Keadaan bekas Menteri Besar Kedah agak tenat - Helmi
ALOR SETAR 8 Mei - Setiausaha Akhbar bekas Menteri Besar Kedah, Mohd. Helmi Khalid menafikan khabar angin mengatakan bekas menteri besar itu, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sudah meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pagi ini.
Helmi berkata, Azizan masih menerima rawatan sejak dimasukkan ke hospital tersebut semalam.
"Sekitar pukul 5.30 pagi tadi, keadaan ustaz Azizan agak tenat, sehingga sekarang ustaz sedang menerima rawatan di wad CCU (Unit Rawatan Jantung) hospital," katanya kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini pagi ini.
Khabar angin bertiup kenyang di negeri ini mengatakan Azizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau meninggal dunia di hospital itu. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130508/dn_09/Keadaan-bekas-Menteri-Besar-Kedah-agak-tenat---Helmi#ixzz2SfajSqYk
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment