Video Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sekali lagi menarik perhatian di media sosial apabila muncul beberapa minit dalam sebuah video dari Mat Luthfi.
Video berjudul "Be Yourself in a Job Interview by Mat Luthfi " itu berkisarkan tips semasa temuduga kerja.
Video berdurasi 2 minit 41 saat yang diterbitkan oleh Ready4WorkMy:
https://www.youtube.com/watch?v=UAfH7LVKyoM
Aksi dan skrip bersahaja yang dilakonkan Khairy ternyata berjaya mencuit hati penonton.
“Oh..Mat Luthfi, 'please, have a seat' (silakan duduk).
“Mat Luthfi, kenapa you (awak) ni tak 'tall, dark and handsome ye?' (tinggi, gelap dan kacak),” ujar Khairy.
Ada juga komen berbunyi "OK, 'ending' tu memang terbaik..!!!!."