Followers

Showing posts with label perlembagaan. Show all posts
Showing posts with label perlembagaan. Show all posts

01/03/2015

7 Amanat Pemimpin Melayu

Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tujuh amanat utama sebagai panduan untuk bangsa Melayu melangkah maju pada abad ke-21 dan menjadi kuat, hebat serta bermaruah. 

Perdana Menteri ketika menggariskan amanat itu dalam Malam Perhimpunan Perpaduan Melayu di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini berkata, orang Melayu dan umat Islam mesti memperjuangkan ketinggian agama Islam serta syiarnya sebagai agama Persekutuan yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah.

Menurut beliau, amanat kedua menuntut orang Melayu mempertahankan institusi raja-raja Melayu dan hak keistimewaan mereka serta kaum bumiputera yang lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Najib memberitahu, amanat ketiga menegaskan komitmen untuk menegakkan maqasid syariah manakala amanat keempat menyatakan tekad memperkukuhkan ekonomi orang Melayu agar mampu bersaing dengan kaum-kaum lain di negara ini dan di pentas antarabangsa.

Beliau yang juga Presiden UMNO menambah, amanat kelima memberi penekanan terhadap usaha melatih dan mendidik orang Melayu sebagai peneraju yang berilmu, berpengetahuan, berkemahiran tinggi, berdaya saing, kreatif, inovatif, berwawasan serta berfikiran global namun dalam masa sama, berpaksikan kepada adat resam dan budaya Melayu.

“Amanat keenam iaitu menyuburkan nilai-nilai mahmudah yang mulia lagi terpuji seperti berjiwa besar, semangat juang yang tinggi, berani serta patriotik kepada watan dengan menjauhi sifat-sifat mazmumah yakni tercela, terkeji seperti berdengki dan bersengketa serta bermusuh-musuhan sesama bangsa.

“Amanat ketujuh, memperteguh institusi keluarga dan masyarakat Melayu serta menjadikan nilai murni seperti hormat menghormati, kasih mengasihi, tolong menolong sesama kita di samping itu menjauhi sifat-sifat negatif seperti buruk sangka, saling memfitnah sesama bangsa dan seumpamanya,” katanya.

Yang turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Seri Shahidan Kassim; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad.

Perdana Menteri menegaskan, dengan tujuh amanat tersebut, orang Melayu wajib mengorak langkah dalam mengeratkan silaturahim sesama bangsa.
Beliau berkata, orang Melayu mesti menjadi bangsa yang kuat, hebat, bermaruah dan diberkati Allah SWT.

“Amanat yang dilafazkan ini bagi mewakili semua pemimpin Melayu hendaklah dijadikan peringatan yang kekal untuk kita semua.

“Selagi ada bulan dan bintang serta selagi darah Melayu mengalir dalam tubuh badan kita semua, amanat ini menjadi wadah dan maslahah umat ini dan kita akan terus perjuangkan sampai bila-bila,” ujarnya.

Najib mengakhiri amanatnya dengan laungan ‘Hidup Melayu!’ dan ‘Allahuakbar’ masing-masing sebanyak tiga kali yang seterusnya disambut dengan teriakan gemuruh oleh para hadirin.


19/09/2013

Bagaimana Keluarga LIM manipulasi Perlembagaan DAP



Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.

Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan disnatinya terus berkuasa.

Parti DAP tidak mempunyai bahagian disetiap parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja.

Cawangan-cawangan parti DAP pula dibahagikan kepada dua kumpulan.

i)              Cawangan sijil A
ii)             Cawangan sijil B

Penentuan samada sesebuah cawangan layak mendapat sijil A atau sijil B dibawah kuasa Setiausaha Agung.

Ahli-ahli cawangan sijil A layak untuk hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi untuk memilih CEC.

Ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati sahaja dan TIDAK dibenarkan mengundi.

Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk membolehkan mereka mengundi. Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi sijil B untuk menghalang mereka daripada mengundi, walaupun sebelum itu cawangan tersebut mempunyai sijil A.  Setiausaha Agung berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya.

Cara kedua bagaimana Lim Kit Siang memanipulasi Perlembagaan DAP untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa.

Perlembagaan DAP yang dirangka Lim Kit Siang juga menetapkan bahawa ahli-ahli yang layak mengundi pada pemilihan parti tidak boleh memilih siapa yang mereka hendak letak sebagai Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Naib Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung dan jawatan-jawatan yang lain. Mereka hanya boleh memilih 20 calon-calon yang bertanding untuk mengisi CEC.

Apabila keputusan 20 yang terpilih sebagai  anggota CEC diumumkan maka 20 orang yang terpilih itu akan bermesyuarat untuk menentukan siapa yang dipilih sebagai Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung dan jawatan lain. Tidak ada undi sulit. Mereka diminta memilih secara terbuka di depan keluarga Lim. Apabila berhadapan dengan situasi begini semua anggota CEC akan menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan mereka terpaksa memilih Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung selaku orang yang paling berkuasa dalam DAP.

Jika ada yang cuba melawan mereka tidak akan dipilih sebagai calon dalam pilihanraya dan akan menerima nasib malang sepertimana yang dialami oleh Lee Lam Thye, Wee Choo Keong dan lebih 100 orang lagi yang telah dipecat dari DAP.

Hampir 50 tahun Lim Kit Siang bukan sahaja memanipulasi perlembagaan DAP malah turut memanipulasi kehadiran perwakilan ke Kongres Kebangsaan serta pengiraan undi pemilihan CEC untuk memastikan dia atau dinastinya akan terus menguasai DAP.

Kit Siang tahu dia sekarang sudah dihujung usia dan penggal ini adalah penggal terakhirnya. Jadi dia perlu pastikan perjalanan politik dinastinya dalam DAP terus selamat. Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung dan Lim Hui Ying sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang. Lim Kit Siang juga tahu anaknya Lim Guan Eng tidak sepintar beliau dalam berpolitik dan juga tidak disukai oleh ramai pimpinan DAP kerana sikap angkuh dan sombong. Kebodohan Lim Guan Eng terserlah dalam CEC tahun 2012. Dia tidak sebijak Lim Kit Siang dalam memanipulasi undi sehingga membuatkan DAP berhadapan dengan masalah besar sekarang.

Akibat kebodohan Lim Guang Eng itu, kini Lim Kit Siang sedang memerah otak berfikir bagaimana cara untuk beliau menendang keluar satu kumpulan yang dikenali sebagai Lima Harimau yang boleh mendatangkan masalah besar kepadanya dan dinastinya dalam DAP.

Siapa Lima Harimau dan kenapa Lim Kit Siang perlu sembelih mereka ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...