Followers

13/08/2015

'Selamatkan Malaysia' Gabungan Pembangkang Baru Yang Di Ketuai Oleh Tun Mahathir?

LUAHAN RAJA PETRA BEKAS ORG KUAT DAP DAN YG MEMULAKAN KES CINCIN DS ROSMAH.

Pengendali portal Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin berkata stail politik angkuh, hanya memberi dua pilihan, ikut telunjuk atau diserang dengan label pengkhianat.

Raja Petra membuat kesimpulan itu berdasarkan pengalamannya berurusan dengan DAP ketika memimpin MCLM (Malaysian Civil Liberties Movement) pada 2010 serta tindakannya menyokong Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menentang 'Langkah Kajang' pada 2014.

Beliau berkata langkah pertama yang DAP lakukan adalah membahagikan satu kumpulan kepada dua kelompok, iaitu satu kumpulan baik dan satu lagi kumpulan jahat.

Pihak yang menyokongnya dianggap kumpulan baik dan disanjung sebagai 'perwira' manakala pihak yang menentangnya dilabelnya sebagai kumpulan jahat yang mesti ditentang atau dibunuh.

"Dan jika kita tidak menyokong rancangan DAP ini maka kita adalah pengkhianat. Hanya jika kita menyokong rancangan DAP kita akan (disanjung) sebagai perwira.

"Inilah cara bagaimana politik baru Malaysia (Gerakan Harapan Baru) dirancang. Ia mesti mengikut telunjuk DAP atau bukan. Dan jika kita tidak bersetuju (dengan cara DAP), kita mesti diserang atau dibunuh.

"Dan sejak saya tidak bersetuju dengan apa yang mereka (DAP) lakukan bermakna saya adalah pengkhianat. Pengkhianat kepada apa? Pengkhianat kepada negara atau pengkhianat kepada DAP ?," dedah Raja Petra dalam satu artikel bertajuk "DAP adalah satu ancaman terhadap keharmonian kaum"

Raja Petra berkata kes ini paling ketara dapat dilihat dalam kes 'Langkah Kajang', di mana Khalid dan Hadi dilabel sebagai 'pengkhianat' kerana menentang perancangan DAP

Justeru itu, Khalid dan Hadi telah diserang habis-habisan oleh parti Cina itu.

"Mereka (DAP) menyerang Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim. Mereka tuduh Khalid sebagai seorang korup (perasuah) dan sebagainya.

"Apabila kita berpihak kepada Khalid, mereka marah. Mereka boleh serang Khalid. Tetapi kita tidak boleh bela Khalid. Inilah demokrasi yang dipraktikkan penyokong-penyokong Cina DAP.

"Kemudian, mereka serang Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebab beliau juga menyokong Khalid. Tiada sesiapa pun boleh menyokong Khalid. Semua mesti ikut telunjuk DAP dan serang Khalid. Jika mereka menentang DAP dan sokong Khalid, mereka akan disingkirkan.

"Jadi mereka (DAP) cuba untuk menggulingkan Hadi. Mereka menghabiskan beberapa juta untuk membiayai kumpulan kecil dalam PAS untuk melawan Hadi. Tetapi mereka gagal. Kumpulan anti-Hadi hanya memenangi 20 peratus undi dalam pemilihan parti

Tambah Raja Petra lagi, inilah kaedah pecah dan perintah yang dilakukan DAP bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan Melayu sama ada dalam PAS dan UMNO.

"Kemudian mereka (DAP) membiayai kumpulan yang kalah dalam pemilihan PAS itu untuk menubuhkan sebuah parti baharu. Parti baharu ini akan menjadi rakan baharu dalam Pakatan Rakyat untuk menggantikan PAS.

"Jeff Ooi berkata adalah baik kerana PAS telah berpecah dua. Ia juga baik jika UMNO boleh dibahagikan kepada dua kumpulan.

