Followers

30/08/2013

Datuk Abdul Rahman Dahlan Berhajat Ke Majlis Tertinggi UMNO

Photo: Bersama TPM di Rumah Terbuka Jemaah Menteri Di Seri Perdana #raya2013



Datuk Abdul Rahman Dahlan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,  menawarkan diri bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO dalam pemilihan parti Oktober ini.
Beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah berkata, jawatan dalam MT akan membolehkan beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Belud memainkan peranan lebih besar dalam menjayakan aspirasi dan visi parti.
Katanya, sejajar dengan kekuatan UMNO Sabah yang terus meningkat dari tahun ke tahun, adalah satu penghormatan kepadanya untuk berkhidmat kepada parti dan negara.
"Secara ikhlas saya percaya masanya sudah tiba untuk saya mengambil langkah yang lebih besar selepas membuat perkiraan yang wajar.
"Seperti rakan-rakan lain dalam parti yang bertanding dalam pemilihan akan datang, ini bukanlah untuk memenuhi posisi itu tetapi saya mahu memastikan UMNO terus kekal relevan dan menjadi pilihan terutamanya bagi golongan muda," 

29/08/2013

Sejarah Di Putar Belit

UNTUK mengatakan bahawa Malaya ditadbir secara demokratik di bawah pemerintahan British adalah kurang bijak.

Dan, untuk mengeluarkan dakwaan 'terbaharu' hanya lima hari sebelum negara menyambut Hari Kemerdekaan Ke-56 kononnya - asas kemerdekaan itu bermula apabila British memerdekakan negara-negara jajahan mereka di Afrika dan ia diperluaskan kepada negara-negara jajahan mereka yang lain - juga kurang cerdik.

Tiada tanah jajahan waktu sebelum era merdeka yang boleh mengharapkan tanggapan seperti ini, walaupun di negeri-negeri Kesultanan Melayu yang lebih dikenali sebagai naungan British dan bukannya tanah jajahan secara terang-terangan.

Demokrasi menjadi laungan perjuangan orang Melayu hanya selepas mereka menyedari betapa pentingnya pemerintahan sendiri melalui pengalaman semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Kejayaan Sukarno dan Hatta di Indonesia yang membebaskan negara mereka daripada pemerintahan Belanda pada 1948 menjadi inspirasi sehingga UMNO berandaian, mencorakkan bendera parti mengikut susunan warna yang sama dengan Sang Saka Merah Putih Indonesia akan membawa petanda yang baik.

Kegagalan Rancangan MacMichael untuk mewujudkan Malayan Union pada 1946 mencetuskan nasionalisme Melayu yang berkobar-kobar merebak ke kawasan luar bandar. Pada 1 Mac tahun berkenaan, suatu kongres besar-besaran diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur melibatkan 38 parti Melayu, bilangan paling besar pernah dikumpulkan dengan suatu matlamat - menentang cadangan kerajaan Malayan Union yang baru.

Wakil-wakil entiti dari seluruh pelosok negara jauh dan dekat, termasuk dari Singapura dan masyarakat Kaum Darat Selangor meluahkan pandangan mereka. Cadangan Malayan Union dibahaskan dan diputuskan sebagai tidak berperlembagaan berhubungan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Perancangan itu berlawanan dengan kehendak rakyat dan juga bertentangan dengan Piagam Atlantik, dan hanya dengan mengembalikan kedaulatan Negeri-Negeri Melayu sahaja menjadi penyelesaiannya.

Semasa UMNO secara rasmi diperkenalkan oleh Tengku Mahkota Johor pada 11 Mei 1946 di perkarangan Istana Besar, hasrat pemerintahan sendiri telah mula membara dan tidak dapat dibendung lagi. Pihak berkuasa British menyedari hakikat ini dan secara beransur-ansur mula melonggarkan ikatan penjajahannya.

Rakyat Malaya waktu itu cukup maklum bahawa Malaya telah dilahirkan di dalam pemerintahan darurat dan masalah ketenteraman awam yang berpanjangan. Permasalahan Gee Hin dan Hai San dalam siri kegiatan samseng mencetuskan Enakmen Kediaman Terhad 1933 (RRE) manakala keganasan pemberontakan gerila komunis terpaksa dihadapi dengan Ordinan Darurat 1948.

Antara kejadian yang paling huru-hara semasa darurat ialah pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi, Sir Henry Gurney pada 6 Oktober 1951 dalam serangan hendap oleh pengganas komunis berhampiran Kuala Kubu Bharu, Selangor. Kematian Gurney mencetuskan kebimbangan penduduk tempatan dan penjajah dan sesuatu yang drastik dilakukan dengan pengganti mendiang mewujudkan Rancangan Briggs.

Dalam Rancangan Briggs, kampung-kampung baru untuk orang Cina didirikan di beberapa bahagian Semenanjung terutama di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Kampung-kampung ini dikategorikan sebagai kawasan keselamatan berisiko oleh kerajaan kolonial. Urusan keluar dan masuk tertakluk kepada pemeriksaan teliti ke atas bekalan makanan, pakaian dan senjata yang boleh disalurkan kepada pengganas.

Walaupun Rancangan Briggs terbukti berkesan dalam mengurangkan bantuan kepada pengganas, rancangan itu juga ada 'impak' yang lain dan 'terkesan' sehingga hari ini - mewujudkan polarisasi perkauman iaitu bangsa Melayu dan Cina terutamanya telah dipisahkan.

Orang Cina diletakkan di bandar-bandar, Melayu di kampung-kampung dan India di ladang-ladang getah dan kaman, iaitu berek-berek buruk untuk buruh-buruh yang sebahagian besarnya bekerja di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR).

Sehingga merdeka pada 1957, fungsi Majlis Perundangan Persekutuan banyak menumpukan kepada strategi dan tindakan terhadap 'bandits', satu istilah seni bagi menggambarkan pengganas dan penyokong mereka. 'Bandits' terus menentang pihak berkuasa British selepas berakhirnya Perang pada 1945 atas anggapan bahawa mereka adalah kesinambungan rejim penjajahan dan pencerobohan selepas rejim Jepun.

Dan menjelang 1948 apabila pemberontakan komunis di kemuncaknya, pihak British menunjukkan kesediaan mereka untuk memberi Malaya pemerintahan sendiri pada suatu masa yang sesuai.

Perjanjian Persekutuan Malaya 1948 (FMA) menjadi dokumen yang berperanan penting ke arah kemerdekaan yang pada ketika itu adalah kira-kira sembilan tahun lagi.

UMNO merupakan penggerak utama dalam jentera politik kemerdekaan ini. Orang Cina di bawah Persatuan Cina Malaya (MCA) pada 1948 dan India di bawah Kongres India Malaya (MIC) pada 1951, menyertai perjuangan bersama iaitu Malaya untuk orang-orang Malaya. Mereka bergabung membentuk Perikatan sebelum Pilihan Raya Umum Malaya pertama pada 1955.

Perkembangan yang membawa kepada pilihan raya pertama itulah yang kemudian dimenangi oleh Tunku Abdul Rahman dan rakan-rakan Perikatannya menjadi satu renungan menarik. Ini terutamanya pada tahun-tahun permulaan di mana Tunku dan kawan-kawan setia beliau berunding dengan pihak British dalam pelbagai aspek untuk pemerintahan sendiri.

Seorang sarjana ekspatriat terkemuka dengan jelas menggambarkan keghairahan kemerdekaan sebagai 'mengharumkan udara Kuala Lumpur dan minda penduduk untuk berhari-hari lamanya' berikutan 31 ogos 1957 dan pembentukan Kabinet Merdeka Tunku Abdul Rahman yang dinanti-nantikan pada 10 September 1957.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Kerajaan DAP Pulau Pinang Haramkan Tayangan Tanda Putra

Sent from my BlackBerry® smartphone

Tanda Putra Trailer

video

Kenapa cina takut dengan filem Tanda Putra?

Tanda - Lagu Tema Filem #TandaPutra


28/08/2013

Universiti Al-Azhar di Malaysia

SEPANG - Malaysia bakal mencipta sejarah dunia apabila Universiti Al-Azhar, Mesir memilih untuk membuka cawangan pertamanya di negara ini.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, cawangan Universiti Al-Azhar itu akan memulakan operasinya di kampus sementara dekat Nilai, Negeri Sembilan pada September tahun depan.

Katanya, kampus tetap akan dibina di Seri Menanti juga di Negeri Sembilan dan bakal dikenali sebagai Universiti Al-Azhar Kampus Tuanku Muhriz.

Menurutnya, pemilihan Malaysia itu merupakan pengiktirafan terhadap sistem pemerintahan dan kepimpinan negara yang mengamalkan konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dalam pentadbiran.

"Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh Sheikhul Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayyeb dan Naib Presiden Universiti Al-Azhar (Pendidikan dan Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Ibrahim Salah Al Hodhod semalam yang bersetuju kampus pertama mereka dibuka di sini.

"Untuk permulaan sebanyak tiga kursus akan ditawarkan iaitu Usuluddin, Syariah dan Bahasa Arab di kampus sementara di Nilai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas membuat lawatan kerja bersama delegasi Kementerian Pendidikan ke Mesir, di sini hari ini.

Seramai 287 pelajar Malaysia dari Mesir termasuk tiga delegasi dari Kementerian Pendidikan dan tujuh kanak-kanak selamat tiba di tanah air hari ini dengan menggunakan penerbangan khas Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) pada pukul 8.25 pagi ini.

Menurut Idris, pihaknya juga telah mengenal pasti sebuah tapak seluas 80.9 hektar di Seri Menanti bagi pembinaan kampus tetap cawangan universiti itu.

Katanya, kampus baru itu akan menggunakan kokurikulum yang sama dengan Al-Azhar dan pensyarah juga akan dibawa khas dari sana.

Sehubungan itu, katanya, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan antara universiti itu dan Malaysia di mana bekas Duta Malaysia ke Mesir, Datuk Dr. Mohd Fakhrudin Abdul Mukti dan wakil Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia, Datuk Yahya Abd Jalil akan menjadi wakil negara.

Idris juga akan menjadi salah seorang wakil jawatankuasa bagi penubuhan universiti itu di Malaysia.

Mengulas lanjut, Idris berkata, pemilihan Malaysia untuk pembukaan kampus baru itu bukan disebabkan keadaan di Mesir yang sedang bergolak, sebaliknya kerana kepercayaan pentadbiran universiti itu terhadap kemampuan negara melaksanakan dasar Islam.

"Berkenaan isu kos, pembinaan universiti ini dibuat secara wakaf di mana kita mendapat dana melalui penderma dan mereka tidak mahu perkara itu dihebohkan," katanya.

Dalam pada itu, mengulas hasil lawatan delegasi itu ke Mesir, beliau berkata, beberapa universiti telah bersetuju untuk melonggarkan syarat menangguhkan ujian ulangan kepada pelajar Malaysia, namun keputusan lanjut hanya dapat diketahui dalam tempoh terdekat.

Bagi pelajar Universiti Al-Azhar, mereka boleh mengambil ujian tersebut di Malaysia pada 3 hingga 5 September ini.

Ditanya mengenai perkembangan dua pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir, beliau berkata, pelajar tersebut selamat dan akan dilepaskan dalam masa terdekat ini.

"Mereka sudah dikenal pasti oleh pegawai kita dan berada dalam lokap polis selepas ditahan kerana keluar ketika waktu perintah berkurung," katanya.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Surau Jadi Tokong Di robohkan

Download Surau Tokong Sedeli Dirobohkan.jpg (30.5 KB)

JOHOR BAHRU 28 Ogos - Polis telah menyiapkan kertas siasatan berhubung pengurusan sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi yang membenarkan sekumpulan 13 penganut Buddha mengadakan upacara keagamaan di situ pada 10 Ogos lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya telah menyiapkan kertas siasatan berkenaan dan menyerahkannya kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) pada 21 Ogos lalu.
"Kes ini diketuai oleh Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Ismail Yatim dan kini kita hanya menunggu keputusan DPP untuk tindakan lanjut.
"Sehubungan itu saya berharap semua pihak bersabar dan menghentikan sebarang spekulasi serta provokasi yang boleh mengeruhkan keadaan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri hari ini. 

SUMBER
Melayu itu orang yang bijaksanaNakalnya bersulam jenakaBudi bahasanya tidak terkiraKurang ajarnya tetap santunJika menipu pun masih bersopanBila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu berani jika bersalahKecut takut kerana benar,Janji simpan di perutSelalu pecah di mulut,Biar mati adatJangan mati anak.Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:Jawa itu Melayu,Bugis itu MelayuBanjar juga disebut Melayu,Minangkabau memang Melayu,Keturunan Acheh adalah Melayu,Jakun dan Sakai asli Melayu,Arab dan Pakistani, semua MelayuMamak dan Malbari serap ke MelayuMalah muaalaf bertakrif MelayuDalam sejarahnyaMelayu itu pengembara lautanMelorongkan jalur sejarah zamanBegitu luas daerah sempadanSayangnya kini segala kehilanganMelayu itu kaya falsafahnyaKias kata bidal pusakaAkar budi bersulamkan dayaGedung akal laut bicaraMalangnya Melayu itu kuat bersorakTerlalu ghairah pesta temasyaSedangkan kampung telah tergadaiSawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjualMeski telah memiliki telagaTangan masih memegang taliSedang orang mencapai timba.Berbuahlah pisang tiga kaliMelayu itu masih bermimpiWalaupun sudah mengenal universitiMasih berdagang di rumah sendiri.Berkelahi cara MelayuMenikam dengan pantunMenyanggah dengan senyumMarahnya dengan diamMerendah bukan menyembahMeninggi bukan melonjak.Watak Melayu menolak permusuhanSetia dan sabar tiada sempadanTapi jika marah tak nampak telingaMusuh dicari ke lubang cacingTak dapat tanduk telinga dijinjingMaruah dan agama dihina janganHebat amuknya tak kenal lawanBerdamai cara Melayu indah sekaliSilaturrahim hati yang murniMaaf diungkap senantiasa bersahutTangan diulur sentiasa bersambutLuka pun tidak lagi berparutBaiknya hati Melayu itu tak terbandingkanSelagi yang ada sanggup diberikanSehingga tercipta sebuah kiasan:"Dagang lalu nasi ditanakkanSuami pulang lapar tak makanKera di hutan disusu-susukanAnak di pangkuan mati kebuluran"Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satuMasihkan tunduk tersipu-sipu?Jangan takut melanggar pantangJika pantang menghalang kemajuan;Jangan segan menentang laranganJika yakin kepada kebenaran;Jangan malu mengucapkan keyakinanJika percaya kepada keadilanJadilah bangsa yang bijaksanaMemegang tali memegang timbaMemiliki ekonomi mencipta budayaMenjadi tuan di negara Merdeka
Sent from my BlackBerry® smartphone

27/08/2013

Gengster Dilindungi

Pakatan Rakyat merupakan sebuah parti politik yang amat sinonim dengan kerosakan. Selama kewujudannya, parti itu hanya memainkan peranan sebagai pencetus huru-hara melalui siri-siri demonstrasi ganas, selain menghasut dan memfitnah bagi menimbulkan ketegangan antara kaum, agama mahupun sesama Islam. Malah, PR juga dikaitkan dengan pencerobohan Lahad Datu.

Pendek kata, sehingga kini, tiada suatu pun kebaikan yang dibawa oleh PR kepada negara ini walaupun parti itu membawa slogan keadilan, kebebasan dan hak asasi manusia.

Tidak lama dahulu, PR begitu bangga apabila kerajaan tunduk kepada desakan mereka untuk menghapuskan Akta Pencegahan dan Akta Hasutan. Kononnya, dengan terhapusnya Akta tersebut maka keadilan, kebebasan dan hak asasi manusia dapat ditegakkan.

Walaubagaimanapun, hasil dari 'perjuangan' PR hanya membawa kerosakan yang lebih besar apabila provokasi agama dan kes tembak menembak semakin menjadi-jadi.

Apa yang pelik ialah PR bukan sahaja tidak merasa bersalah, tetapi bertindak membela penjenayah pula. Beberapa peguam yang juga pemimpin PR kini bangun mempertikai tindakan polis serta mempersoalkan hak asasi para penjenayah. PR langsung menghiraukan ancaman para penjenayah ini terhadap masyarakat.

Hakikatnya, parti PR didokongi oleh para peguam yang hebat memutarbelit dan memusing fakta. Malah, antara personaliti PR yang paling lantang ialah Karpal Singh, juga seorang peguam yang telah mendedahkan kegiatan homoseksual Anwar buat pertama kalinya di Parlimen tetapi kemudiannya menjadi pembela kepada Anwar menafikan yang beliau pernah meliwat. Ini sudah cukup untuk membuktikan betapa kotor, busuk dan jahatnya politik PR.

Secara dasarnya, peguam-peguam PR mempunyai pelanggan dari dunia gelap. Antaranya, bapa ayam, pengedar CD haram, pengedar dadah, gangster dan berbagai-bagai lagi. Pendek kata, membela penjenayah sudah menjadi tugas mereka dan bagi yang berjaya melepaskan penjenayah dari dakwaan, ganjarannya sudah pasti lumayan, tidak termasuk dengan jaminan 'keselamatan'. Ini tentu memberi kelebihan kepada aktiviti politik mereka pula.

Maka, tidak hairanlah aktiviti gelap semakin bercambah di Selangor dan Pulau Pinang, sebaik sahaja PR menjadi kerajaan negeri.

Jika kita imbas kembali kes pembunuhan berprofil tinggi, Dato' Sosilawati iaitu jutawan kosmetik yang terkemuka, kita akan dapati kes tersebut juga dikaitkan dengan peguam yang menjadi ahli Majlis Peguam yang mana diketahui menjadi tulang belakang kepada PR.

Bukan setakat kes berprofil tinggi, tetapi dalam kes-kes biasa juga PR sering cenderung membela pesalah atau orang yang disyaki. Dalam isu demonstrasi ganas BERSIH, PR langsung tidak mengambil kira tindakan peserta yang membelasah pihak berkuasa tetapi sibuk membela keganasan peserta. Dalam kes polis menembak remaja yang memecut setelah engkar arahan polis untuk berhenti, PR telah mengambil sepenuh kesempatan untuk menyalahkan polis tanpa mengambilkira situasi kejadian.

Nampaknya, PR memang pejuang hak asasi manusia yang hebat kerana sanggup berjuang untuk memastikan penjenayah juga punya hak untuk bebas dan berbuat jenayah.

Justeru, kita jangan terkejut jika melihat peguam-peguam dari kalangan pemimpin PR akan ke hadapan sekiranya Ops Cantas yang dilancarkan pihak polis berjaya membawa para gangster ke muka pengadilan. Kita pasti PR akan terus mempertahankan gangster kerana gangsterisme merupakan sebahagian dari politik PR itu sendiri.
Sent from my BlackBerry® smartphone

23/08/2013

Cina Wajar Tonton Tanda Putera

Filem sejarah, Tanda Putera, arahan Shuhaimi Baba menjadi kontroversi apabila DAP menuduhnya sebagai membangkitkan ketegangan. Kita faham kebimbangan DAP kerana filem tersebut telah menyerlahkan warna sebenar parti itu yang bersifat perkauman dan angkuh. DAP merupakan pencetus tragedi 13 Mei 1969 yang menyaksikan kaum Cina dan Melayu berbunuhan sehingga membawa kepada keadaan darurat.

Hakikat inilah yang cuba dinafikan oleh DAP. Untuk itu DAP telah berusaha sedaya upaya sejak sekian lama untuk mengubah sejarah dan menuduh bahawa 13 Mei dicetuskan oleh UMNO.

Malangnya, sejarah tidak mungkin diubah-ubah dan hakikatnya DAP merupakan parti yang lahir dari fahaman komunisme dan bertonggakkan perkauman. Mereka-mereka yang telah melalui tragedi 13 Mei mampu menjadi saksi kepada sejarah ini.

Roh DAP sentiasa membenci Melayu, memusuhi Islam dan menentang Institusi Raja-raja. Matlamat akhir mereka ialah menegakkan Ketuanan Cina serta meminggirkan kaum-kaum lain. Kita percaya bahawa matlamat ini terus dipegang oleh DAP sehingga ke hari ini.

Oleh itu, apabila filem Tanda Putera berjaya melepasi halangan dan bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini, DAP mencuba sekali lagi untuk membersihkan namanya. Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua membuat kenyataan bahawa filem tersebut boleh saja ditayangkan asalkan ia diisytiharkan sebagai filem cereka.

Soalnya, siapa Tony Pua untuk memberi syarat kepada sesiapa?

Sepatutnya Tony Pua menggalakkan kaum Cina menonton filem ini bagi menghayati sejarah negara ini. Biar betapa pahitpun kebenaran itu, ia wajib ditelan oleh semua kaum Cina negara ini yang mengaku sebagai warganegara. Menerima kebenaran merupakan langkah pertama ke arah perubahan kepada kebaikan. Melainkan, Tony Pua atau DAP tidak pernah dan tidak ingin berubah dan masih membawa roh yang sama iaitu membenci Melayu, memusuhi Islam dan menentang Raja-raja.

DAP tidak mungkin akan begitu gelabah jika mereka benar-benar tidak bersalah dalam tragedi 13 Mei. Segala keresahan mereka adalah bukti bahawa mereka benar-benar terlibat dalam mencetuskan ketegangan kaum. Malah, sifat perkauman dan perangai angkuh serta gemar menghasut DAP masih kekal sehingga ke hari ini dan boleh dilihat dengan jelas oleh semua rakyat Malaysia.

Dengan sifat dan perangai yang sama masih terserlah, pastinya sukar bagi pihak DAP untuk menafikan bahawa merekalah dalang pencetus 13 Mei.

Hujah Tony Pua lagi, walaupun filem ini mungkin memaparkan kisah benar ia tetap mampu mencetuskan ketegangan kaum.

Kita tidak faham kenapa sebuah kisah benar yang berlaku berdekad lalu mampu mencetuskan ketegangan kaum?

Apakah Tony Pua cuba berhujah bahawa sejarah bagaimana kulit putih Amerika menindas dan merampas tanah puak Red Indian tidak wajar difilemkan kerana bimbang menyebabkan kaum Red Indian memberontak? Atau kisah Jepun menyiksa rakyat China tidak boleh dipaparkan kerana takut menyebabkan orang Cina hari ini bertindak ke atas orang Jepun?

Sebenarnya kebimbangan DAP hanya membuktikan yang segala kebencian DAP terhadap Melayu masih belum menjadi sejarah tetapi merupakan sesuatu yang berkekalan sehingga ke hari ini.

Oleh itu, ia memberikan alasan yang jauh lebih kukuh agar masyarakat Cina menonton filem ini bagi menimbulkan kesedaran betapa pentingnya kita semua menjaga keharmonian. Perbuatan menghasut dan menyebar kebencian hanya menjurus kepada kemusnahan. Sifat angkuh dan perkauman kaum Cina perlu diubah segera atau ia mampu mengulangi sejarah 13 Mei.

Sesungguhnya, keangkuhan kaum Cina tidak akan membawa kebaikan mahupun keuntungan kepada sesiapa. Sudah sampai masanya kaum Cina bersama-sama dengan kaum lain menghayati sejarah negara ini serta menerima hakikat kebenaran akan asal usul mereka mahupun sejarah nenek moyang mereka seadanya. Belajarlah dari kesilapan dan bukannya menafikan kesilapan. Sebagai permulaan, tontonlah filem Tanda Putera agar mendapat sedikit pengetahuan.
Sent from my BlackBerry® smartphone

22/08/2013

Makamah Menolak Rayuan Gereja Roman Katolik Dalam Menggunakan Kalimah Allah

Barisan peguam yang mewakili majlis agama Islam, pertubuhan Islam dan kerajaan hari ini.

Kalimah Allah: Mahkamah menolak rayuan Gereja Roman Katolik

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

PUTRAJAYA 22 Ogos - Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan untuk menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan majlis agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald

Keputusan berkenaan diputuskan oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Wira Abu Samah Nordin mula yang bersidang pada pukul 9.30 pagi dan berhenti rehad pada pukul 12.55 tengah hari kemudian bersambung semula 3.30 petang.

Dengan keputusan itu bermakna 
prosiding rayuan penuh dijangka akan diadakan pada 10 September 2013.

Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada pada 16 Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah, dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja. 

Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan akhbar mingguan The Herald itu daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.
Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah.

Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly. 

Pada Julai 2013 Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik The Herald.-UTUSAN ONLINE

Permohonan Batal Rayuan Guna Kalimah Allah Di Makamah Rayuan #Putrajaya

Makamah Rayuan di Putrajaya mendengar permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan Majlis Agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan Kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

3 panel hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordon yang mendengar permohonan ini.

Situasi di makamah penuh sesak dengan orang awam yang berminat untuk mengetahui perbicaraan kes ini.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Hancurkan Gangster 04 @PDRM

Berita ‘pemimpin DAP membela samseng’ nampaknya bukanlah berita yang mengejutkan bagi rakyat Malaysia.  Ini jelas menunjukkan bahawa semua pihak sudah menerima hakikat bahawa DAP itu samseng dan samseng itu DAP.   

Dalam kejadian tembak menembak di mana 5 penjenayah terbunuh di Nibong Tebal, Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng cuba mempertikai tindakan polis dengan mempersoalkan kesahihan kenyataan polis yang merujuk kepada si mati sebagai penjenayah. 

Tindakan Lim Lip Eng dilihat sebagai reaksi spontan seorang yang gusar kerana beliau terlepas pandang akan hakikat berlakunya ‘balas membalas tembakan’.  Seharusnya beliau tahu bahawa tidak mungkin seorang yang tidak bersalah akan mempunyai senjata api, apatah lagi berbalas-balas tembakan dengan polis.  Kegusaran Lim Lip Eng terhadap kematian penjenayah amatlah memusykilkan kita semua. 

Selepas Lim Lip Eng, ADUN DAP Seri Delima, RSN Rayer pula menghasut keluarga penjenayah yang mati ditembak untuk membuat laporan polis bagi mempertikai operasi penghapusan dan pencegahan tersebut.   Dari situ, mereka mempersoal jumlah tembakan dan berbagai-bagai aspek kejadian.

Dari tindakan DAP ini maka jelaslah bahawa DAP tidak senang apabila penjenayah ditembak.  Ini menunjukkan bahawa parti itu sememangnya punya muslihat tersendiri apabila memberi tekanan terhadap kerajaan agar akta pencegahan dihapuskan.   Hari ini rakyat Malaysia dapat melihat sendiri bagaimana permainan DAP yang sengaja memburukkan imej polis atas peningkatan kadar jenayah dan kemudiannya mendesak pula agar penjenayah tegar dibebaskan. 

Penjenayah yang ditembak dikenalpasti dari kumpulan 04 iaitu salah satu dari kumpulan gangster India di sebelah utara.  Mungkin menyedari bahawa mereka mendapat sokongan dari parti politik, maka kumpulan 04 begitu berani menonjolkan diri dengan berarak mengiringi mayat rakan mereka, malah berani juga melanggar kereta polis.  Mereka juga turut melukis logo kumpulan mereka di beberapa lokasi, dikhuatiri sebagai tanda pengisytiharan perang terhadap pihak polis. 

Tindakan DAP membela penjenayah dan menyalahkan polis adalah konsisten, dan parti itu nampaknya tidak berganjak walaupun terbukti yang tertembak adalah kumpulan gangster yang bersenjata dan ganas.  

Apa yang berlaku ini seharusnya menimbulkan kesedaran di kalangan para penyokong Pakatan Rakyat akan bahayanya parti DAP.   Apa lagi yang diperlukan untuk membuktikan bahawa DAP bukanlah parti yang bertanggungjawab, jauh sekali prihatin?   Sokongan dan pembelaan yang ditunjukkan terhadap kumpulan gangster merupakan satu kenyataan rasmi bahawa DAP adalah parti samseng.  Apakah kita sanggup memberi mandat kepada parti samseng lagi selepas ini? 

Sungguh jahat permainan DAP yang mencemuh polis kerana jenayah meningkat, tetapi mempertikai pula tindakan polis mengekang jenayah.  

Justeru, kita harap pihak polis tidak membuang masa melayan karenah DAP dengan membela diri atau menjelaskan apa-apa.  Usah terjerumus dalam kancah politik gila parti samseng yang sanggup memperjudikan nyawa orang ramai demi publisiti dan kuasa. 

Rakyat berdiri teguh di belakang pihak polis dalam tindakan mereka mencegah dan mengekang jenayah dengan tegas dan pantas.   Kebiadapan kumpulan 04 perlu diajar supaya mereka sedar bahawa negara ini mempunyai undang-undang.  Kumpulan samseng tidak boleh bermaharajalela seolah-olah negara ini mereka yang punya.   Rakyat berdoa akan keselamatan pihak polis dan agar kumpulan 04 dihapuskan sahaja dari muka bumi Malaysia. 

21/08/2013

Pentadbiran Kerajaan PKR Punca Kejatuhan #Selangor

Selangor Darul Ehsan merupakan negeri paling kaya di Malaysia dengan kemasukan pelaburan yang tinggi setiap tahun. Namun, itu semua sudah menjadi kisah lama. Hari ini pelaburan di negeri ini terus menjunam semenjak diambil alih pentadbirannya oleh Pakatan Rakyat.

Selangor kini berada di tangga ke 4 dengan penurunan kemasukan pelaburan sebanyak 86% dengan hanya mencatatkan RM1.8 billion pada tahun 2012 berbanding RM11.7 billion pada tahun 2011. Senario yang sama juga dilihat di Pulau Pinang di mana negeri itu mencatatkan penurunan jumlah pelaburan sehingga 73%.

Dengan jumlah penurunan yang begitu drastik lagi dramatik, Pakatan Rakyat tidak mampu untuk menuding jari kepada sesiapa. Setelah sepenggal memerintah, PR akhirnya telah gagal sama sekali untuk membuktikan bahawa parti itu lebih bijak dan lebih cekap dari BN.

Jelas sekali bahawa pelabur tidak yakin dengan kredibiliti PR. Malah, tidak mustahil pelabur sebenarnya takut dengan gelagat pemimpin PR yang gemar membuat huru-hara. Mana tidaknya, sepatutnya kerajaan negeri mempromosi kestabilan dan keamanan tetapi kerajaan PR sentiasa berusaha mencetuskan kekecohan dan huru-hara. Siapa yang berani melabur di dalam negeri yang pemimpinnya asyik berpolitik secara keterlaluan dan ganas pula?

Peningkatan aktiviti dan perniagaan 'gelap' di seluruh Selangor semenjak pemerintahan PR juga pastinya menyumbang kepada menurunnya jumlah pelaburan di negeri itu. Peningkatan aktiviti gelap menjadi punca kepada peningkatan kadar jenayah sekali gus membuktikan terdapat peningkatan masalah korupsi di negeri ini.

Pelabur tentunya telah mengkaji keadaan ini yang mana menyebabkan Selangor tidak lagi menjadi destinasi pelaburan pilihan.

Keadaan bertambah teruk apabila pemimpin-pemimpin PR juga tidak punya karisma dan kredibiliti mahupun pengalaman untuk berurusan dengan para pelabur luar negara bagi menarik pelaburan langsung asing. Malah, Menteri Besar Selangor sendiri tidak mempunyai personaliti yang mampu memberi keyakinan kepada pelabur, sedangkan untuk menarik pelaburan langsung asing, peranan Menteri Besar amatlah penting.

Meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Kewangan negeri secara tidak langsung telah memusnahkan semua harapan Selangor untuk meningkatkan pelaburan. Walaupun Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan negara-negara luar, namun nampaknya Anwar tidak mampu meyakinkan seorang pun pelabur luar untuk melabur di negeri jajahannya. Ini kerana beliau mempunyai rekod 'hampir membangkrapkan negara' serta mempunyai kelayakan ekonomi 'sifar'.

Selain itu, beberapa pemimpin negeri ini, terutama dari parti DAP didapati tidak mampu berkomunikasi dengan baik serta tidak memahami adat, etika atau adab yang sesuai bagi menghadiri majlis rasmi apatah lagi yang bertaraf antarabangsa. Justeru, tidak hairanlah jika pelabur meragui kepimpinan mereka. Walaupun DAP sering merasakan diri mereka hebat, terbuka dan lebih bijak dari pemimpin Melayu, namun hakikatnya amatlah jauh berbeza.

Pendek kata, kepimpinan Pakatan Rakyat dari mana-mana partipun semuanya tidak berkualiti.

Oleh kerana itu, Selangor kini tidak lagi boleh dibanggakan sebagai negeri pilihan pelabur. Ekonomi Selangor pastinya akan terjejas dengan kurangnya jumlah pelaburan dari setahun ke setahun. Tidak mustahil, tahun ini Selangor akan menyaksikan jumlah pelaburan yang jauh lebih rendah terutama apabila desas-desus bahawa satu lagi demonstrasi besar akan di adakan oleh Ambiga Sreevanesan pada bila-bila masa.

Kesimpulannya, PR tidak mampu memerintah dan jika rakyat Selangor ingin negeri ini pulih seperti sediakala maka tidak ada cara lain lagi selain dari kembalikan mandat memerintah kepada Barisan Nasional dalam PRU akan datang.
Sent from my BlackBerry® smartphone

20/08/2013

Situasi Pearakan 5 Mayat #Penjenayah Yang Ditembak Mati

keadaan dan situasi sepanjang membawa mayat ke tempat pembakaran di Batu Gantung, B' worth dan BM Pulau Pinang dan selepas pembakaran 5 mayat yg ditembak mati oleh polis pada 19hb lepas. Selepas pembakaran didapati keluarga dan kawan-kawan simati beredar dalam keadaan terkawal, pihak polis sentiasa berada dalam keadaan sedia, tiada tindakan perarakan dijalankan di seluruh Pulau Pinang.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Hero Di Sebalik 5 Penjenayah Di Tembak Mati Oleh @PDRM

Penang: 5 penjenayah tumpas setelah berbalas tembak dengan polis.
Tahniah kepada PDRM kerana sanggup mengambil risiko walaupun dihujani peluru dari pistol penjenayah seblm penjenayah mati ditembak.

YANG PELIKNYA:
DAP cuba jadi wira kepada kelima2 penjenayah ini dgn cara:
1. Suruh kaum india dan ahli keluarga penjahat yg mati berhimpun dan tunjuk tak puashati pada polis.
2. Mengajar/draf laporan polis mandakwa polis bertindak kejam.
3. Menyeru orang2 india keluar beramai2 ikut mayat penjenayah tersebut dan jadi kan mereka sebagai WIRA.
4. Menggesa ngo lain termasuk bar council/suhakam/hindraf kutuk polis.

FAKTA:
1. Yang mati tu penjenayah...so adakah ini ahli pd persatuan penjenayah terbesar di Malaysia yg sibuk2 simpati.
2. Yb rayes di penang yg ajar keluarga penjenayah buat repot polis tak puas hati. Dia ni siapa?? Ketua gengster ke 04 jugak ke or 36 or 08 india.
3. Polis lambat ambil tindakan bising tapi bila polis menyabung nyawa berbalas tembak tetiba tim menteri ketua hindraf/wakil2 rakyat Dap dan Pakatan muncul dengan gaya seorang hero utk tunjuk simpati pada penjenayah dan kata polis pula brutal.

APA NI!!!! INI MALAYSIA LA ...kita tak terima kongsi gelap di sini dan ahli politik yg dapat undi dari penjenayah dan pembunuh.

SAMA2 LA BERGANDING BAHU DGN PASUKAN KESELAMATAN JAGA NEGARA. Bukan nya bela anjing kamu untuk gigit polis dan orang malaysia tak berdosa.
AHLI POLITIK MACAM NI LA BAPAK SEGALA KEJAHATAN SEBENARNYA.

fikir2 kan lan wahai rakyat MALAYSIA yg cinta keamanan tak kira la MELAYU/CINA/INDIA dan lain.

Bantu lah PDRM utk menjaga keamanan kita!!!!

Foward n share
Sent from my BlackBerry® smartphone

16/08/2013

Ambiga BERSIHkan Pemilihan Semula CEC DAP

Akhirnya DAP terpaksa mengadakan pemilihan semula bagi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sepertimana yang diarahkan oleh ROS.  Keputusan ini agak mengejutkan memandangkan Mesyuarat Tergempar parti itu Isnin lalu baru sahaja memutuskan bahawa pemilihan semula bukanlah satu opsyen.   Dalam kenyataan media selepas mesyuarat tersebut, Lim Guan Eng telah mempamerkan sikap kiasu-bodoh dengan memberi syarat pula kepada ROS agar mengemukakan fakta tentang kenapa pemilihan semula perlu diadakan. 

Akibatnya, tindakan Guan Eng untuk terus menerus berdolak dalih menyebabkan kredibiliti beliau dan juga DAP hancur lebur.  Beliau yang sebelum ini dikecam kerana tidak tahu mengira, diejek pula sebagai pengecut.  Keengganan beliau mengadakan pemilihan semula membuktikan bahawa Guan Eng seorang rasis dan penipu apabila dengan sengaja menafikan hak wakil India untuk memilih. 

Mungkin menyedari keadaan semakin buruk bagi DAP, maka parti itu bermesyuarat sekali lagi semalam dan memutuskan untuk akur dengan arahan ROS. 

Memandangkan DAP telah pun mempunyai rekod menipu yang cukup ‘mengagumkan’, maka kita wajar menerima keputusan DAP dengan dengan penuh hati-hati.   

Justeru, kita menunggu Ambiga yang amat ‘obses’ dengan ‘kebersihan sistem pengundian’, untuk menggerakkan BERSIH sebagai pemantau bagi pemilihan semula CEC DAP.   Kita tidak mahu DAP sekali lagi membelakangkan wakil-wakil dari kaum Ambiga sendiri dalam menjalankan hak mereka sebagai ahli parti.   

Malangnya, Ambiga nampaknya langsung tidak prihatin dengan nasib kaumnya yang dipinggirkan oleh DAP melalui pemilihan parti paling kotor dalam sejarah.   Mungkin Ambiga tidak lagi mempunyai semangat keIndiaan yang tinggi kerana turut percaya kepada kesamarataan total yang membawa erti Ketuanan Cina di Malaysia.   

Jelaslah Ambiga sendiri begitu kotor kerana hanya berminat untuk ‘mencari fasal’ dengan kerajaan, dan bukannya berminat untuk membersihkan apa-apa. 

Kaum India dan juga Melayu di dalam DAP tidak wajar memberi peluang kepada pemimpin mereka memijak dan memperbodohkan mereka sekali lagi.  Mereka perlu memikirkan sesuatu bagi memastikan pemilihan semula ini dijalankan dengan bersih dan supaya tiada siapapun yang dinafikan hak untuk memilih. 

Selain itu, mereka juga perlu memastikan komputer berada dalam keadaan baik dan para pengendalinya benar-benar tahu menggunakannya.  Kita tidak mahu ada lagi alasan komputer tersalah kira atau petugas tidak tahu mengira. 

Namun, kita sedia maklum bahawa untuk memastikan semuanya berjalan lancar dan adil, kaum India dan Melayu di dalam DAP memerlukan lebih daripada pemantau dan sistem pemantau.   Apabila berhadapan dengan kepimpinan yang samseng seperti Guan Eng, ahli-ahli DAP memerlukan kekuatan untuk menahan ‘kilasan tangan’ dan juga kekuatan untuk ‘menolak tawaran’.   

Ingatlah bahawa Guan Eng telah terkenal sebagai seorang penipu dan seorang penipu yang tidak pernah mengaku menipu hanya akan membesarkan lagi penipuannya.    Ertinya, bagi menutup penipuan dalam pemilihan CEC yang lalu, Guan Eng perlu memastikan keputusan pengundian semula tidak jauh berbeza dengan sebelumnya. 

Oleh itu, jika Guan Eng boleh menetapkan keputusan bagi pemilihan lalu, apakah jaminan yang beliau tidak menetapkan keputusan bagi pemilihan semula juga?   Bayangkan sajalah apa yang seorang samseng merangkap penipu sanggup lakukan untuk menjustifikasi penipuannya…

Kenyataan Akhbar Pejabat PM Berkaitan Kerajaan Perpaduan Anwar Ibrahim


KENYATAAN AKHBAR


1. Kebelakangan ini beberapa portal berita online telah menyiarkan laporan bahawa  YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sedang berusaha mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan  bersama  Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2. Laporan portal berita tersebut yang memetik “sumber yang boleh dipercayai dan rapat dengan kem” Dato’ Sri Mohd Najib adalah merupakan “daya imaginasi” penulis tersebut kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.

3. Perbincangan mengenai sebuah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan Pakatan Rakyat sehingga kini masih tidak dapat menerima keputusan Pilihanraya Umum ke-13 dan mempertikai keputusan tersebut.

4. Laporan yang memetik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha yang dilakukan oleh Dato’ Sri Mohd Najib ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu “kenyataan politik  yang berniat nakal”.

5. Usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi  mendapat persetujuan  Dato’ Sri Mohd Najib dan Datuk Seri Anwar agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihanraya merupakan satu-satunya perjanjian politik yang ada.

6. Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU13 bagi mendapatkan perjanjian politik tersebut dari Dato’ Sri Mohd Najib agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui oleh Perdana Menteri. Namun, Datuk Seri Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU13.

7. Oleh itu,  kenyataan Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha baru ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu “ciptaan dan rekaan”  bagi kepentingan politik  pembangkang khususnya ketuanya.



Pejabat Perdana Menteri

16 Ogos 2013

Sent from my BlackBerry® smartphone

02/08/2013

Mula-Mula Chin Peng Lepastu The New Village


Puak pembangkang yang mendokong fahaman liberalisme mendesak supaya filem pro-komunis 'New Village' tidak diharamkan.

Antara alasan yang diberi ialah kerajaan perlu bersikap terbuka dan menerima pandangan alternatif tersesuatu insiden atau peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara.

