Followers

29/11/2013

KEMELUT PKR SABAH BUKTI ANWAR SUDAH TIDAK RELEVEN

Tindakan 11 ketua cabang PKR Sabah keluar parti termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri membuktikan betapa porak perandanya keadaan dalaman parti itu.

Apabila perkara ini berlaku kepada sebuah parti yang kononnya berbangga kerana mengaku bersifat reformis, rakyat akan mula meragui kenyataan tersebut.

Benarkah PKR sebuah parti reformis yang dikatakan dinamis, manusiawi dan bervisi seperti yang diwar-warkan selama ini?

Atau PLR sebenarnya hanyalah parti picisan yang menggunakan sloganan dan semangat berkobar-kobar untuk menutup kelemahan pemimpin-pemimpinnya.

Pertama apa yang berlaku menunjukkan sifat politik Sabah yang berlainan sekali dengan Semenanjung atau pun Sarawak.

Sebelum dan semasa kempen Pilihan Raya Umum 13 lalu, pakatan pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim menjadikan Sabah sebagai sasaran dengan harapan dapat merampas negeri itu dari tangan Barisan Nasional.

Anwar menimbulkan banyak isu yang kebanyakan adalah fitnah dan propaganda semata-mata untuk mengaburi fikiran rakyat Sabah.

Kononnya jika pembangkang menang harga minyak akan diturunkan malah royalti minyak akan dinaikkan kepada 20 peratus daripada 5 peratus.

Isu pendatang asing juga digembar-gemburkan sehingga satu suruhanjaya ditubuhkan kerajaan pusat untuk menyiasat dakwaan pemberian kad pengenalan kepada warga Filipina dan Indonesia.

Ini tidak termasuk lagi dakwa dakwi lain seperti kemiskinan, rasuah dan sebagainya.

Namun apa jua tuduhan yang dilemparkan kepada BN, rakyat Sabah bijak memilih yang mana satu permata yang masa satu kaca.

Selama BN memerintah Sabah hingga ke hari ini, politik negeri itu stabil kerana ia amat faham mentadbir sebuah negeri yang didiami oleh pelbagai etnik dan suku kaum.

Berbeza pula dengan Anwar, PKR, Pas dan Dap yang hanya mahu mengeksploitasi rakyat Sabah dalam percaturan mereka untuk menguasai negeri itu.

Pembangkang tidak faham langsung selok belok dan sepak terajang Sabah yang begitu kompleks sekali hinggalan seringkali berlaku pertelagahan antara kumpulan-kumpulan berbeza latarbelakang dalam parti yang sama.

Dalam hal PKR ianya berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap bekas pembelot UMNO, Lajim Ukin sebagai pengerusi PKR Sabah oleh Anwar.

Kumpulan yang keluar parti itu mendakwa mereka telah berhempas pulas berjuang untuk menghidupkan PKR Sabah tetapi Anwar memilih bulu untuk mengangkat mereka yang mempunyai nama, pangkat, kedudukan dan lebih-lebih lagi wang ringgit.

Anwar sudah tidak peduli lagi golongan reformis yang menjadi teras kepada pergerakan jalanan yang diwujudkan belasan tahun lalu.

Seperti juga di Sabah, sikap pilih kasih Anwar berlaku di mana-mana sahaja termasuk di Semenanjung dan Sarawak.

Contoh di Pahang, di Pahang beliau melantik Fauzi Abdul Rahman, bekas rakan kelas sekolah dan juga universiti walaupun rakannya itu amat dibenci oleh ramai pemimpin PKR Pahang termasuk juga dari Pas dan Dap.

Tetapi orang seperti inilah yang diangkat oleh Anwar atas dasar pilih kasih dan kronisme yang kononnya amat ditentang oleh beliau.

Ini tidak termasuk memposisikan anggota keluarga terdekat seperti isteri dan anak dalam jawatan tinggi parti.

Seolah-olah di dalam PKR, tidak siapa boleh bersuara terhadap apa yang dilakukan oleh Anwar walaupun beliau memegang satu jawatan yang tidak pun dilantik oleh perwakilan parti!

Tindakan 11 ketua cabang PKR Sabah adalah tanda-tanda Anwar bukan sahaja sudah tidak laku di negeri itu tetapi anggotanya sendiri sudah hilang keyakinan terhadap stail kepimpinan beliau.

Persoalannya apa agaknya akan berlaku sekiranya Anwar bertanding sebagaim presiden parti tahun depan menggantikan isterinya?

Dengan ketiadaan Dr Wan Azizah Ismail sebagai presiden, sudah tentu Anwar akan menggunakan kuasa sepenuhnya untuk membersihkan PKR daripada kroni-kroni yang menyokong isterinya dahulu.

Akan bertambah kecamuklah keadaan dalaman parti dan akhirnya berkuburlah PKR.

Malah Perdana Menteri semasa sidang akhbar bersama ketua-ketua cabang tersebut membayangkan akan terjadi gelombang kedua yang lebih besar bakal melanda PKR Sabah dalam masa terdekat.

Elok sajalah Anwar berundur dari menerajui PKR dan terus bersara daripada dunia politik untuk selamanya.

Tunaikanlah janji yang dibuat untuk menjadi pensyarah di Amerika Syarikat jika gagal untuk menjadi perdana menteri.

Anwar perlu membuat muhasabah diri sama ada dirinya masih diterima oleh penyokong-penyokong lagi dalam dunia politik kini yang sudah berubah.

Beliau perlu menganalisa sama ada seorang yang sudah menjangkau usia 67 tahun boleh diterima oleh generasi muda yang mempunyai pelbagai citarasa politik yang jauh berbeza daripada generasi seangkatan dengannya.
Sent from my BlackBerry® smartphone

28/11/2013

Hadiah Kerajaan PKR Selangor Buat Rakyat

Kepada para peminat tegar ceramah politik pembangkang khususnya Anwar Ibrahim pasti sudah menghafal kalimah-kalimah retorik seperti 'Pakatan Harapan Rakyat', 'Demi Kesejahteraan Rakyat', 'Kerajaan Rakyat' dan pelbagai lagi yang mempunyai perkataan rakyat.

Boleh dikatakan hampir semua slogan yang digunakan pasti perkataan rakyat akan ditonjolkan, kononnya untuk memberikan gambaran hanya makhluk bernama Anwar sahaja yang mampu membela dan menjaga rakyat. Sehingga ramai di kalangan mereka akhirnya tertipu dengan 'janji manis' dan 'sandiwara' mereka khususnya rakyat di Selangor.

Namun di sebalik perkataan rakyat itu, majoriti rakyat Selangor dikejutkan dengan kenaikan mendadak gaji dan elaun bulanan semua 56 Adun yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013. Ia ekoran dari usul yang dibawa oleh kerajaan PKR Selangor ketika persidangan DUN petang semalam yang kemudiannya diluluskan.

Mengikut usul tersebut gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 (106 peratus); anggota Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250 (231 peratus); speaker Dun dari RM6,109.29 kepada RM22,500 (266 peratus); timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 (373 peratus) dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250 (87 peratus).

Paling menarik, minggu lalu Khalid Ibrahim menegaskan peruntukan perbelanjaan mengurus pada Belanjawan 2014 meningkat, adalah disebabkan peningkatan bayaran gaji untuk kakitangan awam.

Sejumlah RM1.23 bilion atau 66.2 peratus daripada Belanjawan Negeri tahun depan yang berjumlah RM1.85 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus sementara RM624.9 juta atau 33.8 peratus adalah bagi perbelanjaan pembangunan. 

Pada mulanya ramai di kalangan kakitangan awam Selangor menjangkakan ia bermaksud kerajaan negeri berhasrat untuk memberikan kenaikan gaji dan elaun kepada mereka, namun rupa-rupanya ia adalah sebaliknya. Peningkatan jumlah belanjawan yang dimaksudkan oleh Khalid sebenarnya adalah untuk semua wakil-wakil rakyat di Selangor.

Namun untuk berlaku adil, Khalid tetap tidak mengecewakan rakyat Selangor, apabila mengumpan kakitangan awan di Selangor dengan memberikan 'gula-gula' berupa bonus setengah bulan gaji SAHAJA.

Menurut rakan-rakan di Selangor, kenaikan kadar gaji dan elaun ini ada kaitan dengan kenyataan Anwar Ibrahim sebelum ini, yang dilihat mengkritik pentadbiran Khalid secara terbuka sambil menyifatkannya GAGAL mengurus dengan baik sumber kewangan negeri.

Anwar sebelum ini dilaporkan telah membuat kritikan tersebut di hadapan orang ramai dalam forum Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya, Selangor.

Anwar meminta Abdul Khalid agar tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperoleh tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik.

"Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap prestasi terbaik bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperoleh," katanya.

Malah ekoran kritikan itu juga, ramai merasakan ia adalah merupakan 'signal' agar Khalid segera meletakkan jawatan, sekaligus memberi laluan mudah kepada anak emasnya, Azmin Ali yang telah lama mengidamkan jawatan tersebut.

Umum mengetahui, bagaimana Azmin sebelum ini yang pernah 'merajuk' untuk keluar PKR bersama pengikutnya sekiranya Anwar MENGINGKARI janji berhubung jawatan Menteri Besar. Namun ia dibatalkan di saat akhir apabila 'pergelutan'tersebut berjaya diselesaikan secara 'kompromi'.

Sehinggakan ada bisik-bisik yang mengatakan Azmin kembali sejuk apabila dimaklumkan bahawa Khalid bersetuju untuk memegang jawatan tersebut untuk tempoh setahun sahaja.

Disebabkan tempoh itu dikatakan bakal berakhir tidak lama lagi, maka Khalid terpaksa mengunakan 'gear 3' dengan mengambil hati semua Adun pakatan dengan memberikan kenaikan gaji. Sekiranya umpan ini berjaya, Khalid boleh terselamat sekiranya ada usul tidak percaya untuk meminta dia melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar.

Apa pun ia hanyalah 'cakap-cakap' politik, sama ada benar atau tidak hanya Allah, Anwar, Azmin dan Khalid sahaja yang tahu.

Berbalik kepada isu asal, sekiranya kita membuat perbandingan secara rational, rizab kerajaan Selangor hanya berjumlah RM3bil berbanding rizab kerajaan persekutuan yang berjumlah RM400bil. Namun kerajaan persekutuan tidak pula mengambil pendekatan menaikkan gaji semua ahli-ahli parlimen.

Tambah menarik ialah gaji Perdana Menteri yang mengurus tadbir SELURUH NEGARA hanya berjumlah RM22,826,65 berbanding gaji baru Khalid yang berjumlah RM29,250.00 walaupun dia HANYA MENGURUSKAN SEBUAH NEGERI.

Seterusnya ialah gaji Timbalan Perdana Menteri hanya berjumlah RM18,168.00 berbanding Exco Kerajaan Negeri yang berjumlah RM20,250.00 sebulan.

Kesimpulannya, terserahlah kepada rakyat khususnya pengundi di Selangor bagi  menilai kewajaran kenaikan gaji yang mendadak ini. Apakah ia dilakukan untuk membantu jurang Ekonomi Rakyat seperti yang didakwa, atau semata-mata untuk memenuhi kerakusan kerajaan pakatan di Selangor?
Sent from my BlackBerry® smartphone

27/11/2013

PKR Sabah Hilang Kepercayaan Kepada Anwar

 
Inilah yang dinamakan sudah jatuh ditimpa tangga. Setelah GAGAL dalam percubaannya untuk merebut kuasa di Putrajaya, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim hari ini dikejutkan dengan berita 'penghijrahan' beramai-ramai ahli partinya di Sabah yang jelas tidak lagi mahu terus diperbodohkan dengan sandiwara dan lakonan murahnya selama ini.

Media arus perdana telah melaporkan mengenai pengumuman yang dilakukan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib mengenai penghijrahaan beramai-ramai 11 pemimpin cabang PKR Sabah yang keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN). Jumlah itu tidak termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari negeri itu yang sebelum ini telah pun berbuat demikian iaitu ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad@Malazad dan ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan.

Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.

Seperti tidak dapat menerima hakikat, Pengerusi PKR Sabah, Lajim Ukim sebelum ini mendakwa tindakan bekas anak-anak buahnya itu disebabkan BN terdesak dan menjadi 'dalang'. Paling kelakar melalui SMS yang dihantar kepada Jelani, dikatakan kecewa sambil mendakwa mereka telah mendapat tawaran lebih baik daripada pihak lain.

Sedangkan mengikut percaturan politik, BN Sabah telah pun mendapat mandat besar dengan memperoleh 2/3 Kerusi DUN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. Maka secara logiknya parti BN/Umno, tidak perlu lagi melakukan perbuatan jahat dengan 'membeli' mereka.

Ini kerana, tanpa mereka sekalipun, BN telah mantap sebagai sebuah kerajaan yang kukuh hasil sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi rakyat Sabah. Atau dalam bahasa mudah, pakatan pembangkang yang hanya pandai bermain kata-kata yang penuh dengan racun sehingga menybabkan mereka ditolak rakyat sekalgus mengalami kekalahan besar dalam PRU yang lalu.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, pembangkang memenangi tiga kerusi Parlimen iaitu Sandakan dan Kota Kinabalu (DAP) serta Penampang oleh PKR, sementara DUN pula 12 kerusi iaitu Likas, Luyang, Sri Tanjong, Kepayan (DAP); Klias, Matunggong, Kadamaian, Moyog, Api-Api, Inanam, Tamparuli (PKR) dan Star di Bingkor. 

Walau bagaimanapun pada 27 September lalu, ADUN Luyang daripada DAP, Hiew King Cheu mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas sebelum diikuti oleh ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad pada 4 November lalu sebelum diikuti empat hari selepas itu oleh ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan yang meletak jawatan Naib Pengerusi 1 Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR.

Hasil analisa yang dijalankan, rupanya bumiputera Sabah terutama etnik Kadazandusun Murut (KDM) yang menyokong PKR akhirnya mula sedar bahawa mereka telah dipergunakan oleh parti itu bagi memenuhi agenda peribadi pimpinan, bukannya untuk dibela nasib mereka seperti yang dicanangkan sebelum ini.

Malah ada yang mendakwa masalah sebenar berpunca daripada gaya kepemimpinan Anwar yang sangat autokratik dan memilih Pengerusi PKR Sabah tanpa berbincang terlebih dahulu dengan ketua-ketua cabang dan akar umbi parti negeri.

Tambahan pula, sekiranya diteliti krisis kepimpinan PKR Sabah telah lama dikesan bergolak dan bermasalah. Ini kerana sejak PKR mula bertapak di negeri itu, seramai 15 Pengerusi MPN negeri sudah bertukar ganti dan ada di kalangan mereka yang hanya sempat memegang jawatan tersebut selama dua bulan sahaja.

Kesimpulannya ialah, baik Anwar mahupun Lajim, mereka sebenarnya telah dirasuki dengan 'sindrom penafian' kerana enggan melihat kesilapan dan kekurangan diri sendiri sebaliknya hanya tahu menyalahkan orang lain.

Inilah masalah paling susah untuk diubati oleh sesiapa sahaja sama ada individu atau organisasi kerana tidak dapat menerima hakikat kekalahan, bukan itu sahaja mereka juga pada masa yang sama enggan menerima teguran dan nasihat, jauh sekali untuk bermuhasabah terhadap musibah yang melanda.

Semuanya dituduh pihak ketiga yang jahat melakukannya, diri sendiri dianggap seperti maksum, langsung tidak bersalah dan enggan mengakui kelemahan diri sendiri. Malah menurut Perdana Menteri, akan berlaku gelombang kedua tindakan keluar parti itu dalam masa terdekat selepas hilangnya keyakinan mereka terhahadap kepimpinan PKR negeri.

Dan kenyataan itu sudah pasti bakal merunsingkan Anwar, ini kerana ia sekali gus akan menyebabkan PKR terus berkubur tanpa nisan di negeri Di Bawah Bayu itu.

Buat ahli dan penyokong pembangkang Sabah yang masih belum sedar, sampai bilakah mahu terus hidup dengan pembohongan yang dipentaskan oleh Anwar Ibrahim? Apa yang jelas slogan #inikalilah yang digunakan oleh pembangkang ketika PRU lalu, mula memakan diri. Kepada rakyat Sabah, terima kasih kerana masih terus bersama BN/Umno, manakala untuk Anwar Ibrahim #lainkalilah.

Sent from my BlackBerry® smartphone

26/11/2013

11 Ketua Cabang & 2 ADUN PKR Sabah Umum Keluar Parti

Senarai Ketua Cabang PKR umum keluar parti ekoran Hilang Percaya kepada kepimpinan PKR dan Campurtangan pimpinan PKR pusat ke atas PKR anak tempatan Sabah.

1) Angki Addek ( kota marudu)
2) Anthony Mandiau
3) Juhani Abd Halim
4) Mohd Jun ( kelabakan)
5) Mustapha Tambuyung (Kinabatangan)
6) Lokuan Ureh ( semporna)
7) Timoty Lim ( sepangar)
8) Apandy Sipin ( persiangan)
9) Soloh Yuna (Kota belud)
10) Jelani Hamdan
11) Jeremmy Malajad
Sent from my BlackBerry® smartphone

Video Anwar Jumpa Pengundi Banglades

video

Anwar Ibrahim dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat pernah mendakwa terdapat rombongan warga Bangladesh berjumpa dengan beliau sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13. Video ceramah Anwar itu dipaparkan menerusi Facebook We Are NOT Malaysian Zombies dan dimuat naik pada 20 November lalu sebagai bukti beliau pernah mengeluarkan kenyataan berhubung pengundi warga asing dalam kalangan rakyat Bangladesh.

Video ini membuktikan usaha Anwar yang baru-baru ini dilihat cuba membuat pusingan U dengan menafikan pernah membuat kenyataan berhubung penglibatan 40,000 warga Bangladesh dalam pilihan raya umum lalu.

Anwar dalam ceramah yang dipaparkan menerusi video ini mendakwa, rombongan warga Bangladesh berkenaan datang berjumpa dengannya untuk merayu supaya mereka tidak dihukum kerana menjadi pengundi dalam pilihan raya umum lalu.

"Pagi tadi sebelum saya datang (ceramah) ada rombongan dari Bangladesh...yang ini yang kubu UMNO, kubu Najib. Dia mari datang dia kata Datuk Seri, kami mari sini, ada dapat kad (MyKad), ada tak dapat kad, janganlah hukum kami.

"Saya kata apa pasal? Kami surrender...kami tahu Datuk dan pakatan rakyat sudah mahu menang," 

Anwar kemudian  memberitahu warga Bangladesh itu beliau tidak mempersoalkan mereka yang sudah tinggal lama di negara ini dan mendapat kad pengenalan.

"Tapi kalau dia baru dapat kad, tipu, saya nasihatkan duduk di rumah tengok movie Shah Rukh Khan, My Name Is Khan And I Am Not A Terrorist.

"I'm serious (Saya serius). I'm not joking (saya tidak bergurau). It is a fact (Ini adalah fakta). One of them flew in from Dhaka (Salah seorang daripada mereka terbang dari Dhaka), seorang peniaga kerana dia tak mahu nanti dia ada masalah dengan kerajaan baharu pakatan rakyat," katanya.

