Perbuatan menyokong ideologi-ideologi asing atau
isme-isme seperti kapitalisme, komunisme, sosialisme, libralisme dan menganggap
ideologi tersebut lebih baik daripada ajaran Islam boleh membawa kepada syirik.
Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa jua bentuk samada
perkataan, pegangan, perbuatan atau iktiqad iaitu dengan menjadikan sesuatu
yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sebagai sekutu Allah. Allah SWT
berfirman dalam surah Luqman ayat 13:
Maksudnya: “Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia
memberi nasihat kepadanya: Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah
sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”
Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa isu
kalimah Allah akan didengar sekali lagi di Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober ini.
Sebagai umat Islam yang patuh kepada agamanya, marilah sama-sama kita bersatu
padu demi menolak apa jua usaha yang menafikan hak-hak kita sebagai umat Islam.
Percayalah bahawa Allah SWT menyatukan umat Islam pada hari ini di dalam ibadah
haji dengan berpakaian ihram yang sama, dengan niat yang sama dan dengan
perbuatan yang sama. Ingatlah bahawa kesatuan umat Islam di atas satu akidah
tanpa mengira latar belakang dan kedudukan. Justeru, mempertahankan
kalimah Allah daripada disalahgunakan oleh mana-mana pihak yang tidak dibenarkan
oleh syarak hendaklah dipertahankan.
Oleh itu wajib bagi
umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat
unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia
perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan. Percayalah mempertahankan kesucian
Islam dengan tidak membenarkan pihak lain menghinanya adalah sesuatu yang dituntut. Firman Allah SWT dalam surah
al-Ma’idah ayat 72:
Maksudnya: “Bahawasanya
sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya
Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun
bagi orang yang berlaku zalim.”
Percubaan menggunakan Kalimah Allah di dalam kitab
lain selain al-Quran, akan menimbulkan kecelaruan di dalam sistem kepercayaan uamt
Islam. Islam menafikan dan menolak kepercayaan yang berteraskan kepada Trinity iaitu God Father (Bapa Tuhan), God the Son (Anak
Tuhan) dan Holy Spirit (Roh Kudus). Persoalan besar timbul di sini, mengapa
Kalimah Allah hendak digunakan di dalam Bible, kerana apabila digunakan Kalimah
Allah secara langsung akan membatalkan konsep Triniti yang diamalkan oleh
mereka. Penggunaannya jelas menjadikan umat Islam keliru,
ragu-ragu dan tersilap mengenal identiti Allah SWT serta meruntuhkan akidah ummah.
marilah sama-sama kita mempertahankan dan memantap
akidah kita, keluarga dan masyarakat kita demi masa depan agama, ummah dan
negara dengan menolak segala usaha untuk meruntuhkan akidah, menanam rasa cinta
dan kasih sayang kepada Allah SWT dan rasul-Nya.
Di tangan kitalah letaknya
tanggungjawab dan kuasa untuk mempertahankan kesucian agama Islam Dalam hal
ini, umat Islam memerlukan penghayatan Islam secara yang menyeluruh.
Berdasarkan maqasid syariah maka menjadi tanggungjawab setiap umat Islam
untuk menjaga lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Salah satu
prinsip penting yang mesti dilaksanakan oleh umat Islam bagi memastikan kedaulatan
agama kekal terpelihara ialah dengan menyeru kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran.
Allah SWT berfirman di dalam surah al-Hajj ayat 41:
Bermaksud: “Iaitu mereka yang
jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah bumi nescaya mereka mendirikan
sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta
melarang dari melakukan perkara yang mungkar. Dan ingatlah bagi Allah jualah
kesudahan segala urusan.”
Bersempena
dengan ibadah haji yang sedang dilaksanakan oleh umat Islam pada ketika ini di
kota Mekkah, marilah sama sama kita menjana peningkatan dalam penghayatan dan ketaatan
dalam melaksanakan ajaran yang di bawa oleh Rasulullah SAW. Marilah sama sama
kita mempertahankan dengan segala upaya kemuliaan agama Islam dari sebarang
penghinaan, dicerobohi oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment