Followers

Showing posts with label vivian. Show all posts
Showing posts with label vivian. Show all posts

18/07/2013

Vivian dan Alvin Terima Habuan Istimewa

Vivian dan Alvin nampaknya telah tersalah congak apabila memilih untuk ‘bergurau’ dengan mempersendakan umat Islam di bulan Ramadhan.   Sangka mereka, DAP dan PKR atau mungkin juga MCA akan bangun membela mereka sepertimana yang berlaku dalam semua kes menghina Islam/Melayu sebelum ini. 

Mereka juga pasti menyangka yang para pejuang hak asasi manusia akan bangun membela mereka atas hujah ‘hak untuk mengekspresi diri’ atau apa saja.  Malah, mereka juga mungkin menyangka yang PAS akan turut membela mereka sekadar untuk membuatkan DAP bangga.

Sangka mereka, umat Islam dari UMNO akan bersendirian berhadapan dengan mereka yang disokong oleh semua pihak di dalam Malaysia. 

Tidak keterlaluan juga jika mereka turut menyangka akan diberi maaf oleh kerajaan serta geran untuk membikin filem lucah secara rasmi sepertimana Namewee. 

Namun, ternyata segala sangkaan mereka salah sama sekali.   MCA malah DAP sendiri mendesak agar mereka dikenakan tindakan.  Manakala PKR tidak begitu keras dan sekadar menyatakan ‘tidak setuju’ dengan tindakan mereka.  Mungkin kerana Vivian merupakan rakan Nurul Izzah. 

PAS pula terdiam sekejap mungkin terkejut apabila DAP mendesak mereka didakwa sedangkan PAS sudah bersedia untuk membela mereka demi DAP. 

Alvin dan Vivian pastinya tidak faham kenapa tiada mana-mana pihak yang tampil membela mereka sepertimana anak-anak Cina lain yang melakukan kesalahan yang sama.   Apa bezanya mengajak umat Islam makan babi dengan beberapa posting di Facebook yang turut berbuat yang sama, cuma tidak meletakkan gambar sahaja?  Malah, ada posting yang lebih teruk lagi dengan menggelar Allah SWT dengan berbagai gelaran, begitu juga Rasulullah SAW. 

Kenapa mengajak umat Islam makan babi lebih teruk dari menghina Allah SWT dan Rasulullah SWT?  

Persoalan ini tidak mungkin dapat dijawab oleh sesiapa melainkan oleh pihak yang menangkap dan mendakwa mereka.   

Apapun, pendakwaan mereka dii Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur adalah tepat.  Tidak mustahil jika DAP dan MCA turut membela mereka maka mereka tidak akan didakwa sama sekali.   

Sudah sampai masanya pihak yang menghina Islam ditangkap, didakwa dan dikenakan hukuman berat. 

Kita sudah mendengar bagaimana negara lain tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang dengan sengaja menghina agama lain.  Ini kerana perbuatan sebegini mempunyai impak yang sangat besar kepada negara, dan seringkali membawa kepada rusuhan dan perang saudara yang tidak berkesudahan.    

Tidak kira sama ada negara tersebut adalah negara Islam atau tidak, semua negara melihat penghinaan terhadap Islam dan agama lain sebagai kes berat – kecuali Malaysia.  Hatta, negara China yang merupakan negara asal nenek moyang Alvin dan Vivian juga tidak mungkin akan melepaskan pesalah kes seperti ini dengan hukuman ringan. 

Namun, itulah Malaysia, negara yang dituduh oleh kaum Alvin dan Vivian sebagai kejam, menindas minoriti serta zalim. 

Dengan pendakwaan mereka, kita agar Alvin dan Vivian dikenakan hukuman yang amat berat sebagai pengajaran kepada semua pihak agar jangan dengan sengaja menyentuh sensitiviti agama lain.  

Jika mereka hanya menerima hukuman ringan maka ia bakal membawa risiko di mana rakyat mula mengambil tindakan sendiri selepas ini.  Dan jika ini berlaku juga, rakyat tidak ada pilihan selain percaya bahawa benarlah ada sesuatu yang ‘sangat tidak kena’ dengan pihak polis, sistem perundangan mahupun kerajaan. 

Pendek kata, jika rakyat tidak puas hati dengan hukuman terhadap pasangan ini, maka bersedialah  untuk Malaysia yang tidak tenteram lagi. 