"Jadi mereka berjumpa Muhyiddin Yassin untuk merancang menentang Perdana Menteri Najib Tun Razak. Mereka juga mencadangkan agar Dr Mahathir seharusnya mengetuai suatu gabungan pembangkang baharu yang dinamakan 'Selamatkan Malaysia' yang dianggotai daripada kumpulan yang menentang UMNO.

"Sekarang masanya mereka (DAP) untuk memecahkan UMNO kepada dua kumpulan selepas berjaya memecahkan PAS. Kemudian kuasa politik Melayu akan menjadi lemah,"katanya lagi.

Annuar Musa Dilantik Semula Pengerusi MARA




Tan Sri Annuar Musa dilantik semula sebagai pengerusi MARA selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob percaya... Dengan pelantikan semula Annuar, beliau dapat memimpin MARA dan RISDA dalam melaksanakan dasar dan perancangan kementerian demi mencapai objektif transformasi Negara.

Tahniah Tan Sri Annuar Musa.

PAS Memberi Amaran Kepada Pemimpin Mensabotaj Parti

Datuk Takiyuddin Hassan
KOTA BHARU - Pas tidak teragak-agak mengambil tindakan mengikut perlembagaan parti sekiranya mendapati masih ada ahli yang cuba mensabotaj atau melakukan tindakan yang boleh melemahkan parti Islam itu.
 
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, jika mereka tidak lagi yakin dengan parti itu dan tidak mahu memegang amanah serta tanggungjawab yang diberikan, mereka boleh membuat keputusan berundur secara terhormat.
 
“Kita bagi amaran kepada ahli dan juga mana-mana pemimpin yang memegang jawatan tidak kira mana peringkat, jangan cuba sabotaj atau melemahkan parti. Jawatan yang dipegang adalah pilihan yang diputuskan melalui mesyuarat agung, maka ia adalah satu amanah.
 
“Jika mereka rasa sudah tidak mampu pegang tanggungjawab tersebut, mereka perlulah bersikap profesional. Kita tidak pernah menghalang, itu adalah hak ahli,” katanya, semalam.
 
Menurutnya, sehingga kini pihaknya menerima 10 aduan mengenai kes yang melibatkan sabotaj parti dan Kelantan hanya mencatat satu kes berbanding beberapa negeri lain yang melebih tiga kes.
 
Beliau berkata, pihaknya juga akan menyiasat dan mendapatkan bukti kukuh sebelum mengambil apa-apa tindakan terhadap aduan yang diterima bagi memberi keadilan yang sewajarnya kepada pengadu.
 
“Kita tidak akan terburu-buru dalam membuat keputusan, aduan yang diterima akan disiasat dengan baik, bila semuanya sahih, bukti kukuh, baru kita buat keputusan yang sepatutnya,” katanya.
 
Dalam masa sama, beliau turut mengulas tindakan 13 Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Pas Shah Alam yang mengumumkan peletakan jawatan mereka di peringkat kawasan, kelmarin.
 
Takiyuddin berkata, Pas menghormati tindakan tersebut kerana ia merupakan hak ahli sama ada untuk berhenti, meneruskan perjuangan ataupun keluar dari parti.
 
“Walaupun diakui kita sedih dengan perkara ini, namun itu hak mereka. Kalau rasa tidak selesa lagi dengan Pas, maka mereka berhak membuat keputusan begitu.
 
“Ada yang bertanya, bagaimana dengan mereka yang isytihar ahli Pas seumur hidup, jawapan saya, itu urusan beliau dengan Allah, saya doakan selamat maju jaya,” katanya.

12/08/2015

Rakyat Malaysia Sudah Jadi Pakar Ekonomi

KEJATUHAN NILAI RINGGIT

Hari ini, nilai Ringgit adalah RM4.00 bagi satu dolar. Apabila saya membuka akaun Facebook dan Twitter, 9 daripada 10 status yang keluar di Facebook menghentam kerajaan berkenaan nilai mata wang Ringgit Malaysia.

Berdasarkan penelitian, mereka yang menghantar komen-komen di laman sosial tersebut kebanyakannya adalah daripada golongan belia yang seolah-olah menganggap Malaysia akan musnah esok.

Dalam masa sebulan yang lalu, saya melihat bagaimana rakyat Malaysia menjalani transformasi menjadi pakar perlembagaan, penganalisis dan kini pakar ekonomi pula.
Ada juga yang menyalahkan Najib dan UMNO. Terdapat satu kumpulan yang dinamakan Suara Rakyat yang gemar berkata 'negara lain adalah lebih baik kerana UMNO tiada di Negara mereka'.

Sudah tentu, apabila anda mempunyai pandangan yang sempit, anda akan terlepas pandang fakta bahawa :

•    Russian Roubles hilang 114 peratus berbanding dolar AS
•    Indonesian Rupian hilang 51 peratus berbanding dolar AS
•    Indian Rupees hilang  38 peratus berbanding dolar AS
•    Norwegian Krone hilang 37 peratus berbanding dolar AS
•    Australian Dollars hilang 24 peratus berbanding dolar AS
•    Euro hilang 20 peratus berbanding dolar AS
•    Thai Baht hilang 10 peratus berbanding dolar AS
Adakah saya perlu teruskan?

Salah satu faktor yang menyumbang kepada kejatuhan nilai mata wang negara-negara ini adalah kejatuhan harga minyak. Minyak mentah diniagakan pada US$70-80 setong. beberapa tahun yang lalu dan kini ianya jatuh kepada US$50 setong.

Bukan AS sahaja rakan niaga kita dan prestasi Ringgit kita tidak diukur berbanding dolar AS sahaja.

Apabila kita lihat pada Ringgit,

• kita  lebih kukuh berbanding Dolar Kanada (2 peratus)

• kita lebih kukuh berbanding Rupiah India (10 peratus)

• kita  lebih kukuh berbanding Yen Jepun (14 peratus)

• kita  lebih kukuh berbanding Rupiah Indonesia (18 peratus)

Tidak perlulah saya senaraikan kesemuanya, memadai dengan menyebut beberapa contoh.

Adakah anda tahu bahawa nilai perdagangan kita dengan India, Jepun dan Indonesia hampir dengan 20 peratus?

Sesetengah dari kita cepat untuk memberi berita negatif dan cepat mengulas seperti seorang pakar dalam Facebook dan Twitter. Itulah hakikat sikap kita hari ini.

Malangnya, tiada di antara kita yang merujuk kepada tahun 1998.

Ramai yang lupa bahawa Ringgit pernah jatuh serendah RM4.725 untuk satu dolar pada 7 Januari 1998 (kadar menjual BNM, di kaunter adalah lebih daripada RM4.80-4.88).

Mungkin mereka yang rancak  menghentam mengenai keadaan ekonomi kita di Facebook kini masih di bangku sekolah ketika itu.  Sudah pasti mereka tidak tahu apa yang berlaku pada tahun 1998, zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.

Dulu

a) Orang kehilangan pekerjaan atau mempunyai kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan

b) Isi rumah yang membebankan

b) kadar bunga pinjaman purata adalah 12.16 peratus

c) Kadar inflasi hampir kepada 3 peratus tanpa penarikan subsidi.

Sesiapa yang meragui bahawa kadar inflasi 2-3 peratus hari ini adalah benar dan merasakan ia sebenarnya yang lebih tinggi, cuba terapkan pemikiran yang sama untuk tahun 1998-1999.

Ya pasti anda terkejut, kadar bunga pinjaman purata adalah lebih 12 peratus. Itulah yang berlaku pada masa itu.

Anda boleh mengatakan ia adalah sejarah lalu dan anda boleh terus menyalahkan Perdana Menteri, Bank Negara Malaysia dan Kerajaan untuk kejatuhan hari ini.

Tetapi dimasa akan datang, sebelum anda berkongsi kemarahan anda di Facebook atau Twitter, tanya diri sendiri, adakah penurunan nilai Ringgit memberi kesan kepada anda?

1. Adakah anda membeli-belah dalam talian daripada laman web Amerika Syarikat?

2. Adakah anda merancang untuk terbang ke Amerika Syarikat untuk bercuti?

3. Adakah anda seorang rakyat Malaysia yang belajar di Amerika Syarikat?

4. Adakah anda mengimport barang yang akan dijual semula di Malaysia?

5. Adakah anda membeli barang keperluan dan makanan dari Amerika Syarikat untuk digunakan di sini?

6. Adakah anda sama sekali menggunakan dolar AS dalam kehidupan harian anda?

Kerana, hanya jika anda menjawab ya kepada perkara di atas, barulah anda akan terjejas. Jika tidak, apa yang membimbangkan anda? Gaji anda masih dalam Ringgit Malaysia dan anda tidak membeli barang keperluan dengan dolar Amerika.

Pastinya, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa ia memberi sedikit kesan kepada beberapa segmen terutama import dan jika merancang untuk melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat, United Kingdom dan beberapa destinasi lain.

Dari aspek penarafan antarabangsa oleh beberapa agensi penarafan, kita wajar menarik nafas lega kerana Fitch, Moody dan S&P kesemuanya memberikan penarafan "Stabil" kepada Malaysia.

Hakikat sebenar, tiada seorangoun ahli ekonomi di luar sana yang mengatakan bahawa ekonomi Malaysia akan runtuh, hanya ahli politik yang mereka tahayul ini.

Rencana asal dari
Goh Wei Liang

Pendedahan Berani Buat Najib Razak


RAKYAT MALAYSIA PERLU TAHU PERANAN NAJIB RAZAK

SURAT TERBUKA UNTUK UMAT ISLAM MALAYSIA

1. Sejak mengambil alih jawatan sebagai PM, perkara utama yang telah dilaksanakan oleh Najib adalah untuk mendamaikan negara dan umat Islam yang bertelagah.

2. Dalam kemelut dan situasi politik yang berlaku sekarang kami sebagai aktivis ummah duduk berdiskusi dan cuba melihat daripada sudut persepsi serantau.

3. Menyelak, mengkaji dan cuba membaca senario dunia yang sedang berlegar daripada dulu hingga kepada kemelut mutakhir yang sedang berlaku.

4. PM Najib telah berjaya mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, selepas pengeboman berhari-hari di Gaza oleh Israel di saat para pemimpin negara Islam yg lain sekadar melihat dan tidak melakukan apa-apa tindakan yg sepatutnya.

5. Malaysia secara langung atau tidak langsung telah memberikan pelbagai bantuan kepada umat Islam Palestin bagi memulakan semula kehidupan mereka selepas dimusnahkan Israel. DS Najib juga menjadi PM Malaysia dan antara pemimpin dunia Islam yg berani menghadapi risiko masuk dan berjumpa pemimpin HAMAS di Gaza.

6. Beliau juga berusaha menamatkan konflik 70 tahun umat Islam di Selatan Filipina yang ditembak oleh peluru kerajaan negara itu. Kuala Lumpur menjadi penyelaras kepada pendamaian dan menubuhan wilayah Bangsa Moro di Selatan Filipina dan diharap dengan pendamaian di situ masalah PATI di Sabah juga akan selesai.

7. PM Najib memainkan peranan utama menyelesaikan konflik 50 tahun Selatan Thailand, di mana umat Islam di negara itu mendakwa didiskriminasikan berbanding rakyat Thailand di utara negara Gajah putih itu.

8. Wujud konflik agama dan pemberontakan, Kuala Lumpur sekali lagi memainkan peranan utama ke arah pendamaian di Selatan Thailand.
Mungkin ada yang mendakwa zaman Tun Mahathir jadi PM dulu dia buat perkara yang sama.

