Followers

Showing posts with label prk kuala besut. Show all posts
Showing posts with label prk kuala besut. Show all posts

24/07/2013

Senarai Kaedah Kempen PAS di PRK #KualaBesut

Senarai Fitnah Pas, Di PRK Kuala Besut

Berikut adalah senarai fitnah dan penipuan yang telah digunakan oleh Parti ISLAM Se-Malaysia (Pas) sepanjang kempen pilihanraya kecil DUN Kuala Besut.

1.    Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika berceramah di Kampung Nail, mengatakan parti itu tidak berminat untuk ‘merampas’ jawatan Menteri Besar Terengganu, sekiranya menang kerusi DUN Kuala Besut. Namun menurut Setiausaha Dewan Ulama, Dr Khairuddin Aman Razali, Pas akan meminta jawatan menteri besar diberikan kepada Hadi sekiranya berjaya dengan strategi 16-16.

2.    Mengedarkan risalah palsu, kononnya Gabungan NGO Islam-Melayu menyokong cubaan Pas untuk mewujudkan kedudukan kerajaan negeri Terengganu 16-16 kononnya sebagai usaha untuk membentuk semangat Melayu bersatu antara Umno dan Pas.

3.    Mengunakan kain rentang palsu untuk menyerang peribadi sekaligus memfitnah calon Barisan Nasional sebagai ‘kaki perempuan’ kerana pantang melihat dahi licin. Tambah menarik mereka turut memfitnah kononnya kain rentang tersebut dibuat oleh Umno.

4.    Haji Hadi ketika ceramah mendakwa sebarang bentuk pemberian ketika pilihanraya adalah merupakan kesalahan rasuah dan berdosa. Tetapi di masa yang sama parti tersebut mengadakan program pemberian minyak motor percuma kepada pengundi Kuala Besut yang berumur 21 tahun ke atas.

5.    Mendakwa kononnya kerajaan Barisan Nasional bertindak zalim dengan merampas tanah rakyat di Kampung Lay Out sedangkan pada hakikatnya ia adalah merupakan kerakusan yang dilakukan, ketika pemerintahan Pas di Terengganu. Mereka telah mengedarkan borang yang mereka buat sendiri dan mengutip sejumlah wang sebagai upah ukur.

6.    Mengunakan Islam bagi mengelirukan orang kampung dengan menjanjikan Syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dan menolak Umno dalam PRK DUN Kuala Besut. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz itu boleh dianggap sesat kerana seolah-olah dia merupakan pengedar rasmi borang untuk Syurga.

7.    Nik Aziz juga mendakwa kononnya Umno hanya membina masjid tetapi tidak bersembahyang. Nampaknya selain memegang jawatan sebagai pengedar rasmi borang untuk Syurga, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut menyandang jawatan penulis amalam solat orang Umno.

8.    Pas mendakwa kononnya Menteri Besar Terengganu telah memberikan habuan tanah untuk 1 lot rumah kepada semua wakil rakyat Umno. Namun dimasa yang sama Pas gagal menjelaskan kepada rakyat berhubung pemberian tanah seluas 150 ekar kepada wakil rakyat parti itu termasuk isteri mereka pada tahun 1999 hingga 2004  untuk  dijadikan ladang limau

9.    Parti yang mendakwa sebagai memperjuangkan Islam itu juga didapati berbohong apabila mengatakan ada dikalangan ahli keluarga Tengku Zihan yang ingin berjumpa dengan pimpinan mereka bagi menyatakan hasrat mrnyokong Pas. Sedangkan ketika program perjumpaan “Keluarga Tuan Fatimah Tuan Long” yang dianggarkan sekitar 3,000 orang semua di kalangan mereka menyatakan sokongan dan berikrar untuk terus mengundi BN.

10.  Mereka juga turut mengunakan isu kononnya calon BN, bukan merupakan anak tempatan, sedangkan pada hakikatnya Tengku Zihan adalah merupakan anak jati yang dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut. Malah menurut ibunya, Tengku Zihan dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Nail serta sangat rapat dengan masyarakat sekitar.

22/07/2013

Che Long Bukan Darah PAS! Kembali Ke Pangkal Jalan..... #kualabesut


Ishhh ishhh ishhh, berat dah Che Long ni, keluarga pun tak setuju dia jadi calon PAS, mungkin barang kali Che Long ni masuk PAS hanya mahu kesenangan, patutlah beria-ia sangat PAS minta Che Long baiah secara umum di depan orang ramai swaktu pengumuman calon PAS

baca di: PAS BERUK, TOK GURU 86

p/s: trend terbaru masuk PAS boleh dapat kesenangan macam Che Long. Perkhhhh!

