Followers

14/02/2014

PAS Tolak Anwar Sebagai MB Selangor

Dewan Pemuda Pas Pusat (DPP), sekali lagi mengulangi gesaan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim agar membatalkan hasratnya untuk menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya berjaya mengekalkan kemenangan parti itu di Dun Kajang.

Menurut Setiausaha DPP, Mohd Nasaei Ismail sekiranya Anwar menang sebagai Adun Kajang, dia masih boleh membantu kerajaan negeri Selangor tanpa perlu meminta Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan.

"Kalaulah berlaku kemenangan kepada Anwar di DUN Kajang, tak jadi menteri besar sekali pun dia cukup kuat untuk memberi bantuan kepada kerajaan negeri Selangor.

"Jadi dia duduk dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor sebagai wakil rakyat, itu pun sebenarnya boleh memberi kredit yang besar kepada pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat”, katanya.

Anwar sebelum ini membayangkan wujud kemungkinan untuk dirinya mengambil alih jawatan tersebut walaupun dia pernah berulang kali mengatakan isu tersebut hanyalah merupakan spekulasi.

Ketika diwawancara oleh Australia’s Newsline, ahli parlimen Permatang Pauh itu mengatakan dia sedang berunding dengan Khalid dan berhasrat untuk menjadikan Selangor sebagai model sebelum melangkah ke Putrajaya.

Seterusnya ketika ditemu bual oleh pihak media baru-baru ini, Anwar sekali lagi membayangkan dia akan menerajui kepimpinan negeri dan akan berbincang dengan pimpinan pakatan rakyat bagi mendapatkan kerjasama.

“Kemungkinan itu ada. Kita kena bincang ikut proses Pakatan” katanya.

Disebabkan spekulasi itu juga beberapa orang pemimpin Pas tampil membuat kenyataan bagi membantah ‘pengambilalihan kuasa’ itu antaranya kepimpinan sayap DPP yang menyifatkan PRK Kajang sebagai membazir wang rakyat.

Anwar juga dikatakan sudah mendapat sokongan DAP. Namun Pas dilihat masih bertegas mahukan Khalid untuk terus kekal dalam jawatan itu. Paling menarik, sudah ada usaha yang dibuat untuk mempelawa Khalid menyertai Pas sekiranya PKR masih berhasrat untuk memecatnya.

PKR mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi membolehkan Anwar bertanding di situ pada pilihan raya kecil  23 Mac, langkah pertama ke arah beliau menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.


13/02/2014

Khalid Ibrahim Tunggu Masa Untuk Sertai PAS

Pasti ramai di kalangan penyokong pembangkang khususnya PKR yang akan merasa pelik dengan kenyataan terbaru Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim berhubung khabar angin yang mengatakan dia telah 'dipinang' untuk menyertai Pas. Ini kerana, ketika diminta mengulas mengenainya Khalid seakan terkejut dan enggan memberikan jawapan yang pasti.

"Saya ingat perkara Menteri Besar ini tak perlu dijadikan satu isu. Beri peluang kepada rakyat Kajang menentukan siapa pilihan mereka," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco semalam.

Persoalannya ialah, mengapa Khalid perlu bermain teka-teki berhubung perkara ini? Sekiranya dia merasakan perkara tersebut hanyalah merupakan 'khabar angin' mengapa dia perlu berdolak-dalih?

Ini kerana, jawapan Khalid itu telah menimbulkan spekulasi baru, iaitu dia ingin mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Sekiranya Anwar benar-benar ingin 'menggunakan' kemenangan Kajang untuk 'memaksanya' meletakkan jawatan, 'pinangan' untuk menyertai Pas mungkin akan diterima.

Dengan cara itu Pas akan mempunyai kerusi tambahan sekali gus membolehkannya untuk terus kekal menerajui kepimpinan negeri Selangor.