9. Untuk rekod, masa zaman Dr Mahathir jadi PM, semua bantuan kepada umat Islam Filipina, Palestin, Bosnia, Selatan thai dibuat secara rahsia, dan lebih berorentasikan memperkasa pertahanan umat Islam bukan orentasi perdamaian seperti PM Najib. PM Najib berani mengambil risiko untuk 'rock the boat' dengan mengusulkan berbagai pendamaian di wilayah Islam termasuk di Palestin antara Fatah dan Hamas.

10. Keberanian beliau sudah pasti mengundang dua perkara, pertama sokongan drp pemimpin-pemimpin umat Islam di seluruh dunia (kita lihat perubahan pandangan terhadap Najib dikalangan pimpinan PAS).

11. Kedua, serangan daripada musuh Islam seperti Israel (yg mahu Anwar jadi PM), para pelobi Yahudi seperti media sosial mereka WSJ, dan para pembuat senjata yang rugi jika wujud pendamaian di wilayah bergolak selama puluhan tahun.

12. Baik, drp sudut logik ini, jika kami seorang multibillioner Arab dan berkawan dengan PM Najib, melihat kpd sumbangannya kepada Islam dan perdamaian sejak menjadi PM, apakah susah saya mahu memberikan sumbangan kepada beliau?

13. Mari bertanya kepada diri kita, jika bertemu dengan kawan yang berani ke depan dalam memperjuangankan apa yang kita mahukan, tapi tidak berani lakukan secara terbuka, dan beliau perlukan dana.

14. Apakah kita akan berikan, kerana kita tahu itulah caranya melakukan amal jariah atau infak untuk kepentingan umat.
Ingatlah saudara-saudaraku bhw kita berada di dunia akhir zaman. Dunia yg segala fitnah dan cerita rekaan disebar luaskan khasnya melalui media sosial sehingga kita menjadi keliru antara kebenaran dan kepalsuan.

15. Mungkin PM Najib bukanlah PM yg terbaik namun kita harus bersama-sama mempertahankan kedaulatan Islam drp diserang drp segala sudut yg akhirnya akan merugikan kita.

16. Jadikan sejarah kejatuhan sistem Khalifah Uthmaniah Turki di mana ianya digulingkan oleh Kamal Antartuk melalui fitnah dan pelbagai cerita rekaan yg membuatkan rakyat Turki marah sehingga jatuhnya Khalifah Islam yg terakhir itu.
Sdra-sdra mungkin boleh bersetuju atau tidak dgn pandangan kami namun gunakan rasionalisme dlm membuat justifikasi dan bukannya berasaskan rasa amarah yg akhirnya akan merugikan kita semua.

Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah

07/08/2015

Kata Fitnah Idris Jusoh


SIARAN MEDIA

YB DATO SERI IDRIS JUSOH
MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Saya mendapat makluman mengenai satu portal menyiarkan kenyataan saya yang telah diputarbelitkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Ingin saya membuat beberapa penjelasan dan penafian bahawa:

1) Kenyataan yang disiarkan dalam blog dan beberapa website berbunyi "Jangan hantar anak ke sekolah kerajaan jika tak suka kerajaan Barisan Nasional".

Hal ini amat berlawanan dengan kenyataan saya yang asal iaitu:

"Kalau ada yang mengatakan bahawa sistem tak baik dan nak hantar anak ke luar negara kita tak halang, tapi saya akan pastikan sistem pendidikan kita bertambah baik".

2) Kenyataan yang diputarbelitkan itu adalah bertujuan untuk mencalarkan nama saya, Kementerian Pendidikan Malaysia (pada masa itu) serta Kerajaan Malaysia.

3) Kenyataan yang disiarkan blog tersebut telah tersebar dalam media sosial dan portal MalaysianInsider yang telah memulakan putar belit tersebut  (dan kemudiannya ditukar) pada September 2013. Saya tidak pernah membuat kenyataan itu dalam masa terdekat ini.

Saya harap penjelasan serta penafian ini cukup jelas bahawa saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang bersentimen sedemikian rupa. Diharapkan rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan cerita-cerita sedemikian.

Dato Seri Idris Jusoh
Menteri Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
6 Ogos 2015

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...