Followers

Showing posts with label kuala besut. Show all posts
Showing posts with label kuala besut. Show all posts

19/07/2013

GAMIS Untuk PRK Kuala Besut

Tiga hari sebelum hari penamaan calon sempena PRK DUN Kuala Besut, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia atau singkatannya GAMIS telah membuat pengumuman untuk melibatkan diri dalam pilihan raya itu kononnya untuk mengajar 'pendidikan politik dan pencerahan yang matang'.

Menurut GAMIS penglibatan mereka adalah atas kesedaran sendiri sebagai agen penerangan kepada masyarakat Kuala Besut dan tiada kaitan langsung dengan kepentingan mana-mana parti politik. Itu dakwa mereka.

Entah siapa yang GAMIS nak tipu tak tahulah. Macamlah 'pendidikan politik dan pencerahan yang matang' yang dicanang oleh GAMIS itu tidak boleh dilaksanakan pada hari lain, nak juga dibuatnya secara tergesa-gesa saat menjelangnya PRK DUN Kuala Besut.

Realitinya GAMIS sedari dulu lagi dikenali umum sebagai NGO Mahasiswa yang condong memihak kepada PAS dan kerap menjadi agen kepada parti itu dalam merekrut pelajar baru dengan pelbagai cara samada melalui usrah, tamrin dan sebagainya untuk dibentuk menjadi penyokong PAS tegar.

Golongan yang boleh diiktiraf sebagai mahasewel setaraf seperti geng Adam Adli ini tidak terhad tugasnya sekadar membawa panji PAS di dalam kampus IPTA tetapi juga sering diberi peranannya yang tersendiri dalam dunia politik tanah air khususnya untuk kepentingan PAS.

Asal sahaja ada pilihan raya terutama sekali melibatkan penyertaan PAS biasanya jarang GAMIS menolak arahan pihak atasan PAS untuk membantu mereka dalam kempen-kempen pilihan raya.

Dalam konteks PRK DUN Kuala Besut demikian juga di mana GAMIS telah diberi peranan untuk berkempen secara halus bagi pihak PAS. Untuk itu sekumpulan mahasiswa khususnya dari Kelantan dan Terengganu telah digembleng untuk berkampung di Kuala Besut selama seminggu.

Ada khabar menyebut gerombolan yang dibawa oleh GAMIS ini telah ditugaskan khusus untuk menimbulkan kecelaruan fikiran dikalangan masyarakat Kuala Besut dengan pelbagai aktiviti provokasi termasuklah penyamaran sebagai petugas BN bagi menghasut dan mengelirukan para pengundi.

Bagi mahasiswa kaum hawa pula dikhabarkan akan menyamar sebagai Puteri UMNO untuk berkempen dari rumah ke rumah menyebarkan propaganda anti BN sementara sesetengahnya tinggal bersama penghuni sebagai anak angkat sambil cuba mempengaruhi tuan rumah sekeluarga.

Antara aktiviti lain yang mungkin dilakukan termasuklah konvoi bermotosikal dengan aksi yang menjelikkan sambil memakai baju BN dengan harapan ia akan menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan masyarakat sekaligus membawa keuntungan undi untuk PAS.

Setakat ini belum ada pengesahan sejauh mana kebenaran info tersebut namun jika senario semasa PRU-13 serta PRK DUN Tenang dan beberapa PRK sebelumnya diambil kira, unsur-unsur penyamaran samada berupa sebagai Puteri UMNO atau pun Petugas BN sudah pernah berlaku.

Justeru itu, kali ini BN mengambil langkah ke depan dengan memantau pergerakan kumpulan yang disyaki mempunyai kaitan dengan GAMIS atau seumpamanya. Masyarakat Kuala Besut juga diingatkan berjaga-jaga dan jangan mudah terpedaya dengan penyamaran sebegini.

18/07/2013

Calon PRK Kuala Besut Awal-Awal Lagi Dah Menipu

Di dalam tempoh berkempen ini, sudah pasti pelbagai pendekatan akan diguna pakai sebagai satu usaha untuk menarik minat dan simpati para pengundi. Ada yang mengunakan pendekatan konvesional seperti kebiasaanya malah tidak ketinggalan ada yang mengunakan pendekatan ‘reverse psychology’ bagi mengelaburi pandangan rakyat.

Terbaru calon Pas bagi pilihanraya kecil Kuala Besut Azlan @ Endut mengunakan penampilan seperti ahli Sufi bagi menipu para pengundi. Sejak bermulanya aktiviti kempen, dia dilihat cuba berlagak alim dengan gaya seperti seorang ahli agama sehingga ada dikalangan penduduk di Kuala Besut yang mengatakan dia seorang yang zuhud.

Namun ternyata itu semua adalah merupakan helah politik semata-mata, kerana majoriti penduduk yang mengenalinya secara dekat mengatakan calon Pas ini tak ubah seperti seekjor sesumpah.

Ini kerana penampilan dan gayanya amat berbeza jika dibandingkan dengan sebelum ini. Rata penduduk yang mengenalinya mengatakan ‘calon cari makan’ ini adalah merupakan seorang yang kaya raya. Selain mempunyai rumah banglo yang besar dia juga dikatakan mempunyai puluhan kereta mewah.

“Ini semua politik. Sebelum jadi calon dia hidup bermewah-mewah, tapi lepas dipilih jadi calon penampilan dan gayanya terus berubah seperti seorang ahli Sufi yang zuhud.

“Kalau kita baca kitab-kitab tasawuf, tidak ada seorang pun ahli Sufi yang diceritakan hidup atas kemewahan harta. Betul, Islam tidak menghalang umatnya untuk mencari kekayaan, malah ada dikalangan sahabat Nabi Muahammad saw yang kaya.

“Tetapi bukan di kalangan ahli Sufi yang zuhud, kerana jalan hidup seorang ahli Sufi adalah meninggalkan semua bentuk yang bersifat keduniaan dan hanya menumpukan kepada ibadat menuju akhirat” tegas salah seorang penduduk yang ditemui di pecan Kuala Besut petang tadi.

Mengikut rekod, perkataan sufi berasal dari Suffah (para sahabat Nabi Muhammad saw yang miskin dan hidup di sekitar masjid Nabawi di Madinah). Ia adalah kata asal dari perkataan Suf/kulit (kambing) sebab ramai dikalangan mereka hanya memakai pakaian yang diperbuat dari kulit kambing.

Malah di dalam riwayat juga pun ada yang mengatakan ramai sahabat Nabi Muhammad saw yang menyertai perang Badar, memakai pakaian dari bulu kambing.

Menurut Zainab Besah, 53 sebagai pengundi dia mengharapkan calon yang menawarkan diri, untuk memberikan keyakinan kepada rakyat mengenai bentuk hala tuju dan isu yang ingin diperjuangkan dan bukannya berlakon dengan gaya seperti ustaz.

“Saya bukan berniat untuk menghina, kalau betul pun nak kempen gunakanlah cara yang lain. Bukannya berlagak alim dengan perwatakan seperti ustaz dan ahli agama.

“Rakyat Kuala Besut kenal sangat dengan Che Long ni. Dia orang kaya, sibuk uruskan perniagaan. Tapi bila jadi calon, terus berubah watak. Patutnya dia jumpa pengundi dan bagi tahu khidmat dan isu yang nak dibawa. Bukan menipu pengundi dengan gaya dan penampilan” tegasnya lagi.

12/07/2013

Peluang Barisan Nasional Menang Besar di Kuala Besut

PRK Kuala Besut pada 24 Julai ini dilihat memberi banyak kelebihan kepada Barisan Nasional dari berbagai aspek. Kuala Besut mempunyai 17,638 pengundi dengan majoriti Melayu.  Oleh yang demikian pertandingan adalah antara UMNO dan PAS.  Dalam PRU-13 yang lalu, BN telah memenangi kerusi ini dengan majoriti yang agak selesa iaitu 2,434. 
Memahami kehendak rakyat masa kini yang inginkan perubahan, BN meletakkan calon muda dan berpendidikan tinggi iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang juga merupakan anak jati Kuala Besut. 
Tengku Zaihan berusia 37 tahun merupakan bekas Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Bahagian Korporat. Beliau berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam dari Universiti Sains Malaysia (USM).   Bapa beliau adalah seorang guru agama dan amat dikenali oleh penduduk kawasannya.   Dengan latarbelakang keluarga dan pekerjaannya, pemilihan Tengku Zaihan sebagai calon langsung tidak mengejutkan masyarakat setempat. 
Tengku Zaihan juga mempunyai sifat rendah diri dan mudah mesra sepertimana kebanyakan ‘orang-orang pantai’ iaitu gelaran yang diberi kepada masyarakat di situ. 
Selain faktor calon, BN juga dilihat mempunyai kelebihan dari segi isu-isu semasa.  Perkembangan selepas PRU-13 menunjukkan bahawa ramai orang-orang PAS mula kembali ke bumi nyata dan menyedari permainan DAP.   Melalui keputusan PRU itu, jelas terbukti bahawa DAP langsung tidak mengundi PAS dan hanya berminat untuk memperjuangkan kepentingan kaum Cina. 
Perlu diingatkan juga bahawa Terengganu merupakan tempat bermulanya perpecahan umat Islam yang bertitik-tolak dari Amanat Haji Hadi, pemimpin PAS negeri itu.   Amanat tersebut telah mengkafirkan UMNO kerana dikatakan menggunapakai perlembagaan penjajah yang sekular kerana memisahkan agama dengan politik. 
Walaubagaimanapun, isu pertukaran agama kanak-kanak di bawah umur yang sedang hangat diperkatakan kini telah memaksa PAS akur bahawa UMNO dan perlembagaan UMNO bukan kafir. Malah UMNO dan perlembagaan itulah yang memastikan agama Islam berada di kemuncak tertinggi di dalam negara ini.  
Namun, DAP terus menerus mencabar kedudukan agama Islam dan Melayu yang mana menyebabkan penyokong-penyokong PAS merasa ‘terganggu’ dan ‘cuak’ untuk terus memberi sokongan kepada PAS selagi parti itu bekerjasama dengan DAP. 
Justeru, kita menyangka BN tidak punya masalah untuk menang besar dalam PRK ini andainya jentera parti bijak mengenengahkan isu-isu semasa seperti ini, selain isu-isu setempat yang dekat dengan masyarakat Kuala Besut. 
Keputusan PAS meletakkan seorang kontraktor iaitu Azlan Yusoff, dilihat tidak akan berjaya menggugat BN.  Azlan berumur 48 tahun lebih dikenali dengan panggilan ‘Che Long’ oleh penduduk tempatan pernah memiliki sebuah stor kayu di daerah itu.
Dari apa yang tersebar di internet, PAS nampaknya menjulang Azlan sebagai ‘orang kaya’ sebagai justifikasi
kepada pencalonannya.  Kita tidak faham bagaimana ‘kaya’ boleh dijadikan modal politik untuk meyakinkan rakyat bahawa calon tersebut berwibawa.
Malah, oleh kerana Azlan menjadi kaya melalui perniagaannya sebagai kontraktor (Kelas A), ramai yang tertanya-tanya projek apa atau tender apa yang telah melonjakkan Azlan sebagai orang kaya.  Bukan kita tidak tahu bahawa kontraktor merupakan sejenis perniagaan yang paling mudah terdedah kepada berbagai jenis ‘kotoran’.   Azlan juga hanya berpendidikan SPM yang mana meletakkan beliau jauh di belakang dari calon BN.   
Berdasarkan semua maklumat ini, tidak hairanlah jika kita melihat gelombang di Kuala Besut semakin  hari semakin ‘biru’ warnanya.  Semoga keputusan PRK nanti turut memantulkan kebiruan laut di pantai Terengganu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...