Followers

04/08/2015

Najib Razak Pada Pandangan Pelajar Luar Negara

Image result for najib razak
Najib Razak dan masyarakat dunia.

Sebelum itu, saya ingin menyatakan bahawa saya bukanlah penyokong atau pengangung Najib Razak sebaliknya saya hanya sekadar berkongsikan pandangan sebahagian rakan-rakan asing saya yang datang daripada pelbagai negara terhadap Negara tercinta, Malaysia di bawah kepimpinan Najib Razak. Bersetuju atau tidak terpulang pada penilitian masing-masing. Di samping kita bercakap tentang kekurangannya, ayuh kita lihat sejenak tentang kebaikannya".

Setiap pandangan dan kesimpulan rakyat Malaysia terhadap mana-mana Pemimpin Malaysia itu 'tidak mewakili' sikap dan kesimpulan masyarakat dunia. Rakyat Malaysia menghukum seseorang Pemimpin sebagai seorang yang jahat atau baik, tidak adil atau adil dan tidak amanah atau amanah berdasarkan kepada apa yang mereka lihat dan menghukum terhadap apa yang berlaku di dalam negara seperti masalah kegagalan menguruskan ekonomi, terjebak dengan kes rasuah dan sebagainya.

Kita perlu tahu bahawa masyarakat dari negara luar melihat seseorang Pemimpin itu berdasarkan 'polisi dasar luarnya', bantuan kemanusiaan yang diberikannya, dan juga reputasi kerajaan di bawah pengendaliannya.

Sebagai contoh, sebahagian rakyat Malaysia dilihat begitu mengangung dan mengangkat Pemimpin Turki, Recep Tayyip Erdogan sebagai hero dan khalifah umat Islam. Apa sahaja kenyataannya atau setiap perbuatannya akan dipandang benar, tepat dan disanjung. Tetapi jangan terkejut, sekiranya anda di Turki, anda akan mendengar banyak kritikan, tohmahan juga penentangan oleh rakyat Turki itu sendiri terhadap Pemimpin mereka dengan berasalan tidak jujur, mendiskriminasi dan lain-lain.

Berbalik kepada Malaysia, kita akui bahawa masyarakat dunia khususnya dunia Islam mulai melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang sangat maju, aman makmur dan berani adalah di era Tun Dr. Mahathir. Tidak perlu lagi untuk saya menceritakan lebih mendalam tentang jasa dan pandangan masyarakat Islam terhadap Tun, semua telah sedia maklum.

Sebenarnya terdapat banyak rakan-rakan yang menyoal saya tentang pandangan masyarakat dunia terhadap Malaysia di bawah kepimpinan Najib Razak.

Jika kita menyoal rakyat Malaysia itu sendiri, saya pasti kebanyakannya tidak akan bersetuju dan tidak berpuas hati dengan kepimpinannya disebabkan perkara tertentu.

Seperti yang saya telah nyatakan, pandangan rakyat Malaysia tidak mewakili pandangan masyarakat dunia, oleh itu saya bawakan sedikit beberapa pandangan mereka terhadap Malaysia di era Najib Razak. Diingatkan sekali lagi, bahawa ini berdasarkan perbincangan, perdebatan dan sebagainya sewaktu saya di Turki.

1) Malaysia dilihat sebagai sebuah Negara yang sangat berdiplomasi dan tidak beremosi dalam menyelesaikan sesuatu masalah, contoh yang paling terbaik ialah kejayaan Malaysia membawa keluar mayat dan kotak hitam MH17 dari wilayah yang dikuasai pemberontak Ukraine.

Seperti yang dimaklumkan oleh banyak akhbar bahawa, Najib mengadakan rundingan terus dengan ketua pemberontak, Alexander Borodai untuk diberi akses ke lokasi nahas, membawa pulang mayat mangsa dan mendapatkan kotak hitam, Sekiranya kita lihat laporan di dalam The New York Times mereka menyatakan bahawa usaha Najib ‘memberi tekanan kepada negara-negara yang jauh lebih berkuasa yang gagal mencapainya'.

Lihat pula cara negara barat dan Amerika Syarikat dalam mendapatkan kotak hitam, mereka mengancam keras untuk menyerang kumpulan pemberontak tersebut, tetapi Malaysia dengan mudah berjaya kerana sikap diplomasi yang tinggi. Salah seorang rakan dari negara Skandinavia ada mengatakan "memang malu sebenarya Amerika dan Eropah sebab mereka jauh lebih kuat, selalunya kalau mereka mengecam keras, semua tunduk patuh, tapi bukan dalam kes ni. tiba-tiba pula Malaysia yang sekecil itu dengan tenang boleh dapatkan, ternyata diplomasi itu lebih baik dan secara tidak langsungnya Pemimpin kamu itu mengajar dunia tentang 'bagaimana cara berdiplomasi'".

2) Korea Utara merupakan sebuah negara Komunis yang tertutup dan tidak disenangi banyak pihak, seperti yang anda sedia maklum, Malaysia yang terkenal dengan sikap friendly polisinya tidak pernah berminat untuk mempunyai musuh, di dalam kes Korea Utara ini, ketika di era Tun. Mahathir lagi dikatakan terdapat 20 buah kereta Proton dihadiahkan kepada Korea Utara di atas dasar menghormati negara kelas.

Balasannya, pada tahun 2011, di bawah kepimpinan Najib Razak, rakyat Malaysia boleh melawat Korea Utara tanpa visa selama 30 hari. Ketika itu hanya rakyat Malaysia sahaja yang boleh melawati Korea Utara tanpa Visa, sekali lagi HANYA MALAYSIA, tidak negara lain (kini Singapura juga boleh melawati Utara tanpa Visa).

Sewaktu di dalam kelas Perhubungan Antarabangsa, topik yang dibincangkan ketika itu ialah tentang konflik Korea Selatan dan Utara, seperti biasalah, yang Utaranya pasti akan dikutuk dan dikecam teruk sebagai sebuah negara yang tertutup dan tidak bertamadun, Guru saya mengatakan "tidak ada satu negara pun boleh masuk mudah ke Korea Utara, semuanya perlukan visa, nak dapatkan visa pun belum tentu mudah".

Sebelum sempat saya menjawab, rakan Turki saya, Yagiz Sarman mencelah "Eh tapi orang Malaysia boleh masuk ke Korea Utara tanpa Visa selama sebulan". Memang terkejut si gurunya, terus diGooglenya dan memang benar apa yang dikatakan, maka saya pun ambillah sedikit peluang menjelaskan tentang semangat diplomasi Malaysia yang tinggi.

Saya merupakan salah seorang penulis di akhbar bulanan Universiti, saya pernah menulis tentang Korea Selatan dan Korea Utara (saya akan kongsikan nanti). Di dalamnya saya ada 'mengajar' dunia supaya mencontohi Malaysia dan dua hari selepasnya, seorang guru dari Itali berjumpa dengan saya menyatakan ketidaksetujuannya dengan artikel tersebut, katanya Malaysia sangat memalukan sebab mempunyai hubungan baik dengan negara tertutup, berfahaman komunis bahkan pula dalam masa masyarakat dunia mengecam mereka, Malaysia pula ingin berbaik-baik".

Jawab saya mudah "Jangan samakan kami dengan mana-mana negara yang bersikap keras dengan mereka, setiap negara ada caranya tersendiri, kami tidak perlu sentiasa mengikut majoriti kerana majoriti bukan penanda kebenaran, dan seperkara lagi, Malaysia bukan negara 'mafia' tuan. Malaysia menggunakan saluran diplomasi untuk menyatakan ketidaksetujuan, apa gunanya kalau ada saluran yang baik tetapi tidak ingin digunakan. Memang saya yakinlah bahawa dunia wajib ikut cara Malaysia".

3) Masih ingat lagi peristiwa Israel menyerang genting Gaza? Malaysia seperti biasa akan mengecam serangan tersebut dan Najib Razak menyatakan bahawa Malaysia sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Waktu itu Gaza diserang bertubi-tubi oleh Zionist, Turki pula seperti biasa dengan dongeng-dongeng mereka untuk menyerang Israel, kenyataan Erdogan ketika itu sangat tegas dan mengancam tetapi untuk pengetahuan anda semua, rakyat Palestin lebih melihat kenyataan Najib Razak sebagai relevan dan neutral, dalam artikel saya sebelum ini juga, saya ada nyatakan yang rakyat Palestin sudah putus harapan dengan sikap lakonan pemimpin dunia Islam kononnya untuk menyerang Israel, tetapi Malaysia pula bersikap jujur dengan kemampuan yang mereka ada dan tidak pernah pula mereka mendengar mana-mana Pemimpin Malaysia mengatakan "Malaysia akan menyerang Israel", sebaliknya sekadar memberi bantuan kewangan dan bantuan kemanusiannya yang lain.

Kemuncaknya, keberanian Najib Razak memasuki wilayah Gaza sehingga mendapat kecaman dari Presiden Palestin sendiri, Mahmud Abbas. Untuk pengetahuan anda juga, Najib Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama yang melawat Wilayah Gaza dan kedua selepas bekas Perdana Menteri Mesir, Hisham Qandil pada tahun 2011 (seperti yang dinyatakan rakan Gaza). Dan untuk memasuk wilayah Gaza bukan mudah, perlu masuk dari Mesir dan sewaktu itu, diplomasi sangat diperlukan untuk berbincang dengan Pemerintah Mesir.

Saya bertanyakan rakan-rakan Gaza tentang isu ini, meraka mengatakan "sekalipun Malaysia jauh beribu batu, tapi masih boleh melawat kami di sini, bahkan memulakan lawatan di Gaza bukannya di West Bank, ini satu penghormatan yang sangat tinggi buat kami".

Inilah antara yang saya dapat kongsikan tentang pandangan sebahagian masyarakat dunia di era Najib Razak, perlu saya ingatkan bahawa kebanyakan mereka tidak begitu berminat untuk mengetahui masalah yang berlaku di dalam negara seperti masalah GST, masalah kejatuhan Ringgit Malaysia, masalah ekonomi, kenaikan harga minyak dan sebagainya kerana tetap mereka akan mengatakan "sekurang-kurangnya Pemimpin anda bantu kami, itulah yang lebih penting untuk kami".

Artikel Seorang Pelajar Malaysia di Turki.
Terima kasih, sekiranya anda pandangan atau komen bolehlah kongsi.

03/08/2015

Anggota PAC menjadi Anggota Kabinet Apa Masalahnya?

1. Parti pembangkang membuat bising berhubung keputusan Perdana Menteri melantik 4 Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebagai menteri dan timbalan menteri dalam rombakan Kabinet baru-baru ini.

2. Pertama, seperkara yang perlu dijelaskan ialah keempat-empatnya bukan dilantik kerana mereka adalah anggota PAC tetapi atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen.

3. Berdasarkan perkembangan semasa, kita mungkin terpaksa menunggu sebelum PAC dapat meneruskan siasatan ke atas 1MDB. Berapa lama? Ia dianggar kira-kira 2 bulan kerana persidangan ketiga Parlimen hanya bermula pada awal Oktober bag menentukan pengerusi baharu dan penggantian anggota PAC.

4. Penangguhan itu mempunyai justifikasi tersendiri. Berikutan pendedahan dokumen palsu oleh Sarawak Report dan pengakuan teori konspirasi beberapa individu, adalah lebih baik bagi PAC menunggu keadaan reda dan mendapat gambaran lebih jelas secara menyeluruh. Jika tidak, PAC mungkin membuat keputusan berdasarkan andaian yang tidak tepat.

5. Apakah empat pelantikan baru-baru ini akan memesong atau menghentikan keseluruhan siasatan? Jawapannya sudah tentu tidak. Kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan sebarang siasatan oleh Parlimen. Sebaik ia dimulakan, ia hanya boleh dihentikan apabila PAC sudah membuat keputusan dan membentangkannya kepada Ahli Dewan Rakyat. PAC tidak menghentikan fungsi atau siasatannya hanya kerana beberapa Ahli Parlimen bukan lagi menjadi anggotanya. Secara ringkasnya, itu adalah cara PAC beroperasi.

6. Justeru, saya tidak fikir PAC akan lumpuh hanya kerana 4 anggotanya dinaikkan pangkat ke dalam Kabinet. PAC diwujudkan sejak merdeka dan kekal sebagai lambang demokrasi berparlimen. Ia akan kekal begitu selagi Parlimen berfungsi di negara ini.

7. Pelantikan empat Ahli Parlimen bagi mengisi satu jawatan menteri dan tiga jawatan timbalan menteri itu dibuat berikutan keuapayaan dan kedudukan mereka dalam parti masing-masing. Mari kita perhalusi kemampuan mereka dengan terperinci.

8. Sebagai contoh, Datuk Madius Tangau adalah Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan secara dasarnya, beliau perlu menganggotai Kabinet. Jika Perdana Menteri tidak melantiknya minggu lalu, ia akan menghantar isyarat salah kepada ahli UPKO. Secara tidak langsung, pentadbiran Pusat akan dilihat tidak menghormati pilihan ahli UPKO. Selaku Setiausaha BN Sabah, saya berpendapat adalah salah bagi Perdana Menteri menafikan hak Presiden parti komponen di Sabah untuk menjadi anggota Kabinet.

9. Ini membawa kita kepada Datuk Reezal Merican yang dikenali sebagai Ahli Parlimen serba boleh. Saya mengenali Datuk Reezal sejak lebih 10 tahun lalu. Beliau berpengetahuan luas dan berupaya menggarap pelbagai perkara. Anda boleh mengadakan perbincangan intelek bersamanya mengenai apa perkara sekalipun dan saya berjanji, anda tidak akan kecewa dengan pemahaman beliau mengenai isu yang diperkatakan.

10. Anda akan mendapati beliau mudah dibawa berbicara, termasuk apabila membincangkan isu seperti ekonomi antarabangsa, pelaburan dan kewangan, sosial, sejarah Asia Barat dan undang-undang Islam. Jika anda tidak percaya, hubungi beliau dan ajak beliau berbincang. Anda boleh berbicara dalam bahasa Inggeris, Melayu atau Arab. Beliau fasih dalam ketiga-tiga bahasa, lengkap dengan lenggok tatabahasanya.

11. Pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Luar akan memberi Malaysia kelebihan dari segi hubungan antarabangsa, terutama hubungan Malaysia dengan Asia Barat yang mana kefasihannya berbahasa Arab adalah kelebihan besar.

12. Menyentuh mengenai Datuk Mas Ermieyati Samsudin, sudah menjadi tradisi UMNO untuk menyerap Ketua Puteri ke dalam Kabinet. Perkara sama dilakukan terhadap Datuk Seri Azalina Othman, Datuk Noraini Ahmad dan Datuk Rosnah Rashid Shirlin ketika menerajui Puteri UMNO. Berbekalkan latar belakang beliau dalam bidang perundangan, Mas Ermieyati seharusnya berada dalam barisan hadapan.

13. Bagaimanapun, semestinya yang paling hebat dikritik adalah pelantikan bekas Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohammed.

14. Rentetan kritikan dan tindakan pembangkang memperlekehkan pelantikan beliau berlaku dengan pantas dan secara berterusan. Tambahan pula, beliau berada tengah-tengah kemelut 1MDB dan sepatutnya mengetuai siasatan terhadap 1MDB. Di sebalik segala kecaman itu, saya tetap yakin kita perlu berlaku adil terhadap beliau.

15. Saya dilantik menganggotai PAC bersama Datuk Nur Jazlan pada 2008. Ketika saya bernasib baik kerana diberi peluang menjadi Menteri Kabinet pada 2013, beliau tidak mendapat peluang sedemikian dan berikutan itu, ramai penyokong dan pengundinya menganggap kerjaya politik Datuk Nur Jazlan "terkapai-kapai" – terutama apabila ini adalah tahun kelapan beliau sebagai anggota PAC.

16. Terlepas menganggotai Kabinet pada tahun 2013 bukanlah kali pertama. Hakikatnya, Datuk Nur Jazlan terlepas enam peluang untuk dilantik menganggotai Kabinet sepanjang menjadi Ahli Parlimen.

17. Kali pertama adalah ketika pengumuman pembentukan Kabinet tidak lama selepas pilihan raya umum (PRU) 2004. Kali kedua adalah ketika Kabinet oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Februari 2006. Kali ketiga adalah sewaktu pembentukan Kabinet selepas PRU ke-12 pada 2008. Kali keempat ketika Datuk Seri Najib Razak mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009. Kali kelima adalah pembentukan Kabinet selepas PRU ke-13 pada 2013 dan kali keenam apabila Datuk Seri Najib Razak membuat rombakan kecil Kabinet pada 2014. Soalan yang perlu dijawab ialah apakah adil untuk menafikan peluang beliau memanjangkan karier politiknya buat kali ketujuh?

18. Menerusi pertimbangan kurang cederik, kita mungkin berkata "ya" kerana lebih minat melihat beliau memenuhi kehendak kita berbanding kemahuan sendiri. Bagaimanapun, jawapannya agak berbeza bagi beliau. Dan secara jujurnya, kita tidak boleh menyalahkan beliau kerana berfikiran sedemikian.

