13/05/2013

Tengku Adnan Sertai Semula Anggotan Kabinet Baru ?



Dalam PRU13, bagi kerusi P125 Parlimen Putrajaya menyaksikan penyandangnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agong barisan Nasional telah berjaya dalam mempertahankan kerusinya setelah menewaskan Husam Musa, Naib Presiden Pas dan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan.

Pertandingan satu lawan satu Tengku Adnan menewaskan Husam dengan mejoriti 5,541 undi. Angka yang diperolehi Tengku Adnan kali ini adalah yang paling  besar berbanding pilihan raya umum sebelum ini dan sekali ganda daripada angka yang diperolehi pada pilihan raya umum ke 12 iaitu dengan kelebihan mejoriti 2,734 undi.

Melalui prestasi cemerlang Tengku Adnan mempertahankan kerusi Putrajaya, belia dijangkakan akan kembali semula dalam senarai angota kabinet yang baru yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

Sebelum ini Tengku Adnan pernah dilantik sebagai Menteri Pelancongan, dan Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Walaupun begitu kita hanya mampu tunggu Perdana Menteri Datuk Najib mengumumkannya.

No comments:

Post a Comment