Macam mana ini bahan jadi rojak.
Sent from my BlackBerry® smartphone
Followers
06/09/2013
05/09/2013
Berpecah Kerana Kongsi Gelap
Sehubungan dengan itu, mereka sentiasa cenderung menyokong pembangkang, dan secara terang-terangan membawa agenda DAP.
Tanpa memuji pihak polis yang giat menggempur kongsi gelap, akhbar tersebut mengajak rakyat mengambil serius masalah ini. Pendirian akhbar ini atau artikel ini, dilihat agak bercelaru dengan pendirian pembangkang yang kini sedang giat membela kongsi gelap.
Setakat ini, pembangkang tidak lagi mampu menafikan yang mereka membela kongsi gelap apabila beberapa pemimpin DAP secara terang-terangan mempersoal tindakan polis menggempur kongsi gelap walaupun berlaku balas membalas tembakan.
Keadaan bertambah kusut bagi pembangkang apabila tersebar berita bahawa seorang bekas banduan yang juga ketua kumpulan kongsi gelap telah dilantik menjadi pemimpin DAP peringkat bawahan di Pulau Pinang. Dilaporkan juga bahawa polis telah menangkap lelaki berkenaan di Thailand sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara di negara ini.
Perkembangan ini membuatkan sebahagian dari pemimpin dan ahli DAP mula merasa cuak atau gusar. Kegusaran ini dapat dikesan melalui artikel di Nanyang Siang Pau tersebut di mana ia menyebut “Apa yang memeranjatkan kita, di kalangan ahli-ahli kongsi gelap ini, penglibatan kaum India adalah yang paling ramai.”
Memandangkan kongsi gelap selalunya dikaitkan dengan kaum Cina, maka tidak hairanlah jika Nanyang Siang Pau (baca: DAP) menyangka yang ia dijuarai oleh kaum Cina.
Walaupun DAP sentiasa menafikan, tetapi seluruh rakyat dapat mengesan kaitan DAP dengan kumpulan gangster. Peningkatan aktiviti dan perniagaan gelap seperti rumah urut, pusat hiburan atau pusat perjudian sejurus selepas PR menguasai Selangor menguatkan persepsi rakyat bahawa DAP berkait rapat dengan gangster. Justeru, rakyat langsung tidak terkejut apabila pemimpin DAP membela gangster.
Namun, apabila terdedah bahawa yang menjuarai kongsi gelap adalah kaum India, maka tentulah sukar bagi DAP untuk menguasai mereka.
Nampaknya, strategi DAP untuk membebaskan kongsi gelap dengan mendesak kerajaan menghapuskan Akta Pencegahan telah membawa akibat yang melepasi jangkaan atau perancangan mereka. Maka tidak hairanlah Nanyang Siang Pau mula menyuarakan kebimbangan bagi pihak masyarakat Cina (DAP).
Kita sedia maklum bahawa DAP tidak pernah mempercayai kaum lain di dalam parti mereka. Berbagai cara dilakukan termasuk menipu dan memanipulasi bagi memastikan kaum lain selain Cina tidak terpilih sebagai pemimpin pusat. Pendek kata, diskriminasi terhadap kaum bukan Cina di dalam DAP sudah pun menjadi satu undang-undang tidak bertulis yang mengikat sesama kaum Cina.
Justeru, kewujudan kumpulan kongsi gelap India yang lebih ramai dari kongsi gelap Cina semestinya satu masalah yang besar kepada DAP.
Jika sebelum ini DAP begitu hebat menghentam kerajaan kerana Akta ISA, tetapi kini, melalui Nanyang Siang Pau juga mereka menyuarakan keperluan kepada Akta Pencegahan 1959. Turut dicadangkan ialah agar kerajaan mencontohi Operasi Helang Singapura (di Malaya) pada tahun 1950an dan 60an untuk mengawal gangsterisme dalam negara.
Kini terbukti sudah bahawa Akta pencegahan dan keselamatan dalam negeri adalah penting untuk keamanan negara. Terbukti juga bahawa idea-idea pembangkang untuk menghapuskan Akta tersebut adalah idea yang tidak bijak serta membawa kemusnahan.
Kini, pembangkang terpaksa menjilat ludah mereka sendiri mendesak agar Akta pencegahan dikembalikan, biarpun bertukar nama dan ‘perkataan’ di sana sini tetapi yang jelas ia perlu mengandungi klausa-klausa dari Akta yang lama, yang telah terbukti berkesan menjamin pembendungan aktiviti gangsterisme atau kongsi gelap sebelum ini.
Restoran Geletek #Allah
Subhanallah, apa dah nak jadi sekarang ni. Agama di permainkan. Nama Allah dipersendakan. Semoga dia dapat pembalasan setimpal.
Sent from my BlackBerry® smartphone
Sent from my BlackBerry® smartphone
Muktamad! Khairun Aseh Sah Tidak Bertanding Demi Tanggungjawab
Khairun membuat keputusan ini atas dasar perinsip demi menjalankan amanah dan tugas dengan penuh integriti serta komited sebagai orang kanan Perdana Menteri, Setiausaha Politik PM .
Sebelum ini terdengar khabar angin mengatakan bahawa Datuk khairun ini akan bertanding merebut jawatan kanan dalam sayap Pemuda UMNO.
Akhirnya persoalan ini sudah terjawab dengan tuan punya badan sendiri.
Sempat juga belia berpesan kepada perwakilan agar bijak memilih kepimpinan yang akan membawa perubahan serta mampu menggalas tugas bagi mendepani pilihan raya umum akan datang dan beliau percaya perwakilan akan dapat membuat pilihan terbaik dan seterusnya meletakkan nama UMNO kekal sebagai satu parti pilihan utama.
Bila Minyak Naik

Bila minyak naik kita mula menjerit.
Terlupa gaji penjawat awam dah pun naik.
Bila minyak naik kita mengamuk,
Padahal kuasa beli pengguna bukan lagi besar nyamuk.
Bila minyak naik kita sedar bisnes kita sudah jauh maju banding dahulu.
Bila minyak naik kita tahu kelajuan kenderaan kita boleh diperlahan tidak memandu selaju kereta F1
Bila minyak naik kita mengutuk macam pakar ekonomi,
Kata kerajaan tidak pandai mengurus negeri,
Walau hanya kerja sebagai kerani.
Bila minyak naik ramai juga yang naik minyak,
Sedangkan kita bukan tak ada otak tak boleh fikir cara mengatasinya.
Bila minyak naik kita salahkan semua pihak,
Padahal kita sudah belajar rezeki di tangan Allah,
Yang Maha Berkuasa menambahkan rezeki anak isteri kita.
Nampak jelas bila minyak naik,
Nafsu syahwat juga naik petanda iman kita rupanya sudah lama tidak naik.
Bila minyak naik baru kita mula teringat
Doa dan usaha boleh menjadi penawarnya.
Rupanya bila minyak naik nampak jelas di mana kedudukan kita di sisi Allah yang menyuruh kita mensyukuri dan sabar ujian dariNya.
Bila minyak naik kita mula belajar berhemat,
menggunakan sumber tenaga yang akan pupus jika diguna sewenang-wenangnya.
Bila minyak naik barang pun naik namun kita lebih tahu cara mengatasinya.
Jangan kerana minyak naik kita lupa segala jasa baik kerajaan yang banyak membantu rakyat jelata.
Terlupa gaji penjawat awam dah pun naik.
Bila minyak naik kita mengamuk,
Padahal kuasa beli pengguna bukan lagi besar nyamuk.
Bila minyak naik kita sedar bisnes kita sudah jauh maju banding dahulu.
Bila minyak naik kita tahu kelajuan kenderaan kita boleh diperlahan tidak memandu selaju kereta F1
Bila minyak naik kita mengutuk macam pakar ekonomi,
Kata kerajaan tidak pandai mengurus negeri,
Walau hanya kerja sebagai kerani.
Bila minyak naik ramai juga yang naik minyak,
Sedangkan kita bukan tak ada otak tak boleh fikir cara mengatasinya.
Bila minyak naik kita salahkan semua pihak,
Padahal kita sudah belajar rezeki di tangan Allah,
Yang Maha Berkuasa menambahkan rezeki anak isteri kita.
Nampak jelas bila minyak naik,
Nafsu syahwat juga naik petanda iman kita rupanya sudah lama tidak naik.
Bila minyak naik baru kita mula teringat
Doa dan usaha boleh menjadi penawarnya.
Rupanya bila minyak naik nampak jelas di mana kedudukan kita di sisi Allah yang menyuruh kita mensyukuri dan sabar ujian dariNya.
Bila minyak naik kita mula belajar berhemat,
menggunakan sumber tenaga yang akan pupus jika diguna sewenang-wenangnya.
Bila minyak naik barang pun naik namun kita lebih tahu cara mengatasinya.
Jangan kerana minyak naik kita lupa segala jasa baik kerajaan yang banyak membantu rakyat jelata.
04/09/2013
Naikkan Jumlah BR1M dan Tingkatkan Khidmat pengangkutan Awam
Apa yang telah diketahui ialah kerajaan bakal meningkatkan jumlah BR1M kepada golongan berpendapatan rendah. Tetapi jumlahnya tidak lagi diumumkan.
Oleh itu, adalah dicadangkan agar kerajaan meneliti secara mendalam dengan mengambil-kira pandangan dan nasihat pihak-pihak yang berpengalaman dan pakar sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai RM3.3 billion ini. Ini kerana kita tidak mahu kerajaan sekali lagi dikritik kerana membuat keputusan sebelum mengkaji terlebih dahulu kesan ke atas semua pihak serta alternatif lain sepertimana yang berlaku dalam isu pengurangan subsidi minyak ini.
Beberapa pihak telah membayangkan yang BR1M akan ditingkatkan sehingga RM1000 hingga RM1500. Namun, umum tahu bahawa pemberian tunai sebegini tidak akan membawa manfaat untuk jangka masa panjang. Sehubungan dengan itu, inilah dicadangkan agar BR1M ditingkatkan semaksima RM300 sahaja. Adalah dikhuatiri, pemberian tunai yang semakin meningkat sedikit demi sedikit mampu membawa risiko di mana rakyat sudah terbiasa dan sentiasa mengharapkan kenaikan di masa depan.
Apa yang lebih penting ialah kerajaan memanfaatkan penjimatan tersebut untuk jangka panjang iaitu seperti projek-projek infrastruktur, pendidikan, dan juga pembangunan ekonomi bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana secara lebih menyeluruh.
Seperti yang kita sedia maklum, golongan yang paling teruk terjejas dengan kenaikan harga minyak adalah golongan berpendapatan sederhana di bandar.
Memandangkan isu utama yang timbul dari kenaikan harga minyak ialah ‘pengangkutan’, maka adalah lebih sesuai jika kerajaan memberi penekanan yang lebih dalam menambahbaikkan pengangkutan awam di bandar. Pada masa ini, pengangkutan awam di Malaysia kebanyakkannya hanya digunakan oleh mereka-mereka yang benar-benar tidak punya pilihan iaitu mereka yang tiada kenderaan. Manakala, yang mempunyai kenderaan tidak sanggup menggunakannya kerana ia begitu sukar untuk didapati sama ada di kawasan pedalaman mahupun di bandar-bandar besar.
Perkhidmatan bas masih tidak meluas dan tidak sampai ke seluruh pelusuk jalan dan lorong di kawasan perumahan selain ia juga tidak mungkin dapat melalui semua stesen-stesen komuter atau LRT. Justeru, ramai yang terpaksa menukar bas atau stesen untuk ke tempat tertentu sedangkan pengangkutan awam antara tempat-tempat tersebut pula tersangat terhad.
Dengan keadaan lalulintas yang sesak, ramai yang terpaksa menghabiskan berjam-jam antara satu pengangkutan kepada pengangkutan lain untuk menuju ke destinasi. Itu belum lagi mengambilkira masa menunggu bas atau teksi yang jarang-jarang sekali. Lebih teruk apabila terdapat di kalangan pemandu-pemandu teksi yang gemar memilih destinasi dan kadangkala enggan menggunakan meter yang mana menyebabkan ramai yang merasa serik ditipu.
Melainkan jumlah bas di tambah dengan perjalanan lebih kerap dan lebih meluas, maka rakyat Malaysia akan terus memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri walaupun kosnya semakin hari semakin meningkat. Sudah tentu keadaan ini tidak baik untuk negara kerana ia turut menyumbang kepada kesesakan lalulintas dan juga pencemaran udara.
Kesimpulannya, matlamat utama yang harus dipegang oleh kerajaan dalam memanfaatkan penjimatan dari pengurangan subsidi minyak ialah dengan meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam. Sudah sampai masanya kerajaan menumpukan kepada usaha untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan pertama rakyat Malaysia demi kebaikan semua.
02/09/2013
Harga Petrol Naik Malam ini Hanya Khabar Angin
Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron Malaysia (Pesamp), Alang Zahry Ishak berkata, setakat ini tiada sebarang pengumuman dilakukan kerajaan dan pihaknya berharap pengguna waras dalam menilai setiap khabar angin yang diperolehi mereka.
"Dakwaan tersebut hanya khabar angin. Pihak kami tidak tahu menahu berhubung sebarang kenaikan harga petrol pada ketika ini," katanya.
SUMBER
Subscribe to:
Posts (Atom)