Followers

Showing posts with label Gengster. Show all posts
Showing posts with label Gengster. Show all posts

05/09/2013

Berpecah Kerana Kongsi Gelap


Akhbar Nanyang Siang Pau semalam memperlihatkan kebimbangan dengan kewujudan begitu banyak kumpulan kongsi gelap dengan menyiarkan artikel bertajuk “Kawal dan Banteras Kongsi Gelap”.   Kita sedia maklum bahawa selama ini, Nanyang Siang Pau seperti juga akhbar-akhbar berbahasa Cina yang lain begitu tegar menyebarkan prejudis dan kebencian terhadap kerajaan.   

Sehubungan dengan itu, mereka sentiasa cenderung menyokong pembangkang, dan secara terang-terangan membawa agenda DAP. 

Tanpa memuji pihak polis yang giat menggempur kongsi gelap, akhbar tersebut mengajak rakyat mengambil serius masalah ini.   Pendirian akhbar ini atau artikel ini, dilihat agak bercelaru dengan pendirian pembangkang yang kini sedang giat membela kongsi gelap. 

Setakat ini, pembangkang tidak lagi mampu menafikan yang mereka membela kongsi gelap apabila beberapa pemimpin DAP secara terang-terangan mempersoal tindakan polis menggempur kongsi gelap walaupun berlaku balas membalas tembakan. 

Keadaan bertambah kusut bagi pembangkang apabila tersebar berita bahawa seorang bekas banduan yang juga ketua kumpulan kongsi gelap telah dilantik menjadi pemimpin DAP peringkat bawahan di Pulau Pinang.  Dilaporkan juga bahawa polis telah menangkap lelaki berkenaan di Thailand sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara di negara ini.

Perkembangan ini membuatkan sebahagian dari pemimpin dan ahli DAP mula merasa cuak atau gusar. Kegusaran ini dapat dikesan melalui artikel di Nanyang Siang Pau tersebut di mana ia menyebut “Apa yang memeranjatkan kita, di kalangan ahli-ahli kongsi gelap ini, penglibatan kaum India adalah yang paling ramai.” 

Memandangkan kongsi gelap selalunya dikaitkan dengan kaum Cina, maka tidak hairanlah jika Nanyang Siang Pau (baca: DAP) menyangka yang ia dijuarai oleh kaum Cina. 

Walaupun DAP sentiasa menafikan, tetapi seluruh rakyat dapat mengesan kaitan DAP dengan kumpulan gangster.   Peningkatan aktiviti dan perniagaan gelap seperti rumah urut, pusat hiburan atau pusat perjudian sejurus selepas PR menguasai Selangor menguatkan persepsi rakyat bahawa DAP berkait rapat dengan gangster.  Justeru, rakyat langsung tidak terkejut apabila pemimpin DAP membela gangster. 

Namun, apabila terdedah bahawa yang menjuarai kongsi gelap adalah kaum India, maka tentulah sukar bagi DAP untuk menguasai mereka.

Nampaknya, strategi DAP untuk membebaskan kongsi gelap dengan mendesak kerajaan menghapuskan Akta Pencegahan telah membawa akibat yang melepasi jangkaan atau perancangan mereka.  Maka tidak hairanlah Nanyang Siang Pau mula menyuarakan kebimbangan bagi pihak masyarakat Cina (DAP). 

Kita sedia maklum bahawa DAP tidak pernah mempercayai kaum lain di dalam parti mereka.  Berbagai cara dilakukan termasuk menipu dan memanipulasi bagi memastikan kaum lain selain Cina tidak terpilih sebagai pemimpin pusat.  Pendek kata, diskriminasi terhadap kaum bukan Cina di dalam DAP sudah pun menjadi satu undang-undang tidak bertulis yang mengikat sesama kaum Cina.  

Justeru, kewujudan kumpulan kongsi gelap India yang lebih ramai dari kongsi gelap Cina semestinya satu masalah yang besar kepada DAP.   

Jika sebelum ini DAP begitu hebat menghentam kerajaan kerana Akta ISA, tetapi kini, melalui Nanyang Siang Pau juga mereka menyuarakan keperluan kepada Akta Pencegahan 1959.   Turut dicadangkan ialah agar kerajaan mencontohi Operasi Helang Singapura (di Malaya) pada tahun 1950an dan 60an untuk mengawal gangsterisme dalam negara.  

Kini terbukti sudah bahawa Akta pencegahan dan keselamatan dalam negeri adalah penting untuk keamanan negara.  Terbukti juga bahawa idea-idea pembangkang untuk menghapuskan Akta tersebut adalah idea yang tidak bijak serta membawa kemusnahan. 

Kini, pembangkang terpaksa menjilat ludah mereka sendiri mendesak agar Akta pencegahan dikembalikan, biarpun bertukar nama dan ‘perkataan’ di sana sini tetapi yang jelas ia perlu mengandungi klausa-klausa dari Akta yang lama, yang telah terbukti berkesan menjamin pembendungan aktiviti gangsterisme atau kongsi gelap sebelum ini. 

22/08/2013

Hancurkan Gangster 04 @PDRM

Berita ‘pemimpin DAP membela samseng’ nampaknya bukanlah berita yang mengejutkan bagi rakyat Malaysia.  Ini jelas menunjukkan bahawa semua pihak sudah menerima hakikat bahawa DAP itu samseng dan samseng itu DAP.   

Dalam kejadian tembak menembak di mana 5 penjenayah terbunuh di Nibong Tebal, Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng cuba mempertikai tindakan polis dengan mempersoalkan kesahihan kenyataan polis yang merujuk kepada si mati sebagai penjenayah. 

Tindakan Lim Lip Eng dilihat sebagai reaksi spontan seorang yang gusar kerana beliau terlepas pandang akan hakikat berlakunya ‘balas membalas tembakan’.  Seharusnya beliau tahu bahawa tidak mungkin seorang yang tidak bersalah akan mempunyai senjata api, apatah lagi berbalas-balas tembakan dengan polis.  Kegusaran Lim Lip Eng terhadap kematian penjenayah amatlah memusykilkan kita semua. 

Selepas Lim Lip Eng, ADUN DAP Seri Delima, RSN Rayer pula menghasut keluarga penjenayah yang mati ditembak untuk membuat laporan polis bagi mempertikai operasi penghapusan dan pencegahan tersebut.   Dari situ, mereka mempersoal jumlah tembakan dan berbagai-bagai aspek kejadian.

Dari tindakan DAP ini maka jelaslah bahawa DAP tidak senang apabila penjenayah ditembak.  Ini menunjukkan bahawa parti itu sememangnya punya muslihat tersendiri apabila memberi tekanan terhadap kerajaan agar akta pencegahan dihapuskan.   Hari ini rakyat Malaysia dapat melihat sendiri bagaimana permainan DAP yang sengaja memburukkan imej polis atas peningkatan kadar jenayah dan kemudiannya mendesak pula agar penjenayah tegar dibebaskan. 

Penjenayah yang ditembak dikenalpasti dari kumpulan 04 iaitu salah satu dari kumpulan gangster India di sebelah utara.  Mungkin menyedari bahawa mereka mendapat sokongan dari parti politik, maka kumpulan 04 begitu berani menonjolkan diri dengan berarak mengiringi mayat rakan mereka, malah berani juga melanggar kereta polis.  Mereka juga turut melukis logo kumpulan mereka di beberapa lokasi, dikhuatiri sebagai tanda pengisytiharan perang terhadap pihak polis. 

Tindakan DAP membela penjenayah dan menyalahkan polis adalah konsisten, dan parti itu nampaknya tidak berganjak walaupun terbukti yang tertembak adalah kumpulan gangster yang bersenjata dan ganas.  

Apa yang berlaku ini seharusnya menimbulkan kesedaran di kalangan para penyokong Pakatan Rakyat akan bahayanya parti DAP.   Apa lagi yang diperlukan untuk membuktikan bahawa DAP bukanlah parti yang bertanggungjawab, jauh sekali prihatin?   Sokongan dan pembelaan yang ditunjukkan terhadap kumpulan gangster merupakan satu kenyataan rasmi bahawa DAP adalah parti samseng.  Apakah kita sanggup memberi mandat kepada parti samseng lagi selepas ini? 

Sungguh jahat permainan DAP yang mencemuh polis kerana jenayah meningkat, tetapi mempertikai pula tindakan polis mengekang jenayah.  

Justeru, kita harap pihak polis tidak membuang masa melayan karenah DAP dengan membela diri atau menjelaskan apa-apa.  Usah terjerumus dalam kancah politik gila parti samseng yang sanggup memperjudikan nyawa orang ramai demi publisiti dan kuasa. 

Rakyat berdiri teguh di belakang pihak polis dalam tindakan mereka mencegah dan mengekang jenayah dengan tegas dan pantas.   Kebiadapan kumpulan 04 perlu diajar supaya mereka sedar bahawa negara ini mempunyai undang-undang.  Kumpulan samseng tidak boleh bermaharajalela seolah-olah negara ini mereka yang punya.   Rakyat berdoa akan keselamatan pihak polis dan agar kumpulan 04 dihapuskan sahaja dari muka bumi Malaysia. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...