Jika dilihat hujah sebegitu ia sudah tentu akan menarik sokongan rakyat yang tidak faham mengenai kedudukan isu tersebut dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Melayu sebagai Bangsa Teras dengan dianugerahkan Hak-Hak Istimewa tertentu di dalam Perlembagaan Negara.

Antara tempoh tahun 1948 hingga tamatnya pengisytiharan Darurat I pada 31 Julai 1960, dianggarkan lebih 12,000 anggota Rejimen Askar Melayu DiRaja gugur di medan pertempuran kerana mempertahankan negara daripada ancaman dan serangan komunis.

Darurat II yang bermula dari tahun 1974 hingga 1982 memperlihatkan anggota dan pegawai tinggi pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjadi sasaran komunis.

Mangsa pertama ialah Timbalan Penguasa Polis (TPP), Wong Lin Hoon  yang ditembak mati di Kuala Lumpur pada tahun 1973.

Kemudian pada 12 Julai 1973 pula, Ketua Inspektor Chin Kou ditembak mati di Serdang, Kedah. 

Ini disusuli pada Oktober 1973, apabila Detektif Sarjan Chong Kek Oh ditembak mati di Sungai Siput, Perak.

Detektif Konstabel Lee See Kaw ditembak mati di Malim Nawar, Perak pada 3 Januari 1974. 

Pada 20 April 1974, Detektif Sarjan Lee Yoon Chin ditembak mati di Melaka dan empat hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua dibunuh di Chemor, Perak. 

Pada 6 Jun 1974, anggota Parti Komunis Malaya bertindak dengan lebih berani apabila menembak mati Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

Beliau gugur akibat tujuh das tembakan pada 7 Jun 1974 ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman.

Begitu juga dengan Tan Sri Khoo Chong Kong, Ketua Polis Perak yang di tembak mati oleh pengganas komunis dalam tahun 1975.

Pembangkang sengaja menutup fakta sejarah ini kerana kononnya mahu memperjuangkan nilai-nilai keterbukaan dan kesamarataan.

Mereka tidak fikir perasaan dan kemusnahan hidup telah ditanggung oleh beribu anggota polis dan askar yang terkorban di tangan komunis.

Pembangkang mempunyai agenda licik untuk menyebarkan fahaman komunis secara halus melalui filem dengan mempengaruhi fikiran dan minda generasi muda yang tidak tahu mengenai sejarah perjuangan negara melawan anasir komunis.

Sebelum itu pembangkang juga amat lantang mendesak kerajaan supaya membenarkan bekas Pengerusi PKM, Chin Peng pulang ke Malaysia.

Bagaimana mungkin kerajaan atau juga keluarga anggota keselamatan yang dibunuh komunis boleh membenarkan manusia yang dipanggil 'Butcher of Malaya' atau Penyembelih Malaya ini pulang ke tanah air.

Adakah pembangkang mahu mewujudkan keadaan tegang dalam negara dengan kepulangan Chin Peng kerana orang Melayu khususnya tidak akan menerima kehadiran Bapa Komunis Malaya itu di bumi Malaysia?

Kini Ahli Parlimen Bayan Baru dari PKR, Sim Tze Tzin pula mengatakan kerajaan tidak patut haramkan filem New Village.

Beliau berkata kononnya desak pengharaman filem itu adalah daripada golongan konservatif yang tidak seharusnya berlaku dalam masyarakat moden.

Kononnya pengharaman hasilan seni, filem dan buku, kerana menyalahi prinsip kebebasan bersuara dan kebebasan maklumat. 

Ini adalah kenyataan seorang yang lahir dalam zaman Malaysia sudah bebas daripada ancaman komunis dan boleh menikmati kehidupan yang bahagia dan aman hasil perjuangan anggota keselamatan negara.

Ole kerana kejahilannya maka bolehlah beliau buat kenyataan sesuka hati tanpa memikirkan sensitiviti terhadap keluarga mangsa keganasan komunis. 

Golongan yang mempertahankan 'New Village' tidak pula mengambil sikap yang sama terhadap filem patriotik Tanda Putera yang diterbitkan oleh sorang pengarah Melayu.

Antara orang yang pertama yang lantang membantah penayangan tanda Putera ialah pemimpin Dap yang takut rahsia pembabitan mereka dalam tragedi berdarah rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 di bongkar oleh filem tersebut.

Filem itu terpaksa dibatalkan tayangannya beberapa kali kerana kerajaan tertekan oleh kritikan pembangkang dan dipaksa melalui proses penyuntingan yang lebih ketat.

Filem yang memaparkan pensejarahan peristiwa yang tidak boleh dipertikaikan dipaksa untuk dilambat-lambatkan tayangannya tetapi filem yang mengagungkan fahaman komunis mahu ditengahkan.

Bebrbeza dengan Tanda Putera, filem 'New Village' mengintepretasi zaman darurat dari kacamata komunis iaitu musuh utama negara.

Dalam keadaan sikap rasis dan perkauman yang semakin menebal akibat hasutan pembangkang, adakah negara bersedia untuk menambah kepada suasana rapuh kini dengan menimbulkan satu lagi isu kontroversi?

Generasi Cina yang kebanyakannya mempunyai warisan pembabitan komunis di dalam keluarga mereka kini berjuang untuk membersihkan mana datuk moyang mereka supaya mereka pula diangkat sebagai hero dan pejuang kemerdekaan! Melalui filem ini mereka cuba memesongkan fakta sejarah dengan memberikan tumpuan kepada kesengsaraan yang pihak komunis terpaksa lalui ketika melawan pihak penjajah.

Filem ini tidak lain tidak bukan hanyalah satu helah untuk menanam kebencian terhadap orang Melayu kerana berpihak kepada pihak British menentang komunis.  PKM menentang penjajah Inggeris bukan dengan tujuan untuk memerdekakan Malaya ketika itu tetapi untuk menubuhkan sebuah negara komunis yang didominasi oleh kaum Cina. menjajahnya.  

Sudah tentu jika ini berlaku berakhirlah institusi raja-raja Melayu dan bangsa Melayu akan dihapuskan dari tanah air mereka. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...