19. Datuk Nur Jazlan dilahirkan dalam keluarga politik. Bapanya, Allahyarham Tan Sri Mohammad Rahmat, pernah menjadi pemimpin hebat dalam UMNO dan menteri persekutuan serta Setiausaha Agung UMNO. Darah politik pekat mengalir dalam dirinya. Justeru, mudah membuat andaian bahawa kesinambungan legasi bapanya adalah penting buat Datuk Nur Jazlan, keluarganya dan pengundinya, seiring kerjaya politik cemerlang keluarganya.

20. Untuk menyimpulkan segala-galanya secara jujur, setiap Ahli Parlimen menyimpan impian untuk berbakti kepada negara. Cara terbaik ialah menjadi anggota Kabinet sebagai menteri atau timbalan menteri.

21. Kita perlu memberi ruang kepada Datuk Nur Jazlan untuk meniti landasan kerjayanya dengan hati dan pemikiran terbuka. Beliau, penyokong dan rakyat di kawasan, layak menerima penghormatan itu! Jika beliau terlepas rombakan Kabinet baru-baru ini, peluang berikutnya adalah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 dan itu adalah tiga tahun dari sekarang.

22. Harus diingat, PAC boleh disusun semula. Itu tidak menjadi masalah. Ia tidak akan mengambil masa lama, paling lama adalah 2 bulan kerana Parlimen akan bersidang semula Oktober depan bagi menentukan Pengerusi baharu dan penggantian anggota PAC. Saya yakin pengerusi baharu akan menyambung apa yang dilakukan Datuk Nur Jazlan tanpa banyak masalah. Paling utama, tidak harus wujud sebarang keraguan terhadap PAC sebagai lambang kebenaran dalam demokrasi berparlimen negara ini.


2 Ogos 2015
Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional

01/08/2015

Dana Berjuta Dollar Kepada Pakatan Rakyat

USAHA SEKUTU ISRAEL UNTUK PERALIHAN REGIM DI MALAYSIA DENGAN SALURAN DANA BERJUTA DOLLAR KEPADA PAKATAN RAKYAT

1. "Premesh Chandran, Ketua Pegawai Eksekutif media portal Malaysiakini, adalah penerima dana daripada Open Society Foundation yang dibiayai oleh seorang Yahudi, George Soros. Portal Malaysiakini telah ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak USD100,000 yang dibiayai oleh Southeast Asian Press Alliance (SEAPA), satu lagi organisasi yang disyaki mempunyai kaitan dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat."

2. "Suaram, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang kononnya mempromosikan hak asasi manusia, mendapat kritikan hebat berkenaan dana pembiayaan dan struktur organisasinya. Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah melaksanakan siasatan ke atas syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd, sebuah syarikat yang berkaitan dengan Suaram, yang telah digunakan sebagai saluran untuk menyalurkan dana daripada organisasi luar negara pro-Israel iaitu NED."

3. "Wartawan penyiasat bebas telah menemui beberapa surat yang telah ditulis oleh Anwar Ibrahim, dua daripadanya telah dihantar kepada Presiden NED, Karl Gershman, seorang Yahudi pro-Israel di Washington DC. Surat ketiga dihantar oleh Anwar kepada seorang lagi Yahudi iaitu George Soros untuk memohon kerjasama dalam firma yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim. Pengarah Komunikasi Pakatan Rakyat, Nik Nazmi Nik Ahmad telah mengesahkan kesahihan dokumen-dokumen tersebut."


FOREIGN ATTEMPT FOR REGIME CHANGE IN MALAYSIA THROUGH CAMPAIGN FUNDING TO PAKATAN RAKYAT

1. "Premesh Chandran, the CEO of the nation's most prominent alternative media outlet, Malaysiakini, is a grantee of George Soros's Open Society Foundations and launched the news organization with a $100,000 grant from the Bangkok-based Southeast Asian Press Alliance (SEAPA), another organization with dubious affiliations to the US State Department."

2. "Suaram, an NGO promoting human rights, has borne heavy criticism over its funding and organizational structure. The Companies Commission of Malaysia launched investigations into Suara Inisiatif Sdn Bhd, a private company linked to Suaram, and found it to be a conduit for money being used to channel funds from NED."

3. "Independent journalists have uncovered letters written by Anwar Ibrahim, two of which were sent to NED President Carl Gershman in Washington DC. A third letter was sent to George Soros, expressing interest in collaborating with an accountability firm headed by Ibrahim. Pakatan Rakyat's Communications Director, Nik Nazmi Nik Ahmad, verified the authenticity of the documents."

Source: http://www.globalresearch.ca

31/07/2015

Lim Guang Eng Ludah Muka Sendiri

UNTUK SIARAN SEGERA
KENYATAAN MEDIA
31 Julai 2015

Suka saya menyelar kenyataan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru-baru ini pertikaikan perlantikan YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Kenyataan beliau yang saya sifatkan sebagai hipokrit tersebut adalah ibarat 'meludah ke langit dan kena ke muka sendiri'. Beliau sendiri baru-baru ini mengugurkan exco negeri dari kalangan pemimpin-pemimpin PAS dengan menggunakan kuasa mutlak Ketua Menteri. Kini beliau pertikaikan hak Perdana Menteri pula. Suka saya mengingatkan YAB Lim Guan Eng bahawa YAB Dato Seri Najib Tun Razak adalah Presiden sebuah parti memerintah yang sah dan Barisan Nasional tidak terkhilaf keesahannya dari segi undang-undang. Bukan seperti DAP yang mana keesahan parti  itu sendiri masih lagi diragui. Skandal pemilihan CEC pada tahun 2013 masih lagi belum selesai dan YAB Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agong parti tersebut terus berlakon seperti ianya tidak pernah berlaku.

Mengambil iktibar nasihat yang pernah diberi seorang bekas pemimpin DAP kepada bekas Ketua Umum PKR suatu masa dahulu, saya menasihatkan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya 'bertaubat'lah dan cermin diri sendiri sebelum menegur orang lain.

Mat Nadzari Ahmad Dahlan
Penyelaras ADUN-ADUN Barisan Nasional Negeri Selangor

Waran Tangkap Dato Seri Najib

Portal yang berpangkalan dari London itu sekali lagi memaparkan cerita palsu tentang waran tangkap Dato Seri Najib Razak.

Format Waran Tangkap bukan begitu. Waran Tangkap mesti ada nombor rujukan laporan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah yang terbabit.

Dalam waran tangkap palsu yang dibuat oleh Sarawak Report itu, nombor itu tiada. Yang dibuat oleh Sarawak itu adalah format kertas pertuduhan.

Pertama, Sarawak Report mengelirukan rakyat antara kertas pertuduhan dan waran tangkap. Dokumen yang disebar itu nampak seperti satu kertas pertuduhan dalam bentuk draf.

Keduanya, dokumen draf kertas pertuduhan segini boleh direka oleh sesiapa sahaja. Kalau saya letak nama kamu dalam kertas pertuduhan membunuh dan mula menyebarkan di blog, facebook dan Whatsapp malam ini. Benda itu pun orang akan percaya.

Berapa ramai antara kita yang pernah tengok kertas pertuduhan dan waran tangkap?

Semalam mereka meniru suara Menteri Besar Negeri Sembilan dan menyebarkan di internet dan sosial media untuk mencipta persepsi negatif pada kerajaan.

Malam jumaat yang indah ini diganggu. Mereka buat pula draf palsu pertuduhan daripada London. Rakyat Malaysia pula yang jadi tukang percaya dengan portal fitnah dari luar negara ini.

Sebelum ini Sarawak Report ini menipu "money trail" guna Powerpoint. Siapa pun boleh buat rajah begitu dan letak nama sendiri kononnya dapat duit berjuta juta.

Kali ini guna Word pula untuk fitnah dan berusaha untuk jatuhkan kerajaan. Sudah sudah lah, janganlah kita terperangkap dalam fitnah dajal ini.

Bagi menyekat fitnah yang menyerang umat Islam Malaysia dari segenap penjuru ini, maka perlulah umat Islam hari ini menyemak dahulu sesuatu berita.

Jangan mudah sangat terima apa sahaja tanpa semak dulu kesahihannya. Firman Allah SWT dalam surah al-AnFal ayat 25 bermaksud:

"Jagalah olehmu akan fitnah yang tidak menimpa ke atas mereka yang zalim semata-mata dan ketahuilah bahawa Allah sangat dahsyat siksaan Nya."

Moga kita semua terselamat dengan fitnah akhir zaman.

Dr Ahmad Umar
Lawyer & Peguamcara.