Anwar berkata, beliau memberitahu warga Bangladesh itu pakatan pembangkang tidak menghina rakyat negara tersebut yang datang mencari rezeki di negara ini tetapi menasihatkan mereka tidak merosakkan dan merampas hak rakyat Malaysia dengan menjadi pengundi.

"Saya beritahu dia, kalau dia undi, dia langgar undang-undang...kita menang, kita dakwa dia masuk penjara bersama SPR (pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya) yang bertanggungjawab," katanya.



Mahfuz Di Belasah Rakan Seangkatannya

Inilah yang dinamakan, sebab mulut, badan binasa. Kegagalan bekas Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar untuk mempertahankan jawatan tersebut di dalam pemilihan Muktamar Pas Ke-59 baru-baru ini telah menyebabkan dia menjadi tumpuan di dalam Sidang Dewan Rakyat pagi semalam.

Selain para wartawan, Mahfuz turut menjadi mangsa  'usikan' rakan ahli-ahli Parlimen yang  'membelasahnya' ekoran kekalahan tersebut. Sebelum ini dia sering diberi jolokan 'hero Pas' kerana disifatkan begitu lantang di Parlimen, sedangkan pada hakikatnya Mahfuz lebih banyak merepek dan mengganggu perbahasan dari membicarakan isu dan kepentingan rakyat.

Sebaik sahaja parlimen mula bersidang, Mahfuz terus  'dibelasah' sehingga menyebabkan Speaker turut tersenyum dengan 'usikan' tersebut. Mungkin disebabkan tidak tahan, dia dilihat keluar dari dewan tidak lama selepas itu.

Namun episod tersebut tidak berakhir di situ, sebaik sahaja di temui di ruangan rehat untuk ahli-ahli Parlimen, Mahfuz sekali lagi menerima nasib yang serupa di kalangan 'rakan-rakan' BNBBC yang ditemuinya. Paling menarik dia hanya mampu tersenyum sambil mengulas ia adalah perkara biasa dalam Pas, sambil mengaitkan nasibnya serupa dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukriz Mahathir yang turut kalah dalam pemilihan jawatan Naib Presiden Umno baru-baru ini.

Salah seorang ahli parlimen yang ditemui, mengatakan walaupun usikan tersebut hanyalah merupakan gurauan, namun realitinya Mahfuz perlu bermuhasabah diri. Ini kerana ahli parlimen itu sebelum ini begitu celupar memperlekehkan orang yang kalah bertanding.

Kenyataan tersebut merujuk kepada tindakan Mahfuz yang sebelum ini sering menggunakan isu kekalahan Mukhriz untuk menghentam Umno. Disebabkan usikan yang bertali arus itu, Mahfuz akhirnya mula meroyan dan menjerit-jerit di dalam dewan rakyat ketika membahaskan isu Bajet 2014 pada peringkat jawatankuasa.

Di dalam pemilihan muktamar yang diadakan minggu lalu, Mahfuz gagal mempertahankan jawatan yang disandangnya  selama dua penggal berturut-turut, apabila kalah tipis dengan penyandang, Husam Musa dengan beza hanya 16 undi.

Pesuruhjaya PAS Kedah itu hanya memperoleh 504 undi, manakala Husam 520 undi, Salahuddin Ayub (917), Tuan Ibrahim Tuan Man (849), dan Abu Bakar Chik (364).

Paling menarik, ketika ditanya sama ada mahu meneruskan khidmat sebagai Pesuruhjaya PAS negeri, Mahfuz seakan merajuk apabila mengatakan akan mempertimbangkannya dan menyerahkan kepada kepimpinan peringkat Pusat untuk memutuskannya.

"Saya dari dulu tolak Pesuruhjaya tu, sekiranya ditawarkan itu agak berat untuk memikul jawatan Pesuruhjaya jadi bagi saya itu akan diputuskan oleh parti. Jika diberi (amanah) akan dipertimbangkan, sini pun banyak calon dari Kedah kerana kelayakan untuk jadi Pesuruhjaya bukan saya seorang sahaja," katanya.
Sent from my BlackBerry® smartphone

PM lancar Majlis Konsultasi Perpaduan Negara MKPN


Fungsi MKPN:

1. Bertindak sebagai badan penasihat kepada kerajaan dalam hal ehwal perpaduan dan integrasi nasional.

2. Menyediakan forum untuk ahli-ahli mengemukakan buah fikiran bagi menentukan hala tuju dan dasar perpaduan negara dan integrasi nasional.

3. Mengesyorkan bidang kajian yang diperluka berkaitan dengan perpaduan negara dan integrasi nasional.

4. Menggubal pelan tindakan perpaduan negara dan integrasu nasional.

5. Mencadangkan syor-syor untuk.mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional.


Senarai ahli MKPN:

Pengerusi: Tan Sri Samsudin Osman.
Timbalan Pengerusi: Tan Sri Lee Lam Thye.

Ahli.
1. Tan Sri Ramon Navaratnam.
2. Tan Sri Pheng Yin Huah.
3. Tan Sri Napsiah Omar.
4. Tan Sri Dr. Micheal Yeoh Oon Kheng.
5. Datuk Johan Jaafar.
6. Senator Datuk Boon Som a/l Inong
7. Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa
8. Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos Malakun.
9. Datuk John. Sikayun.
10. Datuk Lim Kok Cheong.
11. Datuk Saifuddin Abdullah.
12. Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir.
13. Datuk Rugayah Abdul Majid.
14. Dr. Kantayya Mariapan.
15. Prof. Madya Dr. Madeline Berma.
16. Prof. Dr. Suresh Kumar a/l Govind.
17. Dr. Bilson Kurus
18. Tan Yew Sing
19. Lim Chee Wee
20. Lim Lam Thye.
21. Sadar Jagir Singh.
22. Marina Mahathir.
23. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.
24. Mohamad Anas Omar@Anas Zubedy.
25. Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot
26. Ariff Irwani Azahari
27. Audrey Goh.


MKNM diwujudkan selepas Panel Penasihat Perpaduan Negara yang ditubuhkan di bawah Ordinan Darurat 1969 dimansuhkan baru-baru ini

25/11/2013

Pengakuan Ahli PAS, PAS Memang Barua DAP

Sekiranya sebelum ini, apabila ada yang mengatakan Pas hanyalah kuda tunggangan DAP ramai yang mengatakan ia merupakan propaganda Umno. Mereka mendakwa, kononnnya secara realiti hubungan Pas dan DAP tidak seperti yang di dakwa itu.

Namun apabila ada para perwakilan Pas yang membangkitkan isu tersebut, ia telah mengejutkan ramai pihak. Ini kerana ternyata semua yang di katakan itu ada asasnya dan bukanlah merupakan propaganda Umno seperti yang di dakwa.

Di dalam Muktamar Pas baru-baru ini parti itu seakan 'mati kutu' dengan amukan para perwaklan yang jelas tidak berpuas hati dengan pendekatan 'tahluf siaysi' parti itu dengan DAP.

Sebagai contoh Wakil Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad ketika membahaskaan ucapan Presiden iu membangkitkan isu tersebut yang mendesak barisan kepimpinan parti wajar menangani kedua-dua isu tersebut dengan segera. Menurut beliau, jika perkara itu tidak diselesaikan, ahli-ahli Pas berhak menukar kepimpinan yang sedia ada.

"Kedua-dua isu ini sangat kritikal dan sangat besar kesannya. Oleh itu jika Pas gagal selesaikannya menjelang Pilihan Raya ke 14 (PRU-14) kita akan gagal ke Putrajaya," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Kamaruzaman turut mengingatkan kepada semua perwakilan bahawa Pas tidak boleh meninggalkan asas perjuangannya iaitu menegakkan syariat Islam.

"Jangan kita lupakan perjuangan menegakkan Islam hanya semata-mata kita mahu ke Putrajaya. Jangan kita tinggalkan syariat Islam di pintu pagar ke Putrajaya.

"Kita sebenarnya amat bertanggungjawab dalam menegakkan Islam di tengah-tengah masyarakat. Kita juga bertanggungjawab menunjukkan keadilan Islam kepada setiap rakyat," ujarnya.

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa Pas bukan sebuah parti yang berjuang atas sebab isu tetapi berdasarkan kepada perintah agama.

Sementara itu, wakil Pulau Pinang, Mohd. Nor Haron berkata, segala jasa dan pengorbanan Pas Pulau Pinang telah diketepikan begitu sahaja oleh rakan pakatan pembangkang sebaik sahaja negeri itu dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Malah tegas beliau, kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP telah meletakkan Pas sebagai rakan kongsi utama pakatan dalam kedudukan lebih rendah dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Mohd. Nor, pihaknya tidak berhasrat membawa perkara itu kepada media namun segala saluran rasmi yang digunakan langsung tidak diendahkan oleh kerajaan negeri.

"Pas hanya diberi kerusi sebagai ahli majlis PBT (pihak berkuasa tempatan) tetapi empat kerusi diberikan NGO, adakah ini batu nisan yang hendak diberikan kepada Pas?," katanya.

Tegasnya, sebagai rakan kongsi utama pakatan, Pas sewajarnya diberi peranan besar sebagai pembuat dasar bersama tetapi yang berlaku adalah sikap 'double standard' kerajaan negeri dan berlakunya campur tangan.

"Tetapi bila hendak hampir PRU-13, mereka berjumpa kita terangkan manifesto, tetapi bila berdepan dengan kemenangan, kita disingkirkan, apakah Pas telah menjadi musuh lagi besar daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Namun disebalik semua kecaman yang diberikan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu masih cuba mempertahankan hubungan parti itu dengan DAP dan PKR.

Ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Pas Ke-59 di sini, beliau berkata tanpa bantuan DAP dan PKR, Pas hanya mampu aktif di Kelantan dan Terengganu.

"Kekuatan Pas adalah bersama Pakatan Rakyat. Kalau Pas berjuang secara sendirian, sudah tentunya jajahan kita tidak lebih daripada Rantau Panjang (Kelantan) sehingga Kemaman (Terengganu).

"Di bawah Pakatan Rakyat, jajahan kita melebar sehingga ke Selangor dan InsyaAllah sampai ke Johor. Kalau Johor kita dapat tawan, nadi Umno akan tamat di Malaysia," katanya.

Kesimpulannya, Pas tidak ubah seperti resam anjing yang sentiasa menurut perintah tuannya, ini kerana itulah analogy mudah yang boleh diberikan apabila kita membicarakan hubungan haram dua parti pembangkang tersebut.

Malah Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad yang juga bekas Ahli Parlimen Pas Sik, Kedah sebelum ini turut mengesahkan perubahan ketara yang sedang menghantui Pas. Katanya secara realitinya Pas telah gagal memimpin PR sebaliknya kedudukannya kini lebih tertakluk pada kehendak DAP.

Menurut Shahnon, "apa yang dilakukan oleh Pas sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam".

Kenyataan ahli seumur hidup Pas memang terbukti kebenarannya malah tak keterlaluan jika dikatakan status parti itu semenjak menjalin kerjasama dengan DAP sama sahaja macam anjing peliharaan layaknya, terpaksa dipimpin tali oleh tuannya dan taat mengikut sahaja perintah si tuan.
Sent from my BlackBerry® smartphone

21/11/2013

Anwar Buktikan 40 Ribu Pengundi Bangladesh

Ramai yang ketawa terbahak-bahak dengan kenyataan Anwar terbaru Anwar berhubung isu pengundi hantu seramai 40,000 orang yang diterbangkan khas dari Bangladesh bagi membantu parti Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum yang lalu.

Setelah gagal memberikan bukti yang sahih terhadap dakwaan tersebut, Anwar akhirnya terpaksa 'pusing 180 darjah' dengan mengatakan ia adalah manipulasi penulis Umno.
 
Anwar juga dilaporkan berkata, bahawa pembangkang tidak pernah menuduh kerajaan membawa sebanyak 40,000 warga Bangladesh tersebut sebaliknya hanya menyentuh tentang dakwaan membawa pengundi dari luar pada hari membuang undi awal.

Sedangkan sekiranya kita teliti, ia adalah merupakan kenyataan Anwar yang kemudiannya dilaporkan dalam semua media rasmi pembangkang termasuk Keadilan Daily dan Malaysiakini. Tidak cukup dengan itu, laporan tersebut turut dimainkan dalam portal-portal antarabangsa seperti Straits Times Singapore, Telegraph, UK, dan sebagainya.

Berikut adalah link kepada semua laporan yang dinyatakan tadi.

Straits Times Singapore

http://www.stasiareport.com/the-big-story/asia-report/malaysia-elections/news/story/foreigners-flown-malaysia-vote-bn-anwar-2013
 
Telegraph, UK

http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/malaysia/10036283/Malaysias-opposition-leader-Anwar-Ibrahim-aims-to-seize-final-chance.html

Wall Street Journal

http://online.wsj.com/news/articles/SB10001424127887323687604578468953798092968

China Post

http://www.chinapost.com.tw/asia/malaysia/2013/05/03/377577/Malaysia-coalition.htm

The Economist

http://www.economist.com/node/21577375/comments

Korean Press

http://e.koreanpress.net/detail.php?number=1341&thread=

Sedangkan menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof ketika diminta mengulas kenyataan Anwar itu mengatakan,  pihaknya mempunyai segala rekod termasuk rakaman video tentang kenyataan Anwar berhubung kemasukan pengundi hantu dari luar menggunakan pesawat Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan AirAsia Berhad (Air Asia).

"Saya cukup pelik apabila ada orang yang sanggup menafikan perkara yang pernah disebut apatah lagi perkara itu diulang-ulang walaupun telah dinafikan kami dan kerajaan.

Hakikatnya ini bukanlah kali pertama, dia berbohong kepada rakyat. Jika 16 September 2008 kita menyaksikan bagaimana Anwar berbohong kononnya pembangkang akan menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) terbongkar, kini selepas PRU-13 sekali lagi tembelang pembangkang terdedah.

Semalam media arus perdana melaporkan, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menafikan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan pembangkang kononnya sebanyak 40,000 rakyat negara itu mengundi dalam pilihan raya umum lalu.

Najib dalam pertemuannya dengan Sheikh Hasina ketika lawatan rasmi beliau ke negara itu memberitahu, pemimpin Bangladesh berkenaan turut menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan dakwaan kononnya rakyatnya terbabit dalam proses pengundian di negara ini.

Malah sebelum ini tohmahan pembangkang itu telah mencetuskan kemarahan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, A.K.M. Atiqur Rahman yang menyifatkan tuduhan pembangkang itu sebagai tidak berasas dan hanya dibuat oleh golongan yang tidak berakal.

Beliau berkata, adalah mustahil untuk kerajaan Malaysia membawa masuk seramai 40,000 rakyat Bangladesh yang didakwa menjadi pengundi hantu di negara ini dalam tempoh yang singkat.

"Bagi saya, pihak yang membuat tuduhan tersebut adalah 'gila' dan menggunakan hak bersuara mereka dengan cara yang salah serta tidak profesional," jelasnya.

Paling menarik, Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming sebelum ini turut mengatakan bahawa dakwaan kononnya wujud pengundi hantu dalam kalangan warga Bangladesh dan berlaku gangguan bekalan elektrik adalah tidak benar dan turut diakui oleh Pas.

"Setakat yang saya tahu, tidak ada pengundi asing (warga Bangladesh) atau gangguan bekalan elektrik. Jadi saya bersetuju dengan pandangan mereka (Pemantau)," katanya sebelum ini.

Malah kenyataan itu turut disokong oleh salah seorang pemimpin yang meminta agar namanya tidak disiarkan.

"Terlalu sukar untuk menipu menggunakan pengundi warga asing atau gangguan bekalan elektrik, " katanya.

Kesimpulannya, SPR perlu segera mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar Ibrahim yang jelas merupakan BAPAK SEGALA PENIPU bagi mengelakkan perkara itu dari terus berulang.

SPR sebelum ini menegaskan, pihaknya tidak bercadang mengambil tindakan terhadap pemimpin Pas dan DAP berikutan dakwaan mereka tentang wujudnya 40,000 pengundi hantu pada pilihan raya umum Mei lalu. SPR sebelum ini mengatakan tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap perkara tersebut.

Ini kerana menurut mereka masih banyak urusan lain yang perlu difikirkan dan tidak perlu melayan kerenah mereka yang tidak faham peraturan itu. SPR sebelum ini hanya membuat laporan polis pada 16 Mei lalu dan menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan bagi mendakwa Anwar.

Sent from my BlackBerry® smartphone

20/11/2013

PAS Kena Terima Hakikat DAP Tidak Terima Islam

Setelah bertahun diperkudakan oleh PKR dan DAP akhirnya Pas seakan tersedar dari mimpi dan terpaksa mengakui, bahawa parti itu telah GAGAL mendidik pengerusi parti Ultra Kiasu, Karpal Singh dengan ajaran Islam. Ia diakui sendiri oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib ketika mengulas kenyataan bohong Karpal yang menjadi polemik akhir-akhir ini.

Harun Taib berkata, kenyataan Karpal akibat kecetekan ilmu terhadap Islam dan berharap pemimpin itu mengkaji serta belajar Islam dengan baik sehingga akhirnya sedar kenyataan itu tidak betul.

Disebabkan kenyataan Karpal yang meminta agar Pas dibubarkan pendaftaran, sebelum ini, ramai di kalangan pimpinan Pas mula melenting bagai nak gila. Baik pemimpin yang besar, hinggalah kepada pemimpin di peringkat kawasan kampung, semua seolah-olah terkejut dan tidak percaya kenyataan tersebut keluar dari mulut pemimpin rakan sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang.

Sedangkan sebelum ini, baik DAP mahupun Karpal Singh mereka ini semua dipuji bak setinggi langit. Kononnya parti ultra kaisu itu telah mula faham dengan Islam, persetujuan untuk bekerjasama adalah sebahagian dari dakwah, malah ada di kalangan mereka yang 'marah' dan yang sanggup membela DAP yang dilabelkan sebagai 'kafir harbi'.

Contohnya Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali melalui kenyataan yang disiarkan oleh Harakah Daily pada 16 Ogos 2012 mengatakan, tindakan melabelkan DAP sebagai kafir harbi adalah salah dan sangat tidak tepat serta menzalimi hak kerakyatan mereka.

Beliau menjelaskan, dalam konteks hubungan antara Pas dengan DAP yang mengikat janji sepakat atas nama Pakatan, maka ahli-ahli DAP yang bukan Islam boleh dikategorikan sebagai kafir mu'ahid, iaitu istilah bagi bukan Islam yang berikat janji dengan orang Islam.

Paling menarik, mereka turut mengeluarkan fatwa songsang dengan mengatakan mengundi calon-calon DAP pada pilihanraya adalah tidak haram kerana parti itu telah bersepakat untuk mengikat janji dengan Pas. Antara hujah yang digunakan, kononnya ia bertepatan dengan prinsip siyasah syar'iyyah.

Seterusnya Pas suatu ketika dahulu juga, pernah berbangga apabila mendakwa DAP telah mula memahami Islam sejak parti itu menggunakan pendekatan 'tahaluf siyasi'. Ini kerana menurut mereka, ketika Konvensyen DAP Pulau Pinang yang diadakan pada 2010, ia telah diakhiri dengan bacaan doa.

Mereka mendakwa ia sebagai bukti dan tanda DAP telah mula mendekatkan diri dengan Islam dan semakin terbuka untuk menerima Islam selari dengan kenyataan yang pernah diungkapkan oleh Musyidul Am, Nik Aziz Nik Mat.

Malah bekas menteri besar Perak sebelum ini juga pernah berkali-kali memuji DAP yang disifatkan sebagai cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif sama ada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu.

Paling menarik, untuk mengelaburi mata rakyat, mereka turut mengatakan Nga Kor Ming yang merupakan salah seorang Exco dari DAP pada ketika itu sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Nizar. Nga dikatakan sering bertanya dari ayat mana dan surah apa yang dibacakan oleh Nizar.

Tidak cukup dengan itu, bagi meyakinkan hubungan antara Pas dan DAP bukan seperti yang di dakwa kononnya Nga sering merujuk kepada Al-Quran bagi mencari ayat yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah.

Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah, kini DAP tidak lagi dianggap sebagai sahabat mahupun kawan. Tambahan pula pada Muktamar kali ini, parti itu akan memilih pucuk pimpinan. Maka sudah tentu mereka yang ingin bertanding perlu meyakinkan para perwakilan bahawa mereka adalah merupakan calon yang paling layak untuk dipilih.

Selain mempunyai kredibiliti, watak garang dan tegas juga perlu ditonjolkan bagi memastikan perwakilan yakin dan seterusnya mengundi mereka.

Kesimpulannya, kenyataan Karpal dan isu Hudud yang dimainkan pada ketika ini tidak lebih hanya satu drama dan sandiwara. Ini kerana semua perkara yang dibangkitkan itu akan lenyap sejurus sahaja keputusan pemilihan diketahui.

Hakikatnya Pas adalah merupakan parti politik yang menggunakan Islam untuk kepentingan diri.
Sent from my BlackBerry® smartphone

19/11/2013

COMANGO Menentang Hak Asasi Agama

COMANGO atau Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia yang mencabar kerajaan berkenaan hak LGBT, murtad, dan nama Allah untuk kegunaan Kristian, semakin terserlah sebagai pejuang hak asasi yang hipokrit. 
 
Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor, Pengerusi Majlis Universiti Islam Malaysia pula menyifatkan perjuangan COMANGO sebagai keliru iaitu tidak dapat mendefinasikan 'hak asasi' dalam konteks yang tepat.  Hujah beliau, 'hak asasi' seharusnya meliputi hak asasi semua golongan dan semua perkara di dunia ini.   Bagaimanapun, COMANGO telah menyempitkan definisi 'hak asasi' dengan memilih hanya hak-hak yang kebetulan bertentangan dengan agama, terutamanya agama Islam sahaja. 
 
Bagi COMANGO, agama Islam telah menghalang kebebasan manusia untuk bertindak mengikut nafsunya. 
 
Secara dasarnya, bukan hanya agama Islam yang menentang LGBT tetapi semua agama-agama langit mengharamkannya. Seperti yang kita tahu, Vatican sendiri menyokong perjuangan kumpulan Kristian di negara-negara Eropah untukmenghalang pengiktrifan hak LGBT. 
 
Malangnya, ajaran Kristian mempunyai berbagai versi yang berbeza atau bertentangan antara satu sama lain mengikut tempat, citarasa dan juga 'kaum'. 
 
Jika Kristian di negara lain turut menentang terjemahan nama Tuhan di dalam Injil sebagai 'Allah', Kristian di Malaysia pula bermati-matian menuntut untuk menggunakan nama Allah di dalam risalah agama mereka.  Alasan yang diberi adalah, ia telah digunakan sekian lama di Sabah dan Sarawak. 
 
Perkara ini sebenarnya telah pun diputuskan di mahkamah iaitu pihak Kristian di Sabah dan Sarawak boleh meneruskan penggunaan nama Allah sepertimana kebiasaan mereka kerana yang dihalang oleh mahkamah hanyalah penerbitan The Herald yang menggunakan nama Allah untuk edaran di Semenanjung. 
 
Logik keputusan mahkamah ini ialah, sejak azali lagi, Kristian di Semenanjung tidak menggunakan nama 'Allah' di dalam risalah dan ceramah mereka dan ia tidak pernah menjadi masalah sebelum ini.  Entah kenapa akhir-akhir ini Kristian di Malaysia ingin menyebarkan nama 'Allah' di dalam ajaran mereka di sini tanpa memberikan alasan konkrit selain kerana ia telah lama digunakan di Sabah Sarawak. 
 
Jelas, ada pihak Kristian di Malaysia yang mempunyai niat jahat untuk memurtadkan umat Islam di Semenanjung melalui manipulasi halus. 
 
Sudah tentu sebagai sebuah negara Islam, kerajaan mempunyai hak untuk menggubal undang-undang yang menghalang umat Islam dari murtad atau dimurtadkan dengan sewenang-wenangnya. 
 
Oleh itu, tindakan COMANGO mencabar semua perkara ini membuktikan bahawa mereka adalah hipokrit terbesar yang sengaja ingin mencari masalah dengan umat Islam. 
 
Hakikatnya, apa yang dituntut oleh COMANGO samalah dengan menuntut agar kerajaan menukar perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.  Selain itu, COMANGO sebenarnya menuntut agar sebahagian amalan Islam itu dilonggarkan atau ditolak dengan mengiktiraf hak kepada golongan songsang LGBT.  COMANGO juga ingin menafikan hak umat Islam untuk mempertahankan akidah saudara-saudara mereka. 
 
Pendek kata, bagi COMANGO, umat Islam tidak punya hak untuk mengamalkan kepercayaan mereka dan kerajaan tidak punya hak untuk meletakkan Islam sebagai agama rasmi. 
 
Setiap agama ada garispanduan tertentu yang wajib diikuti oleh setiap penganutnya dan masyarakat wajib menghormati kepercayaan mereka.  Adalah tidak wajar menyuruh penganut Hindu agar jangan memecahkan kelapa di Hari Thaipusam atas alasan membazir.  Adalah tidak wajar menyuruh penganut Buddha agar jangan membakar colok atas alasan berbau busuk.  Dan adalah tidak wajar mengejek penganut Hindu yang enggan makan daging lembu walaupun kebuluran atau mengejek penganut Buddha yang amat gemar makan babi walaupun ia merupakan binatang yang paling kotor yang memakan najis sendiri. 
 
Semua agama ada pantang larangnya dan ritualnya yang kita perlu hormat dan terima sebagai sebahagian dari kehidupan di dunia.  Semua negara ada undang-undangnya, semua kaum atau puak ada adatnya dan semua ini wajib dihormati sekiranya kita berada di dalam jajahan negara atau kaum tersebut. 
 
Bak kata Tan Sri Yusof Nor, kerajaan juga ada hak ke atas negaranya dan COMANGO tidak berhak mempersoal hak sesebuah kerajaan untuk mentadbir mengikut cara masing-masing yang dirasakan terbaik untuk majoriti rakyatnya.  Ingatlah, di dalam pentadbiran demokrasi, dan kita percaya COMANGO turut mendokong demokrasi, hak majoriti adalah lebih utama dari minoriti.  Di Malaysia, umat Islam adalah majoriti manakala Kristian mahupun golongan songsang LGBT hanyalah minoriti kecil. 
 
Mungkin COMANGO tidak tahu bahawa manusia bertamadun adalah manusia yang mengikut peraturan.  Nampaknya, COMANGO terdiri dari manusia yang tidak bertamadun, yang mengimpikan dunia tanpa peraturan. 
 
Justeru, sebagai manusia bertamadun, kita wajib menentang COMANGO dengan segenap kudrat yang termampu. 

Sent from my BlackBerry® smartphone

PAS Cemarkan Imej Islam

Walaupun sering menggunakan Islam dan imej ustaz dan tok guru bagi menarik sokongan rakyat di kampung, namun pendekatan kempen yang digunakan oleh calon-calon yang bertanding jawatan tertinggi parti itu jelas bertentangan dengan ajaran agama. Bukan sekadar memburukkan antara satu sama lain, namun ada di kalangan mereka sanggup menggunakan pendekatan yang agak melampau bagi menarik sokongan perwakilan.

Media sebelum ini melaporkan tindakan penyebaran satu poster yang bertujuan menghina calon Ketua Pemuda Pas, Zulhazmi Sharif yang digantikan dengan gambar anjing dan disifatkan sebagai penyokong kumpulan Liberal.

"Jika aning-anjing liberal ini berjaya menguasai parti, maka lihatlah sendiri akan lebih ramai lagi para pejuang Islam akan menerima nasib yang sama seperti Ustaz Nasarudin dan Dr Hassan Ali. Mereka akan terus menerus menjadi kuda kepada PKR dan DAP" kata salah seorang penyokong parti itu dalam akaun Facebooknya.

Selain menghasut, pemilik akaun tersebut turut mendakwa Suhaizan hanyalah 'kambing hitam' kepada golongan liberal dengan bertujuan untuk memecahbelahkan perwakilan Pas khususnya undi Kamaruzaman yang dikatakan mempunyai pemikiran Islam yang jelas.

"Golongan ini amat bimbang dengan Kamarulzaman yang mempunyai fikrah islam yang jelas maka Kamarulzaman wajib dinyah keluar dari Dewan Pemuda bagi melakasanakan kerja-kerja jahat mereka.

Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan sebelum ini pula menyifatkan tindakan tersebut merupakan cara kempen dan perang saraf yang keji bertaraf 'macai'.

Tidak cukup dengan itu, di dalam satu majlis percambahan fikiran anjuran Lajnah Tarbiayah Pas Perak yang diadakan baru-baru ini, seorang penceramah dikatakan telah menghamburkan pelbagai kata-kata kesat terhadap Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Rawa.

Penceramah yang merupakan ahli jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Dewan Ulama PAS Pusat itu didakwa menghamburkan kata-kata berbaur hinaan yang tidak dibenarkan dalam garis panduan menjelang muktamar PAS.

Jawatankuasa Pemilihan parti itu melalui sidang akhbar yang diadakan sebelum mengatakan pihaknya telah mendapat aduan dua atau tiga kes di mana lajnah di peringkat negeri mengadakan majlis rasmi kemudian "ditukar untuk mempromosi seorang calon, dan pada masa yang sama menjatuhkan calon yang lain".

Selain daripada itu penyandang jawatan Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu sebelum ini turut melahirkan rasa kecewa dan kurang senangnya berhubung cara dan kaedah kempen yang dijalankan pada pemilihan kali ini.

''Sepanjang 35 tahun saya berada dalam Pas iaitu sejak 1978, inilah kempen paling teruk pernah saya lihat.''

Malah kenyataan itu turut disokong oleh Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Samad yang menegaskan wujudnya budaya fitnah dan adu domba menjelang pemilihan parti itu minggu depan dengan agenda tersirat untuk mengeluarkan parti itu dari pakatan pembangkang.

Katanya, budaya itu bukan akan menyelamatkan parti Islam itu, sebaliknya bakal meruntuhkannya.

Kesimpulannya, semenjak bersetuju untuk bersekongkol dengan DAP dan PKR, parti itu telah mula diresapi dengan pelbagai elemen negatif. Tambahan pula rakan sekutunya DAP dan PKR memang sering berdepan dengan masalah tiap kali tiba musim pemilihan. DAP dengan isu pemilihan CECnya, manakala PKR dengan insiden gaduh dan baling kerusi.

Apa pun, terserahlah kepada 1,300 perwakilan parti itu yang akan membuat keputusan pada 22 November ini. Keputusan yang akan dibuat pada tarikh tersebut bakal menentukan corak perjalanan politik Pas selepas ini sama ada 'Berani Berubah' untuk menjadi sebuah parti yang dominan atau 'Kekal' sebagai 'pak turut'.

Sent from my BlackBerry® smartphone

13/11/2013

Lim Kit Siang Mengajak Berkongsi Impiannya

 
Dalam satu Majlis Makan Malam untuk mengumpul dana pilihanraya di Hotel Empire Subang Jaya semalam, Lim Kit Siang telah mengajak rakyat Malaysia agar berkongsi impiannya membina Malaysia untuk semua rakyat Malaysia di mana demokrasi diamalkan. 

Katanya, “apa yang penting ialah PR harus berada di landasan politik dan pilihanraya ini sehingga kita berjaya membawa perubahan politik kepada Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama, kawasan atau darjat bagi mencapai Impian Malaysia – iaitu Malaysia untuk semua rakyat Malaysia, di mana adanya demokrasi”

Nampaknya, Kit Siang ingin mengajak kita semua berkongsi impiannya dan impian itu hanya boleh menjadi nyata jika kita meletakkan dirinya atau partinya di puncak kuasa. 

Malangnya, kita telah melihat Kit Siang ketika mempunyai hanya sedikit kuasa dahulu dan apa yang kita lihat langsung tidak menepati gambaran di dalam ucapannya. 

Kit Siang mengajak kita agar mengenepikan soal bangsa tetapi Kit Sianglah yang menjadi dalang pencetus 13 Mei di mana kaum Cina dari parti DAP terjerit-jerit melaungkan kebencian terhadap Melayu, menghalau Melayu dan menyuruh Melayu pergi mati. 

Kit Siang mengajak kita mengenepikan soal perbezaan agama, tetapi Kit Siang dan partinya DAP tidak jemu-jemu mencabar agama Islam dengan membangkitkan isu yang tidak pernah menjadi isu sebelum ini seperti Kalimah Allah dan azan.  Tentera siber Kit Siang juga melancarkan serangan berterusan terhadap Islam dan umat Islam dengan menghina nama Allah SWT, Nabi Muhammad serta amalan-amalan dalam Islam. 

Kit Siang mengajak kita mengenepikan soal kawasan tetapi DAP juga yang membangkitkan sentimen prejudis terhadap kerajaan pusat di kalangan penduduk Sabah Sarawak. 

Kit Siang juga mengajak kita mengenepikan soal darjat tetapi di masa yang sama DAP sering membawa hujah bahawa bangsa Cina merupakan pembayar cukai tertinggi, dan kononnya lebih bijak manakala bangsa Melayu hanya menumpang kekayaan mereka.  Malah, 13 Mei juga dicetuskan dari taktik yang sama iaitu meletakkan bangsa Cina di atas dan Melayu di bawah. 

Justeru, apabila Kit Siang mengajak kita berkongsi impiannya, kita wajar berfikir berkali-kali. 

Ini kerana impian Kit Siang hanyalah untuk melihat Cina menguasai negara ini sepertimana yang berlaku di Singapura.  Kit Siang tidak akan senang selagi kita hidup harmoni dan meletakkan semua kaum sebagai setaraf kerana Kit Siang mahukan kaumnya berada di atas dalam segala segi. 

Kit Siang sanggup membiarkan anaknya memanipulasi pemilihan parti demi memastikan kaum lain tidak menjawat jawatan penting atau apa-apa jawatan langsung dalam CEC. 
Inilah demokrasi impian Kit Siang di mana hierarki pemerintahan haruslah bermula dari bawah iaitu kaum Cina, parti DAP dan Dinasti Lim.   Dalam kata lain, demokrasi boleh diamalkan selagi ketiga-tiga perkara ini berada dalam hierarki teratas mengikut aturan tersebut.

Kit Siang mencongak yang impian ini boleh dicapai dengan terus menggunapakai PAS dan PKR.  Untuk itu, beliau menggariskan matlamat untuk memenangi pilihanraya dengan 135 kerusi daripada 222 kerusi.  Caranya ialah dengan memastikan setiap parti sekutu PR mendapat 45 kerusi.  Bagi mencapai matlamat ini, PAS perlu menambah 24 kerusi, PKR 15 dan DAP 7. 

Memandangkan PAS semakin hari semakin ‘mengecut’ kerana asyik kalah atau menang dengan majoriti yang merosot teruk, maka kita jangka impian Kit Siang kemungkinan besar akan tinggal impian semata-mata, selama-lamanya. 

Jika Kit Siang ingin tahu kenapa sokongan terhadap PAS semakin berkurangan, maka sebabnya ialah tiada siapa yang percaya dengan impian yang dijaja Kit Siang.  Semua orang tahu siapa Kit Siang iaitu seorang rasis tegar yang membenci Melayu dan Islam dengan sepenuh jiwa raganya. 

Kit Siang ada menceritakan di dalam ucapan yang sama kononnya terdapat seorang wanita Melayu yang mendekatinya di lapangan terbang untuk meminta maaf kerana membenci Kit Siang selama ini dan kini sedar bahawa Kit Siang bukanlah sejahat yang disangkanya. 

Jelas, bahawa Kit Siang masih ingin memperbodohkan orang Melayu dengan cerita begitu.  

Jika Melayu benar begitu bodoh, maka tidak mungkin PAS akan semakin kehilangan sokongan.   Apa yang pasti, orang Melayu yang dahulunya tidak mengambil peduli siapa Kit Siang, kini sudah mengenali beliau dengan lebih baik. 

Justeru, diulangi di sini bahawa Kit Siang adalah seorang rasis tegar yang membenci Melayu dan Islam dengan sepenuh jiwa raga sejak sebelum tragedi 13 Mei, selepas tragedy itu dan selama-lamanya dan akan berterusan menerusi keturunannya. 


Timbalan Menteri Berlagak Hero Tapi Tak Tahu Undang-Undang!

dbkl2

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy, hari ini menyelar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai tidak berhak mencampuri urusan Hindu.

Menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia, P Waythamoorthy, menyatakan Tengku Adnan tiada hak menyatakan apa yang tempat suci dan apa yang kuil. (“no business in interpreting what amounts to a shrine or temple”).

“Sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, beliau sepatutnya menghormati perasaan dan sensitiviti penganut Hindu, bukannya mempertahankan tindakan tidak bertanggungjawab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.” ["As a federal minister he should respect the feelings and sensitivities of Hindus, instead of justifying an unconscionable act by the Kuala Lumpur City Hall (DBKL)."]

Keputusan merobohkan ini merupakan arahan Mahkamah dan perlu dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Sekira Tengku Adnan tidak berhak mempertahankan para pegawai DBKL yang menjalankan tugas dan arahan Mahkamah, siapakah yang layak?
Ini bukan isu agama Hindu. Ini isu undang-undang. Jika Waytamoorthy sebagai Timbalan Menteri tidak boleh menghormati undang-undang, apakah rakyat Malaysia perlu patuh kepada undang-undang?

Kuil tidak diruntuhkan. Sepatutnya sebagai Timbalan Menteri dan Pengerusi Hindraf, Waythamoorthy menggunakan kedudukannya untuk menyelesaikan masalah, bukannya membakar sentimen keagamaan.

dbkl1
Ini merupakan kali ketiga Waythamoorthy menghina Mahkamah dan pihak berkuasa. Sebelum ini beliau mempertikaikan tindakan Mahkamah kerana tidak membebaskan abangnya. [Lihat Tuan Peguam Negara, Adakah Ini Bukan Menghina Mahkamah? dan mempertikaikan tindakan Polis mengadakan Ops Cantas [ Lihat: Waythamoorthy Perlu Kaji Sebelum Bela Penjenayah.

Apakah beliau bebas daripada sebarang undang-undang dan tindakan menghina mahkamah?

12/11/2013

DAP ‘Berkecamuk’ di enam negeri

CANTAS mencantas untuk terus mendominasi parti dan keretakan dalaman, antara punca kebanyakan pemimpin tertinggi DAP negeri tampil membuat kenyataan terbuka 'menghentam'.

Ini dipercayai ada hubung-kait dengan pemilihan negeri yang akan diadakan tidak lama lagi. Pemimpin kanan DAP seperti Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng dikatakan akan memastikan 'orang'nya dipilih pada pemilihan parti kali ini. Seterusnya, didakwa akan membantu mereka menguasai dan 'mencantas' ahli-ahli yang tidak menyokong mereka.

Apa yang terjadi di negeri-negeri berikut:

1. JOHOR

- PENGERUSI DAP negeri ini, Dr. Boo Cheng Hau tidak begitu digemari oleh dinasti Lim dan puak-puak mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ini khususnya apabila beliau dilihat begitu lantang mengkritik kepimpinan Lim. Perkara ini sudah berlaku sebelum pilihan raya umum ke-13 lagi. Oleh demikian, terdapat dakwaan daripada ahli DAP bahawa dinasti Lim sengaja membuat keputusan untuk bertanding di beberapa kawasan yang rata-rata mempunyai undi Cina dengan membelakangkan Cheng Hau bersama pengikut- pengikut lain yang selama ini telah bertungkus-lumus membangunkan DAP Johor.

Cheng Hau merupakan tunjang utama yang berpengaruh dalam membawa sokongan masyarakat Cina secara khusus dan lain-lain bangsa kepada DAP. Cheng Hau juga mempunyai barisan kepimpinan tertinggi negeri yang setia kepada beliau kerana yakin dengan beliau sehinggalah muncul Lim Kit Siang di Gelang Patah. Tidak cukup dengan itu, Kit Siang turut membawa masuk Liew Chin Tong dari Pulau Pinang (Bukit Bendera) dan Teo Nie Ching (Serdang) untuk mengukuhkan kedudukannya. Kedua-dua pemimpin ini pula merupakan orang kuat dinasti Lim. Malah, dikatakan sudah ada dakwaan terdapat 'tangan ghaib' dari DAP pusat yang bertindak menukar calon-calon mengikut 'selera' dan kepentingan mereka demi memastikan kuasa dan pengaruh Cheng Hau berkurangan.

Perkara ini berterusan walaupun selepas PRU lepas. Kali ini lebih terbuka dengan terdapat usaha untuk 'mencantas' Cheng Hau selamanya. Perkara ini dijangka akan berlaku pada Konvensyen DAP negeri 2013 Disember ini.

Antara dijangkakan, Cheng Hau mungkin 'ditendang' keluar dan digantikan dengan Chin Tong yang juga pengikut setia Kit Siang yang akan mengikut semua kehendak mereka.

2. KEDAH

- DAP Kedah pula tampak tidak sehaluan dengan pusat apabila akar umbi di negeri itu menyokong bekas pengerusi negeri, Lee Guan Aik yang dipecat oleh DAP pusat. Malahan Guan Eng bertindak melantik anak emasnya, Zairil Khir Johari yang sering mendapat jolokan Melayu celup untuk menggantikan Guan Aik.

Apa yang peliknya, pengikut serta ahli DAP di Kedah masih mahukan Guan Aik dan menolak Zairil yang tidak pernah mempunyai sebarang kaitan dengan DAP Kedah sebelum ini. Guan Aik juga merupakan antara pengkritik dinasti Lim yang disifatkan 'sudah lari' dari prinsip parti.

Guan Aik mendakwa, berlaku amalan pancung-memancung dalam DAP Kedah yang didalangi dua pimpinan DAP Pusat mewakili CEC yang diarahkan untuk menyelia negeri ini selepas PRU-13. Berikutan itu, beliau mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat lantikan jawatankuasa interim DAP Kedah tersebut yang didakwa dilakukannya secara terburu-buru.

Katanya, tindakan itu bukan sahaja sebagai usaha untuk merosakkan imej parti tersebut, sebaliknya mahu menyelamatkannya daripada 'tangan-tangan hitam' yang berada dalam parti itu sendiri.

Guan Aik menambah, dia percaya setiap kejadian yang melanda pimpinan DAP Kedah sebelum PRU-13 lalu juga adalah dirancang oleh 'tangan-tangan hitam' daripada DAP Pusat yang cuba masuk campur berkaitan urusan di negeri. Terdapat khabar angin yang mengatakan Zairil dari Pulau Pinang sengaja dilantik supaya boleh mengetuai kepimpinan di Kedah dan dikuasai oleh kumpulan dinasti Lim yang ketika ini lebih dikuasai oleh penyokong bukan dinasti Lim.

3. MELAKA

- Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri, Goh Leong San dari DAP meletakkan jawatan serta-merta apabila disindir oleh ADUN DAP kerana ucapannya yang memuji Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Seri Haron.

Beliau sebelum itu menyuarakan rasa kagum dan memuji kematangan yang ditonjolkan Idris dalam menerajui kepemimpinan kerajaan negeri.

Peletakan jawatan Leong San telah diikuti oleh ADUN Bachang, Lim Jak Wong sebagai Ketua Whip.

Adalah sungguh memeranjatkan apabila Leong San bertindak sedemikian kerana selama ini DAP Melaka merupakan satu-satunya negeri dalam parti itu yang masih bersatu dan walaupun berlainan kem, masing-masing sanggup berdiam diri atau menyelesaikan kemelut dalam keadaan tertutup dan sukar dihidu oleh mana-mana pihak.

Leong San juga dianggap sebagai musuh utama yang sering tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan tertinggi pusat mentadbir parti itu. Pernah beberapa kali secara lantang dia mengkritik dinasti Lim. Adalah agak sukar untuk dinasti Lim dan puaknya melebarkan kuasa di Melaka seandainya Leong San masih berpengaruh di negeri itu.

Natijahnya, akibat memuji Ketua Menteri, alasan itu terus dipergunakan untuk menekan beliau sehingga meletak jawatan. Pada pemilihan parti depan, Leong San sudah tentunya tidak lagi berpeluang memegang jawatan itu lagi. Dengar khabar, salah seorang keluarga terdekat dinasti Lim akan memegang jawatan Pengerusi negeri tersebut.

4. PERAK

- Operasi cantas mencantas kali ini juga bakal menyaksikan kejatuhan pasangan sepupu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming yang tidak pernah sehaluan dengan dinasti Lim malah menganggap Perak sebagai 'milik' mereka.
- UTUSAN
Sent from my BlackBerry® smartphone

Terima Kasih Kepada DAP Karpal Singh

Ramai yang tersenyum sinis apabila membaca kenyataan Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar yang memberikan ucapan terima kasih kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh. Lidah rasmi parti itu, Harakah Daily semalam melaporkan kenyataan Mahfuz yang memuji tindakan Karpal menjelaskan isu yang telah menimbulkan kemarahan ramai pemimpin Pas kerana menggesa pendaftaran parti itu dilucutkan.

"Beliau tidak menyeru agar Pas dibubarkan pendaftaran. Perkara ini telah diputarbelitkan oleh media. Kita berterima kasih kepada Karpal," katanya.

Kenyataan Mahfuz itu dilihat senada dengan pendirian Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang sebelum ini turut menyalahkan media kononnya telah memutarbelitkan kenyataan tersebut.

Sedangkan sekiranya diteliti, kenyataan Karpal itu telah dilaporkan oleh media pro pembangkang seperti Malaysia Insider, Malaysiakini dan Harakah Daily. Apakah ini bermakna, media pembangkang telah tersilap ‘SPIN’ kerana mengambil pendekatan untuk memutarbelitkan kenyataan Karpal? Atau sememangnya ia adalah merupakan pendekatan sebenar mereka yang suka memutarbelitkan isu bagi menipu pembaca?

Sedangkan sekiranya media pembangkang benar-benar profesional dan berintegriti, mereka sewajarnya mendapatkan penjelasan sebenar Karpal terlebih dahulu sebelum melaporkan berita tersebut.

Karpal sebelum ini dilaporkan telah menggesa agar semua parti politik dan pertubuhan yang berasaskan kepada satu kaum dibatalkan pendaftarannya supaya sesuai untuk disertai rakyat tanpa fahaman dan latar belakang keturunan. Menurutnya lagi parti politik dan pertubuhan profesional yang berasaskan kaum dan agama sepatutnya tidak dibenarkan kerana ia merupakan sesuatu yang serius.

Ekoran kenyataan tersebut ramai di kalangan pemimpin Pas dari kumpulan ulama bingkas bangun mempertahankan parti itu dari kecaman Karpal Singh. Antaranya Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Yang peliknya, Mahfuz adalah merupakan wakil tunggal kumpulan Liberal yang turut mempertikaikan kenyataan Karpal sebelum ini. Mula-mula dia kecam, kemudian selang beberapa hari, dia memuji dan berterima kasih kepada Karpal sambil meletakkan kesalahan tersebut pada orang lain. Hebat bukan?

Sedangkan sekiranya kita lihat sejarah politik manusia bernama Karpal Singh ini, dia bukannya asing dalam membuat kenyataan yang berbaur perkauman dan sentiasa menyakitkan hari dan perasaan orang Melayu dan Islam. Contohnya dalam tahun tujuh puluhan dahulu, dia pernah menyelar Sultan Selangor dan menjadi ia satu isu yang hangat pada ketika itu.

Tidak cukup dengan itu, dia juga pernah berkata ‘Langkah Mayat Saya, Sekiranya Ingin Mendirikan Negara Islam”. Malah disebabkan sering mengeluarkan kenyataan yang biadab, peguam itu suatu ketika dahulu dikatakan pernah ditampar oleh seorang guru silat.

Bagi meredakan kemarahan Pas, Karpal akhirnya terpaksa menggunakan khidmat Kit Siang untuk menjadi posmen bagi menyampaikan pesan kononnya dia tidak pernah bermaksud untuk merujuk kepada Pas bagi menyejukkan hati parti itu.

