Followers

Showing posts with label mh370. Show all posts
Showing posts with label mh370. Show all posts

14/08/2015

'Charlie Hebdo' Majalah Dari Perancis Biadab!




Sebuah majalah dari Perancis 'Charlie Hebdo' telah mengeluarkan artikel berkaitan penemuan serpihan MH370 di Pulau Reunion, Perancis sebagai bahan jenaka.

Menurut Express.co.uk, muka depan akhbar itu tertulis “Kami menjumpai serpihan juruterbang dan pramugari”.

Biadap dan tidak menghormati perasaan keluarga mangsa yang masih dalam kesedihan dan trauma.

06/08/2015

Kronologi Tragedi #MH370



KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Berikut kronologi operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, hampir 17 bulan selepas ia terputus hubungan pada 2.40 pagi, 8 Mac tahun lepas.

Pesawat tersebut terputus hubungan di kedudukan, 120 batu nautika ke timur Kota Kinabalu di ruang udara Laut China Selatan, dan tiada tiada-tiada mengenai isyarat kecemasan daripada pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 orang.

Pesawat malang itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Penumpangnya terdiri daripada rakyat Malaysia (38), China (153), Indonesia (tujuh), Australia (tujuh), Perancis (tiga), Amerika (tiga), New Zealand (dua), Ukraine (dua), Kanada (dua), Rusia (satu), Itali (satu), Taiwan (satu), Belanda (satu) dan Austria (satu).

Berikutan kejadian itu, Malaysia melancarkan operasi SAR melibatkan pelbagai negara dan usaha itu berterusan hingga kini.

* 8 Mac 2014 (Hari Pertama) - Operasi SAR pesawat itu dilancarkan pada 5.30 pagi di Laut China Selatan.

* 9 Mac 2014 (Hari Kedua) - Kawasan mencari diperluas ke Selat Melaka apabila disahkan pesawat berkenaan berpatah balik. - Beberapa negara termasuk Singapura, Vietnam, Indonesia, China dan Amerika Syarikat mengerahkan petugas dan aset masing-masing membantu gerakan itu.

* 15 Mac 2014 (Hari Kelapan) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kali terahir pesawat berkomunikasi dengan satelit ialah dari satu daripada dua koridor yang berkemungkinan; koridor utara yang bermula lebih kurang di sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand atau koridor selatan, lebih kurang dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.

- 26 negara menyertai operasi dalam fasa ini, yang meliputi 2.24 juta batu nautika persegi.

* 24 Mac 2014 (Hari Ke-17) - Najib mengumumkan bahawa data dikeluarkan satelit Inmarsat Britain memutuskan bahawa penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi dan Australia akan mengetuai operasi mencari di kawasan itu.

* 1 April 2014 (Hari Ke-25) - Kerajaan Australia melancarkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) bagi menyelaras operasi mencari MH370.

* 3 April 2014 (Hari Ke-27) - Najib tiba di Perth, Australia untuk meninjau sendiri operasi mencari, mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Australia Tony Abbott.

* 4 April 2014 (Hari Ke-28) - JACC berkata operasi mencari MH370 memasuki fasa baharu dengan pencarian dilakukan di dasar laut di selatan Lautan Hindi bagi mengesan 'pinger' kotak hitam.

* 31 Julai 2014 (Hari Ke-146) - JACC berkata kerja ukur batimetrik yang dilakukan kapal Zhu Kezhen dan Fugro Equator di sepanjang arka ketujuh di selatan Lautan Hindi, berjalan lancar.

* 21 Okt 2014 (Hari Ke-227) - Kapal yang diberi kontrak oleh Malaysia, GO Phoenix, menyertai operasi mencari bersama kapal yang diberi kontrak oleh Malaysia-Australia, Fugro Discovery dan Fugro Equator.

- Kemudian, satu lagi kapal, Fugro Supporter ditambah untuk membantu usaha mencari.

* 29 Jan 2015 (Hari Ke-326) - Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengisytiharkan secara rasmi bahawa MH370 mengalami kemalangan mengikut Standard Lampiran 12 dan 13 Konvensyen Chicago dan kesemua 239 penumpang serta anak kapal MH370 dianggap telah terkorban.

* 12 Feb 2015 (Hari Ke-340) - Kerajaan Malaysia berbincang dengan China untuk menambah kapal bagi menyertai operasi mencari Penerbangan MH370, yang ketika itu melibatkan empat kapal.

* 18 Jun, 2015 (Hari Ke-466) - Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia meneruskan misi pencarian fasa dua MH370 dengan hanya dua buah kapal meredah lautan kawasan terpencil di Lautan Hindi. Fasa satu selesai pada bulan yang sama dan kawasan pencarian seluas lebih 52,000 kilometer persegi telah selesai diliputi dalam pencarian.

* 29 Julai, 2015 (Hari Ke-508) - Seorang pekerja pembersih pantai menjumpai bahagian sayap sepanjang 2.7 meter dikenali sebagai flaperon yang pakar-pakar percaya ia berasal dari pesawat Boeing 777. Satu-satunya pesawat Boeing yang hilang di Lautan Hindi ialah MH370.

* 30 Julai, 2015 (Hari Ke-509) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia telah menghantar dua pasukan - satu ke Toulouse di Perancis dan satu lagi ke Pulau Reunion - susulan penemuan serpihan pesawat di pulau yang terletak di Lautan Hindi.

* 5 Ogos (Hari Ke-515) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa flaperon yang dijumpai di pulau La Reunion ialah dari pesawat MH370 yang hilang.

-- BERNAMA

PRIME MINISTER NAJIB RAZAK STATEMENT ON #MH370

Image result for mh370

PRIME MINISTER NAJIB RAZAK STATEMENT ON MH370

On 8 March 2014, flight MH370 from Kuala Lumpur to Beijing disappeared. The days, weeks and months that followed have been a period of torment for the families of those on board.

The plane’s disappearance was without precedent. At every stage, we followed the tiny amount of evidence that existed. But, despite the efforts of 26 nations and the largest search in aviation history, from the South China Sea to the Indian Ocean, the plane could not be located.

Neither could investigations by the world’s leading aviation experts answer why MH370 veered off course and went dark. While the plane’s disappearance remained a mystery, we have shared the anguish of those who could find no comfort.

Last week, on 29th July, we were informed by the French authorities that part of an aircraft wing had been found on Reunion, the French island in the Indian Ocean.

Today, 515 days since the plane disappeared, it is with a heavy heart that I must tell you that an international team of experts have conclusively confirmed that the aircraft debris found on Reunion Island is indeed from MH370.

We now have physical evidence that, as I announced on 24th March last year, flight MH370 tragically ended in the southern Indian Ocean.

This is a remote, inhospitable and dangerous area, and on behalf of Malaysia I would like to thank the many nations, organisations and individuals who have participated in the search.

The burden and uncertainty faced by the families during this time has been unspeakable. It is my hope that this confirmation, however tragic and painful, will at least bring certainty to the families and loved ones of the 239 people onboard MH370. They have our deepest sympathy and prayers.

I would like to assure all those affected by this tragedy that the government of Malaysia is committed to do everything within our means to find out the truth of what happened. MH370’s disappearance marked us as a nation. We mourn with you, as a nation.

And I promise you this: Malaysia will always remember and honour those who were lost onboard MH370.

14/03/2014

Satellite Amerika Gagal Kesan #MH370

Jika diperkatakan tentang kemajuan, maka secara automatik, seluruh manusia di bumi ini akan merujuk kepada Amerika.  Segala penciptaan baru, penemuan baru, peralatan canggih mahupun senjata pembunuh terhebat, semuanya pasti dikaitkan dengan Amerika.   Biarpun Jerman, Rusia atau Perancis serta Korea dan China turut terkenal dengan berbagai aset hebat, namun Amerika telah menjadi ‘simbol’ kemajuan dan terpahat sebagai tamadun tertinggi di zaman ini. 

Amerika menjadi kuasa terbesar dunia bukan kerana ia menguasai teknologi tetapi kerana ia turut menguasai media dan juga maklumat. 

Sesuatu negara atau bangsa itu tidak menjadi kuasa terbesar dunia melalui beberapa siri ‘kebetulan’ atau tidak sengaja.   Penguasaan Amerika ke atas dunia merupakan satu perancangan yang teliti melangkaui abad dan generasi.  

Setiap generasi akur mewarisi cita-cita yang sama dan meneruskan usaha untuk mencapai matlamat tersebut.   Mereka belajar dari setiap kesilapan dan setiap kali juga akan bangun dengan lebih kuat lagi sehinggalah pada hari ini di mana semua negara perlu tunduk kepada mereka atau menghadapi akibatnya.  Hanya kerana akal sebahagian dari kita tidak mampu mencerna konspirasi Amerika untuk menguasai dunia, maka ia tidak bermakna ia mustahil.  Amerika berjaya menakluk dunia kerana ia sentiasa percaya bahawa tiada apa yang mustahil. 

Oleh itu, dengan segala kehebatan yang dimiliki oleh Amerika dan kepantasan negara itu bertindak dalam kehilangan MH370, kita hairan kenapa pesawat itu masih belum ditemui. Bukan saja tidak ditemui tetapi satu petunjuk pun tidak ada. 

Boeing 777 adalah pesawat buatan Amerika.  Ia merupakan antara pesawat paling canggih dan paling selamat di dunia.   Maka, jika ada yang mampu ‘menghilangkannya dengan begitu misteri’,  ia pastilah pihak Amerika juga.  Namun, tentu sekali ini tidak dapat dibuktikan dan kekal menjadi spekulasi. 

Apa yang bukan spekulasi di sini ialah keupayaan aset Amerika dalam mengesan pesawat tersebut. 

Kita sedia maklum akan kewujudan Satelit Reconnaisance Amerika yang mampu mengesan lokasi  mahupun letupan di udara.  Pusat kawalan satelit ini dikatakan mampu menjejak peluru berpandu, sekiranya ia dilancarkan ke udara dan ke arah pesawat.  Satelit dengan teknologi infra-red tersebut pernah mengesan letupan ke atas TWA Flight 800 pada tahun 1996 di Lautan Atlantik sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang JFK. 

Selain itu, USS 7th Fleet Navy yang dilengkapi radar paling canggih juga digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat MH370.   Tidak cukup dengan itu, tenaga kepakaran Amerika termasuk dari tentera, FBI, CIA juga dibawakan ke Malaysia untuk misi ini. 

Pendek kata, habis segala kecanggihan dan kepakaran di dunia telah digunakan dalam usaha mencari pesawat malang ini.  Habis segala teori meletup di udara, tenggelam di laut atau jatuh di daratan telah diterokai.  Namun, ia masih lagi tidak ditemui. 

Satu-satunya satellite yang dapat ‘mengesan’ sesuatu yang disyaki sebagai pesawat yang hilang itu ialah satellite milik China.   Malangnya, objek yang dikesan di Laut China Selatan itu, bagaimanapun, disahkan sebagai bukan pesawat yang dicari. 

Yang menjadi persoalan ialah kenapa satellite Amerika tidak mengesan objek tersebut terlebih dahulu dari China?

Apakah aset dan kepakaran Amerika tidak sehebat yang disangka?  Atau apakah ini satu ujian ke atas Malaysia dalam usaha untuk memberi tekanan ke atas sesuatu isu lain? Apakah ia hanya ‘umpan’ untuk mengkaji kekuatan lawan mereka di rantau ini, iaitu China?   

Amerika kemudian memberi komitmen untuk terus berada di sini tanpa tempoh tertentu yang ditetapkan bagi meneruskan pencarian.  Mungkinkah kegagalan menemui pesawat tersebut hanyalah alasan untuk berada di rantau ini selama mungkin sehingga apa jua ‘operasi sulit’ mereka selesai?

Dalam keadaan di mana kepakaran dan aset Amerika yang mampu mengesan apa saja berada di dalam negara ini, di seluruh pelusuk penjuru perairan dan juga udara, maka pasti mudah sahaja untuk mereka mengatur apa saja. 

Media barat telah mula mempersoalkan Malaysia dari segi kredibiliti kepimpinan dan juga keselamatan.  Aspek keganasan nampaknya terus sengaja digembar-gemburkan.   Rata-rata media barat cuba menggambarkan Malaysia sebagai lemah dan tidak berdaya.   

Melihat dari modus operandi Amerika dalam menguasai negara lain seperti di Timur Tengah, kita bimbang sekiranya kehilangan MH370 ini hanyalah permulaan kepada bencana yang lebih besar. 

Teorinya ialah, buktikan dahulu kepada dunia bahawa sistem keselamatan Malaysia tersangat lemah dan kredibiliti pemimpin Malaysia tersangat buruk sebagai justifikasi awal keganasan yang bakal berlaku dalam negara ini sedikit masa lagi. 

Jika teori ini benar, maka satu persoalan yang mungkin kejam namun perlu diambilkira oleh kepimpinan ialah:  Apakah berbaloi kita memberi sepenuh ruang dan kepercayaan kepada Amerika serta memperjudikan kedaulatan negara dan nasib seluruh rakyat jelata…untuk MH370? 


10/03/2014

MH370: Sikap Rakyat Malaysia VS ‘Bangsa Malaysia’

Kehilangan pesawat MH370 terus menjadi perbualan hangat bukan sahaja di Malaysia, tetapi hampir di seluruh dunia.   ‘Kapal terbang’ pada dasarnya, adalah antara kenderaan yang paling selamat dan amat jarang merekodkan kemalangan.   Pesawat Boeing 777 juga diiktiraf sebagai pesawat paling selamat dan dilengkapi dengan peralatan paling canggih untuk menangani kecemasan termasuk menghantar isyarat secara automatik jika terjatuh ke dalam laut. 

