Followers

09/11/2013

PAS Takut Dengan Karpal Singh

 
Kita melihat Karpal Singh mempunyai satu tugas khas di dalam DAP iaitu 'mencari gaduh' dengan PAS. 
 
Tugas ini mudah iaitu beliau hanya perlu membuat kenyataan kontroversi yang menyentuh sensitiviti umat Islam bagi memberi peluang PAS untuk menempelaknya sekadar untuk menunjukkan yang parti itu memperjuangkan Islam.  'Pergaduhan' ini pula akan diperbesar-besarkan dan berlarutan bagi mengambil ruang di dada akhbar sehingga isu-isu lain yang lebih besar dilupakan. 
 
Kali ini, Karpal Singh memilih untuk mengacah PAS mengenai nama parti itu dan hakikat bahawa parti itu adalah parti Melayu-Islam.  Menurut Karpal, parti berasaskan agama dan kaum adalah merbahaya dan tidak patut wujud di negara ini yang bermasyarakat majmuk.  'Bahaya' di sini adalah merujuk kepada ekstremisme dan potensi untuk mencetuskan ketegangan agama dan kaum.
 
Karpal mungkin lupa bahawa parti DAP lah yang bertanggungjawab mencetuskan tragedi berdarah iaitu rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 walaupun parti itu mendabik dada sebagai parti berbagai kaum.    
 
Karpal nampaknya hanya ingin menguji air sungai PAS yang tenang.  Hasilnya, air itu hanya berkocak sedikit sahaja kerana tiada pun buaya di dalamnya.  Sebagai respon, PAS hanya merungut dan mengecam kenyataan Karpal dan kemudian duduk kembali mengira-ngira langkah ke 'syurga'. 
 
Sebaliknya, UMNO yang turut terasa apabila parti 'kaum' dibangkitkan, telah menyerang balas Karpal dengan persoalan mengenai kewujudan 'sekolah perkauman' yang diperjuangkan DAP.   
 
Seperti yang kita tahu, adalah pantang sekali bagi DAP apabila sekolah vernakular disentuh.  Jelas, serangan balas dari UMNO itu telah gagal dijangka oleh Karpal, dan beliau kini membisu seribu bahasa. 
 
Bagi menyelamatkan Sekolah Vernakular dari menjadi sasaran, Lim Kit Siang pantas tampil menafikan kenyataan Karpal.  Katanya, media tersalah lapor, media sengaja memutarbelit dan media menipu kerana Karpal tidak pernah berkata demikian. 
 
Penafian ini turut disiarkan oleh Kit Siang di dalam blognya sebagai kenyataan rasmi. 
 
Hairan sekali, ke mana kah Karpal pergi?  Kenapa beliau tidak boleh menafi sendiri?  Kenapa orang lain yang perlul menafi bagi pihaknya?  Benarkah kenyataan beliau diputarbelitkan?  Atau hanya Kit Siang yang memberikan alasan demikian? 
 
DAP nampaknya telah tersilap strategi apabila cuba memprovokasi PAS dan UMNO sekali gus.  PAS mungkin berjaya diacah, tetapi UMNO tidak sebodoh itu untuk membiarkan DAP bercakap semahu-mahunya sesuka hati.  Negara ini ada undang-undang dan perlembagaan dan undang-undang dan perlembagaan itu telah terbukti baik dan tepat dalam menjamin kesejahteraan kita semua. 
 
Keberkesanan undang-undang dan perlembagaan itu terletak di atas sikap toleransi yang tinggi di kalangan rakyat negara ini terutama kaum bumiputera. 
 
Kaum bumiputera telah memberi kaum minoriti hak untuk membuka sekolah perkauman, maka sebagai balasan kaum minoriti wajib menerima kewujudan parti perkauman.  Kita juga memberi kaum minoriti hak untuk mengamalkan agama masing-masing dengan kemudahan dan pembangunan yang perlu, maka kaum minoriti wajib menerima kewujudan parti keagamaan. 
 
Negara ini berdiri atas sikap memberi dan menerima bukannya dengan sikap ingin membolot segala-galanya.  Justeru, Karpal perlu faham akan hal ini sebelum membuka mulut. 
 
Tidak hairanlah, Kit Siang cepat-cepat menutup mulut Karpal kerana bimbang sekiranya DAP ditekan sehingga terpaksa menjawab isu Sekolah Vernakular yang mana mereka tidak mempunyai alasan yang kuat untuk terus memperjuangkannya.
Sent from my BlackBerry® smartphone

08/11/2013

PAS Subahat Dengan COMANGO

PAS Bersubahat Dengan COMANGO
 
Akhir-akhir ini, umat Islam di Malaysia sering diasak dari berbagai arah. Semakin hari asakan itu semakin hebat.  Bermula dari sekecil-kecil provokasi di laman sosial peribadi sehinggalah ke persembahan di youtube dan kemudiannya ke peringkat antarabangsa, melalui tuntutan COMANGO. 
 
Tuntutan COMANGO dilihat sebagai cabaran paling hebat kerana ia merangkumi undang-undang atau 'cara hidup' kita sebagai umat Islam.  Antaranya, ialah ia mencabar undang-undang yang tidak membenarkan seorang Islam murtad, menggesa kita menerima seks songsang sebagai hak asasi manusia dan juga menghapuskan hak istimewa bumiputera. 
 
Entah kenapa, kehidupan kita selama ini yang aman makmur dan berperaturan menjadi masalah bagi sesetengah sesetengah pihak.   Pihak ini ingin melihat Malaysia 'lebih terbuka' katanya, dan segala undang-undang ini hanya membantutkan kemajuan kita. 
 
Tidak dapat dibayangkan bagaimana penerimaan seks songsang dapat membantu kita menjadi maju. 
 
Sebagai respon, sekumpulan peguam Islam telah bertindak menghantar wakil untuk mempertahankan undang-undang ini bagi pihak Malaysia, di PBB. 
 
Sebagai parti pembangkang yang memakai nama Islam, PAS juga turut sama mengecam COMANGO dan menyokong peguam Islam tersebut. 
 
Bagaimanapun, dari satu sudut, tindakan PAS ini dilihat sebagai tidak konsisten serta tersasar dari perjuangan parti pembangkang itu sendiri.  PAS seolah-olah lupa atau tidak sedar bahawa sekutunya iaitu PKR dan DAP turut memperjuangkan perkara yang sama dengan COMANGO. 
 
Malah, PAS juga pada suatu ketika turut menjadi burung kakak tua mengajuk PKR dan DAP, terutama dalam isu 'hak istimewa bumiputera'.  Menurut PAS, dasar membela bumiputera atau Melayu adalah bersifat assobiyah, tidak adil dan perkauman serta wajib ditolak. 
 
PAS juga telah memilih untuk berdiam diri ketika isu murtad menjadi hangat di sini, dan PAS sehingga ke hari ini terus terbuka menerima seorang pelaku seks songsang sebagai Ketua Pakatan Rakyat.   
 
Justeru, kita lihat tentangan dan kecaman PAS terhadap COMANGO hanyalah hipokrasi di tahap tertinggi. 
 
Sekiranya benar PAS menentang apa yang dituntut COMANGO, maka mereka seharusnya menentang DAP dan PKR terlebih dahulu.  Tiada makna PAS menentang COMANGO jika di masa yang sama bekerjasama dengan DAP dan PKR untuk berkuasa.  Tidakkah PAS tahu bahawa sekiranya PR memerintah, DAP dan PKR akan memastikan segala tuntutan COMANGO dilaksanakan juga? 
 
Hakikatnya, kewujudan COMANGO iaitu NGO-NGO yang menentang undang-undang yang berlandaskan Islam serta mempertahankan bumiputera adalah bertitik tolak dari kerjasama PAS dengan DAP dan PKR juga.  Kelantangan pihak ini akhir-akhir ini adalah berkaitan dengan sikap PAS yang gemar berdolak dalih dan tidak konsisten serta tidak bersungguh-sungguh menentang mereka.   Sedar atau tidak, PAS secara tak langsung, telah beberapa kali membayangkan yang parti itu berdiri teguh di belakang NGO-NGO yang membentuk COMANGO itu. 
 
Ini kerana personaliti-personaliti yang membentuk COMANGO adalah juga personaliti yang menerajui SUARAM, BERSIH dan beberapa NGO lagi yang terkenal sebagai 'tangan' PR untuk menekan kerajaan.  PAS tidak mungkin dapat menafikan bahawa parti itu menjadi penyokong kalau pun tidak bekerjasama dengan NGO-NGO ini untuk menentang BN dan UMNO dalam isu-isu tertentu.   
 
Dari situ, kita lihat kaitan NGO yang membentuk COMANGO dengan PKR atau DAP dan juga PAS sudah tidak dapat disangkal lagi. 
 
Justeru, sebagai sekutu kepada PKR dan DAP dan bergerak pula di bawah satu pakatan, iaitu Pakatan Rakyat, maka PAS sebenarnya sedang bersubahat dengan COMANGO.  Tindakan PAS menafi dan berpura-pura menentang COMANGO hanya menyerlahkan sifat munafik parti itu.   
 
Sudahlah bersubahat dengan penentang Islam, PAS mengambil pendekatan munafik pula.  Apakah layak PAS terus mendabik dada sebagai parti Islam? 
 
Mungkin sudah sampai masanya untuk PAS menurut sahaja saranan Karpal Singh iaitu membuang nama Islam dari parti dan bergerak secara jujur sebagai rakan subahat kepada kafir harbi dan LGBT.

Sent from my BlackBerry® smartphone

Tabung Wira Lahad Datu PAS Sepi Membisu

 
Bertempat di Sri Perdana, Putrajaya satu lagi majlis diadakan bagi meraikan waris kepada para perwira negara yang telah dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, awal tahun ini. Majlis yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk memberikan bantuan tambahan bagi meringankan beban waris keluarga tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, balu kepada wira negara akan menerima sumbangan sara hidup RM800 setiap bulan, RM500 (anak di bawah 18 tahun) dan RM400 (ibu bapa kepada wira yang bujang).

''Anak mereka turut menerima sumbangan pendidikan secara bulanan iaitu RM200 kepada anak di peringkat prasekolah, RM300 (anak peringkat sekolah rendah) dan RM500 (anak peringkat sekolah menengah).

''Selain sumbangan berjadual, ahli keluarga wira juga memperoleh sumbangan sekali gus iaitu RM22,000 bagi keluarga wira yang terkorban, wira alami kecederaan parah (RM10,000), kecederaan ringan (RM5,000), ahli keluarga yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi (RM10,000)," katanya di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyerahan sumbangan Tabung Wira Negara kepada ahli keluarga wira yang terkorban dan pegawai yang cedera dalam Op Daulat di Lahad Datu, Sabah.

Sejak dilancarkan pada 11 Mac lalu di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13, Tabung Wira Negara berjaya mengumpul lebih RM3.2 juta hasil sumbangan daripada penjawat awam Persekutuan, negeri, badan-badan berkanun serta melalui tajaan lain.

Namun yang menjadi persoalannya sekarang ialah, kenapa sehingga hari ini masyarakat langsung tidak mendengar cerita mengenai Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu yang dilancarkan pada 7 Mac oleh Pas. Senyap dan sunyi. Seolah-olah tabung tersebut langsung tidak wujud sama sekali.

Sedangkan sebelum ini lidah rasmi Pas, Harakah begitu hebat mempromosikan tabung tersebut yang dikelolakan oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia. Itu belum lagi diambil kira melalui kutipan derma yang dianjurkan sepanjang kempen ‘road tour’ mereka.

Malah menurut maklumat yang diterima, di akhir ceramah anjuran pakatan pembangkang, hampir setiap malam mereka mengedarkan ‘karung duit’ bagi mengutip derma daripada para hadirin yang hadir kononnya untuk membantu keluarga mangsa tragedi.

Masakan tiada sambutan langsung dari pengikut, ahli, penyokong dan para dermawan Pas. Apakah isyarat senyap dan sunyi itu bermaksud kutipan tabung tersebut GAGAL mengutip walaupun RM10.00? Apakah ia bermaksud semua pengikut, ahli, penyokong dan para dermawan Pas sebenarnya terdiri daripada mereka yang bakhil?

Sudah tentu tidak. Ini kerana Pas yang selama ini mendakwa sebagai pejuang Islam sudah tentu berjaya mendidik pengikut, ahli, penyokong dan para dermawan mereka agar sentiasa bersifat pemurah.

Sekiranya Tabung Wira Negara anjuran kerajaan BN berjaya mengumpulkan RM3.2 juta, Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu anjuran Pas paling kurang tentu berjaya mengutip RM 4-5 juta. Ini kerana Pas yang sering mendakwa lebih Islam dari orang lain sudah pasti akan menyumbang melebihi mereka yang tidak berapa nak Islam.

Namun, persoalannya ialah ke mana GHAIBNYA semua sumbangan tersebut? Masakan kutipan yang sebegitu ‘banyak’ tidak dijalankan sebarang ‘audit’? Apakah tiada satu pun jawatankuasa pemantau yang menguruskan tabung tersebut?

Masyarakat perlu mendesak agar parti menjawab semua persoalan dan kekeliruan yang dibangkitkan ini. Atau setidak-tidaknya pengikut, ahli, penyokong dan para dermawan yang telah menyumbang melalui akaun seperti yang pernah dipromosikan oleh Harakah.

Kesimpulannya sekiranya sumbangan derma tersebut ‘masih ada’ Pas WAJIB menyerahkan kepada mereka yang berkenaan. Ini kerana sebagai sebuah PARTI POLITIK yang kononnya berpegang kepada DASAR ISLAM, sudah tentu mempunyai golongan ulama yang tahu akan hukum memakan harta anak-anak yatim.

Bukanlah niat untuk menuduh Pas telah ‘memakan’ jumlah kutipan tabung tersebut, hanya ingin meminta penjelasan bagi mengelakkan sebarang persepsi buruk.


04/11/2013

Analisa BN Tempangkan PAS Di Sg Limau

Keputusan Pilihanraya N20 Sg Limau sudah pun diketahui umum. Jangkaan PAS mempertahankan kerusi DUN tersebut telah pun dijangka. PAS memperoleh 12,069 undi manakala BN memperoleh 10,985 undi. Keputusan ini memperlihatkan majoriti PAS merosot kepada 1,084 berbanding 2,774 majoriti pada PRU 13 yang lalu.

Walau bagaimanapun, usaha keras BN menembusi kubu kuat PAS telah menempangkan PAS di Sg Limau. PAS dan Pakatan Rakyat telah menggunakan seluruh kekuatan jenteranya untuk mempertahankan DUN Sg Limau. PAS dilihat sangat terdesak sehingga memaksa mereka mengerahkan jentera pemudanya untuk membuat flash mob motosikal dan kereta sepanjang hari pengundian. Ini telah menyebabkan kesesakan teruk sepanjang lebih 15 km di semua peti undi.

Kemerosotan undi terhadap PAS juga adalah disebabkan penolakan pengundi terhadap kepimpinan Mahfuz Omar selaku Pengarah Pilihanraya PRK N20 Sg Limau. Mahfuz Omar sangat dikenali sebagai orang di belakang Dr Phahrolrazi untuk menentang Allahyarham Tan Sri Azizan suatu ketika dahulu. 

Ini terbukti apabila beberapa Daerah Mengundi yang menjadi tradisi PAS telah membuat kejutan dengan memilih Dr Sohaimi Lazim. Antara Daerah Mengundi yang merupakan kubu kuat PAS tetapi telah tumbang kepada BN adalah Daerah Mengundi Kabu 10, Daerah Mengundi Sungai Limau, Daerah Mengundi Sedaka dan daerah Mengundi Padang Lumat. Faktor ini didorong oleh perpecahan dalaman PAS selain kemarahan akibat banyak campur tangan petugas luar negeri Kedah. 

Antara faktor berubah undi juga pastilah sebagai tanda protes dan kemarahan penyokong PAS terhadap kem Mahfuz Omar dan Phahrolrazi.

Antara faktor lain yang menyebabkan kemerosotan undi kepada PAS adalah pengundi luar. Pengundi luar yang pulang mengundi amat rendah. Ini dipengaruhi oleh tarikh hari pengundian yang jatuh pada hari bekerja. Selain itu, tahap keyakinan yang tinggi terhadap PAS untuk mengekalkan kemenangan juga mendorong pengundi luar untuk tidak pulang mengundi.

Menurut penganalisis politik, faktor kecil pengundi Cina juga telah menjejaskan undi terhadap PAS. Pada PRU 13 yang lalu, hampir 90% pengundi Cina telah keluar mengundi dan 87% daripadanya telah memilih PAS. Beliau menambah, pada kali ini hanya 51% pengundi Cina mengambil keputusan untuk mengundi. Hampir 49% daripadanya telah memilih calon Barisan Nasional manakala selebihnya memilih calon PAS. 

Isu ekonomi seperti kenaikan harga minyak dan Cukai Barangan & Perkhidmatan telah mendorong pengundi Cina kekal mengundi PAS. Kemerosotan jumlah keluar pengundi Cina adalah disebabkan mereka mula berasa tertipu oleh janji – janji manis Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim sekaligus mengambil keputusan untuk tidak keluar mengundi. Inilah adalah tanda protes diam masyarakat Cina terhadap Pakatan Rakyat dan sekiranya trend ini berterusan maka peluang untuk pengundi Cina pulang kepada Barisan Nasional sangat tinggi.

Secara moralnya Barisan Nasional telah berjaya mengubah paradigma pemikiran pengundi di Sg Limau. PAS hanya memenangi 9 Pusat Daerah Mengundi berbanding 13 Pusat Daerah Mengundi pada PRU lalu. Manakala BN telah meningkat dengan baik apabila memenangi 10 Pusat Daerah Mengundi daripada 19 Pusat Daerah Mengundi keseluruhan. Kesimpulannya, laungan Berani Hijrah oleh Barisan Nasional telah menempangkan sokongan PAS di kubu kuatnya.
Sent from my BlackBerry® smartphone

02/11/2013

100 Blog Syiah Yang Patut Kita Tahu

Bismillah….
 
Berikut adalah senarai blog-blog syiah (yang menyebarkan ajaran syiah) dari Indonesia dan Malaysia yang telah saya kumpulkan melalui carian Google dengan menggunakan pelbagai kata kunci.
 
Tujuan saya mendedahkan blog-blog ini adalah agar kita semua dapat menghindarkan diri dari tersalah mengambil rujukan agama di internet.Juga bagi memudahkan mereka yang sedang membuat kajian tentang kesesatan-kesesatan yang terdapat di dalam fahaman syiah.
 
Saya menyeru kepada orang-orang yang belum mempunyai asas agama yang kukuh dengan asas al-Quran dan as-Sunnah agar tidak sesekali membaca blog-blog ini, kerana dikhuatiri kalian akan mudah terpengaruh dengan dakyah –dakyah syiah. Hal Ini kerana penganut syiah apabila cuba menyebarkan ajaran mereka kepada sunni, mereka tidak menggunakan dalil-dalil dari kitab mereka sendiri sebaliknya mereka akan menggunakan dalil-dalil dari sunni sendiri yang terdiri dari al-Quran dan as-Sunnah tetapi dengan tafsiran yang telah dipesongkan. Malah ada dari mereka yang menggunakan dalil dari syiah tetapi membuat penipuan dengan menyandarkannya kepada sumber sunni. Contohnya mengambil  riwayat dari kitab al-Kafi (sebuah kitab hadis syiah) kemudian mereka menyandarkan ianya diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.
 
Amaran keras saya kepada mereka yang sedang mencari kebenaran agar tidak menjadikan  blog-blog ini sebagai rujukan.Sesungguhnya kebenaran itu tidak dicari di dalam syiah kerana kebenaran itu di cari di dalam al-Quran dan as-Sunnah melalui kefahaman Salafussoleh.
 
1)      http://secondprince.wordpress.com/
2)      Malaysia -  http://husaynjan.wordpress.com/
3)      http://disinidandisini.blogspot.com/
4)      http://www.alhassanain.com/indonesian/index.php
5)      http://yamani.org/
6)      http://syiahahlulbait.wordpress.com/
7)      http://satuislam.wordpress.com/
8)      http://www.al-shia.org/html/id/
9)      http://xr4y.pun.bz/
10)   http://www.icc-jakarta.com/
11)   http://indonesian.irib.ir/
12)   Malaysia – http://www.arridha.com/
13)   http://hauzahmaya.com/
14)   http://syiar.net/
15)   http://alwayshikmah.wordpress.com/
16)   http://satuislam.org/
17)   http://sinaragama.org/
18)   http://ahlulbaitindonesia.org/
19)   http://www.islamtimes.org/ms/
20)   http://www.ipabionline.com/
21)   http://islamitucinta.blogspot.com/
22)   http://arbainimamhusain.blogspot.com/
23)   Malaysia - http://www.shia-explained.com/
24)   Malaysia - http://almuhaddis.wordpress.com/
25)   Malaysia - http://pendokongalyamani.blogspot.com/
26)   Malaysia - http://kamilzuhairi.blogspot.com/
27)   http://pemudaahlulbait.wordpress.com/
28)   http://keluargaabi.wordpress.com/
29)   http://umfat.wordpress.com/
30)   http://abuaqilah.wordpress.com/
31)   http://cintarasulullah.wordpress.com/
32)   http://eraalquran.wordpress.com/
33)   http://musadiqmarhaban.wordpress.com/
34)   http://haidarrein.wordpress.com/
35)   http://farterh04.wordpress.com/
36)   http://infosyiah.wordpress.com/
37)   http://islamfeminis.wordpress.com/
38)   http://islamsyiah.wordpress.com/
39)   http://jakfari.wordpress.com/
40)   http://lateralbandung.wordpress.com/
41)   http://luthfis.wordpress.com/
42)   http://luthv.wordpress.com/
43)   http://mashumah.wordpress.com/
44)   http://pesantrend.wordpress.com/
45)   http://haidaryusuf.wordpress.com/
46)   http://iwans.wordpress.com/
47)   http://www.telagahikmah.org/id/en/
48)   http://eurekamal.wordpress.com/
49)   http://satriasyiah.wordpress.com/
50)   http://yatimkarbala.blogspot.com/
51)   http://menggapaikebenaran.blogspot.com/
52)   Malaysia - http://pertubuhansyiahbersatu.blogspot.com/
53)   http://ressay.wordpress.com/
54)   http://aisyah-fadiya.blogspot.com/
55)   syiahalidotwordpressdotcom
56)   Malaysia - http://abna.co/index.asp?lang=15
57)   http://abna.co/index.asp?lang=12
58)   http://www.darut-taqrib.org/
59)   http://www.tvshia.com/indonesia/
60)   http://ejajufri.wordpress.com/
61)   Malaysia - http://musamahmudzaim.blogspot.com/
62)   http://cahyono-adi.blogspot.com/
63)   http://banjarkuumaibungasnya.blogspot.com/#axzz2iu7dA0TM
64)   http://haulawahabiyah.wordpress.com/
65)   http://www.balaghah.net/nahj-htm/id/index.htm
66)   abusalafydotwordpressdotcom
67)   http://sunnisyiah.blogspot.com/
68)   http://dialogsunni-syiah.blogspot.com/
69)   http://www.islamshia-w.com/Portal.aspx?Cultcure=id
70)   http://www.leader.ir/langs/id/
71)   http://fauzifathurrahim-palestinakita.blogspot.com/#axzz2izOgsO3B
72)   http://sukapura.wordpress.com/
73)   http://buletinmitsal.wordpress.com/
74)   Malaysia - http://mahdawiyyat.blogspot.com/
75)   http://indosyiah.blogspot.com/
76)   Malaysia - http://abalzahra14.blogspot.com/
77)   http://laskarimamzaman.blogspot.com/
78)   Malaysia - http://ummuabiha.blogspot.com/
79)   Malaysia - http://hanazaka.blogspot.com/
80)   Malaysia - http://pure-hadharist.blogspot.com/
81)   Malaysia - http://reyhane-masoumah.blogspot.com/
82)   http://update-islam.blogspot.com/
83)   http://mawarkarbala.blogspot.com/
84)   http://www.voiceofpalestine.net/
85)   http://nabil-on-the-spot.blogspot.com/
86)   http://islamquest.net/id/
87)   Malaysia - http://islamquest.net/ms/
88)   http://www.alqoimkaltim.com/
89)   http://baytalhikmahinstitute.com/
90)   http://www.mp3uing.net/media-pidato-rahbar-di-gnb-ke-8-zimbabwe-3
91)   http://albanduni.wordpress.com/
92)   http://www.taqrib.info/indonesia/
93)   http://www.mahdi-news.com/
94)   http://www.tokobukuahlulbait.net/
95)   http://achehkarbala.blogspot.com/
96)   http://www.nurmadinah.com/
97)   Malaysia - http://almawaddah.id1945.com/buku/
98)   http://markaskio.wordpress.com/
99)   http://ridhoyahya89.blogspot.com/
100) Malaysia - http://al-huda.net/cari_arkib_arkib.php?id=1
Sent from my BlackBerry® smartphone

01/11/2013

Macam Biasa Anwar Buat Provokasi Wujukan Suasana Kecoh

Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) malam tadi dimaklumkan akan kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ke Sungai Limau bagi membantu jentera kempen Pas. Tambah menarik dia turut dijadualkan akan bersolat di salah sebuah masjid sekali gus memberikan ceramah politik dengan menggunakan alasan tazkirah. Nama masjid sengaja tidak dimasukkan bagi mengelakkan promosi percuma diberikan.


Menurut unit risikan dan gerak saraf program tersebut sengaja diada-adakan bagi mencetuskan provokasi sehingga mencetuskan kekecohan. Ini kerana Anwar dan jentera Pas ingin menggunakan alasan tersebut bagi menggambarkan kononnya penyokong BN/Umno ganas dalam berkempen.


Sedangkan sehingga pagi ini, jawatankuasa masjid tersebut dikatakan masih lagi tidak dimaklumkan mengenai program ceramah tersebut. Inilah antara taktik Anwar setiap kali tiba pilihan raya sama, hadir untuk solat berjemaah di masjid atau surau. Sejurus selepas solat tersebut, beliau akan meminta ‘agennya’ untuk menyediakan tempat untuk membolehkannya menyampaikan ceramah.


Tindakan tersebut sudah tentu akan menimbulkan kemarahan penduduk setempat yang marah dengan perbuatan Anwar kepada negara selama ini. Sudah tentu mereka yang tidak bersetuju dan menghalang Anwar dari berceramah sekali gus menimbulkan suasana kecoh.


Apabila berlaku kekecohan, Anwar dan jentera Pas akan segera menggunakan isu tersebut, kononnya dia dihalang oleh penyokong Umno untuk bersolat di masjid. Mereka yang taasub dengan Anwar akan segera percaya dengan fitnah tersebut dan segera menyebarkannya untuk pengetahuan umum.


Inilah taktik sebenar Anwar, dia tahu masyarakat Melayu mudah percaya dengan cerita-cerita rekaannya dan kesempatan tersebut akan digunakan sebaik mungkin untuk menanamkan sentimen kebencian rakyat. Secara mata kasar, Anwar mungkin nama lemah dan tidak berdaya, namun mereka yang mengenalinya secara dekat tahu, siapa sebenarnya makhluk yang bernama Anwar Ibrahim ini.


Lihat sahaja kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh mereka yang pernah rapat dengan Anwar. Antaranya Datuk Zulkifli Nordin yang sebelum ini mendedahkan dia pernah diarahkan oleh Anwar untuk menyediakan bom ‘molotof cocktail’ bagi mencetuskan suasana huru-hara ketika zaman reformasi.

Malah sehingga hari ini, Anwar masih lagi tidak berani untuk menyaman bekas peguamnya itu sekali gus membuktikan semua yang dinyatakan itu ada kebenarannya.

31/10/2013

WIEF - Antara RM2.26 billion Dengan Isu Tertidur  

 
Forum Ekonomi Islam Dunia ke-9 menyaksikan Dato' Seri Najib Razak menandatangani Memorandum Persefahaman dan juga Perjanjian bernilai USD720 juta (RM2.26 billion) dengan beberapa pihak yang merangkumi potensi kerjasama, pembelian dan pajakan serta perkhidmatan kesihatan. 
 
Antaranya, BAE Systems PLC iaitu satu dari empat syarikat yang dikenalpasti bagi program penggantian MIG-29N, akan bekerjasama dengan NanoMalaysia Bhd dan ISIS Innovation Ltd untuk meneroka peluang bagi teknologi prototaip dan pusat pembangunan di Malaysia.  
 
Selain itu, Clixster Mobile, Angkasa dan Hi-P International akan bekerjasama membangunkan, mengeluarkan dan juga memasarkan Android smartphone dengan perisian dan aplikasi Islamik untuk negara-negara Islam.

KFM Holdings Sdn Bhd pula akan bekerjasama dengan YDA Insaat Sanayi Ve Ticaret AS untuk membina kemudahan kesihatan yang canggih di Turki.

Felda Global Ventures Holdings Bhd akan bekerjasama dnegan Cambridge Nanosystems bagi mengeluarkan nanotiub karbon berkualiti tinggi daripada sisa kelapa sawit. 
 
ACMS Trent Park Sdn Bhd bersama dengan Exim Bank Malaysia akan membangunkan pelaburan ke atas 8.42 hektar tanah dan lebih 20 bangunan.
 
Ini adalah antara 'hasil' dari WIEF yang melibatkan Malaysia. 
 
Bagaimanapun, tiada satu pun di antaranya yang menarik minat pembangkang untuk diperkatakan.  Pembangkang bagaimanapun, begitu seronok memainkan gambar Perdana Menteri yang terlelap sekejap di atas pentas WIEF tatkala program berlangsung. 
 
Perdana Menteri yang keletihan kerana telah bekerja tanpa henti sejak seminggu lalu. Beliau dikhabarkan tidak berehat langsung bagi menyediakan Bajet 2014 dan seterusnya membentangkannya pada hari Jumaat sebelum menghadiri Persidangan Parti Gerakan pada hari berikutnya dan kemudiannya terus ke London pula untuk WIEF.  Setibanya di sana, beliau terus memenuhi jadual yang ketat termasuk perjumpaan dan acara rasmi dengan beberapa pemimpin luar tanpa mengira somptom gangguan ritma masa. 
 
Maka, tidak hairanlah beliau begitu keletihan dan terlelap, itu pun setelah memastikan semua tugas penting berjalan lancar. 
 
Terpulang kepada pengkritik untuk melihatnya sebagai satu tanda kelemahan, namun, apa yang pasti ialah 'hasil' RM2.26 billion tentunya bukanlah satu tanda kelemahan.  Jumlah itu dengan sendirinya membuktikan keyakinan negara luar terhadap Malaysia sekali gus kebijaksanaan dan kecekapan Perdana Menteri. 
 
Jumlah itu juga menjadikan segala pengorbanan masa dan tenaga beliau kepada negara adalah berbaloi. 
 
Seharusnya, pembangkang turut merasa bangga dengan keyakinan negara luar terhadap Malaysia, bukannya gembira mempermainkan Perdana Menteri yang telah bertungkus lumus untuk kita.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...