Followers
11/10/2013
Pertahankan Kemuliaan Islam
09/10/2013
Cubaan DAP Rasuah ROS
Pemilihan CEC DAP berlangsung dengan penuh manipulasi telah mendedahkan betapa buruk dan jahatnya pemimpin-pemimpin DAP itu.
Biarpun manipulasi DAP telah terdedah tetapi DAP tidak mahu mengaku salah dan cuba menipu dengan berbagai cara bagi melepaskan diri. DAP sebolehnya enggan disiasat kerana bimbang segala perbuatan mereka menipu ahli akan terbongkar.
Maka kita tidak terkejut apabila sebuah blog, DAP Insiderhttp://thedapinsider.blogspot.com/ mendedahkan sesuatu yang sebenarnya telah lama disyaki oleh ramai iaitu DAP cuba merasuah ROS bagi menyelesaikan isu pemilihan CEC.
Untuk itu, DAP mengharapkan ROS agar membatalkan sahaja parti itu supaya tiada siasatan boleh dilakukan. Difahamkan Lim Guan Eng dan kuncu-kuncunya juga benar-benar takut sekiranya mereka tidak dapat mengekalkan jawatan andai diadakan pemilihan semula. Lalu, mereka berbincang dengan Karpal Singh dengan kehadiran RSN Rayer untuk mencari penyelesaian.
RSN Rayer kemudiannya dijadikan orang suruhan untuk 'berbincang' dengan ROS. Dengan tawaran rasuah sejumlah RM500,000, ROS diminta agar membatalkan sahaja parti DAP tanpa sebarang siasatan dilakukan.
Cara ini juga akan membolehkan DAP mendaftar semula parti mereka dengan mengubah perlembagaan di mana jawatan Setiausaha Agung adalah kekal. Beberapa perkara lain akan turut dikaji semula bagi memastikan Dinasti Lim kekal di tampuk kepimpinan tertinggi.
Selain itu, laman DAP Insider juga turut mendedahkan bagaimana DAP dengan sengaja melanggar beberapa peraturan dalam proses mengadakan pemilihan semula agar rancangan mereka untuk membatalkan penubuhan parti berjaya.
Jika ini benar, maka tidak hairanlah DAP begitu 'bengang' dengan ROS walaupun segala masalah mereka bukannya berpunca dari ROS. Masalah DAP sebenarnya berpunca dari ahli-ahli parti itu sendiri yang telah membuka mata dan bangkit mempertahankan hak mereka.
Malangnya, 'kebangkitan' mereka hanyalah separuh jalan.
Seperti yang kita tahu, jika sebelum ini hanya 753 yang dinafikan hak mengundi, tetapi dalam pemilihan semula pada 29 September lalu, seramai 851 orang perwakilan pula dilaporkan 'hilang' dan tidak hadir untuk mengundi. Ini bermakna lebih ramailah yang 'terlepas' hak untuk memilih pemimpin di dalam DAP.
Sehingga ke hari ini kita tidak tahu apa yang terjadi dengan kesemua 851 orang itu kerana tiada di antara mereka yang tampil membuat penjelasan atau aduan kepada ROS. Pemimpin DAP juga tidak dapat menjelaskan perihal 'kehilangan' mereka-mereka ini.
Hairan sekali, jika mereka sanggup bersusah payah membuat aduan kerana tidak dapat mengundi dalam pemilihan awal, kenapa mereka tetap tidak hadir apabila pengundian diadakan semula?
Mungkinkah bajet RM500,000 yang diperuntukkan untuk rasuah ROS itu telah digunakan untuk memastikan 851 perwakilan itu hilang dan menutup mulut? Ini tidak mustahil kerana dari apa yang kita dengar, DAP menyelesaikan masalah dengan dua cara sahaja iaitu sama ada rasuah ataupun ugut.
Tak tahulah sama ada apa yang kita dengar itu benar, tetapi yang pasti tiada apa yang buruk yang tidak mustahil bagi DAP.
Sent from my BlackBerry® smartphone
Melayu Tak Masuk DAP Kerana Utusan - Apa Punya Gila?
Blog Lim Kit Siang, baru-baru ini menyiarkan tulisan Liew Chin Tong, Ahli Parlimen DAP Kluang yang bertajuk 'What Utusan Doesn't Know About DAP' (Apa yang Utusan Tidak Tahu Mengenai DAP).
Liew sebagai calon yang mendapat undi tertinggi menganggap bahawa serangan Utusan terhadap Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP kerana gagal mendapat undi tertinggi dalam pemilihan semula CEC sebagai melucukan. Hujah Liew lagi, sistem pemilihan CEC DAP dilakukan secara lebih demokratik dengan membandingkannya dengan sejarah pemilihan UMNO. Sedangkan hakikatnya, UMNO telah menyaksikan pertukaran Presiden dan Naib Presiden beberapa kali tetapi DAP masih dipegang oleh orang yang sama sejak dahulu lagi.
Oleh itu, pertama sekali, kita ingin bertanya Liew bahawa benarkah serangan Utusan terhadap Lim Guan Eng itu lucu? Kita percaya, jika ia lucu, maka Liew tidak akan membuang masa menulis artikel ini untuk membela DAP dan menjaga air muka Lim Guan Eng.
Keduanya, Liew nampaknya telah tidak faham isu yang ditulis oleh Utusan Malaysia mengenai CEC DAP - mungkin kerana masalah pemahaman bahasa?
Untuk pengetahuan Liew, isu di sini bukan tentang sistem pemilihan siapa yang lebih demokratik antara DAP dan UMNO, tetapi tentang kenapa 753 perwakilan DAP telah tidak menerima notis mesyuarat bagi pemilihan CEC Disember lalu? Dan kenapa DAP menyatakan bahawa mereka menghantar surat memberitahu tidak akan hadir sedangkan mereka menafikannya? Dan ia juga berkenaan kenapa 851 perwakilan telah tidak hadir dalam pemilihan semula yang diadakan pada 29 September lalu dan juga kenapa terlalu ramai calon yang menarik diri di saat akhir?
Kenapa Liew tidak menjawab isu ini? Kenapa perlu dituding jari kepada Utusan, ROS, UMNO dan serata arah? Bukankah semua soalan ini mudah sahaja?
Justeru, rakyat semakin yakin bahawa semua yang berlaku ini tentunya ada kena mengena dengan jumlah undi Lim Guan Eng walau berapa pun undinya.
Liew juga membangkitkan soal UMNO yang bersifat perkauman dan membandingkan dengan DAP yang menerima Zairil Khir Johari, kononnya seorang Melayu, untuk memegang jawatan dalam CEC. Nampaknya, Liew bukan sahaja tidak faham bahasa tetapi tidak habis membaca . Jika Liew membaca, beliau tentu tahu bahawa pendedahan telah dibuat secara besar-besaran oleh semua pihak bahawa Zairil bukan Melayu dan semua orang-orang Melayu sudah tahu akan hakikat ini.
Nama Zairil ialah Christopher dan bapanya ialah Howard Lim. Apa Liew ingat orang Melayu UMNO sama bodoh dengan Melayu DAP untuk ditipu mengenai bangsa Zairil?
UMNO adalah parti Melayu, kerana itu ia bekerjasama dengan MIC dan MCA bagi memastikan kaum lain tidak terpinggir. Dengan cara itu, kaum India dan Cina turut mempunyai platform yang sama kuat dengan UMNO untuk bersuara dalam politik negara.
Berbeza dengan DAP, yang walaupun mendabik dada sebagai parti berbagai kaum tetapi DAP tidak memberi peluang untuk Melayu dan India bersuara. Malah, kemelut yang melanda CEC juga adalah berpunca dari majoriti perwakilan dari kaum India telah dinafikan hak mengundi .
Untuk kaum Melayu pula, DAP terus menipu dengan meletakkan Christopher Lim sebagai wakil Melayu! Walhal, ada beberapa lagi Melayu lain yang telah berdekad-dekat membodohkan diri kepada DAP tidak pula dilantik sebagai wakil Melayu. Mungkin DAP tahu, bahawa mereka bodoh sebab itu tidak dilantik kerana kalau tidak bodoh mana mungkin mereka terus setia bersama DAP sebegitu lama biarpun dipijak-pijak dan disepak-sepak selalu.
Sungguh melucukan (ini baru betul-betul lucu) apabila Liew menyalahkan Utusan Malaysia sebagai punca tidak ramai Melayu menyertai DAP. Kononnya, berita-berita yang dilaporkan oleh Utusan dan juga TV3 serta media-media UMNO lain sering menggambarkan DAP sebagai begitu buruk sehingga orang Melayu takut untuk menyertai DAP.
Hakikatnya, DAP berbuat yang sama terhadap UMNO dengan menggambarkan UMNO begitu rasis agar orang-orang Cina menjauhkan BN. Tetapi, apa yang DAP tuduh terhadap UMNO tidak benar dan mudah dipatahkan kerana seluruh dunia tahu betapa bertuahnya kaum Cina di Malaysia yang diperintah oleh BN dan diterajui oleh UMNO!
Sebaliknya, keburukan DAP yang disampaikan oleh Utusan Malaysia adalah benar belaka dan ia disahkan sendiri oleh DAP melalui apa yang terjadi dalam pemilihan CEC. Kesimpulannya Melayu tak masuk DAP bukan kerana Utusan Malaysia, tetapi kerana Melayu tidak mahu diperintah oleh kiasu penipu, rasis, chauvinis dan komunis.
Justeru, berbalik kepada artikel Liew yang bertanya 'apa yang Utusan tidak tahu tentang DAP', maka jawapannya mudah iaitu Utusan tidak tahu kenapa 753 perwakilan DAP tidak mendapat notis mesyuarat CEC Disember lalu dan ke mana perginya 851 perwakilan DAP dalam pemilihan semula September lepas.
Bolehkah Liew tolong jawabkan?
Sent from my BlackBerry® smartphone
07/10/2013
Nurul Izzah Hina Rakyat Berpendapatan Rendah
bertanggungjawab untuk mencari orang hilang. Malah, dalam isu agama juga Nurul Izzah tidak berfikir panjang, tetapi menyerbu sesuka hatinya dalam keghairahan untuk meraih undi bukan Islam. Kerana itu, beliau sanggup menyatakan bahawa orang Islam juga berhak murtad iaitu satu kenyataan yang kurang tepat dari konteks Islam, dan salah dari segi politik.
Seperti bapanya, Nurul Izzah suka mencari publisiti murah atas perkara yang remeh. Namun, sesekali, Nurul Izzah kelihatan teringin juga menyentuh soal yang lebih berat seperti pertahanan negara. Bagaimanapun, ia berakhir dengan beliau telah dikecam hebat kerana merisikokan rahsia negara terbongkar luas.
Hari ini, Nurul Izzah mencari publisiti murah lagi dengan terus
menghentam produk-produk 1Malaysia. Kita faham keterdesakan Nurul Izzah yang namanya semakin pudar dalam politik negara. Kita juga faham Nurul agak malu dan tertekan dengan ejekan orang ramai terhadap tindakan bapanya membuat 'make-over' ke atas wajah yang ketandusan seri. Dan Nurul perlu mengalih perhatian ramai.
Maka, Nurul pun menghentam Klinik 1Malaysia. Katanya, klinik ini tidak berkualiti dan bertaraf dunia ke-3 kerana tidak menyediakan doktor tetapi hanya Pembantu Perubatan untuk merawat pesakit. Benar, bahawa klinik ini tidak menyediakan khidmat doktor kerana memang itupun yang diumumkan kepada rakyat iaitu objektifnya ialah untuk
menangani sakit ringan dan biasa sahaja.
Objektif ini bertepatan dengan keperluan rakyat berpendapatan rendah yang memerlukan khidmat perubatan yang murah, dekat dan mudah bagi sakit biasa seperti luka, demam, batuk, selsema, cirit-birit atau sakit kepala, dan yang sepertinya. Sakit seperti ini adalah bermusim dan mudah tersebar. Bagi sebuah keluarga yang ramai, kewujudan Klinik 1M ini tentulah memudahkan, daripada mereka terpaksa bersilih ganti ke klinik lain yang lebih mahal untuk mendapatkan ubat yang sama.
Selain itu, ia juga bagi memudahkan pesakit yang memerlukan ubat berterusan bagi penyakit seperti darah tinggi atau insulin bagi pengidap kencing manis dan sebagainya. Dengan adanya klinik 1M ini, pesakit seperti ini tidak perlu lagi menapak ke hospital setiap kali kehabisan bekalan ubat-ubatan.
Kerajaan tidak pernah menjanjikan Klinik 1M sebagai bertaraf sebuah
klinik pakar tetapi hanya menjanjikan yang ia mampu memudahkan dan mengurangkan beban kos rakyat bagi mendapatkan ubat-ubatan biasa. Oleh itu, kritikan Nurul Izzah adalah tidak relevan sama sekali.
Untuk pengetahuan Nurul Izzah, Dato' Seri Najib bukan berperangai
seperti Anwar Ibrahim yang gemar berjanji bulan dan bintang walaupun tidak mampu menyediakannya. Dato' Seri Najib menjanjikan perkara yang logik dan praktikal berdasarkan kemampuan negara.
Nurul Izzah pastinya mempunyai mentaliti dunia ketiga yang sentiasa mengharapkan perkhidmatan taraf pertama dengan kos yang paling rendah atau percuma. Beliau juga tentu menyangka yang semua ahli politik adalah penipu seperti bapanya.
Hakikatnya, BN tidak pernah menipu. Buktnya, Klinik 1M telah pun wujud dan menepati objektif penubuhannya sepertimana yang dijanjikan. Ia telah terbukti diterima baik oleh rakyat dan berjaya.
Justeru, daripada Nurul Izzah asyik tersalah kritik, mungkin lebih
baik jika Nurul Izzah cuba bentangkan apakah yang telah dilakukannya atau partinya yang mampu membantu dan memudahkan hidup rakyat?
Rasanya, sudah sampai masanya Nurul berpolitik secara matang, bukan dengan cara dunia ke-3.