Malaysia Airlines (MAS) pula terkenal sebagai antara syarikat penerbangan yang paling cekap.  Rekod keselamatan MAS telah mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu hampir tiada sebarang kes yang melibatkan kecuaian mahupun kerosakan.    Satu-satunya insiden besar yang melibatkan MAS di mana pesawat terhempas di Tanjung Kupang pada tahun 1977 juga bukanlah melibatkan kecuaian atau kerosakan, tetapi rampasan.

Justeru, kehilangan MH370 tanpa sebarang panggilan kecemasan atau atau tanda-tanda amaran atau isyarat dari kokpit amatlah menghairankan, walaupun bagi para penyiasat dan pakar-pakar penerbangan antarabangsa.  Ia bukanlah satu kes biasa tetapi dikategorikan sebagai pelik apatah lagi dengan tiada sebarang penemuan atau petunjuk langsung walaupun telah mencecah hari ketiga. 

Dalam keadaan di mana pakar-pakar juga mengakui kesukarannya,  ada pula di kalangan warga Malaysia yang jauh terlebih bijak dari pakar.   Mereka bukan sahaja bersikap seolah-olah mereka pakar penerbangan, tetapi juga pakar kapal selam, pakar penyelamat dan juga pakar mengukur iman dan dosa pahala yang terlibat, dari kerajaan sehinggalah ke juruterbang dan penumpang. 

Mereka ini membuat berbagai-bagai spekulasi dan gurauan yang tidak kena tempat untuk menunjuk pandai.   Lebih buruk, mereka mengaitkannya dengan politik dan juga keputusan kes liwat Anwar Ibrahim. 

Pada waktu semua negara yang terlibat dan tidak terlibat turut bersatu dalam merasai cemas, bimbang dan sedih, mereka ini terus mengajak kepada perpecahan. 

Kita tidak tahu kenapa bumi bertuah ini dihuni oleh begitu ramai manusia yang tidak tahu bersyukur dan hanya tahu merungut.   Tetapi apa yang kita tahu ialah kebanyakan mereka ini merupakan penyokong pembangkang dan majoriti dari mereka amat membenci UMNO dan kerajaan yang dianggap mereka sebagai rasis. 

Mereka ini terdiri dari kumpulan yang mengaku sebagai bukan Melayu, bukan Cina dan bukan India, tetapi kononnya ‘bangsa Malaysia’. 

Malangnya ‘bangsa Malaysia’ ini tidak punya perasaan sayangkan negara mahupun prihatin dengan apa yang berlaku pada rakyat Malaysia.  ‘Bangsa Malaysia’ ini saban hari mengutuk dan menghamun Malaysia sahaja kerjanya. 

Dan ‘Bangsa Malaysia’ ini tidak bersama-sama dengan rakyat Malaysia dan negara lain meratapi dan mendoakan MH370.  Sebaliknya, mereka sibuk menghamun kerajaan sambil membela Anwar Ibrahim. 

Apa yang berlaku membuktikan bahawa ahli-ahli politik pembangkang telah benar-benar merosakkan minda dan sikap penyokong mereka.  Ini terbukti apabila pemimpin pembangkang berjenaka tentang ‘segitiga Bermuda’ di Vietnam dan mengemukakan soalan sindiran mengenai penggunaan ‘kapal selam’ ketika memperkatakan tentang MH370. 

Jelas, mereka bukan sahaja tidak prihatin tetapi teramat bodoh sekali dan pengikut mereka semuanya sudah terpengaruh dengan sikap mereka.

Walaupun dalam keadaan kita bersedih dan cemas, rakyat Malaysia wajar melihat sikap pemimpin dan penyokong pembangkang sebagai satu peringatan dan pengajaran. 

Apakah kita sanggup membenarkan negara ini diperintah oleh manusia-manusia yang pentingkan diri, tidak sensitif, tidak bertanggungjawab dan bodoh seperti pembangkang itu? 

Ingatlah, pada waktu ini, seluruh dunia memerhatikan kita.   Seluruh dunia bersama kita mendoakan yang terbaik ke atas penumpang pesawat milik negara kita.  Seharusnya kita bersatu tanpa mengira fahaman politik kerana ini bukan soal main-main tetapi nyawa manusia seramai 239 orang. 

Sebagai rakyat Malaysia berbilang bangsa yang lebih rasional, kita tidak perlu melayan karenah ‘bangsa Malaysia’ itu, walaupun kata-kata mereka benar-benar mengguris perasaan kita.  Biarkan mereka menyalak semahu-mahunya.  Sebaliknya, di samping kita mendoakan MH370, kita doakanlah juga agar hati ‘bangsa Malaysia’ ini terbuka dan belajar melihat dunia dari sudut berbeza.  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...