Followers

12/07/2013

Peluang Barisan Nasional Menang Besar di Kuala Besut

PRK Kuala Besut pada 24 Julai ini dilihat memberi banyak kelebihan kepada Barisan Nasional dari berbagai aspek. Kuala Besut mempunyai 17,638 pengundi dengan majoriti Melayu.  Oleh yang demikian pertandingan adalah antara UMNO dan PAS.  Dalam PRU-13 yang lalu, BN telah memenangi kerusi ini dengan majoriti yang agak selesa iaitu 2,434. 
Memahami kehendak rakyat masa kini yang inginkan perubahan, BN meletakkan calon muda dan berpendidikan tinggi iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang juga merupakan anak jati Kuala Besut. 
Tengku Zaihan berusia 37 tahun merupakan bekas Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Bahagian Korporat. Beliau berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam dari Universiti Sains Malaysia (USM).   Bapa beliau adalah seorang guru agama dan amat dikenali oleh penduduk kawasannya.   Dengan latarbelakang keluarga dan pekerjaannya, pemilihan Tengku Zaihan sebagai calon langsung tidak mengejutkan masyarakat setempat. 
Tengku Zaihan juga mempunyai sifat rendah diri dan mudah mesra sepertimana kebanyakan ‘orang-orang pantai’ iaitu gelaran yang diberi kepada masyarakat di situ. 
Selain faktor calon, BN juga dilihat mempunyai kelebihan dari segi isu-isu semasa.  Perkembangan selepas PRU-13 menunjukkan bahawa ramai orang-orang PAS mula kembali ke bumi nyata dan menyedari permainan DAP.   Melalui keputusan PRU itu, jelas terbukti bahawa DAP langsung tidak mengundi PAS dan hanya berminat untuk memperjuangkan kepentingan kaum Cina. 
Perlu diingatkan juga bahawa Terengganu merupakan tempat bermulanya perpecahan umat Islam yang bertitik-tolak dari Amanat Haji Hadi, pemimpin PAS negeri itu.   Amanat tersebut telah mengkafirkan UMNO kerana dikatakan menggunapakai perlembagaan penjajah yang sekular kerana memisahkan agama dengan politik. 
Walaubagaimanapun, isu pertukaran agama kanak-kanak di bawah umur yang sedang hangat diperkatakan kini telah memaksa PAS akur bahawa UMNO dan perlembagaan UMNO bukan kafir. Malah UMNO dan perlembagaan itulah yang memastikan agama Islam berada di kemuncak tertinggi di dalam negara ini.  
Namun, DAP terus menerus mencabar kedudukan agama Islam dan Melayu yang mana menyebabkan penyokong-penyokong PAS merasa ‘terganggu’ dan ‘cuak’ untuk terus memberi sokongan kepada PAS selagi parti itu bekerjasama dengan DAP. 
Justeru, kita menyangka BN tidak punya masalah untuk menang besar dalam PRK ini andainya jentera parti bijak mengenengahkan isu-isu semasa seperti ini, selain isu-isu setempat yang dekat dengan masyarakat Kuala Besut. 
Keputusan PAS meletakkan seorang kontraktor iaitu Azlan Yusoff, dilihat tidak akan berjaya menggugat BN.  Azlan berumur 48 tahun lebih dikenali dengan panggilan ‘Che Long’ oleh penduduk tempatan pernah memiliki sebuah stor kayu di daerah itu.
Dari apa yang tersebar di internet, PAS nampaknya menjulang Azlan sebagai ‘orang kaya’ sebagai justifikasi
kepada pencalonannya.  Kita tidak faham bagaimana ‘kaya’ boleh dijadikan modal politik untuk meyakinkan rakyat bahawa calon tersebut berwibawa.
Malah, oleh kerana Azlan menjadi kaya melalui perniagaannya sebagai kontraktor (Kelas A), ramai yang tertanya-tanya projek apa atau tender apa yang telah melonjakkan Azlan sebagai orang kaya.  Bukan kita tidak tahu bahawa kontraktor merupakan sejenis perniagaan yang paling mudah terdedah kepada berbagai jenis ‘kotoran’.   Azlan juga hanya berpendidikan SPM yang mana meletakkan beliau jauh di belakang dari calon BN.   
Berdasarkan semua maklumat ini, tidak hairanlah jika kita melihat gelombang di Kuala Besut semakin  hari semakin ‘biru’ warnanya.  Semoga keputusan PRK nanti turut memantulkan kebiruan laut di pantai Terengganu. 

11/07/2013

Tengku Zaihan Teruskan Khidmat Arwah Dr Arahman


Ikrar teruskan khidmat cemerlang Dr A RahmanKUALA BESUT - Calon BN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut berazam berkhidmat untuk rakyat dan meneruskan khidmat bakti Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar sekiranya diberikan mandat oleh pengundi Besut.

Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, walaupun namanya mempunyai gelaran, beliau hanyalah orang biasa dan ia tidak sama sekali menjadi halangan kepadanya untuk mendekati rakyat.

“Itu hanya gelaran biasa sahaja seperti wan, nik dan sebagainya. Gelaran itu ada kaitan dengan nenek moyang saya dulu.

"Saya pun orang biasa dan sudah biasa bersama penduduk di Kuala Besut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menziarahi pusara Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar di Tanah Perkuburan Islam Teluk Bayu, semalam.

Tengku Zaihan berkata, khidmatnya selama lima tahun sebagai jurutera daerah di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuatkan beliau sudah biasa berhadapan dengan masyarakat khasnya penduduk kampung di Kuala Besut.

Menurutnya, beliau akan meneruskan usaha dilakukan arwah yang masih belum selesai, antaranya mendalamkan muara Kuala Besut, masalah penempatan penduduk serta meneruskan pelaksanaan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kuala Besut.

“Saya merancang untuk meningkatkan ekonomi penduduk di Dun Kuala Besut dan memajukan daerah ini seperti berusaha menambah peluang pekerjaan.

“Salah satu cita-cita saya sejak kecil adalah ingin membela nasib golongan nelayan dan sebelum itu usaha terbatas, tetapi sekiranya menang dalam pilihan raya nanti saya akan berusaha sedaya upaya untuk membantu golongan ini,” katanya.

10/07/2013

Perutusan YAB Perdana Menteri Sempena Bulan Ramadhan 1434H / 2013 M

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

1. Alhamdulillah dipanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita masih diberikan kesempatan untuk bertemu dengan Penghulu segala bulan, iaitu Ramadhan al-Mubarak yang penuh keberkatan dan kebaikan ini.

2. Kehadiran Ramadhan pada tahun ini adalah satu rahmat kepada semua rakyat Malaysia kerana kita masih berada di dalam keamanan yang berterusan dan rezeki yang melimpah ruah. Umat Islam di Malaysia sewajarnya bersyukur dengan anugerah yang sangat bermakna ini.

3. Sesungguhnya, kehadiran Ramadhan kali ini diharapkan dapat memupuk perpaduan di kalangan umat Islam di Malaysia khususnya kerana kita akan berkumpul di masjid-masjid dan surau untuk menunaikan solat sunat tarawih dan ibadat-ibadat sunat yang lain.

4. Bersempena bulan yang mulia ini, saya menyeru kepada semua umat Islam di Malaysia supaya terus kukuh bersatu demi mencapai kemajuan agama dan kesejahteraan bangsa serta kejayaan negara.

5. Mutakhir ini, perkembangan politik di negara-negara tertentu di Timur Tengah memperlihatkan betapa pentingnya nilai perpaduan dan semangat persaudaraan sesama Islam. Apabila perpaduan dan pertalian ukhuwwah itu lemah, maka akan berlakulah pertelingkahan dan perpecahan yang akhirnya melemahkan ummah. Justeru, saya menyeru agar umat Islam berpegang teguh kepada asas Al Quran dan Sunnah yang menyeru kepada pengukuhan tali persaudaraan secara berterusan.

6. Apabila kita berpaut kepada asas-asas ajaran Islam yang menyeru kearah kebaikan dan persaudaraan serta perjuangan untuk menegakkan syiar Islam secara kolektif, maka perpaduan yang kukuh akan terjalin. Perpaduan yang terbina ini lah membentuk sebuah barisan yang teratur rapi seperti bangunan yang tersusun kukuh sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah As-Saff ayat 4 yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah amat mengasihi orang-orang yang berjuang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”
7. Oleh itu, semoga Ramadhan kali ini menjadi saksi, perpaduan umat Islam sejagat dan Malaysia khususnya demi merealisasikan kejayaan Agenda Transformasi Negara bagi semua rakyat Malaysia agar dapat terus hidup aman dan damai selama-lamanya.

8. Akhir kalam, saya sentiasa mendoakan kebahagiaan semua umat Islam di dunia dan di Malaysia khususnya agar dapat memanfaatkan bulan yang penuh rahmat ini semoga kita mendapat keberkatan dan ganjaran kebaikan seribu satu bulan. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

SUMBER

05/07/2013

Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut diadakan pada 24 Julai,
pengundian awal 20 Julai manakala penamaan calon pada 12 Julai 2013 - SPR

Hari Penamaan Calon 12/7/2013 (Jumaat)
Hari Pengundian Awal 20/7/2013 (Sabtu)
Hari Mengundi Biasa 24/7/2013 (Rabu)

Daftar Pemilih Induk 2011 Dan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku 1/2012-4/2012 Serta Suku 1/2013 Seramai 17683 Pemilih
[16,534 (Biasa), 1,134 (Askar & pasangan), 14 (Polis), 1 (Pengundi tidak hadir) ] Digunapakai Pada PRK N01 Kuala Besut
Sent from my BlackBerry® smartphone

03/07/2013

Polis Cedera Dilangar Ketika Cuba Tahan Penjenayah

KULIM: Seorang lelaki disyaki penjenayah yang cuba meloloskan diri daripada ditahan, melanggar seorang anggota polis bermotosikal dengan kereta yang dipandunya.

Kejadian di Taman Seri Petaling pada 12.30 tengah malam tadi itu menyebabkan anggota polis berkenaan cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar di Hospital Kulim di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Chin Soon Song berkata anggota peronda polis yang dalam tugasan mencegah jenayah terserampak dengan sebuah kereta Proton Wira dinaiki tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan di sekitar bandar ini.

Pasukan peronda terdiri daripada kereta dan motosikal polis itu mengekori kereta terbabit dan apabila menyedari mereka diekori, kereta yang dinaiki tiga lelaki itu dipecut laju.

"Selepas kira-kira tiga kilometer, kereta itu terbabas dan terkepung apabila memasuki jalan mati. Dua daripada tiga lelaki dalam kerata itu melarikan diri manakala pemandu kereta yang dipercayai panik cuba mengundurkan kereta dan melanggar seorang anggota polis bermotosikal," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, polis menahan pemandu kereta berusia 19 tahun itu dan hasil pemeriksaan terhadap kereta itu, polis menemui sebuah beg galas berisi komputer riba, kamera digital dan beberapa telefon bimbit yang dipercayai barang curi. - BERNAMA
Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Anggotapoliscederadilanggarkeretaketikacubatahanpenjenayah/Article/?bh
Sent from my BlackBerry® smartphone

02/07/2013

Gambar Masjid Atas Lantai Di Laluan Utama

Wow! Apa dah jadi ni. Macam mana pihak pengerusan permis ini boleh biarkan gambar masjid ni di letak atas lantai kena pula tempat orang ramai lalu lalang.

Memang di sengajakan gambar ini diletakkan di laluan utama. Dahlah tu orang yang berjalan pun langsung tak peka apa yang di pijak.
Sent from my BlackBerry® smartphone

01/07/2013

Ada Lagi Si Bangsat Macam Ni

Apa pasal bangsat sangat minah ni. Tak cukup di ajar ke?
Sent from my BlackBerry® smartphone
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...