Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail
‘tersinggung’ dengan kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang
menggelarnya sebagai boneka kerana terpaksa menjadi calon bidan terjun di
pilihan raya kecil Kajang.
Wan Azizah semalam dilaporkan berkata,
Khairy sepatutnya menghormati orang yang lebih tua yang kononnya telah
tertindas.
“Tolong hormat orang tua. Anda (Khairy)
dah diberikan ganjaran yang baik, dapat belajar di luar negeri, tolonglah ada
sedikit hormat terhadap orang yang tertindas. Tak pernahkah kamu rasa derita”
katanya di dalam ceramah di Taman Koperas Cuepacs, Kajang semalam.
Namun persoalannya ialah, sekiranya faktor
umur perlu dijadikan sebagai hujah mengapa Wan Azizah tidak pernah mempertikaikan
tindakan ‘anak-anak’ buahnya sebelum ini. Sedangkan sebelum ini majoriti
‘pimpinan jadian’ kelahiran PKR yang rata-rata masih muda sering mengeluarkan
kenyataan biadab dan kurang ajar.
Malah mereka juga sebelum ini sering melabelkan pimpinan Barisan Nasional (BN) khususnya
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai gelaran. Mengapa
semua itu tidak diambil kira?
Mungkin Wan Azizah beranggapan, apabila
pimpinan muda PKR mengutuk dan menghina ‘orang tua’ di dalam BN ia dibenarkan
dan tidak menjadi isu. Tetapi apabila ia melibatkan pembangkang ia dimaafkan.
Khairy yang juga merupakan Menteri Belia
dan Sukan ketika berucap di majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Taman
Saujana Impian, menyifatkan Azizah sebagai ‘boneka’ dalam permainan politik
yang dicipta partinya.
Atas sebab itu, beliau menyeru agar
pengundi Kajang khususnya anak muda agar tidak terperangkap dengan permainan
dan politik murahan pakatan dalam menagih ‘undi simpati’ dalam pilihnaraya
kecil yang akan diadakan pada 23 Mac ini.
Sedangkan apabila diteliti, kenyataan
Khairy ini ada asasnya. Pilihanraya kecil Kajang ini terpaksa diadakan apabila
Lee Chin Cheh sengaja meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) bagi memberi ruang kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertanding.
Malah perkara itu turut diakui oleh
Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang menegaskan ia adalah merupakan
sebagai daripada startegik #LangkahKajang yang diambil oleh parti itu bagi
menyelesaikan kemelut dalaman parti.
Ia juga bagi membolehkan Anwar
menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang sebelum dilihat
lemah dalam mengurus pentadbiran negeri. Tambah memburukan keadaan apabila,
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sering menjadi Khalid sebagai ‘punching bag’
kerana dirasakan menjadi penghalangnya untuk menguasai pentadbiran negeri.
Mahkamah Rayuan sebelum ini mendapati
Anwar bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun, kerana meliwat bekas
pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan. Atas sebab itu juga, Anwar hilang
kelayakan untuk bertanding yang akhirnya menyebabkan Wan Azizah dipilih untuk
menjadi calon bidan terjun.
No comments:
Post a Comment