Followers

Showing posts with label kedah. Show all posts
Showing posts with label kedah. Show all posts

16/10/2013

Apakah Pengundi Sg. Limau Akan Terpedaya Dengan Christopher Zairil Lim?

Pemilihan semula CEC DAP pada 29 September lalu ternyata telah tidak menyelesaikan apa-apa.  Dengan semua yang telah menang dalam pemilihan awal menang semula, dan lebih ramai ketidakhadiran dilaporkan, maka akar umbi DAP terus memendam rasa.  Akibatnya, beberapa negeri mula bergolak kerana tidak tahan lagi dengan sikap kukubesi kepimpinan parti.

Perasaan sakit hati turut dirasai oleh DAP Kedah yang mana kepimpinan atasan telah bertindak membubarkan jawatankuasa DAP Negeri yang dilantik secara demokrasi 2010 dan membentuk jawatankuasa interim tanpa sebarang sebab.  
Ini menyebabkan Pengerusi DAP Negeri, Lee Guan Aik telah dipaksa melepaskan jawatannya kepada Christopher Zairil Lim. 

Perlantikan Christopher Zairil sebagai Pengerusi DAP Kedah membawa makna bahawa DAP telah membelakangkan akar umbi parti serta tidak menghormati mahupun menghiraukan perasaan jawatankuasa negeri, dan juga menipu rakyat Kedah dengan mempromosi Christopher Zairil sebagai Melayu.  Walhal, Christopher adalah berdarah Cina seratus peratus dan hanyalah anak tiri kepada Tan Sri Khir Johari yang mengahwini ibunya pada usianya belasan tahun.  Christopher sebelum ini pernah memberitahu wartawan bahawa beliau dan keluarganya termasuk bapanya tidak begitu ‘selesa’ bergaul dengan orang Melayu mahupun mengamalkan budaya Melayu. 

Tetapi hari ini, dikhabarkan Christopher kini sedang bertungkus-lumus ‘berlatih’ untuk menjadi Melayu bagi menghadapi pengundi dalam Pilihanraya Kecil Sungai Limau. 

Apa yang menarik untuk diperhatikan ialah bagaimana sikap orang-orang PAS menerima Christopher di Sungai Limau.  Apakah mereka akan membiarkan DAP menipu atas alasan membantu parti PAS?   

Sg. Limau hanya mempunyai 3% pengundi Cina dan kehadiran Christopher sebagai Cina tentulah tidak perlu sama sekali.  Maka kita yakin yang Christopher akan hadir sebagai Melayu dengan hanya memperkenalkan diri sebagai ‘Zairil Khir Johari’.  

Secara dasarnya, masyarakat Cina di Kedah adalah berbeza dengan Pulau Pinang.  Rata-rata masyarakat Cina Kedah fasih bertutur loghat Kedah dan hidup di kalangan orang-orang Melayu tanpa apa-apa ‘sekatan’ yang nyata.  Pergaulan semua kaum di Kedah cukup harmoni kerana rakyat Kedah terkenal dengan sikap peramah.

Keharmonian ini agak ‘terganggu’ akhir-akhir ini apabila DAP semakin berkuasa di Malaysia. 
Bagaimanapun, kita percaya masyarakat Cina Kedah akan dapat menilai sendiri sikap DAP yang sanggup membelakangkan akar umbi parti sendiri dan juga mengenepikan jawatankuasa negeri yang dilantik secara demokrasi.  Jelas sudah bahawa DAP bersikap kuku besi dan sanggup menipu dan melakukan apa saja untuk berkuasa walaupun menindas ahli sendiri. 
Perlantikan Christopher Zairil adalah bukti segala apa keburukan DAP ini.   

Justeru, apakah rakyat Sg. Limau sanggup memberi kuasa kepada PAS yang bersekongkol dengan penipu, penindas dan kukubesi? 

Kita percaya, pengundi Sungai Limau, mahupun rakyat Kedah keseluruhannya, dari berbagai parti lebih bijak untuk menilai mana intan dan mana bom jangka.  Kedah tidak perlukan DAP tetapi perlukan BN untuk terus menikmati hidup yang aman dan harmoni. 

Dan DAP itu adalah sebahagian dari PAS.  Memberi kemenangan kepada PAS di Sungai Limau turut bermakna memberi kemenangan kepada DAP melalui Pakatan Rakyat.


02/05/2013

Kedah dan Kelantan di Landa Gelombang


Senario semasa dan laporan mutakhir perkembangan minggu ke-2 kempen PRU-13 jelas menunjukkan BN akan terus kekal menerajui Kerajaan Pusat dengan jangkaan kemenangan yang jauh lebih baik berbanding PRU 12 2008 dan tidak bermasalah untuk merangkul kembali 2/3 kerusi Parlimen.Sementara itu di peringkat negeri, BN diyakini akan mengekalkan semua negeri yang dimenanginya dulu di masa yang sama memiliki peluang cerah untuk menguasai kembali negeri-negeri yang jatuh ke tangan PR terutama sekali Kelantan dan Kedah.Kedah dan Kelantan yang dimenangi PAS pada PRU 12 dulu, kini jelas menyaksikan kebangkitan rakyatnya apabila gelombang perubahan yang melanda negeri itu semakin memuncak di minggu terakhir kempen PRU-13 ini menandakan khalayak sudah tidak sabar untuk menobatkan kembali BN sebagai Kerajaan Negeri.

PAS selaku pemerintah di negeri-negeri tersebut kelihatan sering sesak nafas berikutan asakan demi asakan oleh kempen BN ditambah pula dengan kepincangan yang melanda jentera pilihan raya mereka, ia lagi memudahkan usaha BN untuk menawan kembali Kedah dan Kelantan.

Di Kedah umpamanya, jentera PAS bukan sahaja tidak tersusun disebabkan pertelingkahan dalaman sesama pemimpin dan masalah calon yang tidak digemari akar umbi, tetapi mereka  juga agak gerun menyaksikan program anjuran BN yang berterusan mendapat sambutan hangat dari penduduk tempatan.

Sedangkan PAS pula terpaksa mengimport  ahli dan jentera pilihan rayanya dari seluruh negeri serta mengerah penyokongnya dari Perak dan Perlis semata-mata untuk meramaikan majlis bagi memperlihatkan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abu Bakar masih diterima ramai dan PAS masih kuat.

Tindakan BN meletakkan Dato’ Mukhriz Mahathir bertanding di DUN Ayer Hitam sekali gus selaku calon MB Kedah ternyata betul apabila ia berjaya meningkatkan lagi momentum sokongan rakyat kepada BN. Kesediaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut membantu kempen BN tambah menyemarakkan lagi semangat perubahan di kalangan rakyat Kedah.

Tika ini BN mendahului di 22 DUN, jika momentum sekarang berterusan tidak mustahil BN berupaya menguasai 28 daripada 36 sekali gus meletakkan kembali PAS ke kedudukan asalnya sebagai pembangkang di negeri itu.

Manakala di Kelantan pula arus perubahan hasil gerakan Gelombang Merah dan Tukar terbukti berjaya membangkitkan semangat rakyat negeri itu untuk beralih arah dari PAS selepas hampir 23 tahun diperintah parti itu semenjak 1990.

Risikan dan laporan terkini menjangkakan BN kukuh di 25 DUN dan 8 Parlimen manakala PAS pula terkial-kial memperbaiki kembali kubunya di 17 kerusi DUN. Jika keadaan berkekalan atau BN berjaya meningkatkan lagi momentum kebangkitan rakyat Kelantan, besar kemungkinan pada PRU-13 sejumlah 28 – 31 DUN dapat dikuasainya.


*Ingat PAKATAN PAS DAP PKR Bukan Pejuang Bangsa, Agama & Negara .
Pakatan Mereka Adalah Pakatan Kehancuran Negara!!!
Undi PAS = Menyokong Jual Kalimah ALLAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...