30/07/2015

Mohamad Hasan MB Negeri Sembilan Nafi Suara Beliau Kritik PM @NajibRazak


KENYATAAN MEDIA YAB DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN, MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN BERHUBUNG PENYEBARAN RAKAMAN AUDIO PEMBOHONGAN DAN FITNAH BERKAITAN YAB PERDANA MENTERI, DATO' SERI NAJIB BIN TUN HAJI ABD RAZAK


1. Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas dan tohmahan oleh pihak tertentu kononnya rakaman audio mengenai YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang memuatkan kenyataan oleh seorang individu yang sedang viral di media sosial sekarang adalah dari suara saya.

2. Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak ada kena mengena langsung dengan rakaman audio itu, apatah lagi dengan pengakuan individu itu.

3. Buktinya kerana ada penipuan fakta dimuatkan dalam rakaman berkenaan, terutama latar belakang  bapa kepada individu terbabit ialah seorang guru, sedangkan Allahyarham ayahanda saya bukan seorang guru.

4. Pihak yang membuat dakwaan ini sememangnya berniat jahat terhadap saya, cuba mengelirukan rakyat dan mahu melaga-lagakan saya dengan pemimpin-pemimpin lain, baik di dalam parti UMNO mahupun dalam kerajaan.

5. Saya menggesa semua pihak supaya tidak mudah percaya dengan pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap saya.


Sekian, terima kasih

YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Menteri Besar Negeri Sembilan

28/07/2015

Senarai Penuh Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Malaysia Berkuatkuasa 29 Julai 2015



Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: 
Datuk Seri Mohd Najib Razak

Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri: 
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri Kewangan: 
Datuk Chua Tee Yong
Datuk Johari Abd Ghani

Timbalan Menteri Dalam Negeri:  
Datuk Nur Jazlan Mohamed
Tuan Masir Anak Kujat

Menteri Kewangan II: 
Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Menteri Pengangkutan: 
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri Pengangkutan: 
Datuk Seri Abdul Aziz Kaprawi

Menteri Kesihatan: 
Datuk Seri Dr Subramaniam
Timbalan Menteri Kesihatan: 
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri: 
Datuk Mah Siew Keong
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
Datuk Azalina Othman
Nancy Shukri
Datuk Seri Abd Wahid Omar
Datuk Ir Dr Wee Ka Siong
Datuk Paul Low Seng Kuan
Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Senator Datuk Seri Idris Jala
Tan Sri Panglima Joseph Kurup

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: 
Datuk Razali Ibrahim
Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (Hal Ehwal Agama)

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: 
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: 
Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Menteri Pertahanan: 
Datuk Seri Hishammuddin Hussien
Timbalan Menteri Pertahanan: 
Datuk Wira Mohd Johari Baharum

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: 
Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II: 
Datuk Seri Ong Ka Chuan

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: 
Senator Datuk Lee Chee Leong
Datuk Ahmad Maslan


Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: 
Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: 
Datuk Noriah Kasnon

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: 
Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili
Timbalan Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

Menteri Belia dan Sukan: 
Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Datuk Saravanan Murugan

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: 
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
Datuk Halimah Mohd Saidique

Menteri Komunikasi dan Media: 
Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Keruak
Timbalan Menteri Komunikasi dan Media
Datuk Jailani Johari

Menteri Pendidikan: 
Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri Pendidikan: 
P. Kamalanthan
Senator Chong Sin Woon

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK): 
Datuk Hamzah Zainuddin
Timbalan KPDNKK: 
Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah

Menteri Sumber Asli dan Sekitar: 
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Sekitar: 
Datuk Dr Ir Hamim Samuri

Menteri Petanian dan Industri Asas Tani: 
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri Petanian dan Industri Asas Tani:  
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: 
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II: 
Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

Menteri Luar Negeri: 
Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri Luar Negeri: 
Datuk Seri Reezal Merican

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: 
Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan Menteri  Sains Teknologi dan Inovasi: 
Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: 
Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: 
Datuk Azizah Mohd Dun
Senator Datin Paduka Chew Mei Fun

Menteri Kerja Raya: 
Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Kerja Raya
Datuk Rosnah Shirlin

Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri Richard Riot
Timbalan Menteri Sumber Manusia : 
Datuk Seri Ismail Muttalib

Menteri Wilayah Persekutuan: 
Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
Timbalan: 
Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan

Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Yap Kain Ching
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...