Followers
25/07/2013
Gabungan Baru PAS Demokrat & PKR Islamis
Usahlah sesiapa daripada UMNO mencebikkan bibir atau mengetawakan ide yang berkiblatkan Indonesia-Amerika ini, tetapi untuk pertama kalinya, renungkan dan cernakanlah maklumat ini baik-baik sebelum bersuara. Belajarlah mengupas sesuatu berita secara terbuka dan jangan terlalu pantas membela atau menuduh sesiapa.
Apa yang dapat diperkatakan mengenai berita ini?
Pertamanya, jelas didapati bahawa pihak Anwar/pembangkang telah mengadakan satu post-mortem terhadap PRU-13 yang jitu dan rapi. Mereka nampaknya mula memahami yang rakyat sudah jelak dengan retorik dan demonstrasi jalanan. Lalu mereka diam sebentar dan mengkaji apa sebenarnya yang rakyat mahukan.
Apa yang penting untuk difahami mengenai pembangkang ialah, walaupun mereka tidak pandai mentadbir dan terpalit dengan berbagai skandal tetapi mereka cukup bijak memainkan persepsi.
Malah, UMNO sendiri mengakui bahawa parti itu kalah dalam perang persepsi. Segala kebaikan UMNO tidak lagi dilihat oleh sebahagian rakyat yang terpedaya dengan persepsi yang dibina oleh pembangkang terhadap UMNO. Apa yang dibimbangkan ialah nampaknya sehingga ke hari ini, UMNO masih lagi kabur dalam menangani perkara ini.
Sebelum ini pembangkang hanya melihat kepentingan menagih undi bukan Islam sehingga sanggup menggadaikan segala-galanya. Pedih untuk diakui bahawa UMNO juga, malangnya, turut menggunakan strategi yang sama iaitu mengemis undi bukan Islam.
Namun, sekiranya berita yang dipetik di atas adalah benar maka jelaslah bahawa pembangkang sudah belajar dari kesilapan itu. Kegilaan pembangkang merebut undi bukan Islam telah memakan diri di mana majoriti rakyat yang terdiri dari umat Islam akhirnya menolak mereka. Dan inilah yang menyelamatkan UMNO dalam PRU-13 kerana dalam keadaan di mana kedua-dua pihak membelakangkan pengundi Islam, umat Islam merasakan ada sedikit harapan di bawah UMNO berbanding pembangkang yang didominasi DAP.
Jadi, Anwar/pembangkang sudah memahami bahawa dalam sebuah demokrasi, undi yang perlu direbut adalah undi majoriti, bukan minoriti. Dari situ mereka mengkaji kehendak majoriti dan mendapati bahawa majoriti rakyat amat mendambakan kepimpinan nasionalis!
UMNO boleh memperlekeh ide ini sebagai satu lagi retorik pembangkang. Tidak dinafikan ia memang hanya satu retorik pembangkang. Pembangkang atau Anwar Ibrahim tidak pernah meletakkan prinsip nasionalis dalam perjuangan mereka sejak dari mula dan kenapa mereka perlu menukarnya pada hari ini?
Percayalah, mereka tidak akan menukarnya, tetapi sekadar membina imej dan seterusnya persepsi kononnya merekalah parti yang benar-benar prihatin terhadap kehendak majoriti. Semua ini dilakukan sekadar untuk meraih undi majoriti dan menang pilihanraya sahaja.
Oleh itu, Anwar mungkin akan kembali membawa imej Muslim sejati dan bukan lagi pejuang hak asasi. Anwar mungkin akan kembali membela Melayu dan semakin garang dengan DAP. Tentu sekali semua ini lakonan, tetapi jangan terkejut jika ramai yang terpedaya dengan lakonan itu akibat terlalu sangat mendambakan pemimpin nasionalis.
Penulis punya satu cadangan kepada UMNO dalam menangani masalah ini dan menghadapi PRU-14. Inilah dicadangkan agar UMNO membentuk imej nasionalis-professional. Tidak perlu membawa imej Islamis kerana ia hanya akan berakhir dengan terperangkapnya kita semua dalam agenda iblis untuk memecahbelah dan menyesatkan umat Islam.
Lagipun, imej Islamis tidak pernah berjaya kerana hakikatnya, kebanyakan dari kita, termasuk yang mengaku Ulama sebenarnya masih jahil lagi tentang agama. Mesir yang ingin membawa pendekatan politik-Islam juga tumpas akhirnya kerana pemimpinnya hanya melihat Islam dalam satu arah iaitu 'agama' semata-mata. Politik-Islam hanya akan berjaya jika pemimpinnya mempunyai kemampuan dan kebijaksanaan dalam semua bidang, serta tidak menumpukan seluruh perhatian terhadap hukum-hakam agama semata-mata.
Justeru, penulis percaya imej nasionalis-professional adalah lebih relevan dalam dunia hari ini di mana rakyat semakin kritis dan sinis. Apatah lagi dengan hakikat bahawa negara ini bersifat majmuk. Kita tidak boleh memaparkan imej Islamis tanpa membuatkan masyarakat bukan Islam merasa terancam. Tetapi kita boleh mengajak mereka untuk turut menjadi nasionalis, iaitu satu bangsa.
'Professional' pula merujuk kepada kecekapan dan keterbukaan dalam pentadbiran, namun tegas dan tidak boleh diperkotak-katikkan oleh sesiapa. Dan sikap sebeginilah yang perlu dibentuk di dalam UMNO.
UMNO perlu hapuskan persepsi yang bersarang di pemikiran rakyat iaitu sebagai parti yang lembab, kampungan dan santai serta korup. Dan ini hanya boleh dilakukan jika UMNO mengambil sedikit masa untuk menilai diri sendiri dan berubah, bukannya menyerang orang atau membela diri dua puluh empat jam sehari.
Jika langkah mengubah persepsi rakyat ini tidak dilakukan segera maka ia hanya akan mengukuhkan lagi persepsi itu sekali gus membawa bencana kepada UMNO dalam PRU-14 nanti.
PKR dan 'PAS Demokrat', atau PDRM atau apa saja panggilan nama mereka, nampaknya telah mempunyai gambaran yang jelas dan bersedia untuk memperbaiki diri dari segi persepsi. Biarpun mereka tidak mungkin mampu memerintah dengan baik dan biarpun mereka penuh dengan skandal, korup serta diselaputi najis, namun semua itu tidak relevan dalam era di mana persepsi adalah segala-galanya.
Sent from my BlackBerry® smartphone
Hadiah Buat PM @NajibRazak
24 Julai pula merupakan Pilihanraya Kecil Kuala Besut iaitu PRK pertama selepas Pilihanraya Umum ke-13. Dengan keputusan PRU yang begitu 'genting' buat BN, PRK pertama dikira amat penting dalam menentukan momentum politik seterusnya. Apatah lagi dalam keadaan di mana kekalahan BN akan menyebabkan kedudukan kerusi menjadi 'seri' di negeri Terengganu.
Namun, Alhamdulillah, seperti yang dijangka BN menang dengan majoriti yang bertambah. Walaupun hanya bertambah sebanyak 158, namun ia merupakan satu petanda baik dalam menuju PRU-14.
Dan kemenangan ini bolehlah disifatkan sebagai hadiah harijadi buat Dato' Seri Najib. Dalam usia beliau yang mencecah 60 tahun, Dato' Seri Najib kini semakin teguh berdiri memikul sebuah misi membawa Malaysia ke arah yang lebih baik.
PRK K.Besut menyaksikan BN berjaya meraih majoriti sebanyak 2,592 undi. Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman memperoleh 8,288 undi menewaskan calon PAS Endut@Azlan Yusof yang mendapat 5,956 undi. Peratusan keluar mengundi bagaimanapun merosot dari 87% kepada 80% berbanding PRU-13. Hanya 14,108 yang keluar mengundi daripada 17,683 jumlah pengundi di DUN berkenaan.
Dalam PRU-13 lalu, BN melalui arwah Dr. A. Rahman Mokhtar mendapat 8,809 undi mengalahkan Ketua Dewan Muslimat PAS Besut, Napisah Islam yang mendapat 6,375 undi.
Kemenangan BN di kesemua 8 peti undi dalam PRK ini pasti menjadikan hadiah harijadi ini lebih bermakna lagi buat Perdana Menteri.
Apatah lagi, apabila hadiah ini diterima pada bulan Ramadhan. Pada hari jadi beliau kali ini, Dato' Seri Najib menjalankan rutin tahunannya pada setiap Ramadhan sejak tujuh tahun lalu iaitu mengedarkan bubuk lambuk di kalangan penduduk di Kampung Baru. Penduduk sekitar yang menerima agihan bubur dari Perdana Menteri amat teruja dan turut mengucapkan Selamat Hari Jadi.
Rakyat Malaysia merasa amat bertuah kerana dikurniakan pemimpin yang merendah-diri, prihatin dan bijaksana.
Dengan itu, kita doakan agar Dato' Seri Najib sentiasa berada dalam peliharaanNya, serta bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi kita satu lagi Ramadhan yang tenang dan makmur berkat kebijaksanaan kepimpinan negara.
Sent from my BlackBerry® smartphone
24/07/2013
Keputusan Penuh PRK N01 #kualabesut
Seberang barat - BN 805 / PAS 452 maj. 353
Kg. Nail - BN 822 / PAS 523 maj. 299
Seb. Barat luar - BN 1590 / PAS 821 maj. 769
Tok saboh - BN 1534 / PAS 959 maj. 575
Kg. Nangka - BN 524 / 510 maj. 14
Kg. Baru - BN 1006 / PAS 979 maj. 27
Bkt. Puteri - BN 967 / PAS 946 maj. 21
Undi awal - BN 582 / PAS 319 maj. 263
Undi pos - BN 9 / PAS 0 maj. 9
KEPUTUSAN RASMI - BN menang PRK Kuala Besut.Tengku Zaihan dapat 8,288 undi.Azlan Yusof 5,696.Majoriti BN 2,592.Masa PRU13 dulu majoriti 2,434.Lebih 158 undi...
BN MENANG dgn MAJORITI lebih dari PRU13.
PAS tewas disemua PDM termasuk kubu kuat mereka di Bukit Puteri dan Tok Saboh.
Apakah PAS akan kata BN bawak pengundi Bangla? Hahaha... Sedarlah PAS bahawa orang Melayu sedar parti PAS adalah Barua Cina Couvenis DAP.
Apa pun Barisan Nasional juga kena sedar, undi Melayu jadikan mereka kuat dan berkuasa. Jangan le pulak nak jaga hati bangsa Cina Couvenis tu pulak. Now Malay Goverment, so jaga orang Melayu dan Bumiputera ni.
Sent from my BlackBerry® smartphone
BN Kalah Nak Bogel Keliling Besut Demi PAS
Ha, sekarang macam mana silakan.... Nak tengok free show. Perkh!!!! Tak dapat nak bayang beb bogel keliling pekan besut tu.
Sent from my BlackBerry® smartphone
Keputusan Terkini PRK Kuala Besut PDM Pulau Perhentian
Ikut Saluran
Saluran 1
BN - 222
PAS - 93
Undi Rosak - 3
Jumlah - 318
Saluran 2
BN - 232
PAS - 86
Undi Rosak - 1
Jumlah - 319
Keseluruhan Undi
BN - 454
PAS - 179
Undi Rosak - 4
Jumlah - 633
Majoriti BN = 275
Sent from my BlackBerry® smartphone
Orang Cina Tiada Aspirasi Nasional
Peraturan baru ini terangkum dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang antara matlamat utama ialah untuk menyelaraskan kurikulum di semua sekolah rendah kerajaan. Untuk ini, waktu pendidikan bahasa melayu dipertingkat daripada 180 minit pada masa kini kepada 270 minit seminggu. Begitu juga hal dengan pendidikan Bahasa Inggeris dari 120 minit kepada 150 minit.
Kaum Cina melalui beberapa pertubuhan bukan kerajaan mereka, meminta masa untuk pendidikan Bahasa Melayu hanya berada pada 210 minit. Dengan ini ia diperturunkan daripada 270 minit, manakala untuk bahasa Inggeris, masa yang mereka mahu ialah 210 minit. ia dipertingkatkan dari 150 minit.
Mengapa sifir sebegini diguna pakai? Alasan diberikan ialah masa 210 minit bagi kedua-dua matapelajaran sejajar dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ia bukan saja konsepsi salah, malah memperlihatkan sikap yang tidak mengendahkan kedudukan bahasa Melayu yang lebih tinggi daripada bahasa Inggeris dalam dasar bahasa kita.
Membelakangkan Bahasa Melayu
Sebenarnya kaum Cina tidak pernah mempunyai sikap positif terhadap bahasa Melayu. Ia dapat dilihat sejak persetujuan pemilihan bahasa Melayu melaui Perjanjian Etnik menjelang kemerdekaan sehingga kini. Ia jelas kelihatan pada tindak tanduk mereka yang selalu membelakangkan bahasa melayu walaupun pengakuan mereka sebaliknya.
Seruan untuk kaum Cina menerima bahasa Melayu dengan menguasainya pada tahap yang lebih tinggi daripada bentuk bahasa pasar, tidak pernah diendahkan. Malah, selepas 56 tahun merdeka masih ada kalangan kaum Cina dalam golongan muda yang tidak boleh berbahasa Melayu.
Persekitaran bahasa Melayu yang begitu agam di negara ini tidak pun dimanafaatkan oleh mereka ini, untuk menguasai bahasa Melayu dalam bentuk yang jelik. Kalau kefasihan bahasa Melayu dijadikan ukuran keseetiaan, mereka ini boleh dianggap sebagai tidak pernah mempunyai hasrat untuk memiliki perasaan sedemikian.
Sehubungan ini, tidak keterlaluan jika dikatakan bahaawa asas kesetiaan kepada negara ikut merangkumi kepatuhan kepada bahasa negara, sudah tentu pada tahap tertinggi.
Sebenarnya, peraturan baru ini bertujuan mempertingkatkan pengetahuan dan penguasaan bahasa Melayu yang rata-ratanya adalah rendah sekali dalam kalangan pelajar Cina di SJK, antaranya akibat penggunaan kurikulum lama. Ini sudah pasti membantu apabila mereka melanjutkan pelajaran di sekolah menengah, yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
Adakah kaum Cina tidak dapat melihat kewarasan matlamat ini ? Ke mana perginya sifat pragmatik yang selalu dikaitkan dengan dengan mereka? sebaliknya sifat ini diperlihatkan apabila mereka sendiri menambah waktu bahasa Inggeris. Ini memperlihatkan mereka mempunyai sikap positif terhadap bahasa Inggeris jika dibandingkan dengan bahasa Melayu.
Sehubungan ini, sikap negetif mereka terhadap bahasa Melayu tidak dapat dinafikan lagi. Tindakan mereka yang tidak bersetuju dengan peraturan baru ini dan lain-lain sebelum ini jelas memperlihatkan bertapa tidak pedulinya mereka terhadap bahasa kita.
Dengan sikap acuh tidak acuh inidari dulu sehingga kini satu soalan penting yang perlu ditanya pada kaum Cina ialah apakah matlamat kewujudan mereka di negara ini. Adakah ini dianggap tanah air mereka? Kalau ya, mereka perlu memperlihat siakp positif terhadap bahasa Melayu
Sehubungan ini banyak tindak tanduk mereka boleh ditafsirkan sebagai mereka masih lagi memiliki pemikiran sebagai orang asing. Ini jelas kelihatan apabila mereka dikehendaki ikut sama dalam merialisasikan aspirasi nasional, khususnya berkaitan bahasa Melayu. Persetujuan untuk menerima peraturan baru ini, bukan saja akan memperlihatkan sikap kaum Cina yang positif terhadap bahasa Melayu. Ia sesungguhnya adalah semangat nasionalisme yang amat dinanti-nantikan daripada mereka, untuk ikut bangga, sayang dan setia kepada bahasa negara kita.
( Berita Harian)
Sent from my BlackBerry® smartphone
PAS Guna Anak Kecil Sebagai Jentera #prkkualabesut
Mungkin belum terkena lagi bagaimana anak-anak kena pijak masa himpunan sama ada haram atau di Kempen Pilihan Raya. Ataupun nak tungu ada kejadian mati kena pijak baru nak menyesal.
Tengok gambar tu, ajak budak betugas sebagai jentera kempen. Tak tahulah budak ni boleh tahan atau tidak dengan dahaga...
Sent from my BlackBerry® smartphone