Isu ini kembali hangat diperkatakan, apabila Anwar membayangkan wujud kemungkinan untuk dirinya mengambil alih jawatan tersebut. Ketika diwawancara oleh Australia's Newsline, ahli parlimen Permatang Pauh itu mengatakan dia sedang berunding dengan Khalid dan berhasrat untuk menjadikan Selangor sebagai model sebelum melangkah ke Putrajaya.

Seterusnya ketika ditemu bual baru-baru ini, Anwar sekali lagi membayangkan dia akan menerajui kepimpinan negeri dan akan berbincang dengan pimpinan pakatan rakyat bagi mendapatkan kerjasama.

"Kemungkinan itu ada. Kita kena bincang ikut proses Pakatan" katanya.

Anwar sebelum ini berulang kali menafikan malah mengatakan dakwaan untuk mengambil alih jawatan tersebut hanyalah spekulasi. Malah disebabkan spekulasi itu juga beberapa orang pimpinan Pas tampil membuat kenyataan bagi membantah 'pengambilalihan kuasa' itu.

Malah Dewan Ulama Pas sebelum ini turut tidak bersetuju sekiranya PRK Kajang ini dijadikan alasan untuk menukarkan jawatan Menteri Besar.

"... kemenangan PRK Kajang tidak menjadi jambatan untuk pertukaran MB sedia ada," menurut Ketua Penerangannya, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan sebelum ini.

Kesimpulannya, Khalid sebenarnya ingin menyampaikan satu mesej yang jelas bahawa dia bukanlah seorang yang mudah diperkotakan-katikkan. Mungkin ada beberapa 'permintaan' yang perlu Anwar tunaikan dulu sekiranya ingin memintanya berundur, antaranya memastikan 'musuh politiknya' turut dihapuskan.

Kegagalan Anwar untuk memenuhi syarat-syarat yang akan ditetapkan itu, mungkin akan menyebabkan Khalid menggunakan 'ace card' yang ada di tangannya untuk berhijrah kepada Pas.

Sent from my BlackBerry® smartphone

12/02/2014

Kit Siang Sanjung Tengku Abdul Rahman

Lim Kit Siang tidak pernah menunjukkan rasa hormat atau penghargaan terhadap mana-mana pemimpin UMNO.  Bagi Kit Siang, semua pemimpin UMNO adalah rasis, bodoh, ekstrem, korup, tidak layak, tidak berkesan, tidak cekap atau tidak berguna langsung. 

Bagaimanapun, Kit Siang nampaknya mempunyai pandangan berbeza terhadap Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri yang pertama dan juga Bapa Kemerdekaan.  Percaya atau tidak, Kit Siang telah memberi ucapan dalam sebuah forum khas untuk mengenang legasi Tunku pada 9 January lalu. 

Forum bertajuk ‘Legasi Tunku Abd. Rahman’ diadakan di New Era College di Kajang di mana Ambiga merupakan antara penceramah jemputan.  Di dalam ucapannya, Kit Siang memuji Tunku sebagai seorang pemimpin yang tidak memberi ruang kepada pelampau dan pengkhianat serta mempromosi keamanan, kasih sayang, harmoni dan kemakmuran. 

Soalnya, kenapa Tunku berbeza dari pemimpin UMNO lain di mata Kit Siang?  Kenapa Tunku berhak menerima penghormatan dari Kit Siang yang mana pemimpin UMNO lain tidak layak? 

Jangan terkeliru di sini.  Kit Siang bukannya menghormati Tunku.  Beliau hanya merindui waktu pemerintahan Tunku.  Sewaktu pemerintahan Tunkulah, Kit Siang berjaya menunjukkan kuasa bangsa Cina kepada rakyat Malaysia.  Tunku tidak memberi ruang kepada pelampau dan pengkhianat tetapi sikap lurus dan tidak mengambil tahunya telah memberi bukan sahaja ruang, tetapi hampir seluruh negara kepada para pelampau dan pengkhianat seperti Kit Siang!

Maka, tidak hairanlah Kit Siang begitu ‘menghormati’ kepimpinan Tunku kerana kepimpinan Tunkulah yang membawa kita kepada tragedi 13 Mei.

Tragedi 13 Mei telah memaksa Tunku meletak jawatan dan negara telah dipulihkan kembali oleh Tun Abdul Razak.  Oleh itu jika Kit Siang benar-benar ikhlas dalam menyesali 13 Mei, maka beliau seharusnya menyanjung Tun Abd. Razak, bukan Tunku. 

Nampaknya, satu-satunya penyesalan Kit Siang mengenai 13 Mei ialah kegagalan kaum Cina untuk mengambil-alih negara.  Malah, Kit Siang sendiri ditangkap kerana menghasut dan mencetuskan ketegangan kaum.

Sejarah meletakkan Kit Siang sebagai ‘jurutera-ketegangan-kaum’.  Beliau tahu bagaimana untuk mencetuskannya, menjananya dan kemudian meletupkannya.  Jika kita melihat dengan lebih dekat, membaca blognya, mengikuti kenyataannya dan memerhati pergerakannya, kita boleh merasakan yang beliau sedang mengulangi apa yang telah dilakukannya sebelum tragedy 13 Mei.

Cuma kali ini, beliau telah belajar dari kesilapan dan bersedia untuk tidak dipersalahkan. Justeru, sebagai langkah awal, beliau memberi gambaran kononnya UMNO dan orang-orang Melayu yang ingin sangat mengulangi 13 Mei, sementara beliau dan partinya terus membuat provokasi, mencabar malah menyeru ke arah ‘peperangan’, menggunakan berbagai penyamaran seperti Kristian, NGO dan juga orang perseorangan. 

Pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini kini seolah-olah menunggu masa bila orang-orang Melayu akan mengamuk.  Beliau tidak peduli jika orang-orangnya sendiri (kaum Cina) menjadi sasaran kerana ia akan dianggap sebagai ‘kemusnahan sampingan’ dalam sebuah perang yang lebih besar iaitu merampas negara ini dari orang-orang Melayu.

Matlamat utama Kit Siang ialah untuk melihat negara ini diperintah oleh Cina.  Beliau tidak peduli betapa besar kemusnahan yang berlaku dalam proses situ.  Atas dasar inilah maka beliau merindui kepimpinan yang lemah dan tidak ambil tahu di mana beliau boleh merancang dan menyusun strategi tanpa disyaki.

Tahukah anda bahawa selepas 13 Mei, pihak berkuasa menjumpai beberapa tempat rahsia yang digunakan oleh orang-orang Cina untuk menyimpan bekalan makanan?  Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka telah merancang dan bersedia ke arah pertumpahan darah itu dengan lebih awal. 

Justeru, apakah jaminan yang mereka tidak merancang atau pun telah bersedia untuk itu sekarang? 

Harapan kita agar mereka kebanyakannya adalah lebih rasional dari Kit Siang serta mampu berfikir untuk tidak memperjudikan kehidupan yang mewah dan selesa semata-mata untuk memberi kuasa kepada Dinasti Lim.  Orang-orang Cina sendiri pastinya tahu bahawa Kit Siang adalah seorang diktator. 

Seorang manusia yang tidak merasa bersalah atau kesal atas tragedi yang melanda negara dan bangsanya pastinya bukan seorang pemimpin yang baik hati dan adil.  Apakah anda sanggup menggantikan kepemimpinan demokratik dengan seorang diktator yang kejam semata-mata atas nama kuasa perkauman?


Anwar Terpaksa Mohon Bantuan ‘Raksasa’ Untuk Masuk Jepun

Portal dan para penyokong pembangkang semalam begitu ghairah memainkan isu mengenai permohonan maaf yang dibuat oleh Yayasan Keamanan Sasakawa (SPF) bagi membersihkan imej Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang tercalar sebelum ini.

Pengerusinya, Jiro Hanyu, berkata tujuan utama lawatannya semalam adalah untuk memohon maaf kepada Anwar dan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikannya dapat memasuki Jepun pada lawatan yang akan datang.

“Sebab utama lawatan ini ialah untuk meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengalaman buruknya di lapangan terbang.

“Saya juga sudah menghantar surat kepada pihak kehakiman dan kementerian hal ehwal luar untuk mendapatkan penjelasan,” katanya.

Persoalannya ialah, mengapa SPF yang membuat permohonan maaf? Sedangkan Anwar sebelum ini cuba menyalahkan kerajaan Malaysia dan Wisma Putra berhubung insiden yang memalukan itu. Tidak cukup dengan itu, Anwar turut melepaskan kemarahannya dengan menyalahkan kerajaan Jepun yang disifatkan menafikan hak dan menghalangnya dari memasuki negara itu.

Maka, sekiranya dakwaan Anwar itu benar sepatutnya kerajaan Malaysia dan Jepun lah yang membuat permohonan maaf tersebut dan bukannya pihak SPF.

Mengikut laporan yang dikeluarkan, pegawai imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Narita sebelum ini telah meminta Anwar agar membatalkan hasrat untuk memasuki negara Jepun. Sekali gus mengarahkannya untuk segera meninggalkan negara itu dengan mengambil penerbangan pertama atau ‘dipaksa’ untuk dihantar balik.

Namun semua tuduhan yang tidak berasas itu, kembali menimpa dirinya, apabila jurucakap kedutaan Jepun di negara ini menjelaskan masalah itu berpunca dari Anwar sendiri, yang gagal untuk memohon dan mengemukakan visa perjalanan.

Malah pihak media Jepun juga turut melaporkan perkara yang sama. Dalam erti kata lain, ia disebabkan oleh salah Anwar kerana enggan untuk mematuhi arahan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa negara itu.

Rentetan daripada itu, masyarakat Malaysia mula mentertawakan Anwar yang jelas telah memperbodohkan dirinya sendiri. Di laman media-media sosial pula, penuh dengan watak-watak animasi Jepun seperti Doraemon, Ultraman, Kesatria Baja Hitam dan banyak lagi yang dijadikan bahan lawak jenaka ekoran insiden yang memalukan itu.

Kesimpulannya, lawatan dan permohonan maaf SPF itu hanyalah ‘sandiwara’ terbaru untuk membersihkan imej Anwar. Nampaknya Anwar terpaksa meminta bantuan ‘raksasa’ untuk membolehkannya memasuki Jepun.


11/02/2014

Giliran Wan Azizah Pula Akan Disingkir Oleh Anwar

Sebelum PRU-13, Anwar ada membuat kenyataan bahawa beliau akan bersara dari politik sekiranya tidak berjaya merampas Putrajaya.  Kononnya beliau telah ditawarkan jawatan Pensyarah di Perancis walaupun kelayakannya hanyalah Ijazah Pengajian Melayu tahap cukup makan.  Kenyataan tersebut sedikit sebanyak memperlihatkan perwatakan pemimpin yang matang yang tahu bila masanya untuk berhenti. 
 
Namun, rakyat Malaysia lebih mengenali siapa Anwar iaitu beliau adalah seorang penipu tersohor.  Hampir tiada satu kenyataan pun yang keluar dari mulutnya yang boleh dipercayai. 
 
Justeru kita tidak hairan apabila Anwar kalah dalam PRU-13, beliau tidak mengotakan kata-katanya untuk bersara, sebaliknya cuba merampas kuasa melalui jalanraya kerana terlalu kempunan untuk menjadi Perdana Menteri.  Beberapa siri demonstrasi diadakan termasuk mengerahkan penyokongnya berguling di dalam jerebu untuk tujuan itu. Kesudahannya Anwar terpaksa juga mengangkat sumpah sebagai Ketua Pembangkang, dan bukannya Perdana Menteri. 
 
Hari ini, Anwar tidak lagi bercakap tentang persaraan tetapi beliau ingin menjadi Menteri Besar pula.  Katanya, beliau ingin membuktikan kepimpinannya melalui Selangor yang merupakan negeri paling kaya di Malaysia.  Kononnya, dengan cara inilah maka beliau dapat mempertontonkan kepada rakyat 'cara pemerintahannya' yang jauh lebih baik dan lebih telus dari BN. 
 
Bagi mencapai matlamat ini, Anwar telah membazirkan jutaan wang rakyat untuk mengadakan Pilihanraya Kecil di Kajang.  Anwar juga perlu menyingkirkan Khalid Ibrahim. Sebelum itu, 23 kakitangan PKNS yang tidak bersalah telah terlebih dahulu menjadi mangsa penyingkiran dalam kemelut politik PKR ini, apabila  mereka dibuang kerja tanpa sebab bagi membolehkan pemimpin atasan parti menjalankan agenda masing-masing. 
 
Pun begitu, pada mulanya, apabila ditanya mengenai jawatan MB, Anwar tetap memilih untuk berbohong kononnya beliau tidak menginginkannya. 
 
Bagaimanapun, dalam wawancara yang dikendalikan wartawan BFM dan The Edge yang disiarkan media rasmi kerajaan negeri Selangorkini pada 31 Januari lalu, Khalid berkata "Sebenarnya Anwar melihat melangkaui jawatan MB. Di penghujung cerita, matlamat ialah peringkat Persekutuan dengan menjadikan Selangor sebagai batu loncatan."
 
Anwar kemudiannya mengaku mempunyai perancangan untuk menjadi MB dalam wawancara dengan Australia Network Newsline baru-baru ini. 
 
Kemudiannya, dalam wawancara dengan sebuah portal, Ant Daily, yang dipetik oleh Antarapos semalam, Anwar menyatakan bahawa beliau sedang menimbang untuk 'bertanding' jawatan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu tak lama lagi. 
 
Alasan Anwar, Wan Azizah sudah lama ingin bersara dan bahawa jawatan Ketua Umum yang disandangnya hanya 'dicipta' untuk beliau, yang pada ketika dipenjara.  Dalam kata lain, Wan Azizah sejak dari awal lagi hanya dilantik menjadi Presiden atas dasar 'sementara' iaitu sehingga Anwar dibebaskan dan layak mengambil-alih jawatan itu darinya.
 
Nampaknya, Anwar bukan sahaja tidak jadi bersara, tetapi ingin menjadi MB, kemudian Presiden parti dan pastinya matlamat utamanya tetap jawatan Perdana Menteri.  Benarlah kata sahabat Anwar, Jusuf Kalla dari Indonesia, iaitu 'Anwar sudah gila', akibat terlalu tergila-gilakan kuasa.
 
Anwar mungkin mengambil sikap 'membujur lalu melintang patah' kerana 'alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan'.  Apa yang pasti ialah Anwar telah menghabiskan hampir keseluruhan hidup dewasanya untuk merebut jawatan Perdana Menteri dan beliau jelas enggan mengalah kepada takdir.  
 
Anwar bermimpi menjadi Perdana Menteri Biseksual pertama di sebuah negara Islam dan Anwar berazam untuk membalas dendam kepada mereka yang telah menggagalkan usahanya selama ini.  Anwar tidak sanggup mati tanpa merasai empuk kerusi Perdana Menteri dan membiarkan musuhnya menang.
 
Untuk itu, semua orang perlu memberi jalan kepadanya – Lee Chin Cheh, kini bekas ADUN Kajang, Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor sekarang dan isterinya sendiri yang juga Presiden PKR iaitu Wan Azizah terpaksa meletak jawatan.  Tidak mustahil, sekiranya laluan yang dibuka mereka ini masih belum dapat melonjakkan Anwar terus ke kerusi Perdana Menteri, maka Anwar akan meminta penyokongnya mengadakan demonstrasi dengan berkorban nasib, keringat, darah, nyawa dan juga maruah mereka, bagi membina jambatan untuknya ke Putrajaya.   
Sent from my BlackBerry® smartphone

10/02/2014

Akhirnya Khalid Sahkan Anwar Bakal MB Selangor

 
Keputusan Anwar untuk bertanding di PRK Kajang menimbulkan kemarahan rakyat termasuk dari pihak penyokong dan NGO rangkaian PR sendiri.  Rata-rata rakyat melihat ia sebagai langkah politik paling terdesak dan kotor kerana sanggup membazirkan wang rakyat sekali gus.  Keputusan ini membuktikan  yang parti pembangkang tidak mengambil peranan wakil rakyat sebagai sesuatu yang serius. 
 
Semua orang boleh mengagak keputusan tersebut adalah bagi membolehkan Anwar menjadi Menteri Besar Selangor.  Pada awalnya, Anwar telah menafikan hal tersebut dan menepisnya sebagai spekulasi. 
 
Namun, ternyata kini bahawa 'menafikan' sesuatu yang telah atau akan dilakukannya merupakan sikap semulajadi Anwar.  Dalam kata lain, Anwar adalah sejenis manusia yang tidak boleh berkata benar. 
 
Dalam wawancaranya dengan Australia Network's Newsline semalam, Anwar mendedahkan strateginya untuk menjadi Menteri Besar Selangor bagi membolehkan beliau menjadikan negeri  itu sebagai model kepimpinannya.   Menurut Anwar, Selangor adalah negeri paling kaya, paling berkesan dan paling popular dan beliau akan menggunakannya untuk menunjukkan bagaimana cara memerintah yang baik dan telus. Jelas, Anwar memang berniat dan merancang untuk menjadi Menteri Besar sejak dari awal. 
 
Sikap lidah bercabang Anwar membuatkan kenyataannya dipandang sinis oleh rakyat yang peka dengan permainan politik manusia Anugerah Tuhan ini.  
 
Selama perjuangan Anwar, kita lihat beliau sering memilih jalan belakang, gemar menafi tetapi kemudian membuat U-turn, sentiasa bercakap lain di hadapan satu pihak dan perkara yang bertentangan pula di hadapan pihak lain. 
 
Anwar boleh menjadi pro-Zionis dan pro-Islam sekali gus, Anwar boleh menjadi pejuang Islam dan pejuang hak LGBT dalam masa yang sama, atau pejuang Melayu dan pejuang penghapusan hak bumiputera mengikut masa dan tempat di mana beliau berada. 
 
Anwar boleh berkata yang beliau tidak ingin menjadi Menteri Besar pada satu ketika, dan kemudiannya berkata yang beliau akan menjadi Menteri Besar dua tiga hari selepas itu. 
 
Justeru, apa jaminan yang beliau mampu menunaikan janji untuk menjadikan Selangor sebagai model pemerintahan yang baik dan telus sekiranya beliau berjaya menjadi MB? Apakah jaminan yang beliau tidak akan melakukan sebaliknya, iaitu menjadi pemerintah yang kejam dan korup? 
 
Sifat menipu dan korupsi tidak mungkin dapat dipisahkan.  Orang yang tidak telus dalam urusannya akan terpaksa hidup dalam penipuan bagi menutup kegiatannya. Memandangkan menipu dan Anwar juga tidak dapat dipisahkan, maka tidak salah rasanya jika kita mempersetankan saja janji Anwar untuk memerintah dengan baik dan telus itu. 
 
Anwar punya peluang untuk membuktikan beliau seorang pemerintah yang baik dan telus pada suatu ketika dahulu.   Namun, peluang itu telah digunakannya untuk menjadikan dirinya dan sanak-saudaranya kaya dalam sekelip mata.  Beliau juga hampir membankrapkan negara kerana terlalu taksub kepada dasar-dasar IMF dan tunduk kepada Amerika. 
 
Hari ini Anwar ingin meminta peluang lagi untuk menjadi Menteri Besar dan peluang itu pula direbut dengan cara yang kotor. 
 
Jika niatnya kotor, caranya juga kotor, maka bagaimana kita boleh percaya yang Anwar mampu menjadi pemerintah yang bersih? 
 
Persoalan kini ialah, apakah rakyat Selangor benar-benar sanggup mengangkat si munafik ini sebagai Menteri Besar?  Sudahlah munafik, peliwat pula.  Sudahlah peliwat, perasuah pula.  Sudahlah perasuah, tidak bijak ekonomi pula.   Pendek kata, Anwar mungkin mempunyai kualiti sebagai seorang pemimpin tetapi malangnya, beliau tidak mampu menjadi pemimpin yang berkualiti. 
 
Tanpa apa-apa jawatan, Anwar hanyalah seorang manusia munafik yang gagal dalam hidupnya.  Inilah yang membuatkan Anwar takut sekali menjelang rayuan kes liwatnya untuk kesekian kali. 
Sent from my BlackBerry® smartphone

07/02/2014

Apa Agenda Lim Kit Siang Selalu Menyanyi Lagu 13 Mei



Jika kita membaca blog Lim Kit Siang semenjak dua menjak ini, maka kita terasa seolah-olah masalah perkauman di Malaysia benar-benar meruncing dan rusuhan kaum boleh berlaku bila-bila masa.  Mana tidaknya jika sejak hampir sebulan lalu, zikir harian Kit Siang hanya 13 Mei, 13 Mei, 13 Mei…

Kit Siang mengajak kerajaan BN bekerjasama dengannya untuk menghalang 13 Mei, kerana menurutnya ada pihak rasis di kalangan penyokong UMNO yang bersungguh-sungguh cuba mencetuskan 13 Mei berdasarkan tindakbalas terhadap ADUN PKR dalam isu kangkung dan kini dalam isu video Teresa Kok pula. 

Kit Siang menyalahkan pihak yang bertindak balas itu kerana telah menjadikan ‘gurauan’ atau ‘satira’ pemimpin Pakatan Rakyat sebagai isu perkauman dan menyalahkan DAP. Sedangkan, menurut Kit Siang, tindakan kedua pemimpin PR itu bukannya bermotifkan perkauman. 

Apa yang Kit Siang tidak faham ialah, rakyat sudah semakin matang dan telah mengenali siapa Kit Siang dan siapa DAP iaitu sebuah parti yang wujud atas semangat komunis dan hidup atas semangat ketuanan Cina.  Rakya dapat membaca apa di sebalik semua kejadian ini. 

Lim Kit siang adalah salah seorang pencetus 13 Mei.  Biarpun beliau cuba menafikan sejarah, namun sejarah tidak pernah menipu.  Yang menipu adalah Kit Siang.  Kit Siang bukan sahaja tidak pernah merasa bersalah kerana mencetuskan 13 Mei, malah menafikan penglibatan beliau -  seolah-olah penyapu yang diikat di kenderaan dalam peristiwa tersebut bukanlah simbol untuk menghalau Melayu, tetapi sekadar untuk mencuci jalanraya. 

Hari ini Kit Siang kembali bercakap tentang 13 Mei, tentang kononnya ada usaha dari pihak orang-orang Melayu, khususnya penyokong UMNO untuk mengulanginya.  Namun, Kit Siang tidak pula menyebut bahawa sekiranya apa yang dikatakannya itu benar, maka ia adalah hasil dari provokasi pihaknya juga. 

Kit Siang tahu bahawa isu kalimah Allah akan mengguris hati orang-orang Melayu, tetapi DAP terutamanya anak Kit Siang sendiri, iaitu Lim Guan Eng, sengaja menimbulkannya.  Kit Siang tahu bahawa penindasan ke atas orang-orang Melayu termasuk peniaga-peniaga Melayu di Pulau Pinang mencabar kesabaran orang Melayu, tetapi anak Kit Siang, Lim Guan Eng tetap merampas tanah dan perniagaan mereka juga.  Kit Siang juga tahu bahawa segala provokasi pejuang siber DAP yang tidak henti-henti menghina Melayu, Islam, kerajaan dan Raja-raja akan menyakitkan hati orang-orang Melayu tetapi Kit Siang tetap membiarkannya. 

Hari ini, Kit Siang membela Teresa Kok biarpun video pemimpin DAP itu menaikkan kemarahan orang-orang Melayu. 

Nampaknya Kit Siang bukannya ingin menghalang 13 Mei, tetapi beliau sebenarnya ingin mengulanginya. 

Secara tidak langsung, Kit Siang seolah-olah memberi pilihan kepada orang-orang Melayu sama ada untuk membiarkan diri mereka diejek, dihina, ditindas dan dipijak oleh DAP atau bertindak balas.  Jika bertindak balas, maka Kit Siang akan menyalahkan orang-orang Melayu dan kerajaan kerana enggan memberi perhatian kepada amaran awalnya. 

Bagaimanapun, apa yang Kit Siang gagal fahami ialah, tidak semua orang-orang Cina berada di belakangnya.  Orang-orang Cina menolak BN dalam PRU yang lalu bukan kerana suka kepada cara Kit Siang, tetapi kerana teruja dengan janji-janji DAP untuk menghapuskan kuasa politik Melayu.  Namun, lebih dari itu, orang-orang Cina juga sebenarnya lebih mengutamakan ‘untung’ dari segala-galanya.   

Mengulangi peristiwa 13 Mei tidak akan membawa keuntungan kepada sesiapa, termasuk orang Cina.  Malah, orang Cina mungkin menjadi pihak yang paling rugi.  Lihat sahaja apa yang berlaku di Indonesia apabila rakyat melepaskan dendam yang terpendam ke atas orang-orang Cina dalam Reformasi Indonesia 1996-1999.  

Kita percaya, orang-orang Cina tidak mudah terpedaya dengan Kit Siang.  Semakin hari, semakin ramai di kalangan ahli-ahli DAP sendiri yang ‘serik’ dengan Kit Siang anak beranak.  Ini terbukti apabila seorang demi seorang dari ahli dan pemimpin parti itu yang tampil membuat aduan, mendedahkan salah laku dan juga keluar dari parti.

Selain itu, secara dasarnya, orang Cina di Malaysia sudah terbiasa dengan cara terbuka dan lembut kerajaan BN dan tidak boleh menerima cara pemerintahan Kit Siang anak beranak yang ‘ala komunis’, kalaupun tidak ala diktator Maharaja Cina dahulu kala.  Oleh itu, kita percaya bahawa orang Cina juga tidak akan mudah dihasut untuk mencetuskan 13 Mei.  Hari ini, semakin ramai yang bangkit menyatakan tidak senang dengan tindakan DAP, terutama Teresa Kok. 

Nasihat kita kepada Kit Siang, berhentilah berpura-pura baik dengan mengajak kepada perpaduan.  Lakonan itu tidak lagi mampu menipu sesiapa.  Justeru, berjuanglah dengan cara yang betul melalui pilihanraya yang sah.  Amatlah kejam sekali bagi seorang pemimpin tertinggi parti untuk mengharapkan kepada rusuhan kaum semata-mata untuk merampas kuasa. 


Namun sebelum itu, selesaikanlah dahulu isu CEC dan pastikan DAP tahu mengira sehingga 2,000 dahulu sebelum bermimpi untuk memerintah negara. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...