Undi PAS sokong DAP
Masyuk Surga, jual kalimah Allah

12/07/2013

Peluang Barisan Nasional Menang Besar di Kuala Besut

PRK Kuala Besut pada 24 Julai ini dilihat memberi banyak kelebihan kepada Barisan Nasional dari berbagai aspek. Kuala Besut mempunyai 17,638 pengundi dengan majoriti Melayu.  Oleh yang demikian pertandingan adalah antara UMNO dan PAS.  Dalam PRU-13 yang lalu, BN telah memenangi kerusi ini dengan majoriti yang agak selesa iaitu 2,434. 
Memahami kehendak rakyat masa kini yang inginkan perubahan, BN meletakkan calon muda dan berpendidikan tinggi iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang juga merupakan anak jati Kuala Besut. 
Tengku Zaihan berusia 37 tahun merupakan bekas Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Bahagian Korporat. Beliau berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam dari Universiti Sains Malaysia (USM).   Bapa beliau adalah seorang guru agama dan amat dikenali oleh penduduk kawasannya.   Dengan latarbelakang keluarga dan pekerjaannya, pemilihan Tengku Zaihan sebagai calon langsung tidak mengejutkan masyarakat setempat. 
Tengku Zaihan juga mempunyai sifat rendah diri dan mudah mesra sepertimana kebanyakan ‘orang-orang pantai’ iaitu gelaran yang diberi kepada masyarakat di situ. 
Selain faktor calon, BN juga dilihat mempunyai kelebihan dari segi isu-isu semasa.  Perkembangan selepas PRU-13 menunjukkan bahawa ramai orang-orang PAS mula kembali ke bumi nyata dan menyedari permainan DAP.   Melalui keputusan PRU itu, jelas terbukti bahawa DAP langsung tidak mengundi PAS dan hanya berminat untuk memperjuangkan kepentingan kaum Cina. 
Perlu diingatkan juga bahawa Terengganu merupakan tempat bermulanya perpecahan umat Islam yang bertitik-tolak dari Amanat Haji Hadi, pemimpin PAS negeri itu.   Amanat tersebut telah mengkafirkan UMNO kerana dikatakan menggunapakai perlembagaan penjajah yang sekular kerana memisahkan agama dengan politik. 
Walaubagaimanapun, isu pertukaran agama kanak-kanak di bawah umur yang sedang hangat diperkatakan kini telah memaksa PAS akur bahawa UMNO dan perlembagaan UMNO bukan kafir. Malah UMNO dan perlembagaan itulah yang memastikan agama Islam berada di kemuncak tertinggi di dalam negara ini.  
Namun, DAP terus menerus mencabar kedudukan agama Islam dan Melayu yang mana menyebabkan penyokong-penyokong PAS merasa ‘terganggu’ dan ‘cuak’ untuk terus memberi sokongan kepada PAS selagi parti itu bekerjasama dengan DAP. 
Justeru, kita menyangka BN tidak punya masalah untuk menang besar dalam PRK ini andainya jentera parti bijak mengenengahkan isu-isu semasa seperti ini, selain isu-isu setempat yang dekat dengan masyarakat Kuala Besut. 
Keputusan PAS meletakkan seorang kontraktor iaitu Azlan Yusoff, dilihat tidak akan berjaya menggugat BN.  Azlan berumur 48 tahun lebih dikenali dengan panggilan ‘Che Long’ oleh penduduk tempatan pernah memiliki sebuah stor kayu di daerah itu.
Dari apa yang tersebar di internet, PAS nampaknya menjulang Azlan sebagai ‘orang kaya’ sebagai justifikasi
kepada pencalonannya.  Kita tidak faham bagaimana ‘kaya’ boleh dijadikan modal politik untuk meyakinkan rakyat bahawa calon tersebut berwibawa.
Malah, oleh kerana Azlan menjadi kaya melalui perniagaannya sebagai kontraktor (Kelas A), ramai yang tertanya-tanya projek apa atau tender apa yang telah melonjakkan Azlan sebagai orang kaya.  Bukan kita tidak tahu bahawa kontraktor merupakan sejenis perniagaan yang paling mudah terdedah kepada berbagai jenis ‘kotoran’.   Azlan juga hanya berpendidikan SPM yang mana meletakkan beliau jauh di belakang dari calon BN.   
Berdasarkan semua maklumat ini, tidak hairanlah jika kita melihat gelombang di Kuala Besut semakin  hari semakin ‘biru’ warnanya.  Semoga keputusan PRK nanti turut memantulkan kebiruan laut di pantai Terengganu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...