Followers
02/08/2013
Video Namewee Pulak Hina Malaysia
01/08/2013
Pesanan Dari Isteri #PM @NajibRazak
Nukilan: YABHG. Datin Paduka Seri Hajah Rosmah BT Mansor
1 Ogos 2013 di Auditorium Mindef, KL
Sebagai isteri seorang pemimpin negara, saya berasa terpanggil untuk menyatakan sesuatu kepada Anda semua:
Jangan sekali-kali kita memperjudikan keamanan dan kestabilan Malaysia yang tercinta..
Kalau kita leka dan berdegil juga Nanti buruk padahnya..
Anak cucu kita akan merana lalu bertanya,
Kenapa generasi Datuk dan Nenekku melakukan perkara durjana
Memfitnah, bergaduh dan dengki khianat berlaku... berleluasa
Sehinggakan kami terpaksa mengalami kesan-kesannya
Wahai rakan dan taulan,
Fikirkanlah semasak-masaknya
Jangan kita tersilap langkah
Sehingga negara ditertawakan oleh dunia
Wahai Pahlawanku sekalian,
Teruskan perjuangan
InsyaAllah Anda semua dipandang mulia disisi Tuhan
Dan juga dimata kami yang cintakan keamanan
DPS Rosmah Mansor
Sent from my BlackBerry® smartphone
753 Perwakilan India DAP Akan Dipecat
Melalui penipuan ini juga terbukti kini bahawa DAP adalah parti paling rasis. Ini kerana siasatan mendapati bahawa DAP telah dengan sengaja tidak menghantar notis kepada 753 orang ahli dari kaum India yang layak menjadi perwakilan. Selain itu, pengiraan semula yang dibuat pula membuktikan berlakunya manipulasi di mana DAP dengan sengaja memenangkan Zairil Khir Johari setelah pengiraan awal menyaksikan tiada langsung wakil dari kaum Melayu terpilih.
Namun, cubaan DAP untuk mengaburi sikap rasis mereka melalui perlantikan Zairil hanya menyebabkan sikap tersebut semakin terserlah kerana Zairil bukan Melayu tetapi Cina. Kenapakah seorang Cina yang diangkat dan diumumkan sebagai 'wakil Melayu' melainkan kerana DAP terlalu rasis sehingga tidak sanggup meletakkan Melayu dalam barisan kepimpinan parti itu?
Tidak cukup dengan tidak telus, menipu dan rasis, DAP juga kini terbukti sebagai kejam apabila menolak keputusan ROS agar diadakan pemilihan semula.
Sudah tentu sekali DAP tidak sanggup mengadakan pemilihan semula kerana ia akan bermakna mereka terpaksa menjemput 753 orang perwakilan India yang telah diketepikan sebelum ini. Ini juga bermakna mereka perlu menghadapi kemungkinan Zairil mendapat undi corot sekali lagi sepertimana pengiraan awal. Malah, ia mungkin menyebabkan kedudukan Guan Eng dan kroni serta kuncunya terpelanting.
Untuk mempertahankan kedudukan, DAP tidak akan sekali-kali membela hak perwakilan yang telah diragut mereka. Malah, DAP sanggup memecat 753 orang perwakilan India itu pada bila-bila masa asalkan tiada pemilihan semula. Tidak mustahil, inilah sebenarnya yang DAP mahukan iaitu agar semua ahli-ahli faham bahawa kepimpinan DAP adalah hak kaum Cina dan kaum-kaum lain hanya diperlukan untuk menutup warna rasis parti itu sahaja. Justeru, kaum India dan Melayu tidak perlu susah-susah bertanding mahupun menghadiri mesyuarat parti, cukup dengan menjadi kuli dan balaci untuk meraih undi Melayu dan India.
Jika sikap DAP ini bukan rasis, samseng, diktator dan kejam, maka apakah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan mereka? Nampaknya, pemimpin-pemimpin DAP mempunyai sikap jahat yang lengkap termasuk hipokrit, penipu dan tidak tahu malu. Biar seluruh dunia mengetahui yang mereka menipu, asalkan mereka dapat memastikan kaum mereka berkuasa.
Jelas, DAP adalah sebuah parti yang langsung tidak mempunyai nilai-nilai murni kemanusiaan dan ketamadunan. Bayangkan sekiranya parti ini berjaya menjadi pemerintah, pastinya 'tragedi 14 hari Malaya di bawah penguasaan komunis' akan berulang.
Sent from my BlackBerry® smartphone
Chetz Yusof Si Pembela Anjing
Kebiasaannya kalau Encik Mat membela puyuh, dia akan digelar Mat Puyuh. Dalam kes si maznah ni pula dia membela anjing, jadi boleh digelar Maznah Anjing. Hehehe.....
Nama dia elok elok pun dia boleh tukar dengan Chetz Yusof. perkhhh glamor beb, si Maznah rupanya.
Sent from my BlackBerry® smartphone
31/07/2013
Anwar Sangkal Keputusan Hakim
Bagi memastikan namanya tidak terus tenggelam, Anwar mengharapkan agar petisyen pilihanraya yang difailkan oleh calon-calon PR akan memberi beliau sedikit publisiti. Ini kerana, Anwar sendiri sedia maklum bahawa petisyen yang dikemukakan tidak berasas dan pasti akan ditolak.
Dan penolakan itu akan dijadikan 'peluru' baru untuk menghentam kerajaan, mahkamah dan apa saja yang boleh dihentamnya. Inilah yang sedang berlaku sekarang di mana Anwar sedang membawa watak Ketua Pembangkang yang meroyan sakan kerana petisyen PRU-13 yang difailkan oleh calon PR ditolak.
Kos petisyen yang tinggi membantu Anwar melakonkan babak meroyan dengan lebih berkesan. Malah, lebih baik lagi bagi Anwar, ia memberikan alasan pula kepada partinya untuk mengutip derma. Pada 28 Jun lepas, Anwar telah pun mengadakan majlis makan malam untuk mengumpul dana bagi tujuan itu. Kos keseluruhan yang dianggarkan ialah RM1.5 juta.
Pada 23 Julai, petisyen yang difailkan oleh dua calon PKR dari Pulau Pinang - Abdul Halim Hussain (bagi kerusi DUN Teluk Bahang) dan Muhammad Baktiar Wan Chik (bagi kerusi Parlimen Balik Pulau) ditolak oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Abdul Halim dan Muhammad Baktiar yang kalah kepada calon BN dalam PRU yang lalu diperintahkan membayar kos kepada lawan mereka, pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), masing-masing berjumlah RM10,000 dan RM30,000.
Hakim Hadariah Syed Ismail mengeluarkan perintah itu kepada kedua-duanya kerana gagal mematuhi peruntukan di bawah Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.
Minggu lepas, calon PAS bagi Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi diperintahkan membayar RM40,000 kepada SPR dan RM30,000 kepada lawannya apabila petisyennya ditolak di Kuala Lumpur.
Dalam skrip meroyan Anwar, beliau menuduh keputusan hakim sebagai tidak betul dan tidak masuk akal kerana bersandarkan alasan teknikal.
Nampaknya, Anwar lupa bahawa selama ini beliau sendiri telah beberapa kali terlepas dari dakwaan liwat atas alasan teknikal juga. Lebih dahsyat, dalam kes-kes liwatnya, segala bukti dan saksi 'menuding' kepada dirinya sedangkan di dalam petisyen PRU yang difailkan, satu bukti atau saksi pun tidak ada.
Oleh itu, jika Anwar menolak penghakiman yang dibuat atas alasan teknikal, maka Anwar wajib mengambil sikap yang sama dalam kes-kes liwatnya.
Walaubagaimanapun, kita faham, orang yang meroyan tentu tidak dapat berfikir dengan baik. Sebagai aktor tersohor, Anwar tahu yang beliau tidak perlu berhujah dengan fakta tetapi cukup dengan memainkan babak meroyan ini sebaik mungkin supaya penyokongnya terlupa akan fakta tetapi menumpukan sepenuhnya kepada dirinya.
Kesimpulannya, Anwar hidup atas publisiti, tanpa publisiti matilah dia. Sesungguhnya, petisyen PRU dan lakonan meroyan Anwar hanyalah untuk publisiti, tidak lebih dari itu. RM1.5 juta, bukan masalah baginya. Makan malam mengumpul dana hanyalah penyamaran bagi menjustifikasi sumber kewangan partinya, dan mungkin juga dirinya.
Sent from my BlackBerry® smartphone
Lagi Video Hina Islam
Seterusnya, anjing terbabit dibasuh dan dilap dengan penuh kasih sayang sebelum dihidangkan dengan kuih raya di atas meja sebelum diakhiri dengan ucapan Aidilfitri.