Ahad lalu, ketua pembangkang, Anwar Ibrahim dihalang daripada memasuki Jepun setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo oleh pihak imigresen negara itu.
Menurut Anwar tujuan beliau ke Jepun adalah bagi memenuhi jemputan Pengerusi Yayasan Nippon, Tan Sri Yohei Sasakawa dan juga untuk membentangkan satu kerja kerja.
Kerajaan Jepun menjelaskan tindakan jabatan imigresen negara itu berhubungkait dengan hukuman jenayah liwat terhadap bekas timbalan perdana menteri itu pada tahun 1999.
Sebenarnya sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat, Jepun tidak perlu pun memberi sebarang sebab musabab atas tindakannya.
Tetapi Anwar memikirkan sebagai ketua pembangkang dan juga penasihat ekonomi negeri Selangor bergaji RM1, beliau merasakan begitu hebat, amat popular dan seluruh dunia menyanjunginya.
Mungkin juga ini benar tetapi ada juga pihak yang tahu tembelang pemimpin ketagih seks dwi-alam ini dan mereka tidak sesekali akan tunduk kepada kerenah pemimpin yang berfantasi besar untuk menjadi perdana menteri ini.
Yang pelik lagi ganjil, kerajaan Jepun yang tidak mahu bagi masuk Anwar, kerajaan Malaysia pula yang dipersalahkan kononnya ada tangan ghaib yang mempengaruhi dari negara ini ke atas negara matahari terbit itu.
Wah! begitu hebat dan berkuasa sekali kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga boleh arah atau 'dictate' kepada kerajaan Jepun untuk mengikut kehendaknya!
Tapi hakikatnya setiap negara mempunyai undang-undang imigresen mereka tersendiri yang menentukan siapa yang boleh masuk dan siapa pula yang tidak boleh.
Pada pandangan Jepun Anwar adalah seorang individu yang tidak dihendaki oleh Jepun untuk memijak bumi negara itu.
Mengapa Anwar menjadi 'undesirable element' kepada Jepun hanya kerajaan negara itu sahaja yang arif.
Namun mungkin satu dua perkara yang dilakukan oleh Anwar dan pakatan pembangkang yang dipimpinnya dilihat oleh Jepun sebagai memalu atau memfitnah negara itu.
Pembangkang negara ini semenangnya tidak bertanggungjawab kerana bukan sahaja gemar menabur fitnah terhadap pemimpin negara sendiri malah negara luar dan pemimpin luar juga akan dikritik hebat jika tidak mengikut nafsu dan kehendak mereka.
Umpamanya pembangkang pernah menimbulkan isu pampasan RM207 bilion yang kononnya dibayar oleh kerajaan Jepun untuk diagih-agihkan kepada keluarga mangsa buruh paksa 'Death Railway' di Myanmar ketika Perang Dunia Kedua.
Pembangkang mendakwa sejumlah wang tersebut telahpun dibayar oleh Jepun pada tahun 1990an tetapi sehingga kini tidak diketahui ke mana wang itu dibelanjakan.
Begitu hebat fitnah pembangkang sehingga boleh membangkitkan perasaan marah kepada kerajaan yang dituduh mencuri wang pampasan tersebut tanpa secebis mengemukakan secebis bukti pun.
Kementerian Kewangan Malaysia menafikan dakwaan menerima pampasan tersebut kerana memo yang digunakan oleh pembangkang berhubung perkara itu sebenarnya adalah palsu.
Jepun juga terkejut dan meminta penjelasan daripada kerajaan dan akhirnya juga menafi dan menolak cerita rekaan pembangkang setelah mendapat gambaran yang jelas dari Malaysia.
Inilah perangai dan sikap buruk pembangkang yang sanggup memburuk dan merosakkan hubungan dua hala Malaysia-Jepun yang terjalin selama ini.
Pembangkang telah melakukan pelbagai propaganda dan kempen untuk mencalar imej negara di luar negara sejak 1998 dan isu pampasan tersebut hanyalah sebahagian daripada perancangan licik mereka untuk menjatuhkan kerajaan.
Kini Anwar dan kuncu-kuncu mencari jalan untuk menutup aib begitu besar yang terpalit kepada muka mereka.
Tindakan mendesak kerajaan Malaysia dan Jepun meminta maaf kepada maaf kepada Anwar menunjukkan kebodohan pembangkang yang begitu jahil dan taksub kepada pemimpinnya.
Persoalannya siapa Anwar? Layakkah beliau untuk dianggap oleh kerajaan Jepun sebagai pemimpin negara yang perlu diberi penghormatan karpet merah atau sekadar pelancung biasa sahaja?
Dua tahun lalu pihak imigresen Malaysia menahan anggota parlimen Australia Nick Xenophon di Bandara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), setibanya dari Melbourne, Australia.
Beliau kemudian dihantar pulang walaupun katanya kehadirannya adalah atas jemputan Anwar.
Kerajaan bukanlah sebodoh itu untuk tidak mengetahui niat sebenar ahli politik bebas Australia itu adalah untuk mecampuri urusan dalam negara berhubung isu proses pilihan raya yang didokong oleh Bersih.
kerajaan Australia juga menghormati keputusan Malaysia tidak membenarkan Xenophon memasuki negara ini dan ia pun tidak mengambil sebarang langkah untuk masuk campur.
Pernah terjadi beberapa kali di mana pemerintah Anerika Syarikat tidak memberikan visa kepada pemimpin sesetengah negara dan anggota rombongan mereka untuk menghadiri persidangan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan tidak ada apa-apa juga yang boleh dilakukan oleh mereka kerana PBB terletak dalam wilayah Amerika Syarikat.
Begitu juga apabila Sabah dan Sarawak menghalang beberapa pemimpin pembangkang memasuki wilayah kedua negeri itu tidak ada apa yang boleh dlakukan oleh kerajaan pusat kerana itu adalah hak negeri tersebut.
Sent from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment