

Jika Pas menyokong cubaan tiga Adun itu untuk meminda enakmen tersebut maka eloklah parti itu membuang sahaja perkataan Islam dan tukar parti itu sepenuhnya kepada perjuangan sekular.

Pembangkang dan pihak gereja cuba menggunakan insiden rampasan 300 naskah Alkitab berbahasa Melayu oleh pihak JAIS sebagai alasan untuk terus menyerang Islam.

Mereka tahu perkara ini akan berdepan dengan kekalahan kerana hal ehwal Islam dan asat istiadat Melayu terletak di bawah hak mutlak Sultan Selangor.

Apa sahaja pindaan pada mana-mana enakmen yang berkaitan Islam perlu mendapat persetujuan Sultan sebagai ketua agama negeri dan juga Majlis Agama Islam Selangor.

Pembangkang tahun usaha mereka akan gagal tetapi mereka mahu mengukur sejauh mana keperihatinan orang Melayu dan umat Islam.

Pembangkang dan pihak gereja akan menggunakan apa sahaja helah beralasan akal fikiran dan logika mereka untuk menggusutkan fikiran umat Islam di negara ini.

Mereka juga mahu menghasut penganut agama lain seperti Hindu dan Buddha juga berbuat tindakan yang sama.

Strategi ini bertujuan untuk menekan kerajaan sehabis mungkin supaya perdana menteri akan tunduk kepada semua tuntutan mereka.

Tidak mustahil puak-puak gereja ini juga akan membawa bantahan mereka kepada pihak Vatican di Rom jika usaha mereka gagal.

Ini akan meletakkan isu ini di bawah teropong antarabangsa dan seterusnya menambahkan lagi tekanan terhadap kerajaan.

Agendanya satu sahaja iaitu untuk menukar corak pemerintahan ini daripada sistem beraja kepada bentuk republik di mana Islam dan Melayu tidak lagi mempunyai kedudukan atau status istimewa.
Sent from my BlackBerry® smartphone

03/01/2014

Siapa Untung Jika Kristian-Islam Bergaduh? 

 
Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan kebebasan beragama.  Hakikat ini tidak mungkin dapat dinafikan oleh sesiapa kecuali mereka yang mempunyai agenda jahat serta hipokrit.  Biarpun agama rasmi negara adalah Islam, namun tempat ibadat agama lain tidak pernah dihalang untuk didirikan asalkan tidak menyalahi undang-undang dan tidak mengganggu ketenteraman penganut agama lain. 
 
Satu-satunya had yang dikenakan kepada agama lain ialah aktiviti dakwah mereka tidak boleh diperluaskan di kalangan umat Islam. 
 
Di Malaysia, negeri dengan penganut terbesar agama Kristian ialah Sabah dan Sarawak yang terdiri dari suku kaum bumiputera.  Oleh kerana mereka lebih selesa dengan bahasa suku masing-masing serta lebih dekat dengan budaya kaum pribumi Melayu, maka bahasa yang digunakan dalam amalan Kristian mereka juga cenderung 'meniru' atau merujuk sebutan dalam agama Islam yang diamalkan oleh orang Melayu. 
 
Justeru, penganut Kristian di sana merujuk kepada Tuhan sebagai 'Allah' iaitu 'Father' atau 'Lord' dalam kitab injil di seluruh dunia.  Selama ini, rujukan kepada Tuhan Kristian sebagai 'Allah' tidak pernah menjadi isu kerana ia tidak pernah dilakukan di tempat lain melainkan Sabah dan Sarawak. 
 
Rata-rata masyarakat Kristian di Semenanjung yang menggunakan injil berbahasa Inggeris selesa dengan merujuk kepada Tuhan mereka sebagai 'Father' atau 'Lord' iaitu bapa kepada 'Jesus'.   
 
Malah, pada hari ini, suku kaum di Sabah dan Sarawak yang beragama Kristian juga cukup maklum bahawa secara rasminya, seluruh dunia Kristian mengiktiraf panggilan Tuhan Kristian sebagai 'Father' atau 'Lord' dan 'Allah' adalah Tuhan yang Esa bagi umat Islam. 
 
Kebebasan agama dengan had-had tertentu, serta sifat saling menghormati dan memahami antara agama ternyata mampu memastikan negara terus aman, stabil dan makmur.   Namun, ini bukan bermakna negara ini tidak pernah diuji langsung.  
 
Kita pernah melalui beberapa tragedi berdarah seperti 13 Mei tetapi tragedy itu bukan berpunca dari agama.  Ia berpunca dari perbalahan kaum.  Tragedi Memali dan Sauk pula adalah masalah ekstremisme umat Islam yang melibatkan sesama Islam, bukan antara umat Islam dengan agama lain.  
 
Pendek kata, 'pertelingkahan antara agama' tidak pernah timbul di Malaysia.
 
Malangnya, akhir-akhir ini pihak Kristian nampaknya begitu 'seronok' atau teruja sekali cuba menimbulkan pertelingkahan antara agama. 
 
Entah kenapa, tiba-tiba penganut Kristian di Semenanjung, khasnya di Selangor ingin sangat menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan mereka.  Seolah-olah panggilan 'Father' atau 'Lord' sudah tamat tempoh atau tidak lagi relevan, pemimpin agama Kristian termasuk para politikus pembangkang bermati-matian memperjuangkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam aktiviti agama Kristian di Semenanjung.   
 
Tindak tanduk pemimpin agama itu dalam memperkatakan isu ini memperlihatkan seolah-olah ia  ia satu jihad utama dalam Kristian.  Mereka sanggup naik turun mahkamah, menunjuk degil mencabar kerajaan dan mengundang pertelingkahan dengan umat Islam semata-mata untuk menggantikan perkataan 'Father' atau 'Lord' kepada 'Allah'.
 
Alasan mereka untuk berbuat demikian tidaklah diketahui.  Malah pemimpin Kristian dan juga politikus yang menjuarai isu ini di pihak mereka juga, tidak dapat menjelaskan kenapa nama Tuhan mereka perlu diganti. 
 
Kita tidak faham kenapa penganut Kristian perlu menimbulkan ketegangan dan mencabar undang-undang? Kenapa tidak kekalkan saja amalan dan nama yang digunakan sebelum ini sedangkan ia ternyata tidak membawa apa-apa masalah kepada sesiapa? 
 
Mungkinkah penganut Kristian hari ini sudah tidak lagi mampu mengenali Tuhan sendiri kerana ia tidak bernama? 
 
Mungkinkah agama Kristian yang mereka anuti tidak pernah menekankan soal hormat-menghormati dan toleransi? 
 
Mungkinkah agama Kristian membolehkan mereka berdakwah dengan cara licik dan menipu? 
 
Mungkinkah agama Kristian tidak mengutamakan keamanan dan menggalakkan penganutnya mencetuskan ketegangan? 
 
Kita tidak perlukan jawapan yang panjang dari pemimpin agama Kristian tetapi kita hanya ingin tahu "apakah kesannya kepada penganut Kristian jika tidak menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan mereka?"  
 
Hanya satu jawapan dan kita akan berpuas hati. 
 
Jika penganut dan pemimpin agama Kristian tidak mampu menjawab maka tidak salah jika kita menganggap mereka sebagai membawa agenda jahat untuk menyebar dakwah Kristian secara licik di kalangan umat Melayu.  
 
Atau, jika ini tidak benar, maka pastinya para pemimpin agama Kristian di Malaysia sengaja ingin mencetuskan ketegangan agama.  Benarkah ini yang penganut Kristian inginkan?  Jika benar, siapakah akan untung dari perbalahan ini?  Para peniaga Cina?  Padri-padri Kristian? 
 
Siapakah yang akan terjejas jika ketegangan ini akhirnya membawa kepada keganasan?  Para peniaga Cina? Padri-padri Kristian? 
 
Sesungguhnya, Islam adalah agama keamanan.  Namun, Islam juga menyeru umatnya mempertahankan diri sekiranya diserang.  Islam mengajar umatnya bertolak ansur dan hormat-menghormati kerana itu umat Islam tidak pernah mengganggu atau mencabar penganut Kristian.   
 
Tetapi, penganut Kristian yang sengaja memprovokasi dan mencabar umat Islam dan kerajaan Islam dengan berdegil untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam aktiviti dan risalah agama mereka, tanpa sebab-sebab yang konkrit yang membawa apa-apa kebaikan kepada sesiapa. 
 
Tidak semena-mena, pada hari ini penganut Kristian di Malaysia telah memperlihatkan kepada dunia bahawa Kristian itu adalah sebenarnya agama yang sangat jahat! 
Sent from my BlackBerry® smartphone

02/01/2014

Peserta Dalam Himpunan Turun 10,000 Orang

 
Himpunan Turun yang gagal dengan jayanya pada 31 Disember lalu kekal dalam lipatan sejarah sebagai satu lagi demonstrasi yang sia-sia.  Selain seorang anggota keselamatan dilaporkan cedera, para peserta himpunan pulang dalam keletihan dan keterujaan yang tidak membawa apa-apa makna.   Nasib baik kali ini tidak banyak harga awam yang musnah.  
 
Hasil dari himpunan tersebut hanyalah sampah sarap yang terpaksa dibersihkan oleh pekerja DBKL.   
 
SSM melaporkan kehadiran sehingga 50,000.  Malaysiakini pula melaporkan hanya 10,000 manakala KiniTV menyebut 7,000.  Pelik sekali apabila Malaysiakini tidak cuba memutarbelit angka menjadi ratusan atau jutaan ribu sepertimana yang sering dilakukan oleh portal itu sebelum ini. 
 
Bagaimanapun, angka rasmi pihak polis merekodkan 10,000 dengan jumlah sebenar peserta lebih kurang hanya 7,000.  Angka 3,000 lagi adalah termasuk pihak keselamatan, pihak risikan, pemerhati dan pengunjung yang terperangkap dalam himpunan selain para wartawan.   
 
Seperti biasa, bangsa Melayu mewakili 98% peserta himpunan.  Rata-rata mereka adalah dari golongan muda termasuk mahasiswa.  Topeng Guy Fawkes iaitu seorang pemberontak Kristian ekstrem serta sepanduk-sepanduk 'bodoh' seperti 'turunkan harga, kami nak pakai superbike' membuktikan betapa kroniknya kebodohan anak-anak muda ini.  Di celah-celah itu, kelihatan para peniaga berbangsa Cina sibuk meraih untung menjual T-Shirt dan topeng kepada para perusuh. 
 
Dari apa yang berlaku, mungkin tidak salah dikatakan bahawa bangsa inilah juga yang sedang mencatur negara ini dengan menggunakan kuasa ekonomi yang ada pada mereka. 
 
Oleh itu, kita tidak hairan apabila blog Lim Kit Siang langsung tidak berminat untuk menyentuh isu himpunan ini secara mendalam.  Mereka tahu bahawa sekiranya himpunan ini tidak berjaya menggoyahkan kerajaan, mereka tetap dapat meraih untung melalui perniagaan sampingan.  Sekiranya berjaya menggulingkan kerajaan pula, mereka akan dapat lebih untung apabila DAP menguasai negara melalui boneka mereka dalam PKR dan PAS. 
 
Apa yang pasti, mereka langsung tidak peduli tentang harga barang yang naik kerana kenaikan harga barang adalah keuntungan bagi peniaga yang majoritinya kaum Cina. 
 
Justeru, sekiranya kerajaan digulingkan sekali pun, harga barang tidak mungkin turun malah kemungkinan besar akan semakin meningkat apabila monopoli Cina diperkukuhkan melalui dasar kesamarataan total DAP. Namun, itupun jika orang Melayu tidak bangkit menentang DAP.
 
Tidak ada dalam sejarah moden mana-mana negara yang berjaya menggulingkan pemerintah mampu membina negara yang lebih baik dari sebelumnya.  Semua negara-negara yang telah berjaya menggulingkan pemerintah terus huru-hara atau musnah sama sekali.  
 
Malaysia juga pastinya akan mengalami nasib yang sama jika mengikut jejak langkah negara-negara itu. 
 
Hakikatnya, penggulingan kerajaan hanya akan menyebabkan pelabur dan pelancong menarik balik pelaburan dan membatalkan lawatan.  Ramai peniaga akan kerugian, pekerja akan kehilangan kerja dan pengangguran akan meningkat dalam sekelip mata. 
 
Berdasarkan hakikat ini, kita ingin bertanya kepada puak yang merusuh itu, apakah mereka benar-benar percaya yang harga barang akan dapat diturunkan jika mereka berjaya menggulingkan kerajaan? 
 
Kerajaan boleh terus memberi penjelasan tentang kenaikan harga barang dan perkembangan ekonomi dunia tetapi apakah budak-budak yang 'ingin membeli superbike' tadi mampu memahaminya?  Mereka nampaknya langsung tidak tahu akan tujuan hidup sendiri dan pastinya tidak punya apa-apa perancangan untuk hari esok, apatah lagi masa depan.  Maka, bolehkah kita mengharapkan mereka ini memahami apa-apa? 
 
Anak-anak muda ini memusuhi kerajaan atas alasan menentang dasar kapitalis. tetapi di masa yang sama, tidak menyedari bahawa merekalah balaci, alat, kuda tunggangan dan anjing kurap pihak kapitalis yang sebenar-benarnya. 
 
Oleh itu,  sekali lagi kita bertanya, selain sedikit upah, apa yang para perusuh itu dapat selepas berhimpun dan berasak-asak membodohkan diri di mata dunia?  Bangga?  Megah?  Gembira?  Puas hati?  Apa yang mereka banggakan?  Apakah mereka berjaya mencapai apa-apa untuk merasa puas hati? 
 
Jika masih punya sedikit akal untuk memahami apa yang berlaku, sekurang-kurangnya cubalah memahami angka 7,000 – 10,000 peserta berbanding sasaran 50,000 oleh pihak SSM.  Bandingkan pula angka itu dengan sasaran 1 juta dalam himpunan-himpunan tajaan pembangkang sebelum ini yang terus merosot secara konsisten, dengan jumlah keseluruhan rakyat Malaysia 28 juta.   Apakah maknanya angka-angka ini? 
 
Untuk pengetahuan para balaci perusuh jalanan sekalian, angka-angka ini membuktikan bahawa
Himpunan Turun hanyalah satu lagi demonstrasi yang gagal oleh manusia yang gagal juga (losers)! 
Sent from my BlackBerry® smartphone