"Dia (Anwar) boleh cakap 'Saya perlukan awak' atau 'saya tak perlukan awak," katanya seperti yang dilaporkan oleh portal tersebut.
Walau bagaimanapun menurut Khalid ia bergantung pada keputusan Sultan Selangor sama ada berkenan untuk menerima sebarang cadangan untuk menukar Menteri Besar atau mengekalkan yang lama. Ini kerana perlembagaan Selangor menyatakan Sultan mempunyai kuasa istimewa untuk memilih calon sendiri walaupun calon yang dicadangkan mendapat sokongan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Dalam erti kata sebenarnya memang wujud cadangan untuk melantik Anwar sebagai Menteri Besar yang baru sekiranya PKR berjaya mempertahankan kerusi Dun Kajang. Namun sama ada Anwar mampu merealisasikan impian tersebut atau tidak bergantung pada perkenan Sultan.
Persoalannya ialah sampai bila rakyat ingin terus diperbodohkan dan ditipu oleh makhluk yang bernama Anwar Ibrahim ini?
Ini kerana dia yang juga merupakan Ketua Umum PKR sebelum ini menafikan akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Menurutnya, segala dakwaan mengenainya adalah spekulasi semata-mata.
"Ianya spekulasi semata-mata dan perkara ini telah berlarutan semenjak tahun 2008," katanya sebelum ini.
Persoalannya ialah, sekiranya benar ia hanyalah spekulasi semata-mata, apa rasionalnya bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan? Untuk apa Anwar dipilih untuk bertanding sebagai Adun di kawasan tersebut? Dan yang paling penting, mengapakah Khalid sendiri seperti tidak pasti sama ada meneruskan tugasnya sebagai MB atau sebaliknya?
Kesimpulannya, Anwar sudah berada di satu tahap yang selesa sehingga menyebabkan dia mula merasakan rakyat adalah bodoh dan mudah terpedaya dengan segala kata yang keluar dari mulutnya. Apa sahaja yang dilakukan olehnya tidak menjadi hal, kerana yang penting sebaik sahaja dia membuka mulut semua akan ternganga dan memilih untuk mempercayainya secara bulat-bulat.
Walaupun dengan menjadikan sistem demokrasi negara ini seperti 'sarkis' Anwar yakin rakyat akan tetap memilih untuk percaya atau dalam bahasa mudah dikenali sebagai MACAI (Mempercayai Apasaja Cakap Anwar Ibrahim). Namun apa yang mereka tidak tahu ialah, Anwar sebenarnya layak di angkat sebagai haiwan politik (political animal) kerana sering berubah-ubah demi cita-citanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa di negara ini. Seperti kata orang, tak dapat jadi Perdana Menteri, tapi dapat jadi Menteri Besar pun jadilah.
Berikut adalah di antara penipuan demi penipuan yang pernah dilakukan oleh makhluk yang bernama Anwar Ibrahim ini:
18.08.2012 – Saya akan bersara sekiranya Pakatan Rakyat kalah dalam pilihanraya umum dan menumpukan perhatian untuk menjadi profesor.
07.05.13 – Saya tidak bersara. Pakatan Rakyat kalah hanya disebabkan oleh bangla (pengundi hantu) dan blackouts.
20.11.2013 – Saya tidak sebut adanya pengundi dari Bangladesh, itu semua adalah fitnah jahat Umno
27.01.2014 – Saya tidak akan menjadi calon untuk kerusi Dun Kajang
28.01.2014 – Khalid akan kekal sebagai Menteri Besar. Saya tidak akan ambil alih jawatan MB.
x.x.2014 – (rasanya ramai yang sudah dapat meneka ungkapan yang bakal Anwar sebutkan nanti, selepas berjaya menang di Dun Kajang)
Sent from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment