03/01/2014
Siapa Untung Jika Kristian-Islam Bergaduh?
Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan kebebasan beragama. Hakikat ini tidak mungkin dapat dinafikan oleh sesiapa kecuali mereka yang mempunyai agenda jahat serta hipokrit. Biarpun agama rasmi negara adalah Islam, namun tempat ibadat agama lain tidak pernah dihalang untuk didirikan asalkan tidak menyalahi undang-undang dan tidak mengganggu ketenteraman penganut agama lain.
Satu-satunya had yang dikenakan kepada agama lain ialah aktiviti dakwah mereka tidak boleh diperluaskan di kalangan umat Islam.
Di Malaysia, negeri dengan penganut terbesar agama Kristian ialah Sabah dan Sarawak yang terdiri dari suku kaum bumiputera. Oleh kerana mereka lebih selesa dengan bahasa suku masing-masing serta lebih dekat dengan budaya kaum pribumi Melayu, maka bahasa yang digunakan dalam amalan Kristian mereka juga cenderung 'meniru' atau merujuk sebutan dalam agama Islam yang diamalkan oleh orang Melayu.
Justeru, penganut Kristian di sana merujuk kepada Tuhan sebagai 'Allah' iaitu 'Father' atau 'Lord' dalam kitab injil di seluruh dunia. Selama ini, rujukan kepada Tuhan Kristian sebagai 'Allah' tidak pernah menjadi isu kerana ia tidak pernah dilakukan di tempat lain melainkan Sabah dan Sarawak.
Rata-rata masyarakat Kristian di Semenanjung yang menggunakan injil berbahasa Inggeris selesa dengan merujuk kepada Tuhan mereka sebagai 'Father' atau 'Lord' iaitu bapa kepada 'Jesus'.
Malah, pada hari ini, suku kaum di Sabah dan Sarawak yang beragama Kristian juga cukup maklum bahawa secara rasminya, seluruh dunia Kristian mengiktiraf panggilan Tuhan Kristian sebagai 'Father' atau 'Lord' dan 'Allah' adalah Tuhan yang Esa bagi umat Islam.
Kebebasan agama dengan had-had tertentu, serta sifat saling menghormati dan memahami antara agama ternyata mampu memastikan negara terus aman, stabil dan makmur. Namun, ini bukan bermakna negara ini tidak pernah diuji langsung.
Kita pernah melalui beberapa tragedi berdarah seperti 13 Mei tetapi tragedy itu bukan berpunca dari agama. Ia berpunca dari perbalahan kaum. Tragedi Memali dan Sauk pula adalah masalah ekstremisme umat Islam yang melibatkan sesama Islam, bukan antara umat Islam dengan agama lain.
Pendek kata, 'pertelingkahan antara agama' tidak pernah timbul di Malaysia.
Malangnya, akhir-akhir ini pihak Kristian nampaknya begitu 'seronok' atau teruja sekali cuba menimbulkan pertelingkahan antara agama.
Entah kenapa, tiba-tiba penganut Kristian di Semenanjung, khasnya di Selangor ingin sangat menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan mereka. Seolah-olah panggilan 'Father' atau 'Lord' sudah tamat tempoh atau tidak lagi relevan, pemimpin agama Kristian termasuk para politikus pembangkang bermati-matian memperjuangkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam aktiviti agama Kristian di Semenanjung.
Tindak tanduk pemimpin agama itu dalam memperkatakan isu ini memperlihatkan seolah-olah ia ia satu jihad utama dalam Kristian. Mereka sanggup naik turun mahkamah, menunjuk degil mencabar kerajaan dan mengundang pertelingkahan dengan umat Islam semata-mata untuk menggantikan perkataan 'Father' atau 'Lord' kepada 'Allah'.
Alasan mereka untuk berbuat demikian tidaklah diketahui. Malah pemimpin Kristian dan juga politikus yang menjuarai isu ini di pihak mereka juga, tidak dapat menjelaskan kenapa nama Tuhan mereka perlu diganti.
Kita tidak faham kenapa penganut Kristian perlu menimbulkan ketegangan dan mencabar undang-undang? Kenapa tidak kekalkan saja amalan dan nama yang digunakan sebelum ini sedangkan ia ternyata tidak membawa apa-apa masalah kepada sesiapa?
Mungkinkah penganut Kristian hari ini sudah tidak lagi mampu mengenali Tuhan sendiri kerana ia tidak bernama?
Mungkinkah agama Kristian yang mereka anuti tidak pernah menekankan soal hormat-menghormati dan toleransi?
Mungkinkah agama Kristian membolehkan mereka berdakwah dengan cara licik dan menipu?
Mungkinkah agama Kristian tidak mengutamakan keamanan dan menggalakkan penganutnya mencetuskan ketegangan?
Kita tidak perlukan jawapan yang panjang dari pemimpin agama Kristian tetapi kita hanya ingin tahu "apakah kesannya kepada penganut Kristian jika tidak menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan mereka?"
Hanya satu jawapan dan kita akan berpuas hati.
Jika penganut dan pemimpin agama Kristian tidak mampu menjawab maka tidak salah jika kita menganggap mereka sebagai membawa agenda jahat untuk menyebar dakwah Kristian secara licik di kalangan umat Melayu.
Atau, jika ini tidak benar, maka pastinya para pemimpin agama Kristian di Malaysia sengaja ingin mencetuskan ketegangan agama. Benarkah ini yang penganut Kristian inginkan? Jika benar, siapakah akan untung dari perbalahan ini? Para peniaga Cina? Padri-padri Kristian?
Siapakah yang akan terjejas jika ketegangan ini akhirnya membawa kepada keganasan? Para peniaga Cina? Padri-padri Kristian?
Sesungguhnya, Islam adalah agama keamanan. Namun, Islam juga menyeru umatnya mempertahankan diri sekiranya diserang. Islam mengajar umatnya bertolak ansur dan hormat-menghormati kerana itu umat Islam tidak pernah mengganggu atau mencabar penganut Kristian.
Tetapi, penganut Kristian yang sengaja memprovokasi dan mencabar umat Islam dan kerajaan Islam dengan berdegil untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam aktiviti dan risalah agama mereka, tanpa sebab-sebab yang konkrit yang membawa apa-apa kebaikan kepada sesiapa.
Tidak semena-mena, pada hari ini penganut Kristian di Malaysia telah memperlihatkan kepada dunia bahawa Kristian itu adalah sebenarnya agama yang sangat jahat!
Sent from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment