Followers

12/08/2015

Rakyat Malaysia Sudah Jadi Pakar Ekonomi

KEJATUHAN NILAI RINGGIT

Hari ini, nilai Ringgit adalah RM4.00 bagi satu dolar. Apabila saya membuka akaun Facebook dan Twitter, 9 daripada 10 status yang keluar di Facebook menghentam kerajaan berkenaan nilai mata wang Ringgit Malaysia.

Berdasarkan penelitian, mereka yang menghantar komen-komen di laman sosial tersebut kebanyakannya adalah daripada golongan belia yang seolah-olah menganggap Malaysia akan musnah esok.

Dalam masa sebulan yang lalu, saya melihat bagaimana rakyat Malaysia menjalani transformasi menjadi pakar perlembagaan, penganalisis dan kini pakar ekonomi pula.
Ada juga yang menyalahkan Najib dan UMNO. Terdapat satu kumpulan yang dinamakan Suara Rakyat yang gemar berkata 'negara lain adalah lebih baik kerana UMNO tiada di Negara mereka'.

Sudah tentu, apabila anda mempunyai pandangan yang sempit, anda akan terlepas pandang fakta bahawa :

•    Russian Roubles hilang 114 peratus berbanding dolar AS
•    Indonesian Rupian hilang 51 peratus berbanding dolar AS
•    Indian Rupees hilang  38 peratus berbanding dolar AS
•    Norwegian Krone hilang 37 peratus berbanding dolar AS
•    Australian Dollars hilang 24 peratus berbanding dolar AS
•    Euro hilang 20 peratus berbanding dolar AS
•    Thai Baht hilang 10 peratus berbanding dolar AS
Adakah saya perlu teruskan?

Salah satu faktor yang menyumbang kepada kejatuhan nilai mata wang negara-negara ini adalah kejatuhan harga minyak. Minyak mentah diniagakan pada US$70-80 setong. beberapa tahun yang lalu dan kini ianya jatuh kepada US$50 setong.

Bukan AS sahaja rakan niaga kita dan prestasi Ringgit kita tidak diukur berbanding dolar AS sahaja.

Apabila kita lihat pada Ringgit,

• kita  lebih kukuh berbanding Dolar Kanada (2 peratus)

• kita lebih kukuh berbanding Rupiah India (10 peratus)

• kita  lebih kukuh berbanding Yen Jepun (14 peratus)

• kita  lebih kukuh berbanding Rupiah Indonesia (18 peratus)

Tidak perlulah saya senaraikan kesemuanya, memadai dengan menyebut beberapa contoh.

Adakah anda tahu bahawa nilai perdagangan kita dengan India, Jepun dan Indonesia hampir dengan 20 peratus?

Sesetengah dari kita cepat untuk memberi berita negatif dan cepat mengulas seperti seorang pakar dalam Facebook dan Twitter. Itulah hakikat sikap kita hari ini.

Malangnya, tiada di antara kita yang merujuk kepada tahun 1998.

Ramai yang lupa bahawa Ringgit pernah jatuh serendah RM4.725 untuk satu dolar pada 7 Januari 1998 (kadar menjual BNM, di kaunter adalah lebih daripada RM4.80-4.88).

Mungkin mereka yang rancak  menghentam mengenai keadaan ekonomi kita di Facebook kini masih di bangku sekolah ketika itu.  Sudah pasti mereka tidak tahu apa yang berlaku pada tahun 1998, zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.

Dulu

a) Orang kehilangan pekerjaan atau mempunyai kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan

b) Isi rumah yang membebankan

b) kadar bunga pinjaman purata adalah 12.16 peratus

c) Kadar inflasi hampir kepada 3 peratus tanpa penarikan subsidi.

Sesiapa yang meragui bahawa kadar inflasi 2-3 peratus hari ini adalah benar dan merasakan ia sebenarnya yang lebih tinggi, cuba terapkan pemikiran yang sama untuk tahun 1998-1999.

Ya pasti anda terkejut, kadar bunga pinjaman purata adalah lebih 12 peratus. Itulah yang berlaku pada masa itu.

Anda boleh mengatakan ia adalah sejarah lalu dan anda boleh terus menyalahkan Perdana Menteri, Bank Negara Malaysia dan Kerajaan untuk kejatuhan hari ini.

Tetapi dimasa akan datang, sebelum anda berkongsi kemarahan anda di Facebook atau Twitter, tanya diri sendiri, adakah penurunan nilai Ringgit memberi kesan kepada anda?

1. Adakah anda membeli-belah dalam talian daripada laman web Amerika Syarikat?

2. Adakah anda merancang untuk terbang ke Amerika Syarikat untuk bercuti?

3. Adakah anda seorang rakyat Malaysia yang belajar di Amerika Syarikat?

4. Adakah anda mengimport barang yang akan dijual semula di Malaysia?

5. Adakah anda membeli barang keperluan dan makanan dari Amerika Syarikat untuk digunakan di sini?

6. Adakah anda sama sekali menggunakan dolar AS dalam kehidupan harian anda?

Kerana, hanya jika anda menjawab ya kepada perkara di atas, barulah anda akan terjejas. Jika tidak, apa yang membimbangkan anda? Gaji anda masih dalam Ringgit Malaysia dan anda tidak membeli barang keperluan dengan dolar Amerika.

Pastinya, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa ia memberi sedikit kesan kepada beberapa segmen terutama import dan jika merancang untuk melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat, United Kingdom dan beberapa destinasi lain.

Dari aspek penarafan antarabangsa oleh beberapa agensi penarafan, kita wajar menarik nafas lega kerana Fitch, Moody dan S&P kesemuanya memberikan penarafan "Stabil" kepada Malaysia.

Hakikat sebenar, tiada seorangoun ahli ekonomi di luar sana yang mengatakan bahawa ekonomi Malaysia akan runtuh, hanya ahli politik yang mereka tahayul ini.

Rencana asal dari
Goh Wei Liang

Pendedahan Berani Buat Najib Razak


RAKYAT MALAYSIA PERLU TAHU PERANAN NAJIB RAZAK

SURAT TERBUKA UNTUK UMAT ISLAM MALAYSIA

1. Sejak mengambil alih jawatan sebagai PM, perkara utama yang telah dilaksanakan oleh Najib adalah untuk mendamaikan negara dan umat Islam yang bertelagah.

2. Dalam kemelut dan situasi politik yang berlaku sekarang kami sebagai aktivis ummah duduk berdiskusi dan cuba melihat daripada sudut persepsi serantau.

3. Menyelak, mengkaji dan cuba membaca senario dunia yang sedang berlegar daripada dulu hingga kepada kemelut mutakhir yang sedang berlaku.

4. PM Najib telah berjaya mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, selepas pengeboman berhari-hari di Gaza oleh Israel di saat para pemimpin negara Islam yg lain sekadar melihat dan tidak melakukan apa-apa tindakan yg sepatutnya.

5. Malaysia secara langung atau tidak langsung telah memberikan pelbagai bantuan kepada umat Islam Palestin bagi memulakan semula kehidupan mereka selepas dimusnahkan Israel. DS Najib juga menjadi PM Malaysia dan antara pemimpin dunia Islam yg berani menghadapi risiko masuk dan berjumpa pemimpin HAMAS di Gaza.

6. Beliau juga berusaha menamatkan konflik 70 tahun umat Islam di Selatan Filipina yang ditembak oleh peluru kerajaan negara itu. Kuala Lumpur menjadi penyelaras kepada pendamaian dan menubuhan wilayah Bangsa Moro di Selatan Filipina dan diharap dengan pendamaian di situ masalah PATI di Sabah juga akan selesai.

7. PM Najib memainkan peranan utama menyelesaikan konflik 50 tahun Selatan Thailand, di mana umat Islam di negara itu mendakwa didiskriminasikan berbanding rakyat Thailand di utara negara Gajah putih itu.

8. Wujud konflik agama dan pemberontakan, Kuala Lumpur sekali lagi memainkan peranan utama ke arah pendamaian di Selatan Thailand.
Mungkin ada yang mendakwa zaman Tun Mahathir jadi PM dulu dia buat perkara yang sama.

9. Untuk rekod, masa zaman Dr Mahathir jadi PM, semua bantuan kepada umat Islam Filipina, Palestin, Bosnia, Selatan thai dibuat secara rahsia, dan lebih berorentasikan memperkasa pertahanan umat Islam bukan orentasi perdamaian seperti PM Najib. PM Najib berani mengambil risiko untuk 'rock the boat' dengan mengusulkan berbagai pendamaian di wilayah Islam termasuk di Palestin antara Fatah dan Hamas.

10. Keberanian beliau sudah pasti mengundang dua perkara, pertama sokongan drp pemimpin-pemimpin umat Islam di seluruh dunia (kita lihat perubahan pandangan terhadap Najib dikalangan pimpinan PAS).

11. Kedua, serangan daripada musuh Islam seperti Israel (yg mahu Anwar jadi PM), para pelobi Yahudi seperti media sosial mereka WSJ, dan para pembuat senjata yang rugi jika wujud pendamaian di wilayah bergolak selama puluhan tahun.

12. Baik, drp sudut logik ini, jika kami seorang multibillioner Arab dan berkawan dengan PM Najib, melihat kpd sumbangannya kepada Islam dan perdamaian sejak menjadi PM, apakah susah saya mahu memberikan sumbangan kepada beliau?

13. Mari bertanya kepada diri kita, jika bertemu dengan kawan yang berani ke depan dalam memperjuangankan apa yang kita mahukan, tapi tidak berani lakukan secara terbuka, dan beliau perlukan dana.

14. Apakah kita akan berikan, kerana kita tahu itulah caranya melakukan amal jariah atau infak untuk kepentingan umat.
Ingatlah saudara-saudaraku bhw kita berada di dunia akhir zaman. Dunia yg segala fitnah dan cerita rekaan disebar luaskan khasnya melalui media sosial sehingga kita menjadi keliru antara kebenaran dan kepalsuan.

15. Mungkin PM Najib bukanlah PM yg terbaik namun kita harus bersama-sama mempertahankan kedaulatan Islam drp diserang drp segala sudut yg akhirnya akan merugikan kita.

16. Jadikan sejarah kejatuhan sistem Khalifah Uthmaniah Turki di mana ianya digulingkan oleh Kamal Antartuk melalui fitnah dan pelbagai cerita rekaan yg membuatkan rakyat Turki marah sehingga jatuhnya Khalifah Islam yg terakhir itu.
Sdra-sdra mungkin boleh bersetuju atau tidak dgn pandangan kami namun gunakan rasionalisme dlm membuat justifikasi dan bukannya berasaskan rasa amarah yg akhirnya akan merugikan kita semua.

Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah

07/08/2015

Kata Fitnah Idris Jusoh


SIARAN MEDIA

YB DATO SERI IDRIS JUSOH
MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Saya mendapat makluman mengenai satu portal menyiarkan kenyataan saya yang telah diputarbelitkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Ingin saya membuat beberapa penjelasan dan penafian bahawa:

1) Kenyataan yang disiarkan dalam blog dan beberapa website berbunyi "Jangan hantar anak ke sekolah kerajaan jika tak suka kerajaan Barisan Nasional".

Hal ini amat berlawanan dengan kenyataan saya yang asal iaitu:

"Kalau ada yang mengatakan bahawa sistem tak baik dan nak hantar anak ke luar negara kita tak halang, tapi saya akan pastikan sistem pendidikan kita bertambah baik".

2) Kenyataan yang diputarbelitkan itu adalah bertujuan untuk mencalarkan nama saya, Kementerian Pendidikan Malaysia (pada masa itu) serta Kerajaan Malaysia.

3) Kenyataan yang disiarkan blog tersebut telah tersebar dalam media sosial dan portal MalaysianInsider yang telah memulakan putar belit tersebut  (dan kemudiannya ditukar) pada September 2013. Saya tidak pernah membuat kenyataan itu dalam masa terdekat ini.

Saya harap penjelasan serta penafian ini cukup jelas bahawa saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang bersentimen sedemikian rupa. Diharapkan rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan cerita-cerita sedemikian.

Dato Seri Idris Jusoh
Menteri Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
6 Ogos 2015

06/08/2015

Polis Tidak Ganggu Siasatan SPRM


Sent from Samsung Mobile

Kronologi Tragedi #MH370



KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Berikut kronologi operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, hampir 17 bulan selepas ia terputus hubungan pada 2.40 pagi, 8 Mac tahun lepas.

Pesawat tersebut terputus hubungan di kedudukan, 120 batu nautika ke timur Kota Kinabalu di ruang udara Laut China Selatan, dan tiada tiada-tiada mengenai isyarat kecemasan daripada pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 orang.

Pesawat malang itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Penumpangnya terdiri daripada rakyat Malaysia (38), China (153), Indonesia (tujuh), Australia (tujuh), Perancis (tiga), Amerika (tiga), New Zealand (dua), Ukraine (dua), Kanada (dua), Rusia (satu), Itali (satu), Taiwan (satu), Belanda (satu) dan Austria (satu).

Berikutan kejadian itu, Malaysia melancarkan operasi SAR melibatkan pelbagai negara dan usaha itu berterusan hingga kini.

* 8 Mac 2014 (Hari Pertama) - Operasi SAR pesawat itu dilancarkan pada 5.30 pagi di Laut China Selatan.

* 9 Mac 2014 (Hari Kedua) - Kawasan mencari diperluas ke Selat Melaka apabila disahkan pesawat berkenaan berpatah balik. - Beberapa negara termasuk Singapura, Vietnam, Indonesia, China dan Amerika Syarikat mengerahkan petugas dan aset masing-masing membantu gerakan itu.

* 15 Mac 2014 (Hari Kelapan) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kali terahir pesawat berkomunikasi dengan satelit ialah dari satu daripada dua koridor yang berkemungkinan; koridor utara yang bermula lebih kurang di sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand atau koridor selatan, lebih kurang dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.

- 26 negara menyertai operasi dalam fasa ini, yang meliputi 2.24 juta batu nautika persegi.

* 24 Mac 2014 (Hari Ke-17) - Najib mengumumkan bahawa data dikeluarkan satelit Inmarsat Britain memutuskan bahawa penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi dan Australia akan mengetuai operasi mencari di kawasan itu.

* 1 April 2014 (Hari Ke-25) - Kerajaan Australia melancarkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) bagi menyelaras operasi mencari MH370.

* 3 April 2014 (Hari Ke-27) - Najib tiba di Perth, Australia untuk meninjau sendiri operasi mencari, mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Australia Tony Abbott.

* 4 April 2014 (Hari Ke-28) - JACC berkata operasi mencari MH370 memasuki fasa baharu dengan pencarian dilakukan di dasar laut di selatan Lautan Hindi bagi mengesan 'pinger' kotak hitam.

* 31 Julai 2014 (Hari Ke-146) - JACC berkata kerja ukur batimetrik yang dilakukan kapal Zhu Kezhen dan Fugro Equator di sepanjang arka ketujuh di selatan Lautan Hindi, berjalan lancar.

* 21 Okt 2014 (Hari Ke-227) - Kapal yang diberi kontrak oleh Malaysia, GO Phoenix, menyertai operasi mencari bersama kapal yang diberi kontrak oleh Malaysia-Australia, Fugro Discovery dan Fugro Equator.

- Kemudian, satu lagi kapal, Fugro Supporter ditambah untuk membantu usaha mencari.

* 29 Jan 2015 (Hari Ke-326) - Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengisytiharkan secara rasmi bahawa MH370 mengalami kemalangan mengikut Standard Lampiran 12 dan 13 Konvensyen Chicago dan kesemua 239 penumpang serta anak kapal MH370 dianggap telah terkorban.

* 12 Feb 2015 (Hari Ke-340) - Kerajaan Malaysia berbincang dengan China untuk menambah kapal bagi menyertai operasi mencari Penerbangan MH370, yang ketika itu melibatkan empat kapal.

* 18 Jun, 2015 (Hari Ke-466) - Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia meneruskan misi pencarian fasa dua MH370 dengan hanya dua buah kapal meredah lautan kawasan terpencil di Lautan Hindi. Fasa satu selesai pada bulan yang sama dan kawasan pencarian seluas lebih 52,000 kilometer persegi telah selesai diliputi dalam pencarian.

* 29 Julai, 2015 (Hari Ke-508) - Seorang pekerja pembersih pantai menjumpai bahagian sayap sepanjang 2.7 meter dikenali sebagai flaperon yang pakar-pakar percaya ia berasal dari pesawat Boeing 777. Satu-satunya pesawat Boeing yang hilang di Lautan Hindi ialah MH370.

* 30 Julai, 2015 (Hari Ke-509) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia telah menghantar dua pasukan - satu ke Toulouse di Perancis dan satu lagi ke Pulau Reunion - susulan penemuan serpihan pesawat di pulau yang terletak di Lautan Hindi.

* 5 Ogos (Hari Ke-515) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa flaperon yang dijumpai di pulau La Reunion ialah dari pesawat MH370 yang hilang.

-- BERNAMA

PRIME MINISTER NAJIB RAZAK STATEMENT ON #MH370

Image result for mh370

PRIME MINISTER NAJIB RAZAK STATEMENT ON MH370

On 8 March 2014, flight MH370 from Kuala Lumpur to Beijing disappeared. The days, weeks and months that followed have been a period of torment for the families of those on board.

The plane’s disappearance was without precedent. At every stage, we followed the tiny amount of evidence that existed. But, despite the efforts of 26 nations and the largest search in aviation history, from the South China Sea to the Indian Ocean, the plane could not be located.

Neither could investigations by the world’s leading aviation experts answer why MH370 veered off course and went dark. While the plane’s disappearance remained a mystery, we have shared the anguish of those who could find no comfort.

Last week, on 29th July, we were informed by the French authorities that part of an aircraft wing had been found on Reunion, the French island in the Indian Ocean.

Today, 515 days since the plane disappeared, it is with a heavy heart that I must tell you that an international team of experts have conclusively confirmed that the aircraft debris found on Reunion Island is indeed from MH370.

We now have physical evidence that, as I announced on 24th March last year, flight MH370 tragically ended in the southern Indian Ocean.

This is a remote, inhospitable and dangerous area, and on behalf of Malaysia I would like to thank the many nations, organisations and individuals who have participated in the search.

The burden and uncertainty faced by the families during this time has been unspeakable. It is my hope that this confirmation, however tragic and painful, will at least bring certainty to the families and loved ones of the 239 people onboard MH370. They have our deepest sympathy and prayers.

I would like to assure all those affected by this tragedy that the government of Malaysia is committed to do everything within our means to find out the truth of what happened. MH370’s disappearance marked us as a nation. We mourn with you, as a nation.

And I promise you this: Malaysia will always remember and honour those who were lost onboard MH370.

05/08/2015

Warkah Buat Tun Mahathir: Benarkah Vincent Tan Derma RM 400 juta Kepada DAP?


Assalamualaikum Tun Mahathir,

1. Saya menulis dengan rasa berat hati setelah membaca tulisan Tun bertajuk "Akaun Peribadi" yang antara lain mempersoalkan kewujudan akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak untuk dana politik dan pilihan raya.

2. Apabila Mohd Najib mengambil alih pentadbiran, semua orang tahu bahawa beliau mengambil alih ketika parti sangat lemah manakala kekuatan musuh bertambah berpuluh kali ganda berbanding 2008 dan juga 1999. Pembangkang ketika itu mempunyai kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan.

3. Selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pelan peralihan kuasa pada Julai 2008, Mohd Najib sedar bebanan besar menanti dirinya. 5 negeri milik pakatan rakyat, 3 daripadanya merupakan negeri kaya dan punya kerusi Parlimen yang besar. Langkah permulaan Mohd Najib ialah membantu pembentukan kerajaan BN di Perak.

4. Mohd Najib dan Tun Mahathir sendiri sedar pilihan raya 2013 bukan lagi perang antara "David versus Goliath". Sebaliknya ia merupakan "ibu segala peperangan" dalam konteks pilihan raya Malaysia. Mohd Najib tidak lagi boleh bergantung kepada sumbangan dana politik kroni-kroni perniagaan yang berifat telunjuk lurus kelingking berkait. Ini semua Tun tahu dan faham.

5. Justeru saya kini tertanya-tanya Tun menulis untuk apa? Mahu menjatuhkan Mohd Najib dan UMNO, membersihkan parti dan kerajaan atau kerana dendam tertentu? Saya percaya ramai juga tertanya-tanya soalan ini.

3. Tun sendiri menulis, "Di waktu saya letak jawatan sebagai Presiden UMNO, saya telah arah wang tunai dalam bank dan saham-saham serta surat milik hartanah diserah kepada Dato Abdullah Badawi. Pegawai yang menyerah ialah Nor Mohamad Yacob dan Noordin Bachik. Jumlah wang tunai yang diserah melebihi 200 juta Ringgit. Jumlah nilai saham dan hartanah melebihi 1.2 billion Ringgit."

4. Pada 2008 ketika mahu menjatuhkan Pak Lah, Tun juga menulis telah menyerahkan sebanyak RM 1.4 bilion dalam bentuk tunai, aset dan saham yang dibawah "jagaan" Tun semasa menjadi Presiden UMNO melalui seorang pegawai dan seorang Menteri.

5. Kenapa semua ini tidak dimasukkan ke dalam akaun UMNO? Kenapa akaun "trustee"? Tun sendiri tahu jawapan dan masalahnya. Tun beranggapan hanya Tun seorang sahaja amanah, orang lain penipu walau hakikatnya pada zaman Tunlah harta UMNO berpuluh bilion lesap begitu sahaja.

6. Saya kecewa Tun sanggup menyerang Mohd Najib yang berbelanja berhabis-habisan untuk kemenangan Barisan Nasional tetapi memejamkan mata tindakan kroni-kroni Tun menyumbang kepada parti lawan dalam pilihan raya 2013.

7. Tun siasat atau beritahu kita, betul atau tidak Tan Sri Vincent Tan, ahli perniagaan kesayangan Tun yang menganjurkan parti hari jadi Tun ala James Bond baru-baru ini, telah menyumbang hampir RM 400 juta kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 2013? Vincent Tan, orang yang mendapat pelbagai kemudahan dan keistimewaan semasa pentadbiran Barisan Nasional di bawah Tun, dikatakan menyumbang hampir RM 1 bilion kepada parti musuh sejak 2008.

8. Tun juga tentu tahu berapa ratus juta YTL, Syed Mokhtar dan beberapa tokoh perniagaan lain menyumbang kepada dana politik Pakatan Rakyat dalam satu pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah negara.

9. Malangnya, Tun memilih menyerang Mohd Najib yang membantu Tun menang dalam pemilihan UMNO 1987 dan yang berusaha mempertahankan Barisan Nasional dan UMNO, parti yang Tun perkudakan selama lebih 22 tahun.

10. Tun sedikit pun tidak menghargai usaha Mohd Najib mempertahankan pentadbiran negara ini sungguhpun ia secara langsung menyelamatkan legasi Tun dan Perdana Menteri-Perdana menteri sebelum ini.

11. Apa yang Tun lakukan sejak beberapa bulan ini sungguh menyedihkan. Tun bukan sahaja tidak lagi dapat berkelakuan sebagai negarawan, malah tidak lagi boleh menjadi seorang sahabat pun. Jauh lebih menyayatkan hati, Tun tidak lagi boleh menjadi ahli parti yang baik seperti mana Tun minta kami semua buat ketika Tun Perdana Menteri.

12. Masa untuk muhasabah diri. Selamat hari raya, maaf zahir batin Tun.

Amin Yatim
Petaling Jaya
5 Ogos 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...