16/07/2013

Anak Cina Hina Islam Penyokong Pakatan Rakyat



Vivian Lee yang mengajak umat Islam berbuka dengan Bak Kut Teh serta bangga mempertontonkan aksi lucahnya di internet, pernah bergambar bogel dengan memegang bendera BN dalam usaha provokasi PRU-13.   

Tidak lama selepas itu, gambar beliau bersama Nurul Izzah pula tersebar.  Jelas dari gambar tersebut, mereka begitu mesra sekali.   Tidak mustahil mereka sudah kenal lama dan saling berhubung kerana Nurul Izzah merupakan pejuang kebebasan mutlak atas nama hak asasi manusia.   Oleh itu, tindakan Vivian bolehlah dibela atas nama hak asasinya. 

Apa yang menarik ialah, apabila isu Bak Kut Teh meletup, tiba-tiba saja ada usaha di laman-laman sosial untuk menunjukkan yang Vivian dan Alvin, pasangannya, sebagai penyokong Barisan Nasional.   Ini berdasarkan snapshot laman sosial mereka yang konon menyatakan sokongan kepada konsep 1Malaysia. 

Namun, snapshot tersebut tidak mampu menandingi impak dari gambar Vivian bersama Nurul Izzah.  Malah, provokasi yang dilakukannya dengan memegang bendera BN sambil berbogel membuktikan bahawa Vivian adalah penyokong pembangkang, bukan BN. 

Usaha pembangkang untuk memperlihatkan Vivian sebagai penyokong BN membuktikan yang mereka sememangnya pencetus kepada budaya biadap ini dan mereka menjadi bimbang yang ianya sudah berada di luar kawalan. 
 
Vivian bukan orang pertama yang menghina atau mencabar orang-orang Melayu Islam.  Malah, sebelum beliau sudah berpuluh-puluh lagi yang melakukannya tanpa dikenakan tindakan.  Paling hebat, Namewee yang menjadi pelopor kegiatan ini bukan sahaja tidak dikenakan tindakan tetapi dinobatkan pula sebagai ikon serta diberi peluang berkarya yang mana tidak mungkin dapat dinikmati oleh karyawan lain yang setia dan taat pada Raja dan Negara.

Hari ini, Namewee mungkin mengaku menyokong konsep 1Malaysia juga, tetapi percayakah kita kepadanya?   

Apabila kerajaan tidak mampu mengambil tindakan terhadap mereka, kita mengharapkan PAS sebagai pembangkang akan bangun mendesak kerajaan agar berbuat sesuatu.  Bukankah itu tugasnya pembangkang iaitu menegur dan mengkritik kelemahan kerajaan?  Namun, pelik sekali kerana ini tidak berlaku, malah PAS bagai tidak tersentuh sangat dengan perbuatan mereka-mereka yang menghina Islam.   

Nampaknya PAS lebih gusar jika hati DAP yang tersentuh, pastinya kerana semua yang menghina Islam itu adalah penyokong-penyokong DAP. 

Sebenarnya, apa yang dilakukan Vivian dan Namewee adalah sama saja tahap kebiadapannya.  Namewee mempermainkan azan dalam ‘karyanya’ dan Vivian pula mengajak kita berbuka puasa dengan babi.   Tetapi, Namewee mendapat pembelaan MCA manakala Vivian pula turut ditempelak oleh MCA dan juga DAP.  Malah, DAP turut membuat kenyataan mendesak agar beliau dan pasangannya dikenakan tindakan. 

Perkembangan ini menunjukkan bahawa pemimpin kaum Cina juga semakin gusar dengan tindakbalas orang Melayu terhadap kebiadapan penyokong mereka dari produk SJKC.   Namun, itulah realitinya bahawa anak-anak produk SJKC memang biadap!   Dan mereka yang biadap inilah yang menyokong pembangkang. 

Jika kalah PRU juga penyokong pembangkang begitu biadap, bayangkanlah sekiranya mereka menang dan menjadi pemerintah.  Agak-agak apakah jenis penghinaan yang akan mereka lakukan terhadap Islam dan Melayu?  

Dan jika belum berkuasa juga kita tidak punya kuasa untuk menghukum mereka, bayangkan sekiranya mereka berkuasa.  Agak-agak apalah agaknya yang produk SJKC ini akan lakukan kepada kita?  Tentulah lebih dahsyat lagi mereka bermaharajalela. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...