25/06/2013

Jerebu Punca Kegagalan Black 505

Perhimpunan Black 505 di Padang Merbok baru sahaja selesai Sabtu lalu.

Pembangkang mensasarkan lebih setengah juta atau 500,000 penyokong akan turun ke jalanan untuk menuntut supaya Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya serta timbalannya meletak jawatan.

Ini antara desakan pembangkang yang tidak dapat menerima keputusan pilihan raya yang memihak kepada Barisan Nasional.

Jika keputusan itu tidak memberi sebarang implikasi politik kepada Anwa sudah tentu tidak akan ada siri jelajah Black 505 yang bermula seminggu selepas berakhirnya PRU13.

Malang bagi Anwar kekalahan pembangkang juga bermakna impian beliau untuk menjadi Perdana Menteri hancur berkecai kerana itulah penutup kepada kerjaya politiknya selama ini.

Sementara pemimpin-pemimpin pembangkang lain dari Pas dan Dap akur dengan keputusan PRU13 kerana mereka tidak bercita-cita tinggi untuk menjadi PM, Anwar pula bertindak macam orang gila.

Sudah tentu angka kurang daripada 10,000 yang hadir pada penutup atau 'finale' Black 505 di Padang Merbok amat mengecewakan Anwar.

Beliau menjangka 'habis busuk' sekurang-kurangnya 100,000 akan turun untuk menyertai beliau menentang untuk menumbangkan kerajaan BN.

Akhirnya jumlah penyokong yang sanggup mengharungi cuaca panas dan meredah jerebu yang menyesakkan nafas tidakm sampai 10 peratus daripada angka yang disasarkan, malah 5 peratus pun tidak sampai.

Hanya datang mewakili hanya antara 2 hingga 3 peratus sahaja sasaran asalnya.

Sebagai pemimpin agung pembangkang jumlah kehadiran tersebut sudah tentu amat menghampakan seolah-olah beliau terkena satu tamparan maha hebat daripada pengikut-pengikutnya.

Mungkin selepas perhimpunan itu pemimpin pembangkang akan berhimpun daan bermesyuarat untuk mencari faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan Black 505.

Alasan mudah untuk menyelamatkan diri para penganjur akan meletakkan kesalahan atas faktor cuaca yang berjerebu.

Tetapi dalam keadaan pihak keselamatan memberi kerjasama dan ruang secukupnya untuk berhimpun dan berdemonstrasi, menjadikan jerebu sebagai punca kegagalan sudah tentu akan ditertawakan rakyat.

Hakikatnya penutuk kepada kempen jalanan pembangkang untuk membantah keputusan PRU13 juga menandakan berlabuhkany tirai ke atas karier politik Anwar.

Anwar gagal segagalnya untuk terus mengheret rakyat bersekongkol dengannya untuk terus menghambat satu impian yang hanya memberi kepentingan kepada diri seorang individu sahaja.

Angka menaikkan Anwar dan angka juga akhirnya menamatkan riwayat politiknya.
Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment