05/03/2014

UMNO Guna Mahkamah Untuk Ganggu Kem Anwar di Kajang

Ibarat anjing gila yang sedang tersepit, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim semalam menyalak sakan menyalahkan Umno/BN yang dikatakan sengaja menggunakan mahkamah untuk mengganggu aktiviti kempennya di Kajang.

Paling menarik, kenyataan Anwar itu turut disokong oleh beberapa pemimpin pakatan dan para pencacai yang jelas 'tolol' kerana cuba menipu rakyat dengan menyembunyikan fakta yang sebenar.

Secara umumnya, masyarakat mengetahui kes liwat yang melibatkan Anwar ini bukanlah merupakan kes baru kerana ia telah berjalan sejak sekian lama. Namun ekoran tindakan Anwar takut dengan bayang-bayang sendiri, dia terpaksa mencari dan mereka-cipta seribu satu alasan agar dapat digunakan untuk menangguhkan kes tersebut.

Malah menurut rekod sepanjang tempoh perbicaraan, mahkamah terpaksa menangguhkan kes ini sebanyak 69 kes dan 5 kali lagi sepanjang tempoh rayuan yang bermula pada 20 Januari 2012.

Oleh itu, di manakah rasionalnya untuk mengatakan kes ini digunakan untuk menyekat kempennya di Kajang? Tambahan pula pilihan raya kecil Kajang (PRK Kajang) ini, dilakukan ekoran tindakan biadab PKR yang cuba mengheret rakyat dalam kancah perebutan kuasa yang berlaku di dalam parti itu.

Persoalannya ialah, mengapa Anwar begitu takut untuk berdepan dengan kes ini sekiranya betul dia tidak bersalah? Tambah menghairankan apabila Ketua Pembangkang seolah-olah tidak berani untuk berdepan dengan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik untuk mengetuai pasukan pendakwaan.

Masakan tidak, sebaik sahaja Shafee dilantik oleh Peguam Negara, Anwar telah mengemukakan 3 permohonan untuk menghalang bekas Pesuruhjaya Suhakam itu mengetuai kes pendakwaan ini. Sedangkan perlatikan secara "fiat" (autoriti beliau) itu, selari dengan peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Acara Jenayah dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini Anwar gagal dalam cubaan ketiga di Mahkamah Rayuan bagi menggugurkan Muhammad Shafee daripada mengetuai pasukan pendakwaan atas alasan bahawa peguam kanan itu seorang yang tidak sesuai dan wajar untuk menerima pelantikan memandangkan dia didapati bersalah dan didenda RM5,000 oleh Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara kerana melangar Akta Profesion Undang-undang.

Anwar pertama kali mencabar kesahihan pelantikan Muhammad Shafee mengikut Kanun Acara Jenayah tetapi ditolak Mahkamah Rayuan pada 17 September tahun lepas.

Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 November tahun lepas.

Permohonan keduanya untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee, berdasarkan akuan bersumpah bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk M Zain Ibrahim, turut ditolak Mahkamah Rayuan pada 20 Disember tahun lepas.

Rayuannya di Mahkamah Persekutuan turut ditolak pada 11 Februari tahun ini. Paling mengejutkan, apabila Mahkamah semalam turut bersetuju dan mengkritik Anwar yang dilihat sengaja melambat-lambatkan proses rayuan ini.

Kesimpulannya mudah, sekiranya Anwar berani berhadapan dengan kes ini secara anak jantan, pasti ia sudah lama diselesaikan
Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment