Followers

25/02/2015

Majlis Tertinggi UMNO Sahkan Tidak Bertanding Di DUN Chempaka


Kerusi DUN Chempaka, Kelantan MT UMNO memutuskan tidak akan bertanding. Namun tidak boleh menghalang calon lain bertanding.
Presiden UMNO YAB Datuk Sri Najib Razak memberi tahu ada beberapa sebab kukuh mengapa UMNO tidak meletakkan calonnya.
Antaranya:
1. Memberi tumpuan kepada usaha pemulihan banjir dan kerja kerja bantuan.
2. Dalam usaha ke arah perpaduan ummah walaupun ada perbezaan politik.
3. Ambil kira pendapat Badan perhubungan UMNO Kelantan dan Bahagian Pengkalan Chepa.

Pengumuman ini di buat dalam sidang media sebaik sahaja tamat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dibuat secara tertutup.

Untuk rekod, Kerusi DUN Chempaka, terletak di Pengkalan Chepa, Kelantan berlaku kekosongan kerana kematian penyandangnya (PAS) Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Semoga usaha UMNO ini membawa kepada perpaduan. TAKBIR!!!

15/02/2015

Nik Aziz Bukan Orang Biasa, Yer, Dia Hebat!



Siapa Nik Aziz?

Kalau Nik Aziz bekas Menteri Besar Kelantan tu kenal lah. Walaupun dia tak mengenali saya.

Dia ni masa lahir macam bayi-bayi biasa jer....

Dia membesar macam kanak kanak biasa jer....

Dia remaja macam mamat mamat biasa jer....

Dia berumah tangga macam orang orang biasa jer....

Dia tua macam orang orang tua biasa jer....

Kalau Nik Aziz tulah....

Yer, dia memang hebat! Yang dia hebat adalah menggunakan Agama Islam dan Ayat - ayat Al-Quran demi kepentingan politik.

Yer, dia memang hebat! Yang dia hebat ialah memecah belahkan bangsanya sendiri orang melayu.

Yer, dia memang hebat! Yang dia hebat adalah duduk kerusi Menteri Besar terlalu lama tanpa berbuat apa apa yang patut untuk memajukan negerinya sendiri.

Pendapat saya, bapa saya lagi hebat. Bapa saya walaupun bukan ulamak tetapi suka buat baik kepada semua orang, menghormati orang, juga sembahyang 5 waktu di masjid.

Bapa saya tidak suka bermusuh. Bapa saya tidak gunakan Islam dan ayat ayat suci Al- Quran demi kepentingan politiknya.

Bapa saya tidak maki hamun. Bapa saya tidak kata Allah pun mencarut. Bapa saya tidak pernah kata Kalimah Allah orang kristian boleh guna. Bapa saya tidak pernah kata Nabi Muhammad sama muda macam mamat mamat biasa yang lain. Bapa saya tidak berpelul dengan cina.

Saya rasa bapa saya lebih hebat dan lebih mulia dari Nik Aziz Dan lebih banyak melahirkan rasa syukur apa yang ada dalam hidupnya.

Saya percaya bapa saya lebih hebat dari Nik Aziz. Bapa saya seperti orang lain orang biasa. Tidak seperti Nik Aziz  orang yang sangat luar biasa. Kerana boleh kata Allah juga mencarut, kata Nabi Muhammad lahir dan membesar macam mamat mamat biasa di kampung. Memang Nik Aziz bukan orang biasa.

Hormatnya kerana dia saudara Islam kita.
Sebagai orang Islam saya sedekahkan Al-Fatihah kepada rohnya.
Al-Fatihah ...

13/02/2015

Nik Aziz Nik Mat Masuk UMNO Jadi Guru Agama KEMAS

Al-Fatihah, Nik Aziz Nik Mat


Selepas pulang ke Malaysia, Nik Aziz mengajar ilmu agama di surau-surau serta mana-mana tempat yang orang ramai panggil beliau untuk memberi kuliah. 

Ahli-ahli UMNO sangat kesian melihat beliau yang ke sana-sini mengajar agama dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Maka mereka membawa beliau ke dalam KEMAS sebagai Guru Agama.

Beliau juga pernah dilawati oleh Anwar Ibrahim sewaktu di Kelantan dan hasil dari itu Anwar Ibrahim mencadangkan beliau membuka sebuah pondok untuk dijadikan pusat pembelajaran agama. Nama pondok itupun hampir sama dengan nama Anwar Ibrahim. 

Cuba pergi Kelantan dan siasat!

Untuk menjadi guru Kemas, beliau mesti menjadi ahli UMNO terlebih dahulu dan beliau pun menjadi ahli UMNO demi untuk menjadi petugas KEMAS. Walaubagaimanapun selepas beberapa lama menjadi guru Agama KEMAS, dalam menjalani proses kenaikan pangkat beliau telah gagal kerana ketiadaan ketokohan serta kegagalan dalam interview. Maka bertitik tolak dari situlah beliau terus keluar dari UMNO serta KEMAS dan menjadi seorang ahli PAS.

20/11/2014

Panduan Telefon Mengenai Banjir Di Negeri Terengganu


TERENGGANU, Bagi kemudahan orang ramai mendapatkan perkembangan semasa mengenai banjir di negeri Terengganu dan juga bantuan, boleh menghubungi di talian berikut:-
PANDUAN TELEFON INFO BANJI NEGERI TERENGGANU

11/11/2014

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Sertai Kursus Anjuran Biro Tatanegara?


Bosan dengan tohmahan pembangkang kononnya Biro Tata Negara (BTN) menganjurkan kursus berunsurkan perkauman, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim semalam mencabar Ahli Parlimen Pas dan DAP menghadiri kursus berkenaan.

Menurut Razali, sehingga kini, kursus BTN sudah dihadiri lebih sejuta peserta dan agak mustahil untuk menyembunyikan tuduhan itu jika benar ianya wujud dalam kursus anjuran kerajaan itu.

“Kita buat kursus yang melibatkan hampir satu juta orang pada 2013...boleh sembunyikan rahsiakah hendak latih setuja orang ini?

“Zaman sekarang mana boleh sembunyi (kandungan kursus), program tengah jalan orang sudah boleh tweet,” katanya menggulung perbahasan peringkat Jawatankuasa Bajet 2015 Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, di sini, malam semalam.

Terdahulu, berlaku pertikaman lidah apabila Ahli Parlimen Sepang-Pas, Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Beruas-DAP, Ngeh Koo Ham mencelah penggulungan Razali dengan mendakwa mereka menerima aduan mengatakan kursus BTN menyerapkan sentimen perkauman.

Razali kemudian mencabar mereka mengemukakan bukti tetapi Ngeh pula meminta timbalan menteri itu memberikan silibus kursus anjuran BTN.

Bagaimanapun timbalan menteri itu menempelak ahli-ahli parlimen pembangkang yang kerap memutar belit penjelasan kerajaan dengan menyatakan sebaliknya di luar Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Razali menegaskan seseorang itu akan bersikap perkauman tanpa perlu menghadiri kursus BTN.

Beliau memberi contoh seperti mana yang dilakukan Ahli Parlimen Seputeh-DAP, Teresa Kok sebelum ini yang dengan sengaja menerbitkan video satira Tahun Baharu Cina.

“Seputeh tidak perlu pergi ke BTN tetapi boleh buat video perkauman,” katanya.

SUMBER

Wanita Cemerlang Terima Anugerah

Seramai 47 tokoh wanita daripada pelbagai bidang menerima anugerah Malaysian Women of Excellence Awards 2014 yang julung kali diadakan.

Majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara itu bagi meraikan wanita cemerlang dan merupakan acara terbesar dalam mengiktiraf peranan wanita yang memberi sumbangan besar dalam bidang masing-masing.

Antara yang menerima anugerah berkenaan adalah bekas wanita pertama negara, Tun Dr. Siti Hasmah Ali; aktivis kemasyarakatan dan sosial, Datin Paduka Mother A. Mangalan; Ratu Squash Negara, Datuk Nicol Ann David dan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Anugerah yang dibawakan oleh pertubuhan eksklusif, Event Port Sdn. Bhd. Itu melantik 7 orang juri bagi memilih pemenang yang layak daripada 2,000 pencalonan.

Penerima anugerah dipilih berdasarkan visi, kepimpinan, pencapaian, persembahan korporat dan hubungan komuniti.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Majlis turut dihadiri Pengerusi Event Port, Datuk Idrus Mohd. Satha.

04/09/2014

Pejabat PKR Terima Surat Dari Istana Selangor

KENYATAAN MEDIA

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) petang ini telah menerima surat jawapan dari pihak Istana berhubung isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru.

KEADILAN ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Istana kerana telah mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertarikh 14 Ogos 2014 yang dihantar bersama-sama 30 akuan bersumpah dari Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

KEADILAN juga merakamkan penghargaan buat pihak Istana kerana mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN bertarikh 1 September 2014 yang telah menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Memahami dari isi maksud kandungan surat pihak Istana, KEADILAN ingin memaklumkan bahawa tidak ada penolakan terhadap nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru. KEADILAN juga mengambil maklum bahwa surat pihak Istana turut memperingatkan agar lebih daripada dua nama dikemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

3 September 2014


Sent from Samsung Mobile
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...