Sent from my BlackBerry® smartphone
PERANAN MELAYU DALAM DAP
Bagaimana pula undi untuk Melayu DAP? Lapan orang bertanding. Zairil, orang kuat Guan Eng terselamat di tangga ke-12 setelah memperoleh 1,132 undi. Beliau memperbaiki kedudukan berbanding 803 undi pada 2012. Melayu lain ialah Ariffin S.M Omar di tempat ke-28 (441 undi) berkongsi kedudukan dengan Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Ahmad Ton (351), Zulkifli Mohd Noor (220), Solaiman Op Syed Ibrahim (103) dan Harun Ahmad (87). Roseli Abdul Ghani yang menarik diri masih mendapat 61 undi berbanding pemilihan lalu memperoleh 69 undi. Bagi memenuhi kuota Melayu, Ariffin, anggota Dewan Negara kemudiannya dilantik sebagai salah seorang naib pengerusi. Begitulah kedudukan Melayu dalam DAP.
Sent from my BlackBerry® smartphone
04/10/2013
LAGAK HERO ANWAR DI NEW YORK TIDAK DIPEDULIKAN AMERIKA
03/10/2013
Tarikh PRK Sungai Limau ditetapkan pada 4 November
Tarikh PRK Sungai Limau ditetapkan pada 4 November
Astro Awani| Kemas kini: Oktober 03, 2013
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata daftar pemilih itu mengandungi 27,222 pemilih berdaftar dan dua pengundi tidak hadir luar negara.
"Untuk pilihan raya kecil Sungai Limau, tidak ada pengundi-pengundi dalam kategori pengundi awal iaitu anggota tentera dan polis dalam senarai Daftar Pemilih," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini, hari ini.
Katanya, daftar pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk 2012 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar-Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2013 dan Suku Tahun Kedua 2013 yang dikemas kini sehingga 26 Sept lepas.
Sebelum itu, Abdul Aziz mempengerusikan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Sungai Limau.
Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.
Azizan meninggal dunia pada 11.05 pagi Khamis lepas di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar selepas hampir lima bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), pada 5 Mei lepas, Azizan mengekalkan DUN Sungai Limau selepas menang dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru termasuk sepupu beliau, Mohd Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional.
Ini merupakan pilihan raya kecil kedua selepas PRU-13 dengan yang pertama pilihan raya kecil DUN Kuala Besut diadakan pada 24 Julai lepas.
Abdul Aziz berkata bagi menjalankan pilihan raya kecil DUN Sungai Limau, sebanyak 17 Pusat Mengundi akan dibuka untuk tujuan pengundian yang mengandungi 58 Saluran Tempat Mengundi.
Beliau berkata seramai 492 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini.
"Anggaran kos perbelanjaan bagi menjalankan pilihan raya kecil ini adalah sebanyak RM1,336,987," katanya.
Abdul Aziz berkata SPR yang bermesyuarat hari ini bersetuju untuk melantik Pegawai Daerah Yan sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan tiga orang Penolong Pegawai Pengurus bagi menjalankan pilihan raya kecil berkenaan.
Bagi tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, beliau berkata SPR juga bersetuju untuk menubuhkan tiga Pasukan Penguat kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).
Sementara itu, beliau berkata Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi bahagian pilihan raya berkenaan akan mula dijual pada 10 Okt.
Beliau berkata para pengundi dalam bahagian pilihan raya berkenaan boleh membuat semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi melalui laman sesawang SPR, www.spr.gov <http://www.spr.gov>. my dan melalui SMS dengan menaip SPR <jarak> SEMAK <jarak> No Kad Pengenalan dan hantar kepada 15888 mulai 10 Okt ini.
"Para Pengundi boleh menelefon Ibu Pejabat SPR di Putrajaya 03-88856565 dan Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah 04-700 1313," katanya.
Bagi maksud permohonan undi pos pada pilihan raya kecil ini, Abdul Aziz berkata warganegara Malaysia yang berada di luar negara, pegawai dan petugas pilihan raya serta petugas media boleh membuat permohonan undi pos mulai 3 Okt dengan memuat turun borang permohonan dari laman sesawang SPR.
"Tarikh tutup permohonan undi pos bagi warganegara Malaysia di luar negara ialah pada Hari Penamaan Calon.
"Bagi petugas pilihan raya dan petugas media, tarikh tutup permohonan undi pos ialah dua hari selepas Hari Penamaan Calon," katanya.
Mengenai penggunaan dakwat kekal, Abdul Aziz berkata jenis dakwat dan cara penggunaan adalah sama seperti pada pilihan raya kecil Kuala Besut.
"Pengalaman penggunaan dakwat kekal di sana begitu baik dan kita tidak menerima sebarang aduan. Jadi cara dan dakwat yang sama akan digunakan pada pilihan raya kecil itu nanti," katanya.