Ini kerana, Karpal dan Kit Siang tahu orang Melayu Islam khususnya di dalam Pas akan segera melupakan ketelanjuran mulut celuparnya. Dan yang paling penting, tidak kira apa yang dikatakan, Melayu Islam Pas akan segera lembut hati dan memaafkannya sekiranya ada di kalangan pemimpin parti itu yang membelanya.

Kepada pengikut, penyokong dan ahli Pas, sedarlah. Berhentilah dari terus dibodohkan dan tertipu dengan ‘KEIKHLASAN’Karpal Singh dan DAP.


11/11/2013

DAP Takut Kepada Fakta Sejarah


Pengumuman Menteri Pelajaran Kedua Datuk Seri Idris Jusoh untuk menjadikan Sejarah sebagai subjek wajib lulus bagi peperiksaan SPM menerima cemuhan dan bangkangan hebat dari DAP. Menurut Idris, kerajaan bukan berniat untuk menggagalkan para pelajar SPM tetapi hanya ingin memastikan mereka mempunyai pengetahuan mengenai sejarah asas negara ini. Jika subjek itu tidak dijadikan wajib lulus, maka ramai yang akan hanya mempelajarinya secara sambil lewa atau mengenepikannya langsung.


Blog Lim Kit Siang memaparkan tulisan Koon Yew Yin yang membincangkan perkara ini dari sudut pandangan DAP. Yew Yin menyifatkan keputusan ini merupakan satu tindakan paling teruk bagi pendidikan di Malaysia. Hujahnya, sistem pembelajaran di negara ini sudah cukup teruk di mana tahap kecekapan pelajar bagi matapelajaran penting seperti Matematik, Sains, Bahasa Malaysia dan Inggeris begitu lemah, maka menjadikan Sejarah yang ‘tidak penting’ sebagai subjek penting hanya akan menjadikan keadaan bertambah buruk.


Menurutnya, Malaysia perlu terlebih dahulu memberikan perhatian kepada kebolehan menganalisa, menyelesaikan masalah, berhujah dan berkomunikasi di kalangan para pelajar jika benar ingin menjadi negara maju. Dan matapelajaran sejarah tidak akan membantu. Sebagai seorang yang rasional, penulis bersetuju dengan Yew Yin dari satu segi. Namun begitu, penulis juga bersetuju dengan Datuk Seri Idris Jusoh.


Yew Yin berhujah atas fakta yang benar mengenai kelemahan pelajar kita dalam sains, matematik, Bahasa Malaysia dan Inggeris, serta ketiadaan skil penting untuk menjadi negara maju, tetapi di masa yang sama beliau telah menidakkan punca masalah itu berlaku.


Jika kebolehan menganalisa, menyelesaikan masalah, berhujah dan berkomunikasi di kalangan pelajar yang menjadi kekhuatiran Yew Yin, maka ketahuilah bahawa matapelajaran Sejarah mampu mengatasinya. Apa yang penting ialah kita harus mempunyai guru yang bijak yang dapat mengajak murid-muridnya menganalisa serta belajar dari sejarah itu. Dari subjek Sejarah, anak-anak murid dapat berhujah memberi pendapat serta berbincang mengenai sesuatu peristiwa, di samping meningkatkan pengetahuan am. Ini akan menjadikan mereka lebih matang kerana dapat membuka minda terhadap kejadian sebenar yang telah berlaku dan mampu berulang di masa hadapan.


Dengan menuduh bahawa sejarah negara telah dimanipulasi, menunjukkan bahawa Yew Yin telah tidak berhujah secara rasional, tetapi emosional. Yew Yin menuntut agar sejarah tidak dipengaruhi sentimen politik, tetapi Yew Yin sebenarnya berhujah atas sentimen politik yang tegar. Oleh itu, penulis menganggap Yew Yin sebagai seorang hipokrit, sama seperti para pemimpin DAP juga.


Yew Yin, seperti juga Lim Kit Siang dan keseluruhan anggota DAP berada dalam keadaan ‘denial’ atau penafian iaitu tidak dapat menerima sejarah. Lim Kit Siang tidak sanggup melihat gambarnya diheret oleh pihak berkuasa kerana menjadi dalang 13 Mei. Lim Kit Siang tidak sanggup melihat gambar ahli-ahli partinya di atas lori membawa penyapu sebagai simbol untuk menghalau Melayu dari Kuala Lumpur. Lim Kit Siang tidak sanggup melihat gambar-gambar 13 Mei di mana lambang DAP dapat dilihat di mana-mana kerana menjadi pencetus kepada rusuhan. Lim Kit Siang tidak mahu mengaku yang beliau dan partinya adalah dalang rusuhan kaum dan bertanggungjawab mencetuskan kebencian.


Selain 13 Mei, masalah DAP mengenai sejarah juga, ialah komunis. DAP dibentuk dari semangat komunis yang kuat dan semangat itu masih lagi membara sehingga ke hari ini. Buktinya ialah usaha berterusan DAP untuk menjulang komunis sebagai wira menentang penjajahan. Walhal, komunis menentang penjajah atas alasan untuk menjajah juga. Komunis tidak mahukan kerajaan yang diperintah oleh orang Islam dengan undang-undang yang ditiru dari British. Komunis ingin membentuk negara komunis dengan seorang ‘tokong Cina’ sebagai pemimpin.


Atas hakikat inilah, DAP terlalu takut dengan sejarah dan tidak mahu anak-anak mereka mempelajari sejarah. Mereka menanamkan dalam minda anak-anak mereka bahawa sejarah tersebut adalah palsu walaupun terdapat gambar-gambar dan juga laporan-laporan dari berbagai pihak termasuk mereka yang terlibat secara langsung yang masih hidup.


Keengganan mempelajari sejarah menjadikan satu-satu bangsa itu jahil, tidak prihatin dan tidak matang. Ini terbukti melalui sikap anak-anak Cina hari ini yang cukup ‘terasing’ dari sistem sosial negara. Mereka tidak punya jati diri, tidak punya rasa cintakan negara dan tidak memahami atau menghayati kewujudan negara ini.

Selain itu, mereka juga tidak mampu memahami budaya dan sensitiviti kaum lain. Pendek kata, mereka tidak punya emosional kualiti yang mana menjadikan mereka warga yang biadap dan manusia yang tidak prihatin. Dalam kata lain, mereka menjadi manusia yang dingin, kaku tanpa perasaan sayang dan hormat. Sebaliknya, hati mereka penuh dengan kebencian, dendam dan ketamakan.


Lebih teruk lagi apabila sekolah-sekolah Cina pula menanamkan kepercayaan bahawa sejarah negara telah ditukar oleh kerajaan. DAP pula menggunakan kempen Sejarah Sebenar sebagai ‘senjata’ untuk terus menghasut anak-anak Cina agar tidak mempercayai dan mempelajari sejarah. Ini menjadikan masyarakat Cina sangsi, prejudis serta benci pada kerajaan. Perasaan ini kemudiannya membawa kepada kecelaruan identiti kerana tidak dapat mengaitkan diri mereka kepada negara mereka sendiri. Sebenarnya, tiada siapa yang untung dengan tindakan ‘memusuhi’ sejarah.


Negara akan sentiasa berada dalam keadaan bergolak jika masyarakat Cina terus mengambil sikap memusuhi sejarah. Dan seperti juga peristiwa 13 Mei, tiada siapa yang lebih bertanggungjawab terhadap pergolakan ini melainkan DAP sendiri.


Kerajaan tidak akan menjadikan Sejarah sebagai subjek wajib lulus jika tiada ancaman untuk menukar dan menghasut rakyat. Oleh kerana ancaman itu berterusan, maka pendekatan paksaan ini telah terpaksa dilakukan. Sejarah yang dilupakan pasti berulang, mungkinkah itu yang Yew Yin inginkan?

09/11/2013

Senarai Calon Pemilihan Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat 2013 - 2015

"Apa alasan yang terbaik untuk saya melawan Abang Mat (Mohamad Sabu)" -Husam Musa


Presiden PAS:
- Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kekal)
 
Ketua Dewan Ulamak:
- Datuk Harun Taib (kekal)

Timbalan Ketua Dewan Ulamak:
- Datuk Dr Mahfodz Mohamed (kekal)

Timbalan Presiden:
1. Mohamad Sabu 
2. Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

tarik diri jawatan Timbalan Presiden:  Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden:
1. Datuk Abu Bakar Chik
2. Datuk Husam Musa
3. Datuk Mahfuz Omar
4. Salahuddin Ayub 
5. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat:
1. Kamarulzaman Muhammad Muhammad, 
2, Suhaizan Kaiat 
3. Zulhazmi Sharif.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat:
1. Nuridah Salleh 
2. Siti Zailah Mohd Yusof.

Pengumuman dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi di Pejabat Agung PAS Pusat.

Dalam pada itu Husam yang semakin dipinggirkan oleh pemimpin dan ahli parti, cuba sedaya upayanya untuk mempertahankan kerusi Naib Presiden walaupun ada pihak yang minta untuk melawan Abang Mat (Mat Sabu) dalam pemilihan kali ini.

Cubaan Husam itu dilihat kerana beliau sudah tiada tempat di dalam PAS, sekiranya gagal dalam mempertahankan jawatan Naib Presiden, Husam mungkin akan berkubur.... masa depan husam akan kelam seperti mana terkuburnya Husam dengan telaga minyanya di Putrajaya.

Selamat memilih ahli PAS.

p/s: Nasib baik Tok Guru Karpal Singh tak masuk bertanding dalam pemilihan PAS ni, kalau tak jawatan Presiden mensti ada pesaingan( Tok Guru Haji Hadi vs Tok Guru Karpal Sing )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...